Rabu, 2 April 2014

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Lagi Berita: Kassim Ahmad ditahan <b>di Kulim</b>

Posted: 26 Mar 2014 06:48 PM PDT


Sarjana Kassim Ahmad ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah, ekoran kenyataan kontroversinya berkaitan hadis yang dibuat dalam sebuah seminar di Putrajaya sebelum ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kassim ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira jam 2.30 petang.

Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, menurut kenyataan itu.

Beliau ditahan bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Sementara itu, anak Kassim -- Ahmad Shauqi -- berkata, bapanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulim dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk tujuan soal siasat.

JAWI tidak dapat dihubungi pada masa ini kerana di luar waktu pejabat.

Dijangka didakwa esok

Seorang pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 10 penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dijangka dituduh di mahkamah syariah di Putrajaya pagi esok.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Program dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan).

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Sebuah buku Kassim, Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan sebelum ini selepas dianggap antihadis. - Mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan