Khamis, 10 April 2014

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Tempat Menarik Yang Harus Di Lawati <b>Di Langkawi</b> ~ Kisah Si Dairy

Posted: 17 Mar 2014 05:50 PM PDT

Selamat pagi semua..Minggu depan aku akan bercuti selama 4 hari.Insyallah,kalau takde aral,aku sekeluarga akan ke langkawi untuk bercuti.Sebenarnya ini kali pertama kami bercuti dalam jarak yang jauh..
Selalunya kami sekeluarga akan bercuti dekat-dekat je.Tempat kegemaran kami adalah di Pantai.Paling suka bila dapat berBabeque bersama-sama..Rasanya itulah yang terbaik untuk kami sekeluarga.Disebabkan ahli keluarga kami nie semua mempunyai anak-anak yang masih kecil,terpaksalah kami bercuti ditempat yang berdekatan je...
Of course,ada antara korang yang pernah pergi ke Langkawi nie kan,tempat mana yang korang rasa seronok untuk korang lawati..Aku pun tak sure lagi kemana guide tourist tu nak bawak kitorang...hahaha..
Antara tempat menarik yang aku dah survey.Kotlah mana tau ada gi tempat-tempat ni,at least taulah aku serba sedikit tentang Tempat yang aku tuju tu...muehehehe..
Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.
Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam.Aku harap dapat sangatlah pi sini..Bak kata orang,syurga membeli belah..Dah spend duit sikit nak shopping kat sana...Takut tak larat je nak bawak sebab ramai di kalangan ahli keluarga yang bawak "Hand bag" sendiri..heheh..harap korang faham ape itu handbag..
Pulau Dayang Bunting (Langkawi Geopark)
Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata., Pakej island hoping ...hah!!..yang ni aku teringin sangat nak pergi..harap berkesempatan la gi Pulau Dayang Bunting nie..Selalu aku tengok dekat tv je...
Mangrove Tour Sungai Kilim(Langkawi Geopark)
Berusia 550 tahun.Ni yang aku nak tau sangat tentang sungai nie..Gila lama usia sungai ni..
Pulau payar Marine Park 
Taman Marin Pulau Payar adalah salah satu dari 5 taman marin di Malaysia. Di bawah peliharaan jabatan laut dan marin,
Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)
Lagenda Langkawi sejak 7 keturunan. Lagenda mengisahkan mahsuri seorang perempuan melayu yang difitnah dan dibunuh di khalayak ramai kerana bersekedudukan. Sebelum dibunuh beliau bersumpah agar langkawi kering kontang tiada hasil selama 7 keturunan. Waris mahsuri tinggal di phuket telah berkahwin dan mempunyai zuriat.satu-satunya kisah sedih tentang Mahsuri yang sungguh tragis...
Oriental Village dan Cable Car (Panorama Langkawi)
Underwater World Langkawi mengalu-alukan kedatangan anda yang cintakan anugerah alam semulajadi dan ingin menyelam kehidupan sebenar di dasar laut dan belajar mengenal pelbagai spesies hidupan laut seperti jerung dan pelbagai ikan lain, terumbu karang dan penguin.
Kilang gamat
Tempat menghasilkan gamat. Pelbagai produk gamat asli dan ekstrak.Ni yang harus dibeli dari Langkawi..Aku nak tengok kilang dia dan nak rasai sendiri pengalaman pegang gamat...aiyakkk

Galeria Perdana
Koleksi hadiah mantan perdana menteri ke 4. Pelbagai jenis barangan kristal, perak dan emas.


Dah google tempat ni,dalam Galeria Perdana ni sangat cantik

Telaga Tujuh Langkawi dan Air terjun
Telaga tujuh dilatari dengan keindahan dan keajaiban geografi di mana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air terjun semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Khabarnya lokasi ini adalah tempat sang paripari bersiram dan bermain air. Kehadiran makhluk ini dikatakan dapat dikesan melaui bauan yang menyenangkan di seluruh kawasan sekitar.Aku tak taulah samada aku berkesempatan untuk pergi ke tempat tempat menarik yang ada diLangkawi ni.Harap -harap dapatlah pergi salah satu dua or tiga...hehe

Insyallah..aku akan update jugak entry walau sedang bercuti.hehehe..kalau ada masa terluang..
Dah asyik ingat nak bercuti je ni...
Jomlah kita #VSM2014..Of course percutian paling menarik ada di Langkawi nie,
Sape orang Langkawi,roger-roger ek...hehehe

sumber tentang langkawi dan gambar ihsan dari sini dan google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan