Khamis, 26 September 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


MP PAS <b>Pokok Sena</b>: Kerajaan perlu Tegas terhadap Rampasan <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2013 09:08 PM PDT

Dewan Rakyat 24 September 2013 – Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merunding isu Pendirian Tegas Kerajaan Malaysia terhadap Rampasan Kuasa di Mesir – KEMBALIKAN HAK PRESIDEN MORSI.

Bagaimanapun Usul ini ditolak dalam Kamar Speaker. Teks Usul adalah seperti berikut
Tarikh: 20 September 2013

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.
Kepada
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur,

YB Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) dan (2)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

ISU PENDAKWAAN TERPILIH DIBAWAH AKTA HASUTAN

Bahawa saya, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pokok Sena mohon mencadangkan bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18(1), Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merunding isu Pendirian Tegas Kerajaan Malaysia terhadap Rampasan Kuasa di Mesir.

Tan Sri Yang Dipertua
Isu ini adalah perkara tertentu kerana Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas dan keras, mengutuk serta mengecam tindakan menjatuhkan kerajaan dengan kaedah Rampasan Kuasa Tentera terhadap Kerajaan yang telah dipilih secara demokratik.

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam dan mengutuk rampasan kuasa ala tentera yang diketuai Jeneral Al Sisi dan mengambil langkah bersama Kerajaan Turki dan OIC serta Komuniti antarabangsa yang lain bagi mengorak langkah mengembalikan Presiden Mohamad Morsi sebagai Presiden Mesir yang telah dipilih secara sah pada 24 Jun 2012.

Kerajaan Malaysia perlu memperlihatkan pendirian yang jelas dan nyata supaya kerajaan tidak dilihat mengiktiraf rampasan kuasa menumbangkan kerajaan selain daripada kaedah demokrasi.

Sehingga ke hari ini dipercayai sudah ribuan nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir walaupun pihak tentera cuba menutup kekejaman ini dengan mengeluarkan angka rasmi kematian sekitar 830 orang sahaja.

Tan Sri Yang Dipertua
Perkara ini melibatkan kepentingan ramai, Lanjutan daripada rampasan kuasa Presiden Mesir yang dipilih secara sah membuatkan rakyat Mesir dan komuniti antarabangsa bangkit untuk membantah tindakan tidak demokratik tersebut, akibatnya suasana tegang mengundang pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di sana mutakhir ini.

Kerajaan yang dipilih secara demokratik perlu dipulihkan oleh rakyat Mesir sendiri melalui proses pilihanraya. Kerajaan tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan saja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.

Malah ketidakstabilan politik Mesir ini akan turut menjejaskan ribuan rakyat Malaysia yang menuntut dan bekerja di Negara tersebut.

Perkara ini perlu disegerakan kerana pendirian tegas kerajaan menegakkan Kerajaan Mesir yang telah dipilih secara demokratik mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.

Oleh itu, Dewan yang mulia perlu membuat pendirian tegas mendesak Kerajaan Sementara Mesir mengembalikan semula Presiden Mohamad Morsi kepada Presiden Mesir yang sah bagi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku.

Sekian,

Yang benar,

Dato' Mahfuz Omar
Ahli Dewan Rakyat, Pokok Sena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan