Rabu, 2 April 2014

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Dua Sahabat Maut Kemalangan Jalan Raya <b>di Pendang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 10:20 PM PDT

jenazah

PENDANG: Dua sahabat maut apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mereka terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 72.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, Sabtu.

Kemalangan pada jam 9.30 pagi itu menyebabkan Muhammad Mohd Rozi, 19, dan Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzi, 19, mati di tempat kejadian.

Menurut ibu Muhammad, Kalsom Kassim, 55, anaknya menaiki motosikal bersama Muhammad Ekhromee dan motosikal mereka itu bergesel dengan motosikal ditunggang Muhammad Fairuzi Musa, 19.

"Pergeselan itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas. Muhammad dan Muhammad Ekhromee terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta yang mengikut dari belakang," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Muhammad Fairuzi pula hanya cedera ringan dan dirawat di HSB.

Kalsom berkata, anaknya dan Muhammad Ekhromee dalam perjalanan ke HSB untuk melawat ibu rakan mereka yang sakit sejak tiga hari lalu.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan