Khamis, 17 Oktober 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Nelayan Mangsa Ke Empat Maut Keracunan Makanan Kenduri <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 08:56 AM PDT



Nelayan Mangsa Ke Empat Keracunan Makanan di Sg Petani | Seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Nelayan tersebut, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.

Menurut kata adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.

"Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan," katanya kepada wartawan.

Tambah Roslinda lagi,  keadaan abangnya semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat," katanya.

Selepas itu, keluarga beliau dimaklumkan doktor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi.

Menurut Roslinda lagi, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.

http://kezoom.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan