Rabu, 18 September 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


CeRiTa SaNg PuTeRi: Apa Yang Ada <b>Di Tanjung Dawai</b>?

Posted: 14 Sep 2013 05:10 AM PDT

Hai you all pernah datang ke Kedah dan pergi ke Tangjung Dawai tak?? Kalau nak tahu Tanjung Dawai ni adalah seberang dari Pantai Merdeka..Lagu Cinta Di Pantai Merdeka pernah dengar tak?? Mestilah pernah kan.. Jom kita gi jalan-jalan kat Tanjung Dawai ni.. Pemandangan lautnya cantik jugak lah, tapi tak boleh bermandi manda yer..
Cantik tak view kat sini??Lepak-lepak tenangkan fikiran pun okay jugak kan.. Sambil kita bersantai sambil kita makan kuaci..Angin pula sepoi-sepoi bahasa gituuu..Nyaman sekali..!!
 Untuk pengetahuan you all kat Tanjung Dawai ni ada menjual pelbagai jenis hidupan laut yang telah dikeringkan. Tengoklah ikan gelama yang telah dikeringkan. Ada juga ikan perap yang masam.. Sedap jika dimakan bersama nasi panas.. Terbaik baq hang..!!
Ni pula keropok lekor..Eh ingat dekat Klate dan Ganu je ke ada keropok lekor ni..Kat Kedah pun adooo.. Buktinya , cuba you all datang ke Tanjung Dawai, pasti jumpa. Sedap juga keropok lekor yang dijual di sin..
 Haaa.. Harga sepeket keropok lekor ni ialah RM 10 sahaja..Tak tahu pula kalau sekarang ni dah naik harganya sebab harga minyak petrol pun dah naik kan..Jadi harga segala barangan lain juga terkesan..Mari,mari,mari beli..!! balik rumah boleh goreng meh..
 Oh sibuknya my daddy and my mummy dok pilih nak beli yang mana..
Wah ikan bilis..Sedap ni dimasak sambal tumis..Tambahan makan dengan nasi lemak pulak.. Wow..Marvelours..Sedap hingga menjilat jari tangan..
 Sotong  kering, pari kering semuanya ada.. Mai pilih saja dan bayar.. Hehe

 Wow..sihat-sihat gituu ya kamu Si udang kering..
Akhir sekali ialah menu terbaik dari lautan.. Masakan semuanya seafood.. Sebab di Tanjung Dawai ni ada gerai masakan laut..Semuanya bakar-bakar gituu.. Auuumm.. Sedap.. Haipp..!! Baca bismillah dulu sebelum makan yer.. Nak tahu harga makanan kat sini semuanya berpatutan.. So, bila datang ke Kedah, jangan lupa eh singgah ke Tanjung Dawai ni yaa.. Lokasi Tanjang Dawai adalah berhampiran dengan Singkir Laut dan juga Merbok..
Sekian.. Terima Kasih Kerana Sudi Baca dan Tinggalkan komen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan