Sabtu, 10 Mei 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


TNB, apa sudah jadi? Blackout <b>di Sungai Petani</b>, Segamat, Muar <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini dihujani dengan keluhan pelanggan syarikat utiliti itu berikutan masalah terputus bekalan elektrik yang dikesan berlaku di beberapa negeri.

Berdasarkan komen-komen dalam laman tersebut, bekalan elektrik terputus di Sungai Petani (Kedah), Segamat, Muar (Johor), Merlimau (Melaka), Jempol dan Seremban (Negeri Sembilan).

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa kerana masalah tersebut sudah berlarutan selama beberapa jam manakala talian khidmat aduan TNB sentiasa sibuk.

Ada pelanggan yang memberi komen mendakwa bekalan elektrik turut terputus di Hospital Segamat.

Antara aduan yang diajukan melalui laman Facebook TNB ialah:

"Mohon maklumat yang tepat, apa yang berlaku? Ada masalah gangguan bekalan elektrik melibatkan beberapa negeri? Berapa lama masa yang bakal diambil untuk mendapatkan semula bekalan? – Mohd Soffian Osman

"Taman Bukit Mika 2, Seremban, sudah hampir satu jam terputus bekalan elektrik. Telefon TNB Careline asyik sibuk." – Liza Marwati Mohd Yusoff.

"Bekalan elektrik di Jln 1/21 Bdr. Putra Segamat terputus. Saya cuba menghubungi careline 15454 dan no 1300 tetapi talian sibuk. Mohon bantuan untuk baiki. Terima kasih."

"Kenapa bila saya hubungi TNB Careline selalu sahaja sibuk. Kawasan taman saya sudah hampir dua jam tiada bekalan elektrik.  Boleh beritahu apa masalah?" Abdurrahman Husain.

Sementara itu, kakitangan TNB yang bertanggungjawab menjawab pertanyaan di laman berkenaan menjelaskan bahawa terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang giat dilakukan.

"Selamat sejahtera, Tuan. Terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami.

"Disebabkan gangguan ini, talian 15454 adalah agak sibuk dari pengguna mengenai gangguan bekalan ini. Mohon maaf keatas segala kesulitan. Sekian, terima kasih menggunakan perkhidmatan FB TNB CareLine. (Neasa, TNB)"

Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut masalah yang menyebabkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus.

TNB di laman berkenaan turut memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan