02 di baling - Google Blog Search |
banjir terburuk <b>di baling</b>..pasai balak atau bala? mukriz <b>...</b> - Kedahkini Posted: 20 Oct 2013 03:26 AM PDT Dulu banjir hangpa bising pasai balak tebang ikut suka.....sekarang banjir lagi besar pasai apa? kan haritu kata balak dah tak tebang dah semenjak UMNO menang.....Hangpa fikiaq sendiri puncanya.... BALING- "Arus terlalu deras saya tak boleh teruskan memandu, kalau tidak tak tahu la apa akan jadi pada penumpang dan diri saya," kata Jamaludin Jasin,52, pemandu bas yang terperangkap bersama 20 penumpang dalam kejadian banjir di Kampung Binjul Luar, tadi. Menurutnya, paras air yang tinggi dan deras memaksanya untuk tidak mengambil sebarang tindakan tindakan melulu. "Saya hanya mampu hubungi pasukan penyelamat untuk menyelamatkan kami. Ada penumpang yang menjerit, menangis. Saya hanya mampu suruh mereka sabar dan berdoa," katanya. Katanya, dia tidak menyangka basnya itu akan terkandas kerana tidak pernah berhadapan situasi itu sebelum ini. "Memang kawasan ini selalu banjir, tapi belum lagi la terkandas, disebabkan itu, saya tak buat keputusan melulu, takut jadi sebarang tidak dingini. Tambahan pulak, ada bahagian tayar yang terjerumus dalam lopak. "Jadi, kedudukan bas sedikit menyenget, disebabkan itu, ramai yang cemas," katanya. Salah seorang penumpang, Rubiah Mahmud,29, berkata, dua anaknya yang berusia setahun dan lima tahun asyik menangis berikutan takut dengan kejadian itu. "Tambahan pula melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan air, mereka semakin takut. Tapi, bila dapat tahu pasukan penyelamat dalam perjalanan, suasana semakin tenang," katanya yang berasal dari Kampung Bendang Pecah. Kaanya, kejadian itu merupakan yang pertama kali dalam hidupnya dan sememangnya bimbang sekiranya bas itu dihanyutkan arus deras. Seorang lagi penumpang, Norshahira Syamsudin,22 berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan berhadapan kejadian itu. "Selalu tengok orang terkandas dalam banjir, tapi saya tak pernah rasa sendiri. Memang takut, tambahan air yang deras, siapa pun tak berani turun, hanya boleh lambai tangan minta tolong. "Tapi penduduk tak ada bot, mereka hanya boleh tengok sahaja, bila bomba datang, baru rasa selamat," katanya pelajar Universti Teknologi Mara(UiTM) Merbok ini. Kawasan Kampung Binjul merupakan kawasan yang sering dilanda banjir, bagaimanapun banjir kali ini merupakan yang terburuk. Setakat ini, dilaporkan lebih kurang 15 buah rumah terlibat dalam kejadian ini yang turut melibatkan kerosakan harta benda. | |||
Polis Tahan 'Datuk' Larikan 4 Pelajar Ke Hutan <b>Di Baling</b> Posted: 17 Oct 2013 01:03 AM PDT | Thursday, 17 October 2013 16:03 | | BALING: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes empat pelajar yang dilaporkan hilang selepas dibawa memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini pada petang Selasa lalu. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, ASP Nazir Osman berkata, mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di rumahnya hari ini. Akhbar ini hari ini melaporkan empat pelajar hilang selepas dibawa oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk' memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini kelmarin, ditemui dalam keadaan selamat malam tadi. Mangsa iaitu Mohd. Hafiz Ridzuan, 14, Ainaa Nadia Mat Dahari, 14, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui dalam keadaan selamat di Lata Lubuk Buluh pada pukul 7.30 malam iaitu kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut. -Utusan Online |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan