Rabu, 4 Disember 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2013 09:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Percutian &#39;Terapung&#39; Disungai <b>Merbok</b> Kedah | Syok Travel

Posted: 11 Nov 2013 06:24 PM PST

Tahun ini jika tidak silap sudah hampir 3 kali ke Langkawi. Melalui jalan darat melepasi daerah Sungai Petani, Kedah kami memang tidak ambil peduli tentang apa yang ada disini. 'Biaq Pi Laaa, apa ada hal' Cetus naluri hati. Tempat ini hanya dipandang sepi setiap kali dilalui kerana bagi kami tidak ada apa yang menarik untuk dilawati mahupun untuk dinikmati.

Foto : Suhaizul
Chalet Terapung, Sungai Merbok

Bagaimanapun baru baru ini persepsi negatif terhadap Sungai Petani terhapus sama sekali sewaktu kami diberi peluang untuk melawati beberapa kawasan menarik sekitar Sungai Petani melalui program 'Sahabat Media Cuti Cuti 1 Malaysia' yang dianjurkan oleh Majalah Santai Travel.

Menyelusuri Sungai Paya Bakau Merbok, Pendakian Ke Gunung Jerai, Lawatan Ke Tapak Arkeologi Sungai Batu dan juga ke Chalet Terapung di Sungai Merbok menambah lagi intipati buat kami tentang industri pelancongan di sini sebenarnya penuh dengan warna warni cuma mungkin kurang promosi yang menjadikanya 'Segan Mati Tak Mahu'.

Terasa perjalanan yang panjang, kiri kanan pula kelam. Hanya mampu merenung dibalik kegelapan, sayang tidak berjalan belah siang. Malam, lebih kurang jam 9 kami tiba di Jalan Batu Hampar setelah bermastautin seketika di Pantai Merdeka. Gambaran awal yang dibisikan ke telinga kami katanya disini ada satu perusahaan Chalet Terapung di Sungai Merbok yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok.


Chalet Terapung, Sungai MerbokChalet Terapung, Pengalaman menarik diatas Sungai Merbok, Kedah

Diluar gerbang kelihatan seram, nah didalam penuh keistimewaan. Alunan merdu dari alat muzik gamelan menyambut ketibaan, sayup – sayup kedengaran nun di tepian.

Kelibat beberapa individu yang leka dengan mata kail masing-masing menghadirkan rasa cemburu melihat perilaku itu. Apatah lagi terlihat salah seorang dari mereka riang menaikkan habuan jorannya. Di Chalet perairan terapung ini turut disediakan pelantar yang agak luas khas untuk kaki pancing. Kedudukan pelantar yang sedikit ke tengah sungai menjadikan aktiviti ini merupakan satu perkara yang relevan harus dilakukan.

Tidak hanya di pelantar, tempat dimana pengunjung penginap juga sesuai dijadikan tempat memancing. Itu yang dapat kami lihat disekitar Chalet terapung ini.


Chalet Terapung, Sungai MerbokPelantar memancing yg luas, turut tersedia kemudahan spt tandas

Dingin bayu di Sungai Merbuk dapat dirasai dengan penuh nikmat apabila penghubung laluan kayu di atas chalet terapung ini memudahkan langkahan kaki bersiar siar di kawasan sekitar.

Dari bilik ke bilik kami tinjau untuk melihat dekorasi apa yang cuba dipersembahkan diatas sungai ini. Ringkas dan kemas, noktah!. Terdapat juga sebuah dewan yang mampu memuatkan sehingga 80 orang pada satu satu masa. Nah! bagi yang mempunyai keluarga yang besar dan mahukan satu pengalaman baru dalam percutian bersama keluarga mungkin Chalet terapung di Sungai Merbok satu idea yang bernas.

Air tenang yang mengalir disungai merbok menjadikan tapak chalet dan juga laluan penghubung penjalan kaki ini stabil seperti berada diatas tanah, jadi jangan terlalu risau akan keadaan sungai yang beralun mahupun bergelora.


Lana Nordin Seksi Penghubung jalan diantara Chalet yang baik memudahkan pengunjung meronda di kawasan sekitar

Langkah terhenti seketika. Kelibat seorang lelaki separuh abad menghalang laluan kami. Mata bertentang, saling berpandang lantas memberikan salam dan membina satu ukiran senyuman diriak wajah masing- masing. Hah! Itulah En Hamdan yang merupakan Pengurus Chalet Terapung Di Sungai Merbok ini.

Walaupun kami tidak menginap dan hanya sekadar lawatan ringkas namun En Hamdan ramah melayan kerenah kami yang mengajukan pelbagai soalan tentang chalet ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya menarik jika menginap di sini.

Kata En Hamdan chalet terapung ini telah dibuka sejak awal bulan Januari 2010 dan memiliki hampir 9 buah bilik penginapan merangkumi pelbagai jenis. Pelancong yang datang menginap disini kebanyakkan dari negeri Perlis & Pahang.


Chalet Terapung, Sungai MerbokDiantara deretan Chalet yang tersusun kemas terapung diatas Sungai Merbok

Apa yang menariknya, tambah En Hamdan. Chalet terapung ini juga menjadi tempat kegemaran persinggahan bagi pelancong golongan Backpacker. Tambah menarik lagi kalau korang kakitangan kerajaan, sebabnya ada diskaun yang diberikan.

Tapi apa yang mengujakan kami yang cintakan alam semulajadi ialah apabila diberitahu oleh En Hamdan jika kami datang pada waktu petang tadi mungkin dapat lihat satu lagi keindahan sisi siangnya disini apabila dapat menyaksikan panorama indah matahari terbenam ditelan sungai merbok.

Nasihat En Hamdan kepada sesiapa yang berminat nak menginap di sini kalau boleh telefon dulu untuk buat tempahan. Katanya jangan walk-in, terutamanya pada hujung minggu sebab bilik selalunya waktu begini akan sentiasa penuh.


Chalet Terapung, Sungai MerbokDekorasi yang ringkas dan kemas serta kemudahan asas yang lengkap memberi keselesaan kepada pengunjung yang menginap

p/s : Lagi Gambar Chalet Terapung, Sungai Merbok Kedah [Lihat Gambar]

    Maklumat Tambahan
    Perjalanan darat 12km dari pekan Merbok menghala ke sungai Gelam, bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 Minit menaiki bot darii Jeti Semeling.

    Kemudahan Yang Disediakan

  1. Dua buah chalet terapung dengan 2 buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu, dilengkapi dengan perabot, peralatan dapur, televisyen dan kemudahan penginapan dan ruang santai
  2. Sebuah chalet VIP, 2 bilik lengkap dengan perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai.
  3. 2 buah chalet berkembar (tanpa penghawa dingin), setiap bilik lengkap dengan perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai
  4. 4 buah bilik penginapan lengkap dengan perabot dan televisyen.
  5. Pelantar untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi perabot, peralatan dapur.
  6. Sebuah dewan untuk mesyuarat dan riadah dengan kapasiti 80 orang pada satu satu masa serta lengkap dengan kerusi meja, alat pandang dengar dan set untuk karaoke
  7. Alatan untuk aktiviti berkayak juga turut disediakan
  8. Dua buah bot untuk aktiviti menyusuri Sungai Merbok, hutan paya bakau dan memancing.
  9. Jeti pendaratan / pelepas, pelantar jalan kaki penghubung setiap bangunan terapung.
  10. Wakaf menunggu serta kiosk jualan makanan kering / minuman di darat.
  11. Tapak meletak kenderaan serta jalan masuk melalui hutan
  12. Bekalan air paip dan elektrik.

    Pakej Yang Boleh Disediakan

  1. Aktiviti menyusuri Sungai Merbok serta melihat keindahan hutan paya bakau
  2. Memancing ke pulau pulau berhampiran
  3. Menyediakan kemudahan untuk mesyuarat dan riadah
  4. Jamuan Makan
  5. Indoor Games
  6. Lawatan :
  7. * Membeli belah hasil laut diTanjung Dawai
    * Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan di Pekan Merbok
    * Tapak perkelahan air terjun di Tupah dan Batu Hampar
    * Gunung Jerai
    * Perkampungan Nelayan dan Industri hasil laut mereka
    * Pendaratan ikan dan pusat lelongan ikan berkomputer
    * Dusun Buah – buahan
    * Ternakan ikan dalam sangkar
    * Kawasan tanaman padi
    * Ternakan Lembu, kambing, ayam
    * Pantai Merdeka
    * Galeria hutan simpan Paya Laut Sungai Merbok

    Penginapan
    Chalet 2 bilik berhawa dingin : RM 150 sebuah
    Chalet VIP : RM 250 sebuah
    Chalet Berkembar : RM 100 sebuah
    Sebuah Bilik : RM 60
    3 buah bilik tiap satu : RM 40
    Memancing tanpa Menginap : RM15 seorang

    Alamat
    Jalan Batu Hampar,
    08400 Merbok,
    Kedah

    Untuk Tempahan Hubungi
    Noraziela Othman : 019 – 545 2412
    Muhaiyudin Ismail : 012 – 463 3526
    Abdullah Kanchil : 013 – 470 8230

    Masa Check In : 2.00 petang
    Masa Check Out :1.00 Petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan