Isnin, 14 Oktober 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Jitra</b> : n u r m a s Homestay: Sepetang <b>di</b> Zoo Songkhla, Thailand

Posted: 28 Sep 2013 09:43 PM PDT

Ramai yang meminta saya menceritakan bagaimana perjalanan untuk ke Zoo Songkhla, Thailand dari Nurmas Homestay Jitra. Baiklah, kebetulan saya pergi ke sana pada 28/09/2013 bersama keluarga.

Saya bertolak dari Nurmas Homestay ke Pekan Changlun dengan berkereta MPV serta penumpang termasuk saya 2 dewasa dan 5 kanak-kanak.
Jarak Dari Nurmas Homestay Ke Zoo Songkhla: 100 kilometer
Jangkaan Masa Dari Nurmas Homestay ke Zoo Songkhla: 1 Jam 30 Minit


Insurans Kereta
Ke pekan Changlun hanya mengambil masa 9 minit sahaja dan saya mencari kedai menjual insuran kereta Thailand yang banyak di pekan Changlun dan ada papan tanda 'Insurans Kereta Thailand'. Saya tunjukkan geran kereta samada original atau fotokopi depan belakang kepada penjual insuran dan dia akan tanya nak ambil insuran berapa hari? kalau seminggu dalam RM14 manakala kalau setahun RM100 bagi kereta MPV....So saya ambil setahun...

Money Changer
Kemudian saya cari money changer kat pekan Changlun....Saya ke Maybank Changlun keluarkan RM400 dan saya pergi ke kedai money changer yang terletak dalam restoran cina sebaris dengan Maybank Changlun. Saya tukar;
RM300 x 9.68 (kadar rate semasa) = 2904 Bath........nak mudah kira RM1=10 Bath, RM10=100 Bath
Baki RM100 saya pergi isi minyak penuhh....Minyak kat Thailand mahal dan berdasarkan harga semasa.

Dah selesai, terus memandu ke sempadan Bukit Kayu Hitam yang mengambil masa sekitar 10 Minit sahaja. Di imegresen Malaysia pandu ke kaunter, tunjukkan semua passport untuk pemeriksaan tanpa perlu keluar kereta kemudian terus ke imegresen Thailand. Di imegresen Thailand cari tempat letak kereta dan Prosedur di imegresen Thailand boleh anda baca DISINI

Setelah selesai, bandar sebelah sempadan di panggil Danok dan terus ke Hatyai sehingga sampai ke Zoo Songkhla

Setelah satu jam lebih perjalanan maka sampailah ke Zoo Songkla. Di pintu masuk tiket yang dikenakan kepada pelancung luar adalah;
2 Dewasa + 5 Kanak-Kanak + Kereta + Mandi Water Park = RM30 @ 300 Bath.......sangat murah dan berbaloi. Kereta di pandu sendiri dan boleh berhenti kat mana-mana jaa sebab zoo nii sangat luas dan berada di puncak bukit....
Beruang dan boleh bagi makanan
Kandang Zirafah + Burung Unta + Kuda Belang

Bagi makanan cuma RM2 sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan