02 di langkawi - Google Blog Search |
Borong Produk Gamat Asli <b>di</b> Nusantara Maju <b>Langkawi</b> Posted: 03 Mar 2014 02:44 AM PST Gamat (Sea Cucumber) atau Timun Laut. Bagi rakyat Malaysia, ia satu spesies haiwan laut yang tidak asing lagi. Dijadikan sebagai bahan dan sumber untuk produk-produk kecantikan dan kesihatan, ia boleh dikatakan agak popular terutama mereka yang percaya akan khasiat Gamat ini. Nama saintifik untuk Gamat ialah Stichopus horrens. Menariknya, 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Salah satu Gamat atau Timun Laut yang paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan terdapat di perairan Malaysia terutama di Langkawi. Gamat ini lebih dikenali sebagai Gamat Emas; iaitu dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii). Tempat menarik pertama kami singgah semasa tiba di Pulau Langkawi ialah tempat penjualan borong produk Gamat asli. Tempat yang kami singgahi itu ialah Nusantara Maju yang terletak di Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat. Agak besar tempatnya, dan ada tempat memasak Gamat disediakan. Tempat memasak itu disediakan bagi menunjukkan demonstrasi membuat minyak Gamat yang memang popular di Langkawi. Replika Botol Minyak Gamat TerbesarLagi satu yang istimewa di Nusantara Maju, ada replika botol minyak Gamat yang pada firasat saya adalah yang paling besar pernah wujud di Malaysia (mungkin di dunia). Kata rakan saya yang menetap di Langkawi (yang juga pemandu pelancong kami pada hari tersebut); Nusantara Maju adalah kedai Gamat paling besar yang ada di Langkawi. Malah, antara kedai yang ada demo buat minyak Gamat untuk pelancong-pelancong yang datang.Di kedai Nusantara Maju, ada beraneka produk berasaskan Gamat anda boleh peroleh. Ada produk kecantikan, ada produk kesihatan, malah ada produk-produk cenderahati disediakan. Saya bagai teruja melihat banyak produk yang boleh dihasilkan daripada Gamat ini. Nyata Gamat adalah spesies yang pelbagai guna dan banyak manfaat pada manusia. Minyak Gamat Secara TradisionalSecara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.Saya dan isteri sempat juga beli beberapa produk Gamat. Tak borong memandangkan tujuan utama kami ke Langkawi adalah untuk bercuti dan bersantai. Cuma adalah shopping sedikit sebagai cenderamata dan buat ingatan kami sekeluarga. Dimanakah tempat kami menginap? Ok, di entri lain saya akan ceritakan pula. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan