Selasa, 17 September 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


Ketua Syiah Rafidhah <b>Kedah</b> Buat Laporan Polis Terhadap Mufti <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2013 02:59 AM PDT

syiah kedah 3

Satu laporan polis telah dibuat oleh enam orang pemimpin dan ahli Syiah Kedah di Balai Polis Alor Star sebentar tadi. 

Keenam-enam mereka diketuai oleh Abdullah bin Hasan yang merupakan Ketua Syiah Rafidhah Kedah dan Wan Asyraf bin Wan Salahuddin yang merupakan Naib Ketua Syiah Kedah.

Ketua dan Naib Ketua Syiah Rafidhah Kedah itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Dato' Syeikh Mohamad Badaruddin bin Ahmad, Mufti Kedah dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 13 September 2013. Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut menuduh, Mufti Kedah sengaja mengacum kepada KDYMM Sultan Kedah untuk menggambarkan puak Syiah Rafidhah boleh menyebabkan ketidaktenteraman dalam masyarakat. 

Menurut mereka, kenyataan tersebut berbaur fitnah memandangkan penganut agama Syiah tidak pernah membuat sebarang provokasi atau pun kekacauandi negeri Kedah. Kononnya juga, kerajaan dan pihak berkuasa terus-menerus menghentam Syiah seolah-olah Syiah amat merbahaya kepada masyarakat. 

Kepala-kepala Syiah Rafidhah tersebut berharap, mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan kaum Rafidhah pula akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang dikatakan 'tidak bertanggungjawab'. 

Walaupun tidak mengakui yang ajaran Syiah merbahaya kepada masyarakat, keenam-enam kepala Syiah Rafidhah tersebut menyatakan bahawa amalan Syiah tidak akan dihentikan dan semua buku tulisan keparat-keparat Syiah akan diterbitkan dan diedarkan pada masa akan datang dengan sebebas-bebasnya. 

Kepala-kepala Syiah Rafidhah yang juga merupakan antara pengikut dan pemimpin PAS setempat itu juga memandang remeh serta memperlekehkan Akta Anti Syiah yang telah diwujudkan di Negeri Kedah setelah diluluskan oleh DUN Kedah baru-baru ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan