Jumaat, 4 Oktober 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Exco <b>Kedah</b> Terselamat Dari Keracunan Makanan <b>di</b> Majlis Kenduri <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 11:57 AM PDT



Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain merupakan antara tetamu yang hadir pada kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas yang berlaku kes keracunan makanan menyebabkan empat kematian sehingga kini.

Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai berkata beliau hadir pada kenduri itu tetapi bernasib baik kerana hanya makan sedikit ayam masak merah itu dan terus mendapatkan rawatan di klinik selepas mengetahui kejadian itu.

 "Saya memang tak suka makan ayam. Saya hanya ambil sedikit sahaja ayam masak merah tu. Saya pun risau dan bila saya periksa saya selamat dan tak ada simptom seperti cirit birit serta muntah-muntah," katanya yang mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melawat mangsa keracunan di Hospital Yan di sini hari ini.

Pada sidang akhbar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani petang tadi, Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata hidangan ayam masak merah pada kenduri kahwin itu dicemari bakteria Salmonella, menjadi punca ramai tetamu keracunan makanan.

Sementara itu, Tajul Urus berkata pihak Hospital Yan terpaksa menggunakan bilik pembedahan untuk menempatkan pesakit yang mengalami keracunan makanan kerana jumlah mereka agak ramai.Beliau berkata walaupun mereka ditempatkan di bilik pembedahan yang kini tidak lagi digunakan, kesemua mangsa diberi rawatan yang terbaik dalam tempoh 24 jam.

"Apa yang penting doktor di hospital ini beri rawatan yang terbaik kepada pesakit sejak malam Sabtu lepas lagi," katanya.   Tajul Urus berkata setakat ini 62 mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Yan.   Beliau turut memberi sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Tajul Urus kemudian melawat mangsa yang menerima rawatan di Hospital HSAH.

Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.   Mereka ialah Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.   Hari ini, seorang lagi mangsa Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSAH pagi semalam. - Bernama

3 MAUT KERACUNAN MAKANAN <b>DI</b> KENDURI KAHWIN TANJUNG <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 02:52 AM PDT

Tiga maut keracunan makanan di kenduri kahwin Tanjung Dawai Kedah

mangsa keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Mangsa keracunan makanan menerima rawatan di hospital

Tiga orang daripada jumlah hadirin yang hadir ke kenduri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal dan punca dipercayai akibat keracunan makanan

Menurut laporan sumber berita, sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat

Berikut adalah kronologi dan senarai tiga mangsa yang dilaporkan meninggal dunia

nurshazana maut keracunan makanan 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11 tahun

Mangsa dipercayai pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam

Nurshazana Mohd Rashid, 24 tahun

Mangsa merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB

Ibrahim Muhamad, 62 tahun

Mangsa berasal Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH, menurut anak mangsa, Zulkifli, 31, bapanya dikatakan mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad lalu akibat dipercayai keracunan makanan selepas dikatakan menghadiri majlis perkahwinan berdekatan rumahnya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, jam 6 petang Sabtu lalu

ibrahim maut keracunan makanan 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Jelasnya lagi keadaan Ibrahim dilihat semakin tidak bermaya beberapa jam selepas itu menyebabkan ahli keluarga membawanya ke Hospital Daerah Yan tengah hari semalam bagi mendapatkan rawatan

Pihak yang berkaitan, turut mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia itu adalah berpunca akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu

Semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius

Difahamkan kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan selanjutnya

gambar mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di tanjung dawai 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

update 3 maut keracunan makanan di kenduri kahwin tanjung dawai

Lebih 170 orang menerima rawatan

Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan

Tambah laporan semasa lagi, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan

Daripada  jumlah 114 orang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang

Kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang

Di Hospital Yan, seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan