Ahad, 15 Disember 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Mukhriz jamin kerancakan pembangunan <b>di Langkawi</b> tidak jejas <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2013 02:13 PM PST

RASMI: Tuanku Abdul Halim merasmikan Istana Bukit Malut di Langkawi semalam. — Gambar Bernama

LANGKAWI: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan kerancakan pembangunan di Langkawi tidak akan menjejaskan khazanah alam di pulau peranginan itu.

Katanya ini kerana pembangunan di Langkawi dilaksana secara holistik tanpa menggadai landskap alam semula jadi serta flora dan fauna pulau bebas cukai itu.

Program pembangunan Langkawi ini dilaksana menerusi kerjasama kerajaan negeri dan pusat berdasarkan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi yang dilancar pada 2011, katanya berucap dalam majlis perasmian Istana Bukit Malut di sini semalam.

Beliau berkata pelan itu yang meliputi tempoh 2011-2015 dan bertujuan meletakkan Langkawi sebaris pulau peranginan terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Hawaii, Bali dan Maldives, menuntut penjenamaan semula yang padu terutama untuk memperkenalkan alam semula jadi Langkawi.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'ad-zam Shah berkenan berangkat merasmikan istana itu yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek 99 East yang turut merangkumi padang golf dan komponen lain.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuan-ku Haminah. Hadir sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan anggota-anggota Jemaah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Puad Mohd Ali serta beberapa anggota exco Kedah.

Dalam ucapannya Mukriz berkata Langkawi akan menjadi tuan rumah majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, yang bakal menyerlahkan kemahsyuran Langkawi di mata dunia.

Pada April 2015 pula, Langkawi bagi menjadi hos Sidang Kemuncak ASEAN yang dijangka dihadiri oleh beberapa pemimpin kuasa besar seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Rusia Vladimir Putin serta Presiden China Xi Ji Pin, katanya.

Dalam majlis itu Mukhriz turut mengambil kesempa-tan menyembahkan selamat menyambut hari keputeraan yang sebenar Sultan Abdul Halim yang jatuh pada Khamis ini, 28 November.

Katanya kerajaan berbangga kerana dapat menyiapkan dan mempersembahkan Istana Bukit Malut kepada Seri Paduka Baginda.

"Patik berasa bertuah kerana hari ini dapat mempersembahkan Istana Bukit Malut yang namanya diperkenankan oleh Seri Paduka. Pembinaan projek ini bermula semasa Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar dan diteruskan oleh kerajaan PAS dan kerajaan hari ini.

"Patik percaya dengan adanya Istana Bukit Malut ini Seri Paduka berdua akan lebih kerap bersemayam di Pulau Langkawi yang indah dan damai yang dilimpahi kha-zanah alam semula jadi yang sungguh mempersonakan," kata Mukhriz.

Menurut Mukhriz padang golf sembilan lubang itu siap dua tahun lepas, namun pembinaan komponen lain tertangguh sementara di-sebabkan beberapa perkara membabitkan pemaju dan kerajaan negeri.

Usaha untuk memulihkan projek ini menjadi sebuah projek yang akan menjadi mercu tanda pembangunan pelancongan Pulau Langkawi sedang dilaksanakan, katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan