Ahad, 6 Oktober 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


punca keracunan makanan kenduri kahwin <b>tanjung dawai</b>

Posted: 01 Oct 2013 02:40 PM PDT

Punca keracunan makanan di kenduri kahwin Kampung Huma Tanjung Dawai Kedah

bakteria salmonella punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai

Keracunan makanan yang berpunca dari bakteria Salmonella

Tragedi keracunan makanan, menimpa tetamu yang menikmati juadah kenduri di sebuah majlis perkahwinan Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu telah mengorbankan empat mangsa manakala ratusan yang lain terpaksa menerima rawatan di tiga buah hospital berdekatan setakat ini

Menurut laporan, hasil daripada kajian yang dilakukan, punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh "Bakteria salmonella" yang dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah

Difahamkan masakan juadah di kenduri kahwin itu disediakan secara gotong-royong

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat yang kenyataan beliau disiarkan media berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk

bakteria salmonella kesan punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai

Jelasnya lagi, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak

Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik, katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam

Selain itu, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan

Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella, katanya

bakteria salmonella gambar punca keracunan makanan kenduri kahwin tanjung dawai

Bakteria Salmonella

Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan

Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan

Sementara itu, orang ramai yang menikmati juadah makanan di majlis kenduri terbabit diminta supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan