02 di jerai kedah - Google Blog Search |
Hutan Gunung <b>Jerai</b> Terbakar - blog rasmi kerajaan negeri <b>kedah</b> <b>...</b> Posted: 24 Mar 2014 12:30 PM PDT ALOR SETAR 24 Mac - Hampir 10 hektar hutan di Gunung Jerai yang menyimpan pelbagai khazanah berharga, dikhuatiri musnah ekoran berlakunya kebakaran sejak seminggu lalu sehingga kini. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob, kebakaran itu berpunca daripada cuaca panas dan kering kebelakangan ini. Kata beliau, pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran di kawasan itu memandangkan lokasinya jauh dari jalan utama, tiupan angin kencang dan kedudukannya yang curam. "Lokasi kebakaran dianggarkan berada pada paras ketinggian 640 meter dari aras laut. Lebih menyukarkan keadaan, untuk sampai ke situ kami perlu berjalan lebih dua jam di dalam kawasan hutan. "Justeru, apa yang kami mampu lakukan, hanyalah menghalang kebakaran itu daripada merebak, khususnya di kawasan bawah yang lebih banyak pokok," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam. Gunung dengan ketinggian 1,217 meter dari aras laut itu merupakan yang tertinggi di utara semenanjung tanah air selain menjadi tumpuan pengunjung untuk melawat tempat-tempat bersejarah serta rekreasi seperti berjoging. Seorang pekerja resort berhampiran yang enggan dikenali mendakwa, kebakaran di kawasan itu sudah bermula sejak hampir seminggu lalu. "Sejak seminggu lalu, api sudah mula ada di kawasan tepi jalan menuju ke puncak. Tetapi nampaknya, kini sudah mula padam dan hanya tinggal asap. "Kemudian hari ini saya difahamkan berlaku kebakaran di dalam hutan pula. Diharapkan agar kebakaran ini dapat dipadam secepat mungkin dan tidak memberi kesan kepada kami yang mencari rezeki di sini," katanya. |
You are subscribed to email updates from di jerai kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan