Sabtu, 25 Januari 2014

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


majlis maulidur rasul <b>di</b> surau kuala <b>merbok</b> pada isnin 20/01/2014

Posted: 21 Jan 2014 12:02 AM PST



Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Surau Kuala Merbok ini telah diadakan pada hari Isnin 20/01/2014 bersamaan 18Rabiulawal 1435Hijrah. Penceramah yang dijemput pada majlis tersebut adalah Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Ahmad dari Tampin. Beliau merupakan penceramah bebas, Ahli Jawatankuasa Surau telah memberikan kebebasan kepada penceramah untuk menyampaikan ceramah dengan tajuk yang sesuai dengan majlis Maulidur Rasul pada tahun ini.

Jemaah sedang khusuk mengikutu ceramah yang disampaikan di surau ini.


Jemaah bersalaman selepas solat Isyak.


Selesai sembahyang Isyak semua jemaah dijemput 
menjamah hidangan yang dihidangkan dibawah khemah.


Surau Kuala Mobok ini nampak kecil tapi aktif dengan aktiviti keagamaan dikalangan anak-anak kariah dimana sering mengimarahkan surau bila sesuatu aktiviti keagamaan diadakan atau dianjurkan oleh Ajk Surau. Kita sebagai anak-anak kariah marilah turut bersama mengimarahkan surau ini dengan insan-insan terpilih yang turut berkunjung didalam majlis ilmu.
* Foto dan maklumat adalah info dari Pengerusi Surau iaitu Encik Rosli Yasin.

BLOG KEDAH: 02 <b>di merbok</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jan 2014 09:52 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Black 505 <b>di</b> Padang <b>Merbok</b>, bukan Masjid Ar Rahman – Peguam <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 04:47 AM PST

(Ainuddin Othman)

KUALA LUMPUR 11 DIS: Peguam Eric Paulsen berkata, lima aktivis mahasiswa dan tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak melakukan kesalahan kerana himpunan diadakan di Padang Merbok dan bukannya di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya.

"Tiada kesalahan yang dilakukan kerana perhimpunan di Padang Merbuk dan bukannya di masjid.

"Pihak pendakwaan salah faham kerana masjid itu adalah salah satu daripada berpuluh-puluh tempat pertemuan sebelum perhimpunan tersebut," kata Eric Paulsen (gambar).Eric

Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily selepas perbicaraan kes peserta himpunan Black 505 di bawah Seksyen 4(2b) Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Antara didakwa termasuk Timbalan Ketua AMK Malaysia, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Yunus, Ketua AMK Terengganu, Al Faizal Amjed dan aktivis mahasiswa Adam Adli.

yusmadi yusofSeorang lagi peguam mereka, Yusmadi Yusoff (kiri) memberitahu, kes itu penting untuk menilai Akta Perhimpunan Aman yang baru diwujudkan pada 2012.

"Mahkamah sendiri hari ini secara terbuka mengakui tidak begitu mahir dengan akta ini.

"Apa yang lebih penting kita hendak lihat pihak bertanggungjawab mengemukakan bukti-bukti yang kukuh sama ada menggalakkan perhimpunan ataupun mengekang perhimpunan.

Tambah Yusmadi, keputusan mahkamah terutamanya berkaitan larangan 50 meter had larangan himpunan penting kerana Seksyen 4(2b) PAA pertama kali dibawa ke mahkamah.

"Keputusan yang dibuat nanti akan jadi panduan untuk himpunan seterusnya pada masa akan datang," katanya.

Hakim Mahkamah Kuala Lumpur, Mat Ghani Abdullah menetapkan perbicaraan disambung pada Jumaat, 13 Disember ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57151

Phahrulrazi Kena Jawablah Bab Tanah Candi <b>Di Merbok</b>, Bukan <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 05:06 PM PST

Hindu bernama N.Surendran dan Hindu-Hindu yang lain sibuk dah dengan pemusnahan sebuah candi yang berusia ribuan tahun di Merbok. Mereka cuba mempersalahkan Mukhriz Mahathir dan UBN. Paling aku tak tahan dengar, bila dikatakan yang kerajaan Mukhriz tu sama taraf dengan Taliban yang memusnahkan patung Buddha di Lembah Bamiyan, Afghanistan walaupun hakikatnya, tidak ada lagi manusia beragama Buddha di kawasan tu.

Aku bukannya peminat atau penyokong Mukhriz pun. Apa lagi UBN. Tapi aku cukup tak suka kalau buat perangai pastu sembunyi tangan dan pura-pura tak tahu.

Setakat guna alasan untuk menyalahkan UBN pasal tak gazet tanah di kawasan tersebut, aku rasa alasan itu menambahkan lagi kebodohan pada jemaah kita. Kemusnahan replika candi tu, berlaku semasa penghujung zaman pentadbiran PAS di Kedah. Dengan kata lain, yang jual tanah tu kepada pemaju adalah pemimpin kita sendiri. Pemimpin yang dikatakan tsiqah dan kita wajib wala' kepadanya.

Kalau betul pemimpin kita dari jenis yang bertanggungjawab, dia perlu segera tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan. Perlu beritahu awam dan Hindu-Hindu yang sedang menyalak itu rasional tindakannya dahulu sebab, tanah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan dia pula adalah salah seorang daripada penggubal undang-undang serta perlaksana polisi Kerajaan Negeri semasa Kedah masih di bawah PAS.

Hindu-Hindu tu juga perlu diberitahu bahawa, setakat pemusnahan replika yang dibina pada tahun 1974, ia bukanlah masalah besar memandangkan ia boleh dibina semula. Namun pemusnahan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Guan Eng ke atas Candi Gua Kepah, jauh lebih dahsyat dan perlu ditegur.

Pasei apa, Hindu-Hindu tu tak berani nak menghentam Guan Eng dan menyamatarafkan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu sama macam komunis China yang memusnahkan pusat-pusat kebudayaan dan keagamaan semasa zaman Revolusi Kebudayaan di tanah besar tempat asal keturunan Guan Eng?

Yang pihak kita pula, kenapa takut sangat nak buka mulut?

teknik ringkas memikat <b>merbok di</b> pokok SAWIT TINGGI..

Posted: 04 Nov 2013 12:46 AM PST

 Assalamualaikum....terima kasih buat sahabat2 yang masih mengikuti blog dinzafiz...Rasanya dah lama saya tak update blog ni....Lama dah saya tidak memikat terkukur, sekarang ni banyak sikit kerja jadi macam tak berapa sempat jer.... hehehe....mungkin juga ada yang tahu saya memikat merbok....
 Seronok juga layan merbok nie, keseronokannya hanya pemikat merbok jer yang tahu....hehe..
Ada sahabat2 yang bertanya saya bagaimana memikat merbok di pokok sawit tinggi?
ok, saya cerita ringkas jer yer.... terdapat berbagai2 cara yang anda boleh buat....saya bagitahu 3 cara dan teknik yang ringkas dahulu yer..1anda boleh guna kantau/tiang merbok. jika anda ada kantau ni anda perlu naikkan kantau rapat dengan batang sawit.... pastikan jebak anda dicelah dan bawah dari pelepah sawit..... rapun dan pengidang jebak menghala keluar dgn kata lain rumah jebak rapat kebatang sawit, pengidang pula menghala hujung pelepah sawit...oiiittt.. panjang la pulak...hehe... perlu diingat juga jgn letak atas dari buah sawit... jebak mesti bawah sedikit dari buah...faham kan?

tetepi, teknik ini ada risiko.... nampak mudah tapi bahaya..kerana ditakuti pokok yang anda pilih untuk letak pikat ada musuh. seperti ular, kerengga, biawak dan lain2. jadi sebelum membuat pilihan pastikan keadaan semuanya selamat. jika sayangkan denak anda guna cara lain.... ok cara dan teknik seterusnya........saya cerita lain kali... kira bersambung dulu yer..... jumpa episod akan datang.hehee....

salam mesra dari saya dz.....bersambung.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan