Berikan undi anda kepada Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, sebagai bukti sokongan anda terhadap tuntutan bersama kita golongan petani padi yang hanya diberikan beberapa insentif sejak berzaman tanpa penambahbaikan yang sepatutnya berbanding terutama sektor korporat. Perhatian kononnya terlalu prihatin dengan nasib kita petani pula hanya sekadar meraih sokongan undi oleh Menteri dan pimpinan BN setiap kali menjelang pilihanraya kecil dengan umpan yang cukup murah.
Oleh itu, sempena Pilihanraya Kecil N.20 Sungai Limau marilah kita menjadi petani padi yang bijak disamping membela nasib kita dan keluarga kita sendiri serta seluruh rakan petani padi yang berada di seluruh Kedah, Perlis, Perak, Selangor, Kelantan dan dimana sahaja di Malaysia ini dengan memastikan kita memberi undi kepada calon PAS sebagai desakan Kerajaan memenuhi tuntutan kita tanpa lagi janji-janji kosong sebelum hari mengundi tetapi tidak ditunaikan selepas sebaik sahaja kita selesai mengundi.
Ahli Pertubuhan Peladang Batas Paip,
Berikut adalah memorandum terbuka kita kepada Kerajaan Malaysia. Tandatangan anda ialah dikertas undi diruang kosong sebelah nama Ustaz Azam Abd Samat, berlogokan Bulan Pernama berbunyi:-
MEMO TERBUKA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
TUNTUTAN BERKAITAN NASIB PETANI PADI SELURUH MALAYSIA
Kami pengundi N.20 Sungai Limau menuntut Kerajaan Malaysia melaksanakan semua tuntutan kami seperti berikut:-
1. Meneruskan semua insentif sedia ada dan menaikkan 34 sen subsidi harga padi bagi setiap kilogram padi.
3. Membuka peluang semula kepada kepada petani yang berkemampuan membuka kilang memproses sendiri beras yang dihasilkan samada dalam bentuk persendirian atau koperasi petani, sebagai menyahut seruan kerajaan 'Pertanian Adalah Perniagaan' serta mengurangkan monopoli BERNAS yang dikuasai oleh beberapa kerat individu berkepentingan sahaja
4. Tuntutan memberi elaun khas kepada anak-anak tani yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi RM1000 sebulan ke arah membebaskan para petani padi dari belenggu kemiskinan akibat kekurangan ilmu dalam usaha menggalakkan anak petani padi minat melibatkan diri dalam sektor padi berteknologi tinggi dengan kemampuan ilmu yang ada.
5. Tuntutan agar kerajaan memberikan peruntukan khas sebanyak RM0.50 (Lima Puluh Sen) bagi setiap kilogram padi yang dihasilkan petani melalui sumber keuntungan Petronas kepada satu skim yang kemudiannya diberi nama sebagai "Skim Jaminan Keselamatan Makanan Negara" dalam proses menghargai petani padi sebagai pengeluar makanan asasi Negara dan mendesak Audit Negara melakukan audit setiap tahun secara bebas ke atas pendapatan dan perbelanjaan Petronas dan 100 anak syarikat dan 40 syarikat usahasamanya yang mula berkembang hasil dari menyedut khazanah rakyat Malaysia, namun tidak pernah di audit oleh Audit Negara sejak ditubuh pada tahun 1974 kini dikuasai oleh beberapa orang individu.
6. Membuka dimensi dan inisiatif baru kepada petani-petani padi untuk mengeluarkan padi pulut yang sehingga kini hampir keseluruhan diimport dari luar Negara.
7. Mengiktiraf petani padi sebagai Penjawat Awam yang akan diberi pencen yang berpatutan setelah berumur 65 tahun atau hilang keupayaan kekal untuk terus bertani padi.
Adalah Undi Yang Diperolehi Oleh Calon PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan