panas! beratus pembeli kereta <b>di langkawi</b> kecewa..... - Kedahkini Posted: 06 Sep 2013 11:48 PM PDT Penduduk Langkawi dikejutkan dengan harga tawaran HONDA JAZZ 1.5 yang amat rendah sekitar bulan julai 2013, mungkin dipercayai strategi honda untuk menghabiskan stok dimana Langkawi tiada dikenakan sebarang cukai jadi tiada insentif dari pihak kerajaan. Sebelum ini kita merasa harga ini amat rendah ketika Nilai RM jatuh meredum dan mengsyaki ada yang tidak kena.... Harga yang ditawarkan sekitar RM36K telah ditempah lebih 500 orang dan menurut penduduk langkawi ada yang membuat bayaran tempahan sebanyak 5 buah sekali gus.......dengan pembatalan harga tersebut amat mengecewakan kepada pembeli yang telah membayar wang tempahan tempoh hari. DIBAWAH PENJELASAN DARI SYARIKAT TERSEBUT MENGENAI PERUBAHAN HARGA...Yooi Cars Sdn Bhd telah berkongsi satu gambar. Anda yang dihargai..., Seperti yang sedia maklum, kesilapan harga telah berlaku dan kita terpaksa menerimanya dgn melihat dari persepsi yang positif dan logik akal. Mungkin ramai yang kecewa tetapi kekecewaan tersebut tidak sepatutnya hanya melibatkan 'peribadi dan kepentingan' sesetengah pihak sahaja. Mungkin saja keputusan terpaksa dibuat utk kebaikan keseluruhan dan KITA TIDAK TAHU MENAHU.Ada perkara tidak dapat kita jangka akan berlaku walaupun ia tidak kita harapkan berlaku. Ada perkara yg kita rasa berat tetapi kondisinya tidaklah seberat pihak-pihak lain yg telah berusaha utk memperbaiki situasi. Sebaiknya usah kita melabelkan semua perkara dgn tanggapan negatif yg mungkin bakal membenihkan situasi yang lebih buruk. TERIMA KASIH DI ATAS SENSITIVITI WARGA LANGKAWI YANG SANGAT PERIHATIN DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA DAN MASIH MEMBERI SOKONGAN HORMAT YANG HANGAT. Kepada pelanggan YCSB yg sangat dihormati, Jutaan terima kasih atas sokongan yg diberi. Bagi anda yang telah menempah Honda Jaz CKD dan menerima SURAT RASMI PERMOHONAN MAAF DAN PENJELASAN tentang isu ini dari HONDA MALAYSIA, sila bawa resit original pembayaran anda ke Yooi Cars Sdn Bhd untuk urusan pengembalian bayaran mengikut prosidur sewajarnya yang telah ditetapkan.Harap maklum. Kesulitan yg berlaku amat dikesali. Terima kasih. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan