Khamis, 15 Mei 2014

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


2000 penoreh bantah harga getah jatuh, demonstrasi <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 12:37 AM PST


Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Hampir 2,000 penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka, Padang Terap, Kedah semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak, himpunan ketiga yang dicatatkan sehingga kini.
Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.
Pelbagai sepanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN".
Mereka mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah, lapor media rasmi PAS, Harakahdaily.
Harga getah kini jatuh sehingga RM2.40 sekilogram di kebanyakan tempat.  Sebelum ini, Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencadangkan isu kejatuhan harga getah ini dijadikan modal kempen pilihan raya kecil Kajang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.
Suhaizan berkata, biasanya pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ia masih di bawah paras kemiskinan.
"Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu, jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang daripada itu.
"Pada 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah sekerap RM2.40.
"Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, " katanya.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria, berkata kerajaan perlu segera bertindak segera menangani kemelut harga getah ini.
"Pemuda Kedah mengingatkan bahawa mungkin Demonstrasi Baling 1974 yang berlaku 40 tahun dahulu akan berulang jika kerajaan tidak bertindak segera," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan