di negeri kedah - Google Blog Search |
Bekalan air <b>di Kedah</b> mampu menampung keperluan <b>negeri</b> <b>...</b> Posted: 26 Feb 2014 03:59 PM PST Kedah tak perlu catu air dalam masa terdekat ALOR SETAR - Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan di beberapa empangan utama masih mencukupi untuk menampung keperluan domestik, industri dan aktiviti pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrulhisham Hashim berkata jika keadaan kering dan kemarau sekarang berterusan, empangan di Kedah dijangka masih mampu menampung keperluan air untuk tempoh 10 bulan lagi. "Kerajaan Kedah belum timbang buat catuan air. Kita dapat maklumat daripada Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, air di Kedah di tahap boleh bertahan. Kerajaan Kedah tak pernah bincang untuk buat catuan," katanya di sini hari ini. Sehubungan itu, para pesawah tidak perlu bimbang bakal berhadapan masalah pengairan kerana Mada akan membuat pelepasan akhir seperti yang dijadualkan hujung bulan Mac untuk musim pertama 2014. |
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan