Quotes of the Day – 'Kereta Dibeli Scha Guna Duit Sendiri' - Awal Ashaari
Semasa sidang akhbar Tiger Futbol Starz musim kedua di Restoran Ecoba, PJ Trade Center, semalam, pelakon Awal Ashaari telah mengeluarkan kenyataan tentang isu dan gosip yang disebarkan dari sebuah akhbar tabloid minggu lalu. Isu ini berkaitan dengan gosip yang mengatakan Awal Ashaari telah menghadiahkan sebuah sebuah kereta Audi QS kepada kekasihnya, Scha Alyahya. Ternyata, menurut Awal Ashaari, gosip ini tidak benar sama sekali kerana kereta tersebut dibeli oleh Scha sendiri.
Lebih mendukacitakan Scha Alyahya, nombor plat kereta Scha telah turut disebarkan. Hati mana yang tak marah kan?
Menurut Awal, isu ini tidak perlu diperbesarkan. Harap Awal dan Scha bersabar atas dugaan ini.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menjelaskan kereta mewah jenis Audi Q5 yang bernilai lebih RM300,000 dibeli sendiri oleh kekasihnya, Scha Al-Yahya.
Awal berkata, dia tidak mampu memberikan kereta itu sebagai hadiah untuk seorang kekasih kerana harganya yang mahal.
"Saya tidak mampu menghadiahkan sebuah kereta mewah seperti itu. Hal ini hanyalah spekulasi semata-mata dan ia tidak patut diperbesarkan kerana boleh membahayakan diri Scha sendiri. Dalam masa yang sama ia menunjukkan saya seorang pelakon yang hidup sedangkan rasanya, Scha lebih berkemampuan daripada saya. Saya harap penjelasan ini dapat menutup spekulasi yang dilemparkan," katanya yang ditemui di
Awal membuat penjelasan tersebut berikutan tersiarnya gosip di sebuah akhbar tabloid harian yang mengatakan Scha menerima sebuah kereta Audi Q5 yang diberikan oleh Awal sebagai hadiah dengan menggunakan nombor pendaftaran empat digit.
Bagaimanapun, jelas Awal lagi, Scha sedikit terkilan apabila laporan gosip berkenaan turut menyiarkan nombor plat kereta tersebut.
Inilah model kereta Audi Q5
"Dia agak marah kerana nombor plat disiarkan. Saya faham perasaannya kerana paparan nombor plat itu seperti kita memaparkan nombor telefon kepada umum. Maklumlah, sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh terjadi dan spekulasi ini boleh membahayakan Scha. Manalah tahu kalau ada yang mengekorinya daripada belakang kereta tanpa sedar. Lagipun siapa yang tidak sakit hati apabila sesebuah benda itu dibeli hasil daripada titik peluh sendiri yang kemudiannya disensasikan?" ujarnya
Sementara itu, kata Awal, dia sedang merancang untuk berkahwin dengan Scha pada tahun ini atau pada tahun depan.
"Setakat ini ada perancangan untuk mempercepatkan perkahwinan kami. Tetapi buat masa ini, jadual kami agak padat dengan karier masing-masing. Tambah pula, kedua-dua belah keluarga mahu ikatan perkahwinan ini mengikut adat. Pastinya ia mengambil sedikit masa," tuturnya. – Mstar Online
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Thursday, April 14th, 2011 pada 8:52 am dan dibawah kategori Awal Ashaari, Gossip, Scha Al Yahya.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
KL TOWER INTERNATIONAL NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2011
Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Larian "KL TOWER INTERNATIONAL NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2011" pada hari Sabtu, 7 Mei 2011.
Buat julung kalinya acara yang merupakan acara tahunan Menara Kuala Lumpur yang telah masuk ke tahun ke 10 ini akan di adakan pada waktu malam.
Rebutlah peluang untuk memenangi RM100,000.00 secara keseluruhan di dalam cabaran mendaki bukit sejauh 800 meter dan anak tangga sebanyak 2,058 di ketinggian 288 meter di Mega View (TH03).
Sebanyak 12 kategori akan dipertandingkan antaranya ialah:-
Lelaki Terbuka (18-39 tahun)
Lelaki Veteran Junior ( 40-49 tahun)
Lelaki Veteran Senior (50 dan ke atas)
Wanita Terbuka (18-34 tahun)
Wanita Veteran (35 dan ke atas )
Lelaki & Perempuan Junior (13-17 tahun)
Kakitangan Telekom Malaysia kategori Lelaki & Wanita (18 dan ke atas)
Kategori Media / Selebriti (Lelaki & Wanita) (18 dan ke atas)
Kategori Kurang Upaya (18 dan ke atas)
Yuran pendaftaran sebanyak RM 45 untuk Kategori Lelaki & Wanita Terbuka dan Veteran, RM 20 untuk Kategori Lelaki & Perempuan Junior dan RM 100 untuk bukan warganegara Malaysia. Terdapat diskaun yuran pendaftaran.
Borang penyertaan boleh didapati di Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom atau muat turun di www.menarakl.com.my. Peserta boleh juga mendaftar dalam talian di www.themarathonshop.com.my/events/towerthonrun2011
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Mei 2011, jam 6.00 petang. Larian Percubaan akan di adakan pada 4 Mei 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03 – 2020 5444 / 03-2020 6850 atau layari laman web www.menarakl.com.my
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Thursday, April 14th, 2011 pada 7:58 am dan dibawah kategori Events.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Aksi pembakaran kitab suci Al-Quran yang baru-baru ini terjadi di Florida AS yang dilakukan paderi kristian, kini ditiru oleh beberapa orang yang mengaku sebagai orang Iran.
Situs sunni-news.net memberitakan adanya sebuah video yang dipostkan ke web video YouTube yang memperlihatkan aksi pembakaran kitab suci Al-Quran yang dilakukan oleh beberapa orang yang berbicara dalam bahasa Parsi Iran.
Dalam video diperlihatkan seorang gadis (yang tidak kelihatan wajahnya) berbicara dalam bahasa Parsi serta mengaku orang Iran menghina Islam serta Al-Quran dan juga menghina orang Arab sebelum akhirnya ia membakar kitab suci Al-Quran tersebut.
Video berlanjut dengan aksi pembakaran Al-Quran yang dilakukan oleh pemuda yang dalam aksinya membakar Al-Quran juga berbicara dalam bahasa parsi.
TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki ditahan setelah diduga memperkosa perempuan muda ketika dia sedang menunggu pesawat transit. Demikian dilapor FoxNews, Rabu (13/4/2011).
Si perempuan yang berusia 22 tahun ini ketinggalan pesawat menuju ke Illinois, Amerika Syarikat (AS). Tersangka bernama Alexander Bertrand (26) asal Oregon ini mengenal mangsa di bar lapangan terbang ketika tengah malam. Mereka kemudian melanjutkan pembicaraan di kerusi menunggu setelah bar tutup.
"Ia bertanya jika dia boleh mencium saya dan saya mengatakan tidak," katanya. Namun, si lelaki tak berputus asa. Ia kemudian mendorong si perempuan dan menjatuhkannya ke lantai. Si lelaki kemudian menarik seluarnya dan memperkosanya selama 10 minit.
"Ia menarik rambut saya dengan tangannya kemudian menengadahkan kepala saya. Setelah itu, ia kemudian menghentak kepala saya ke lantai," kata si mangsa Malangnya lagi, dua orang yang lalu tak melakukan apapun.
"Saya menderita dan dua orang itu tetap jalan. Tak ada petugas pengamanan di sana. Ini berlangsung selama 10 minit dan tak ada yang boleh menolong saya," jelasnya. Dua petugas kapal terbang kemudian melihat insiden itu dan menelefon polis.
Juru bicara lapangan terbeng Jenny Schiavone mengatakan seorang petugas menelefon 911 dan menahan Bertrand sampai polis tiba. Perempuan ini menghabiskan semalam di hospital kerana mengalami cedera termasuk lebam di mata dan kakinya.
BROKDORF, Jerman - Seorang remaja berusia 20 tahun hilang kawalan menyebabkan kereta sport bapanya yang berharga £275,000 (RM1.35 juta) remuk akibat terbabas di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, remaja tersebut dan seorang penumpang wanita berumur 19 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sport Gumpert Apollo itu terbabas baru-baru ini.
Seorang jurucakap polis berkata: "Kereta itu remuk sepenuhnya dan hanya bahagian penumpang yang masih berada dalam keadaan baik."
Pihak berkuasa kini melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada remaja itu memandu dengan laju di kawasan yang mempunyai had kelajuan 80 kilometer sejam.
Kereta sport itu merupakan salah sebuah kereta yang paling laju di dunia.
Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.8 saat. - Agensi
INILAH.COM, Shanghai – Jumlah orang kaya di China telah mencapai hampir satu juta orang. Tepatnya, 960 ribu orang yang memiliki kekayaan di atas 10 juta yuan. Wow!
Berdasarkan laporan kekayaan tahunan yang baru dilapor, tanah utama China memiliki 960 ribu orang kaya yang harta peribadinya mencapai 10 juta yuan . Jumlah yang tercantum dalam laporan Hurun Wealth Report 2011 dari GroupM Knowledge, naik 9,7% dibandingkan tahun lalu.
Kenaikan harga properti dan Produk Domestik Bruto (PDB) yang tumbuh dengan amat cepat, merupakan pendorong terbesar dalam kenaikan jumlah orang kaya di China. Sebanyak 55% jutawan, mendapatkan kekayaan mereka dari bisnis peribadi.
Sebanyak 20% lainnya adalah spekulator properti yang menikmati kenaikan harga rumah. Sekitar 15% lagi, seorang ahli bursa saham dan 10% adalah eksekutif bergaji besar. Laporan Hurun Report ini merupakan ketiga kalinya dirilis, bekerja sama dengan GroupM Knowledge.
MELBOURNE – Seorang warga Australia meninggal dunia setelah ia ditanduk lembu tepat di bahagian dada.
Menurut penjelasan polis, pada ketika itu ia sedang cuba untuk menghantarkan lembu tersebut untuk dilakukan penyuntikan.
Lelaki, berusia 50 tahun itu lantas terlempar dan menghentam sebuah gerbang baja di peternakan lembu susu di pedesaan Victoria, Selasa , demikian dilapor Strait Times, Rabu (13/4/2011).
"Setelah kecelakaan itu, lelaki itu masih dapat berjalan menjauhkan diri dari lembu, namun tak lama ia jatuh ," ujar polisi.
Lantas lelaki tersebut dilarikan ke hospital sebelum akhirnya dia meninggal di Royal Melbourne Hospital, tadi malam.
Sebuah restoran di Belgium dikenal sebagai restoran angker yang dihuni oleh 1000 hantu.
Pemilik restoran– disamping memikirkan rasa masakan - juga membuat design restoran dengan pemandangan yang boleh menambah nafsu makan, sehingga nantinya pengunjung boleh kembali lagi makan di sana.
Tapi apa jadinya jika sebuah restoran didesign menjadi sebuah rumah hantu dengan memberikan rasa takut?
T'Spookhuys Restaurant & Bar yang dikenal dengan sebagai restoran t angker dan rumah dari 1000 hantu (weirdpalace.com).
Konon restoran ini dibangun hanya sekadar untuk menyenangkan hati si pemilik yang memang gemar akan hal-hal yang bersifat ghaib. Namun restaurant ini akhirnya ditinggalkan pada tahun 2008 kerana baik pekerja mahupun pengunjungnya sering digoda hantu sebenar.
TEMPO Interaktif, Beijing – Sebuah rakaman video yang memperlihatkan dua kanak-kanak lelaki berusia 3-4 tahun sedang merokok menggegarkan China. Muncul perdebatan sudah seberapa buruk kebiasaan merokok melanda Negeri Panda itu.
Sambil tertawa, kedua asyik mengisap rokok. Bahkan yang satunya dengan bercanda meniupkan asap rokok ke wajah temannya. Mereka tertangkap kamera merokok di dekat pintu yang menghubungkan antara dua gerbong. Di sanalah para penumpang biasa merokok.
Ketika ditanya seorang penumpang yang terkejut, apakah ia tahu cara merokok, salah satunya menjawab, "Iya, Anda lihat saja ia dapat menghirup," katanya seperti dikutip dari behindthewaal.com
Rokok merupakan persoalan besar di China.Perbelanjaan perawatan akibat merokok tahun lalu saja US$ 70 miliar . Satu juta orang di negeri komunis itu saban tahun terbunuh kerana kebiasaan merokok.
Sekitar sepertiga dari 1,3 miliar penduduk China gemar merokok. Ini termasuk 53 peratus lelaki dewasa. Pemerintah China sejatinya telah mengeluarkan larangan merokok sejak 1995, namun selalu ditentang.
Bulan lalu, larang merokok di seluruh fasiliti umum tertutup dikeluarkan. Aturan ini mulai berlaku 1 Mei akan datang.
TEMPO Interaktif, Philadelphia –Seorang pensyarah mengundang sejumlah penari bogel untuk tampil di ruang kuliah di kelasnya di Universitas La Salle, Philadelphia, Amerika Syarikat. Jika mahasiswa tertarik, pensyarah bernama Jack Rappapor memungut bayaran US$ 150.
Dalam kelas yang mengajarkan mata kuliah etika bisnis itu, penari memakai bikini dan menari di atas pangkuan mahasiswa yang majoritinya lelaki. "Saya terkejut ketika penari menari di atas pangkuan," kata salah seorang mahasiswa, seperti yang dikutip oleh Daily Mail, Rabu 13 April 2011.
Para penari itu diminta mempertunjukkan tarian erotik baik kepada pensyarah mahupun muridnya. Jack yang telah mengajar selama 22 tahun di kampus La Salle, memang dikenal suka memberikan kelas yang aneh.
Ia pernah mengajak mahasiswanya bertaruh dalam lumba kuda untuk mendemonstrasikan mata kuliah statistik.
Sedangkan pertunjukan penari striptis dimaksudkan untuk mempresentasikan teori filsul Yunani Plato tentang platonik dalam mata kuliah etika bisnis.
Namun, kelas itu dibubarkan setelah dekan sekolah bisnis Paul Brazina memasuki kelasnya. Pihak kampus pun segera melakukan siasatan tentang apa yang sebenarnya terjadi dan siapa yang bertanggungjawab. Pihak kampus juga segera mengganti Jack dengan pensyarah lain.
Seorang mahasiswa di salah satu perguruan tinggi swasta di Banda Aceh, tertangkap ketika sedang mencuri wang dari kotak tabungan amal di Masjid Baitussalihin, Ule Kareng, Banda Aceh, Selasa (12/4). Akibatnya, YN di pukul orang ramai Beruntung beberapa anggota polisi segera mengamankan mahasiswa yang mengaku anak asrama ini.
Ilustrasi
Kaetua Polis Murthala Abdullah mengatakan, aksi YN mencuri wang dari kotak tabungan infak dilakukan saat warga sedang melaksanakan soat Zuhur berjamaah. "Saat warga sedang solat, pelaku mencongkel kotak sumbangan dengan menggunakan dawai" kata Kapolsek.
Kini, polii menahan YN serta wang senilai Rp110.000 yang diambil dari tabungan amal. Polis juga menyita dua utas dawai yang digunakan pelaku untuk menarik wang dari kotak sumbangan itu. Kepada polis, YN mengaku menyesal atas perbuatannya. Dia mengaku nekad mengambil wang kerana desakan ekonomi untuk membayar wang kuliah. "Saya sangat menyesal, Pak," sebut YN dengan kepala tertunduk malu. (Sumber)
TEMPO Interaktif, Yerusalem – Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman yang terkenal kontrovers kembali membuat onar. Ia melayani wawancara Isnin pagi lalu dengan Radio Reshet Bet ketika sedang buang hajat di rumahnya. Namun tidak disebutkan apakah buang hajat besar atau kecil.
Wawancara itu mengenai pertempuran antara militer Israel dan pejuang Hamas yang kembali meletup. Konflik kembali memanas lantaran jet-jet tempur negara Zionis itu mengebom Hamas di Jalur Gaza. Ini sebagai balasan atas serangan roket ke wilayah selatan Israel.
Di tengah perbincangan, tiba-tiba terdengar jelas bunyi air membasuh toilet. Suara latar itu muncul setelah Lieberman mengucapkan," Kita tahu siapa yang sedang kita hadapi.". Insiden bilik mandi itu langsung menjadi perbincangan hangat. Ada yang mengecam, tak sedikit pula yang setia mendukung Lieberman.
Lieberman dikenal anti-Arab dan menentang berdirinya negara Palestina. Ia bahkan pernah mengusulkan rancangan beleid yang meminta warga Israel keturunan Arab bersumpah setia terhadap Israel. Namun Knesset (parlemen Israel) menolak gagasan itu.
Partai Yisrael Beitenu yang dipimpin Lieberman merupakan ketiga terbesar di Knesset, dengan 15 dari 120 kerusi di parlimen. Sebuah jajak pendapat terakhir menyebutkan jika pemilihan umum digelar sekarang partai itu boleh menambah dua kerusi lagi.
SINGAPURA – Kelaparan, kehausan dan dehidrasi, itulah yang dialami oleh Din Islam, warga Bangladesh yang terperangkap di dalam kontainer selama tiga minggu.
Pada Minggu malam, para pekerja di Terminal Pasir Panjang menemukan Din (30) dan seorang lelaki lainnya yang sudah meninggal di dalam sebuah kontainer, yang datang dari Bangladesh.
Polis mengatakan keduanya merupakan pegawai pelabuhan di Bangladesh yang terperangkap di dalam kontainer tersebut ketika mereka sedang beristirahat.
Seperti dilapor Straits Times, Rabu (13/4/2011), Din dan rakannya Alamgir (30) merupakan pegawai pelabuhan di Chittagong, Bangladesh.
Pada 21 March, keduanya baru menyelesaikan pekerjaannya sebagai petugas kebersihan di pelabuhan, mereka pun berniat untuk melepaskan lelah dan beristirahat di dalam sebuah kontainer.
Ketika mereka terbangun, mereka tersedar masih berada di dalam kontainer yang saat itu sudah gelap dan pintunya tertutup. Mereka cuba berteriak dan memukul dinding kontainer untuk menarik perhatian. Tapi kontainer tersebut berada di antara ribuan kontainer lainnya yang ada di pelabuhan, sehingga tidak ada yang mendengar mereka.
VIVAnews.com | Martin Jones 12 tahun, dia mengalami kebutaan. Bahkan selama itu,lelaki 42 tahun ini tak pernah melihat wajah isteri yang dinikahinya empat tahun lalu.
"Aku bertemu dengan isteriku saat buta. Ketika aku tahu ada kesempatan untuk boleh mengembalikan penglihatan, isteriku adalah orang yang pertama ingin aku lihat," kata Jones seperti dikutip dari laman Telegraph.
Lelaki yang berkerja sebagai tukang bangunan ini mengalami kebutaan akibat ledakan aluminium putih ketika sedang bekerja. Ia menderita luka terbakar 37 peratus. Matanya buta dengan keadaan mata kiri hancur.
Jones baru boleh melihat kembali setelah melakukan transplantasi gigi. Melalui operasi yang memakan waktu selama lapan jam, satu gigi depan Jones dicabut untuk digunakan sebagai lensa di mata kanannya.
"Aku merasa sangat bahagia penglihatanku boleh kembali. Aku tidak boleh menggambarkannya, tidak bisa dilukiskan dengan kata-kata. Aku buta selama 12 tahun, saat penglihatanku kembali semuanya berubah," Jones menambahkan.
Christopher Lui, ahli bedah kornea, Sussex Eye Hospital, Brighton, yang melakukan transplantasi gigi revolusioner itu. Ia mengambil satu gigi taring Jones yang diubah menjadi dudukan lensa optik, dengan pengeboran lubang di dalamnya.
Lui kemuian memasukkan gigi itu ke dalam pipi selama tiga bulan untuk menumbuhkan jaringan baru dan pembuluh darah. Prosedur selanjutnya adalah melakukan operasi rumit untuk memasukkan 'gigi' itu ke bola mata Jones.
"Saat aku dengar pertama kali teknik tersebut aku tidak percaya. Begitu juga teman-temanku. Tetapi ketika aku melepaskan kacamata, Oh Tuhan, mataku seperti dalam filem sains fiksyen, mereka pun percaya aku boleh melihat," ujar Jones.
Bila kita lihat seimbas lalu kita akan merasa simpati kepada pemuda tetapi bila diselidiki rupanya dia menipu seolah-olah kelihatan cacat.Sampai macam ini sekali manusia menipu untuk hidup..CUBA PERHATIKAN GAMBAR DIBAWAH INI :
Perhatikan bulatan merah itu.Kaki yang satu disoraokkan didalam seluar…
Sebenarnya ini lukisan bukan foto dan di lukis oleh pelukis Iran bernama Iman Malekiyang lahir pada 1976 di Teheran. Dia telah terpesona oleh seni Lukisan sejak ia masih kecil. Pada usia 15, dia mula belajar melukis di bawah penguasaan guru pertama dan hanya - Morteza Katouzian - yang merupakan pelukis realiti terbesar Iran. Sementara itu, dia mulai melukis secara profesional. Pada tahun 1999 dia lulus dari Design Grafik Seni Universiti Teheran. Sejak tahun 1998, ia telah mempamerkan lukisannya dalam beberapa pameran. Pada tahun 2000, dia menikah dan pada tahun berikutnya ia mendirikan ARA Lukisan Studio dan mulai mengajar melukis, memperhitungkan nilai klasik dan tradisional.
Pameran yang paling penting ia telah buat, adalah: Pameran pelukis Realiti Iran di Teheran Kontemporer Museum of Art (1999) dan Pameran Kelompok Pelukis KARA Studio di Sabz Gallery (1998) dan pada Abad Sa'ad Palace (2003 ). Pada tahun 2005, Iman menerima penghargaan William Bouguereau dan penghargaan Choice Ketua di salon ARC kedua kompetisi internasional.
Presiden Republik Czechoslovakia , Vaclav Klaus, didapati mengambil ballpen milik Istana Presiden Chile ketika berkunjung ke negeri Amerika Latin itu. Menariknya, aksi Klaus itu ibarat dia sedang mencuri sesuatu, kerana dilakukan diam-diam.
Rakaman aksi Klaus tersebut dipublikasikan ke laman jejaring sosial YouTube dan pengunjung ke akses rakaman itu terus bertambah. Dalam bahasa Inggris rakaman itu berjudul "President of Czech Republic steals pen."
Menurut Associated Press, stesen berita televisyen Czechoslovakia pertama kali menayangkan berita kenakalan presidennya itu minggu lalu. Klaus ketika itu mengikuti perjumpaan bersama wartawan bersama Presiden Chile, Sebastian Pinera, sebagai tuan rumah.
Berdasarkan tayangan rakaman itu, Klaus rupanya tertarik dengan ballpen di atas meja milik istana kepresidenan Chile, yang biasa digunakan untuk menandatangani perjanjian. Ketika Pinera, yang berada di sebelahnya, sibuk memberi sambutan, Klaus pun bertindak cepat. Keduanya ketika itu sama-sama duduk.
Dengan tangan kanan, Klaus mengambil ballpen itu dari dalam kotaknya dan langsung disembunyikan di bawah meja. Setelah itu dia tampak memindahkan ballpen tersebut dari tangan kanan ke tangan kiri sebelum memasukannya ke poket seluar.
Selama beraksi, Klaus selalu tersenyum di depan hadirin, seolah tidak ada sesuatu yang istimewa. Kotak ballpen yang sudah kosong itu dia tutup lagi.
Ballpen itu istimewa, terbuat dari batu lapis lazuli khas Cile. "Itu bukan sembarang ballpen, tapi pena stylus," kata Klaus Selasa lalu, seperti dikutip harian The Guardian.
Juru bicara kepresidenan Czechoslovakia , Radim Ochvat mengatakan bahawa ballpen khas itu memang disediakan khusus untuk tamu negara Chile. Juru bicara presiden Chile, Constanza Cea, juga membenarkan bahawa tamu presiden boleh mengambilnya tanpa harus minta izin tuan rumah.
LONDON, RIMANEWS – Semasa hidupnya, selebriti, Pall Arason, terkenal "rajin" mencari perhatian. Setelah kematiannya pun, dia masih mencuri perhatian. Tepatnya, melalui Phallalogical Museum, seniman 95 tahun ini menderma — bukan koleksi seninya — alat kelaminnya yang telah diawetkan.
Sigurdur Hjartarson, yang menjalankan muzium itu di kota nelayan kecil Husavik di Ireland mengatakan, organ peribadi Arason akan membantu melengkapi koleksi muzium. Semasa hidupnya, Arason memang pernah berjanji akan menderma bahgian peribadinya itu. "Saya menunggu orang ini selama 15 tahun," kata Hjartarson pada The Associated Press dalam sebuah wawancara.
Di muzium yang dianggap aneh namun ramai dikunjungi para pelancong ini, memang khusus nyajikan berbagai jenis alat kelamin lelaki. Sebelumnya, mereka telah memiliki koleksi alat kelamin ikan paus, anjing laut, beruang, dan mamalia lainnya.
Beberapa orang juga menyatakan telah berjanji untuk menyerahkan organ vital mereka setelah kematiannya, termasuk seorang Amerika, seorang warga Inggris, dan Jerman.
Muzium itu semula dibangun di Reykjavik tapi sejak beberapa tahun lalu pindah ke Husavik, sebuah kota kecil yang lebih dikenal untuk menonton ikan pausnya. Museum Phallological adalah bahagian penting dari industri pelancongan di kawasan Ireland saat ini, membawa ribuan pengunjung setiap musim panas.
Ikhtisar koleksi muzium termasuk 170 sentimeter (67 inci) alat kelamin paus berikut sperma yang diawetkan dengan formalin, penutup lampu yang terbuat dari testis lembu dan alat kelamin dari walrus Kanada.
Hjartarson, 69 tahun, mulai membuka muzium dengan 62 koleksi saja. Kini, jumlah koleksi muziumnya telah mencapai 276 buah.
TEMPO Interaktif, Michigan -Dominic Wilson Jr, bayi berusia 15 bulan didapati meminum minuman beralkohol hingga membuatnya mabuk. Akibatnya, bayi itu harus dilarikan kehospital setelah minuman yang mengandung alkohol yang dihidangkan restoran Applebee di Michigan, Amerika Serikat.
"Ia berkata 'hi' dan 'bye' pada tembok," kata Taylor Dill-Reese, ibu Wilson, seperti yang dilaporkan oleh CNN, Selasa 17 April 2011.
Selepas minum minuman yang mengandung alkohol itu, kanak-kanak itu berkel;akun aneh. Ia menundukkan kepala seperti merasa ngantuk, lalu terbangun dan bertingkah hyper ketika ia bersama orang tuanya sedang makan di restoran.
Awalnya Dill-Reese menduga tingkah anaknya itu akibat kurang tidur. Tapi, ayahnya terkejut apabila merasa jus apple yang dipesan untuk Wilson. Ayahnya mencium bau alkohol yang menyengat dari mulut anaknya itu.
Orang tua Wilson pun langsung melarikan anaknya ke hospital dan melaporkan restoran itu kepada polis.
Menurut polis, minuman alkohol dimasukkan ke botol berlabel jus. "Botolnya berlabel jus, tapi isinya mengandung margarita," kata Dill-Reese.
Menurut doktor, darah Wilson mengandung alkohol 1,10, dan keadaannya beransur pulih tetapi dia jadi sulit untuk makan.
VIVAnews - Orang biasanya menggunakan parfume untuk menyegarkan tubuh dan meningkatkan rasa percaya diri. Di tengah beragam jenis wewangian beraroma bunga, buah, dan rempah, seorang lelaki asal Chicago, Amerika Syarikat, membuat wangian dengan pilihan parfume beraroma daging.
Melalui perusahan Gold and Classic, John Leydon menciptakan parfum khusus untuk lelaki dengan aroma daging babi asap tebal dan daging asap halus. Sesuai aroma yang ditawarkan, Leydon menamai produknya 'Bacon'.
Lelaki berusia 44 tahun itu terinspirasi membuat 'Bacon' dari kisah tukang daging yang didengarnya di Paris. "Saya menggabungkan bacon (daging punggung babi), cologne, dan parfume," ujar Leydon, seperti dikutip dari Aol News.
Produk ini segera beredar di seluruh department store Amerika Syarikat dalam botol ukuran 30 ml. Harganya US$36 .
Sejak seminggu lalu, 'Bacon' mulai memasuki pasar parfume. Leydon mengaku menerima pesanan dari para distributor. "Banyak pengedar yang mahu memasarkan produk ini," ujar lelaki yang selama 10 tahun bekerja di lapan parfume house.
Direktor pemasaran di Davenport, Iowa, parfume ini boleh menjadi pertimbangan untuk mereka alergi terhadap parfume beraroma bunga dan sejenisnya.
Populariti 'Bacon' membuat sejumlah pembuat perfume berniat memasarkan produk lain beraroma sama seperti pasta gigi, benang gigi, tusuk gigi, lip balm, permen dan permen getah.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Alhamdulillah mungkin dah sampai masanya beliau berubah dan cuba mendekati kepada ajaran yang sepatutnya kita amalkan, terutamanya dikalangan wanita yang wajib menjaga aurat masing-masing. Berita terbaru mengenai artis kita ini dikatakan sudah berhijrah menjadi seorang muslimah yang manjaga auratnya.
Bertapa ayu dan cantiknya Irma mengenakan tudung yang sudah pasti menjadi buruan bakal Mak Mentua diluar sana yang terpesona dengan kesopanan dan dan keayuannya.
Saya dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak saya semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibubapa saya.
Apa boleh buat. Sebenarnya saya ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit malu yang amat sangat. Saya malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup saya nih. Hinggakan nak tengok muka saya di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan saya pasti menunduk, menunjukkan malunya saya pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan saya, mereka kata saya tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan saya. Apa lagi, meraung la saya. Saya ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la saya cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana saya nak hadapi semua tu?
Hari ni saya nekad, saya musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan saya. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah saya serius. "Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"
Lerr…tapir ke saya ni? Patut la saya malu amat sangat. Tapir rupanya saya ni. Ingatkan saya cacat semualajadi. Itulah dia kalau talau tak rajin menanya. Bodoh sungguh saya sampai ke tulang.
MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my Gambar FATAH SULAIMAN dan DJOHAN SHAHRIN SHAH
SCHA mengharapkan lebih banyak peluang berlakon dengan watak lebih mencabar.
MEMANG sudah menjadi prinsip hidup aktres popular ini tidak akan mencampuradukkan kisah peribadi dengan kerjaya seninya.
Atas alasan itulah, Scha Alyahya akan menolak segala tawaran berlakon mahupun sesi fotografi bersama buah hatinya, aktor dan pengacara kacak, Awal Ashaari.
"Saya tidak mahu masyarakat dan peminat bosan apabila melihat kelibat kami berdua dalam mana-mana drama, filem mahupun gandingan kami untuk majalah dan akhbar.
"Saya harus akui, memang banyak tawaran berlakon yang kami terima, namun kami menolaknya dengan baik. Bukan apa, kalau terlalu kerap muncul, pasti orang akan berasa jelik dan menyampah melihat kami nanti.
"Adalah lebih baik untuk kami mengasingkan diri serta menetapkan batasan antara kerjaya dan peribadi kami," luah Scha penuh jujur.
Juara pertandingan Dewi Remaja 2006 itu berkata demikian pada majlis pengumuman pencarian Carefree Girl Bebaskan Bakatmu yang berlangsung di The Actor's Studio, Lot 10, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas Scha dan Awal digandingkan dalam drama Prebet Jamilah tahun lalu, respons yang diterima cukup menggalakkan dan mereka dilihat sebagai pasangan yang serasi di layar kaca.
Melihat kepada keserasian itu, mereka bakal disatukan kembali dalam drama mini bersiri, Dunia Kita yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.
Mengulas tentang pemilihan Awal sebagai teraju utama dalam drama itu, Scha memberitahu semuanya di luar bidang kuasanya.
"Jujurnya, saya sendiri tidak tahu tentang pemilihan Awal untuk drama ini sehinggalah diberitahu sendiri olehnya. Malah, Awal juga tidak tahu bahawa saya juga berlakon dalam drama ini.
"Tetapi, apabila keputusan itu dilakukan oleh pihak penaja, saya tidak dapat menolaknya dan perlu menghormatinya," ujar anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu sambil tersenyum.
Sudah empat tahun bergelar anak seni, pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini mengakui dia masih belum puas dengan pencapaiannya sebagai seorang aktres.
Cukup dikenali dengan watak Dania dalam drama rantaian, Awan Dania selama tiga musim, Scha mahu meneroka lagi bakat lakonannya dengan pelbagai watak yang mencabar.
Malah, Scha juga cukup sedar akan watak-watak yang diberikan kepadanya setakat ini kebanyakannya tidak banyak lari daripada perwatakan dirinya yang sebenar.
"Tetapi, percayalah, saya sanggup untuk belajar dan mencari kelainan untuk mempelbagaikan lagi watak demi memantapkan portfolio seni saya.
"Dalam erti kata lain, saya bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru dan berharap peluang itu akan datang kepada saya kelak," kata Wajah Eksklusif Astro ini dalam nada optimis.
Sehingga kini, Scha sudah membintangi lima buah filem iaitu Antoo Fighter, Libas, Histeria, Papadom dan Evolusi KL Drift 2.
Antara pencapaian terbaiknya apabila dia dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (2009) bagi filem Histeria.
Dalam pada itu, Scha juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cukup bertuah apabila dapat berlakon di samping pelakon hebat seperti Nasha Aziz dan Hans Isaac.
Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan dirinya bangga apabila diberi tunjuk ajar dan berlakon di bawah arahan pengarah hebat antaranya Afdlin Shauki dan James Lee.
Bakat Scha tidak hanya pada bidang lakonan tetapi juga sebagai seorang pengacara apabila pernah mengacarakan program seperti Sehati Berdansa dan Kata Kau!.
"Saya juga mahu terus menjadi pengacara dan meneroka bakat saya dalam bidang ini kerana ia merupakan cabang seni yang cukup saya minati," ujar Scha lagi.
Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
AKHIL HAYY (kiri) dan Mawi berduet menyanyikan lagu Hambamu.
SELAMA ini Edry Abdul Halim banyak mencipta lagu-lagu nyanyian kumpulan, KRU dan juga artis-artis lain seperti Adam dan Stacy sepanjang 18 tahun pembabitannya sebagai komposer.
Anak ketiga daripada empat beradik ini tidak setakat mencipta lagu-lagu pop semata-mata, sebaliknya dia juga diberi kepercayaan mencipta lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan.
Menurut Edry, Astro Oasis misalnya menyerahkan tanggungjawab kepadanya mencipta lagu yang berunsurkan ketuhanan berjudul Hambamu sebagai lagu tema program Imam Muda musim kedua.
"Saya galas kepercayaan yang telah diberi oleh Astro Oasis itu. Sebelum mencipta lagu Hambamu saya cari tema yang sesuai. Mulanya saya mahu gunakan tajuk Imam Muda sahaja.
"Tetapi saya cadangkan tajuk dan tema yang lebih meluas dan neutral untuk judul lagu itu. Pada masa sama mesej dan misi program ini yang mahu mencari tokoh imam muda tidak diketepikan.
"Astro Oasis akhirnya setuju dengan pendekatan saya menghasilkan lagu itu kerana skop yang lebih luas pendekatannya," katanya kepada Hits yang ditemui sewaktu rakaman lagu itu baru-baru ini.
Pada pertemuan di KRU Studio di Cyberjaya itu, Mawi dan Akhil Hayy baru sahaja selesai merakamkan lagu Hambamu yang mereka nyanyikan secara duet.
Hambamu yang akan digunakan sebagai lagu tema rancangan realiti televisyen (TV) Imam Muda musim kedua itu juga akan diterbitkan dalam bentuk klip video bagi tujuan promosi.
Jelas Edry, dia mengambil masa tidak sampai dua jam mencipta melodi dan lirik Hambamu itu selepas membuat kajian daripada program Imam Muda musim yang pertama.
"Sebelum mencipta lagu itu, saya telah menonton Imam Muda musim pertama melalui YouTube. Daripada situlah saya dapat idea. Ideanya bersifat global dan juga boleh disiarkan pada bila-bila masa.
"Sebab itu, saya berharap agar lagu itu bukan setakat disiarkan di saluran-saluran radio Astro tetapi juga di rangkaian radio dan TV Media Prima dan RTM demi manfaat bersama.
"Lagu itu bukan setakat berkaitan perjalanan para peserta Imam Muda tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan individu-individu muslim yang lain. Lagi ramai yang mendengarnya ia lebih bagus," jelasnya.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pemilihan Edry bagi mencipta lagu tema khas untuk Imam Muda musim kedua berdasarkan bakat dan reputasi Edry.
Ini kerana katanya, bagi menarik perhatian para penonton terutamanya golongan muda, pihaknya mahu menggunakan pendekatan lebih segar dan moden dalam lagu tersebut.
"Sebab itu, kami rasakan Edry adalah komposer yang paling sesuai. Kami tidak mahu lagu berunsurkan ketuhanan yang dijadikan lagu tema Imam Muda ini sama seperti lagu-lagu nasyid lama yang stereotaip.
"Kami mahu mengkontemporarikan lagu itu supaya ia bukan sahaja mudah menarik perhatian golongan muda tetapi juga sesuai dihayati oleh semua lapisan agama dan bangsa," tuturnya.
Sebagai penyanyi lagu Hambamu, Mawi tidak menafikan dia dapat merasakan kelainan lagu itu berbanding lagu-lagu lain yang pernah dinyanyi serta dirakamkan dalam album-albumnya sebelum ini.
Kata juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, Hambamu bukan sahaja tidak kedengaran seperti sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga mampu mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kalau nasyid mungkin orang Arab atau Islam sahaja yang sesuai mendengarnya. Tetapi lagu ini seperti kedengaran macam kontemporari dan ia ke arah world music konsepnya.
"Cuma pada masa sama nilai-nilai keislaman itu ada dalam lirik lagunya. Memang saya rasa lain apatah lagi ini kali pertama saya berduet dengan Akhil Hayy dalam sebuah lagu," katanya.
Sementara itu, Akhil Hayy yang banyak menyanyikan rangkap lagu itu dalam nada tinggi begitu teruja merakamkan lagu yang bakal mendapat siaran meluas itu.
Katanya, lirik lagu itu yang ringkas tetapi padat dengan mesej ketuhanan dan melodinya yang mudah untuk dialunkan tambah menyakinkannya Hambamu mampu menjadi lagu popular.
"Lagu ini mudah untuk dihayati. Saya dan Mawi hanya mengambil masa lebih kurang tiga jam sahaja untuk merakamkannya di studio. Itu satu petanda awal untuk lagu itu popular," ujarnya.
Lagu Hambamu akan disiarkan pada epsiod pertama Imam Muda musim kedua mulai 29 April ini di Astro Oasis pukul 9 malam selain menerusi radio-radio saluran badan penyiaran swasta itu.
Lagenda Budak Setan kini kembali lagi dengan kesinambungan dari filem terdahulu, watak Katerina yang dipegang oleh Fazura didalam Lagenda Budak Setan (LBS) telah digantikan oleh Maya Karin untuk drama terbaru, Lagenda Budak Setan 2. Farid Kamil masih memegang watak sebagai Kasyah, dan Bront Palare juga dimasukkan dalam sekuel ini untuk watak Hisham.
Menurut sumber, Fazura tidak dapat memberikan komitmen untuk Lagenda Budak Setan 2 apabila pertindihan kerja dgn tawaran yang lain. Jadi, produser terpaksa menggunakan Maya Karin untuk memegang watak Katerina. Menurutnya lagi, peminat harus faham bahawa Lagenda Budak Setan 1 telah menjalani rakaman kira-kira 2 tahun lepas.
Walaubagaimanapun, kita bagi sokongan kepada Lagenda Budak Setan 2 yang akan ditayangkan pada Valentine 2012, nanti.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.
LOS ANGELES – Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang memiliki kekayaan bernilai AS$80 juta (RM242.08 juta) enggan membuat perjanjian praperkahwinan dengan bakal isterinya yang merupakan bekas model majalah bogel tersebut, Crystal Harris, lapor sebuah akhbar semalam.
Hefner yang berusia 84 tahun difahamkan tidak mengambil peduli nasihat orang lain tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Harris.
Dia tetap berpendirian bahawa wanita berusia 24 tahun itu menyayangi dirinya tanpa memandang soal harta atau kemewahan.
Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun depan selepas Hefner melamar Harris pada Krismas lalu.
Hefner menghantar komen di laman Twitter beberapa bulan lalu yang berbunyi: "Selepas saya memberi Harris cincin, dia terus menangis. Ini merupakan hujung minggu paling gembira dalam memori saya."
Ketika status perjanjian praperkahwinan mereka tetap diperkatakan, perkahwinan pasangan itu terus menjadi kontroversi.
Bekas teman wanita Hefner, Kendra Wilkinson berkata kepada E!: "Saya belum membuat keputusan untuk datang pada majlis itu atau sebaliknya. Saya tidak bergurau. Saya sebaliknya marah apabila mendengar tentang perkahwinan mereka."
Wilkinson bagaimanapun bertuah selepas Hefner membenarkannya menggunakan rumah agam miliknya untuk majlis perkahwinan bersama bintang bola sepak Amerika, Hank Baskett pada tahun 2009.
Seorang lagi bekas kekasih Hefner, Holly Madison pula lebih kecewa dan melepaskan kemarahannya kepada Harris.
"Dia (Harris) memiliki karakter misteri. Saya telah lihat ramai wanita yang cuba mengenali rapat dengan Hefner. Ada setengah daripada mereka yang bermotif jahat.
"Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah kepada Hefner menerusi Twitter. Tetapi, saya ingin berada di sana bagi menyaksikan perkahwinan mereka," jelasnya.- Agensi
[unable to retrieve full-text content]B-BOY atau penari jalanan sangat sinonim dengan budaya gengstarism, terutama di Barat. Persepsi itu timbul selepas sekian banyak filem dari Hollywood menggambarkan remaja yang menyertai kumpulan ini terjebak dengan pelbagai jenayah berkumpulan. Secara tidak langsung ia sudah tertanam di dalam minda.
[unable to retrieve full-text content]PERTANDINGAN nyanyian sering kali membabitkan kategori remaja mahupun belia. Begitupun, untuk memberi ruang kepada mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan merasakan dirinya berbakat dalam bidang nyanyian, Astro Prima (Saluran 105) bakal menyiarkan program nyanyian terbaru, Kilauan Emas.
SUDAH menjadi adat bagi seseorang yang bergelar penyanyi atau pelakon, pastinya mereka akan teruja apabila dijemput membuat persembahan di negara luar.
Walaupun sudah bergelar bintang besar di negara sendiri, Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey begitu teruja apabila mendapat jemputan untuk mempersembahkan bakat mereka dalam dunia teater di Malaysia.
Bakal beraksi menerusi konsert yang dinamakan West End Stars in Concert, ia merupakan buat julung-julung kalinya Stephen, Ramin dan Simon digabungkan dalam satu persembahan teater muzikal oleh produksi tempatan, Enfiniti Vision Media yang diterajui oleh Datin Seri Tiara Jacquelina.
Melihat senario industri teater muzikal tempatan yang kian popular dan digemari rakyat Malaysia, Tiara mengambil pendekatan untuk menyajikan pula sesuatu yang berbeza kepada masyarakat.
"Sesiapa yang meminati teater muzikal antarabangsa pasti mengenali mereka bertiga. Mereka adalah tiga nama besar di pentas teater West End di London. Pastinya peminat teruja untuk menyaksikan persembahan mereka di sini kelak.
"Kita bertuah kerana peminat teater muzikal kita adalah dari golongan muda yang mana berbeza di negara Barat kerana peminat teater di sana adalah dari golongan yang sedikit berumur.
"Justeru, konsert ini adalah untuk peminat di Malaysia yang tidak berkesempatan melihat mereka di sana, lalu kami bawakan ke sini," ujar Tiara semasa ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di Sky Lounge, The Ascott, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara ketiga-tiga bintang West End ini, seperti yang diketahui umum, nama Stephen Rahman-Hughes bukanlah nama asing bagi peminat dan penonton tempatan, memandangkan dia pernah tampil sebagai Hang Tuah di dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan yang terbaru menerusi filem terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa.
Pelancong asing
DARI kiri: Ramin, Stephen dan Simon berjanji akan menampilkan persembahan hebat dan indah buat penonton.
Walaupun ini bukan buat pertama kali dia tampil di hadapan penonton Malaysia membuat persembahan pentas, keterujaan Stephen bagaimanapun sangat terserlah apabila mendapat peluang untuk sama-sama menyanyi di atas pentas bersama dua rakan baiknya, Ramin dan Simon buat julung-julung kalinya itu.
"Selain teruja, ini merupakan peluang yang baik untuk saya kerana dapat bergabung bersama Ramin dan Simon buat pertama kalinya dan itu pun selepas beberapa tahun berbincang dan cuba menyesuaikan dengan jadual masing-masing.
"Di samping itu juga, saya turut gembira kerana dapat menyanyikan sebuah lagu berbahasa Melayu bersama salah seorang penyanyi hebat tempatan iaitu Jaclyn Victor dan saya juga tidak sabar untuk membuat persembahan di samping ketiga-tiga Simon, Ramin dan Jaclyn," tutur Stephen yang akan turut menyampaikan lagu Di Puncak Tertinggi, yang pernah dipopularkan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
Idea penggabungan tiga nama besar West End itu telah dicetuskan oleh Stephen selepas berpeluang mengadakan konsert tertutup bersama Ramin di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas.
Tambahnya, jika diamati industri teater muzikal telah berkembang dengan pesat di Malaysia, tetapi kebanyakannya adalah produk tempatan.
Justeru, kehadiran Stephen, Ramin dan Simon boleh dianggap sebagai satu lagi usaha mendedahkan penonton di sini untuk benar-benar memberi mereka peluang menyaksikan sendiri persembahan dari luar negara yang mereka minati dan mungkin tidak berpeluang menyaksikan di sana.
Justeru, adakah Stephen menjadi daya tarikan utama buat penonton menyaksikan konsert itu nanti?
"Perkara ini harus diberi peluang kerana ini adalah cubaan pertama dan jika ia diuar-uarkan dengan meluas, dan orang ramai benar-benar faham, tidak mustahil mereka akan hadir menonton kami."
"Penjualan tiket berjalan dengan baik sekali jadi saya dapat rasakan penonton di Malaysia juga teruja menyaksikan persembahan kami.
"Tidak dinafikan juga, saya merupakan jambatan yang menyambungkan teater muzikal Malaysia dan West End kerana telah dikenali dari Puteri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa," jelas Stephen yang juga pernah menjadi seorang koreografer sebelum menceburkan diri dalam bidang nyanyian.
Sementara bagi jejaka yang berdarah kacukan Iran dan Kanada, Ramin Karimloo pula, ini bukanlah pertama kali bagi dirinya menjejakkan kaki di Malaysia.
"Saya pernah berada di sini 18 bulan yang lalu untuk mengadakan konsert tertutup bersama Stephen dan sebenarnya ia sangat seronok berada di sini.
"Sebelum ini saya pernah katakan kepada Stephen yang mana saya tidak mahu terikat dengan terlalu banyak konsert kerana kesibukan jadual saya di London.
"Namun, jika rakan baik saya mahu menjayakan konsert ini di Malaysia, saya akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk penonton di sini," jawab Ramin yang turut menegaskan cuaca panas di Malaysia amat baik untuk kulit dan suara.
Sememangnya industri teater muzikal kini sedang berkembang, akan tetapi, negara kita jarang disajikan dengan persembahan teater dari luar negara.
"Ia sebenarnya agak mengejutkan saya. Kenapa bandar raya besar seperti Kuala Lumpur ini tidak mempunyai banyak konsert.
"Ini kerana di samping dapat berhibur, ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara dengan kemasukan pelancong asing untuk menyaksikannya di sini," ujar Ramin yang juga berharap akan dapat kembali semula ke Malaysia untuk melakukan persembahan.
Pat Ibrahim
JACYLN (tiga dari kanan) meraih peluang keemasan bergandingan dengan tiga nama besar West End Theatre, London ini hasil usaha produksi Tiara (dua dari kiri), Enfiniti Vision Media.
Berbeza pula dengan Simon Bailey yang pertama kali menjejaki bumi Malaysia. Baginya, pengalaman berada di sini yang diceritakan oleh bapa dan kakaknya tidak lama dahulu membuat dirinya teruja sejurus selepas turun dari kapal terbang.
Setelah diajak oleh rakannya, Stephen untuk mengadakan persembahan di sini, Simon mengakui ia merupakan bonus bagi dirinya untuk sama-sama dapat menghiburkan penonton dan peminat teater di sini.
"Kami harap bintang West End akan dapat menghiburkan peminat di sini bukan hanya dua hari sahaja tetapi dalam jangka masa yang sedikit panjang.
Mungkin ini baru permulaan bagi kami dan kami akan pastikan penonton semua akan mendapat pengalaman yang indah," tutur jejaka kelahiran London yang sudah 20 tahun mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.
Konsert yang berdurasi selama 90 minit ini akan menyaksikan hasil sentuhan tarian oleh koreografer terkenal Pat Ibrahim kembali bekerjasama dengan Enfiniti.
Alunan muzik pula akan diterajui oleh pemuzik berbakat, Lee Sze Wan yang mana pernah mempunyai pengalaman berada di beberapa produksi dalam pementasan Broadway.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari teater Wicked, Les Miserables,We Will Rock You, The Phantom of The Opera, West Side Story dan banyak lagi.
Tiket West Stars in Concert yang bakal berlangsung pada 15 dan 16 April ini boleh dibeli di kaunter tiket Istana Budaya dengan harga di antara RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, dan RM480.
Pakej korporat dan pembelian tiket secara pukal boleh didapati melalui Enfiniti Vision Media di talian 03-6142 9877 atau menerusi e-mel production@ enfiniti.com.my.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA saphilla.isa@kosmo.com
GABUNGAN Fran dan Harith bakal menampilkan sesuatu yang mengejutkan.
AURA Francesca Peter nyata masih belum pudar. Sinarnya masih terasa biarpun aktiviti nyanyiannya tidak serancak dahulu. Buktinya, pelantun lagu Sekadar Di Pinggiran itu telah menjadi pilihan Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur untuk membuat persembahan Minggu Setiausaha pada 28 dan 29 April ini.
Pastinya, bagi peminat setia penyanyi yang mesra disapa Fran itu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat persembahan hebatnya nanti.
Semasa ditemui pada sidang akhbar baru-baru ini, Fran nampaknya begitu berahsia tentang pemilihan lagu-lagu untuk persembahannya nanti.
"Tiada tema untuk persembahan saya pada Minggu Setiausaha nanti, cuma apa yang pasti peminat akan benar-benar terhibur," katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, kata Fran, dia akan menyanyikan sepuluh hingga 12 buah lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popular miliknya dan juga beberapa lagu Inggeris popular selama satu jam setengah.
Bagaimanpun, penyanyi berketurunan Serani kacukan Ceylon-Scotland dan Cina itu mengakui masa yang ditetapkan tidak akan menjadi alasan untuknya menolak permintaan peminat yang menginginkannya menyanyikan lagu-lagu popularnya.
"Persembahan saya nanti lebih spontan dan tidak dirancang. Saya juga akan turun ke pentas untuk bersama-sama menyanyi dengan peminat," katanya.
Lebih mengujakan, figura hebat itu turut digandingkan dengan pelakon komedi terkenal, Harith Iskander pada persembahan itu nanti.
Terkenal dengan tagline 'Halus...' untuk iklan Nescafe, Harith memberitahu, persembahannya juga akan memberi kejutan dan dia teruja untuk membuat persembahan nanti.
Dalam nada bergurau, Harith yang baru sahaja selesai berlakon Lat The Musical di Istana Budaya turut memberitahu supaya penonton nanti jangan terkejut jika dia menyanyi, manakala Fran pula akan membuat aksi komedi.
Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Fran memberitahu, beliau masih lagi menjadi duta untuk Organisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia untuk kali keenam berturut-turut iaitu dari tahun 2006 hingga 2011.
"Saya juga telah merakamkan lagu tema World Vision iaitu Tomorrow dan single terbaru Tiada Gementar Lagi," katanya.
Sementara itu, model dan juga pengacara terkenal Xandria Ooi akan bertindak sebagai pengacara majlis bagi Minggu Setiausaha bersama Francisca Peter.
AKTRES muda yang baru menginjak usia 22 tahun, Vanessa Hudgens, tanpa berselindung mengakui dia takut menjadi tua. Itulah sebabnya dia menggunakan produk kosmetik antipenuaan. Bagi Hudgens, lebih baik mencegah daripada awal sebelum terlambat.
Malah, aktres yang terkenal menerusi filem High School Musical itu juga berpendapat produk antipenuaan yang berada di pasaran begitu menakjubkan. Sebagai wanita yang prihatin terhadap kecantikan, dia berasa tidak salah memakai produk tersebut pada usia muda.
"Lelaki yang semakin tua, walaupun telah beruban, kadangkala masih digelar seksi. Tetapi apabila wanita semakin tua, terutama bagi kami golongan selebriti, kami harus berusaha keras untuk menjadi muda kembali dengan menegangkan kulit atau membuang lemak di badan," kata mantan kekasih Zac Efron ini kepada Femalefirst.
Saat ditanya adakah apabila tua nanti dia akan melakukan pembedahan plastik untuk kekal cantik, Hudgens ringkas menjawab: "Saya tidak pasti. Ia bergantung bagaimana keadaan saya apabila tua nanti."
(Video) Salma Cover Lagu Bukan Milikmu, Agnes Monica.
Setiap minggu, persembahan daripada Salma amat dinanti-nantikan oleh OHBULAN!. Lagu Bukan Milikmu – Agnes Monica menjadi taruhan protege Salma untuk minggu Rock, dimana kami mendapati persembahannya kali ini agak kurang umpph! berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Salma, pada kami amat berbakat, tidak perlu risau mengenai vokal. Cuma, Salma perlu berusaha lebih keras untuk mengekalkan kedudukan pertama dengan memilih lagu-lagu yang tepat.
Tetapi, kalau dibandingkan dengan 2 protege yang lain iaitu Aiman & Iqa, Salma tampak dominan. Namun, Iqa telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan berdasarkan persembahan minggu ke-5 ini. Membawa lagu Sejati, Iqa diberikan kepercayaan oleh Mentor Edry untuk mempersembahkan lagu ini. Cuma, kami rasa annoying dengan bunyi tergeliat yang macam dibuat-buat, sakit telinga dow!
Aiman pula, kami kesian sangat dekat dia. Dia boleh dikatakan gagal menambat hati penonton dengan gaya persembahan yang kurang rock. Mungkin, Rahim Maarof patut tayangkan video-video band metalcore, baru protege ada feel. Tapi, nak buat macam mana, Aiman pun tak kisah.
Gambar terbaru Neelofa sempena KRU Tv Launch dikongsi oleh rakan media RunWitMe, terima kasih sayang!
Kami nak berkongsi sedikit cerita mengenai Neelofa. Buat pertama kali, kami berjumpa Neelofa selepas berakhirnya ABPBH 2010. Namun, cara kami bertemu agak unik.
Dari jauh, kami sudah nampak kelibat Neelofa. Kemudian kami panggil, "Lofa, nak ambil gambar sekejap!" Wajah Neelofa walaupun jelas kepenatan, namun masih memberikan senyuman menawan kepada kami.
Kemudian, kami dengan kool memberikan kad perniagaan kepada Neelofa, dan beredar daripada situ. Dalam masa kurang 10 minit, kami BBM Neelofa, "So, you receive my card just now?"
Kemudian Neelofa membalas, "What? Is that you? Argggh!"
Begitulah cerita pertemuan kami dengan heroin filem Azura 2011 ini. Unik sangat, kan?
Anda teringin ke A&W? Adakah godaan Root Beer A&W cukup kuat untuk menarik anda bangun dari tempat tidur pada jam 3 pagi? Atau kelazatan Coney Dog dengan sos menambat selera anda? Atau, mungkinkah wafelnya dengan tatahan aiskrim yang lazat sentiasa terbayang dalam ingatan anda?
Jika anda peminat tegar A&W, ikutkan rasa hati dan ceritakan kepada kami tentang pengalaman anda. Jika tuah menyebelahi anda, hadiah menarik boleh anda menangi!
Selepas dimulakan pada 2010, Peraduan "A&W What's Your Story?" (Apa Cerita Anda?) kembali lagi dengan tawaran hadiah yang lebih besar! Selain hadiah bernilai lebih RM70,000, banyak promosi dan tawaran yang pasti membuat peminat teruja.
Peraduan "A&W What's Your Story? 2" yang membawa tema baru dan berlangsung selama sepuluh minggu sudah pun menjadi buah mulut di kalangan peminat A&W.
Tema peraduan yang dianjurkan oleh A&W Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat KUB Malaysia Berhad, adalah menepati kempen sepanjang tahun A&W iaitu "Obey Your Cravings". Peraduan diadakan dari 1hb April hingga 18 Jun 2011 dan dibuka kepada semua penduduk Malaysian berumur 12 tahun dan ke atas.
Seperti lazimnya, peraduan ini menjanjikan "Lebih daripada biasa" ("More than the usual") dengan memberi peluang kepada pelanggan A&W untuk mendapatkan lebih daripada kehidupan seharian mereka.
Berucap di majlis pelancarannya, Datuk Mohd Nazar Samad, Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Berhad, berkata bahawa peraduan ini telah dimulakan dengan baik pada tahun lalu. Banyak penyertaan, video kreatif, dan paling penting sekali, cerita yang benar-benar unik, telah diterima.
"Beberapa tahun yang lepas, kami telah menerima kunjungan generasi baru rakyat Malaysia ke restoran kami dan mereka telah memberi kami semangat untuk meneruskan usaha menjadikan jenama kami sentiasa segar dan menarik. Apabila kami menggalakkan pelanggan supaya mengikutkan kata hati mereka yang teringinkan A&W, kami sedar bahawa mereka bukan teringinkan makanan semata-mata, tetapi seluruh pengalaman menjamu selera di A&W."
"Saya yakin pelanggan A&W mempunyai lebih banyak cerita dan pengalaman tahun ini. Jadi, sertailah peraduan ini dengan cerita-cerita A&W anda yang kreatif."
Peraduan dibahagi kepada dua kategori, iaitu kategori bertulis dan video. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan A&W hanya perlu menceritakan pengalaman lucu atau pilu dalam usaha untuk memuaskan keinginan untuk makanan A&W dan menulisnya dengan cara paling kreatif.
"Sama ada mencuri-curi keluar pada waktu malam untuk menikmati Coney Dog atau memandu dua jam semata-mata untuk menghilangkan dahaga dengan segelas besar Root Beer float A&W, peserta bebas menceritakan keghairahan mereka, sama ada cerita gembira, sedih, lucu, menyayat hati, memberangsangkan dan sebagainya," tambah Datuk Mohd Nazar.
Lima penyertaan yang terbaik daripada setiap kategori akan dipilih dan dikehendaki menceritakan pengalaman mereka di hadapan penonton dan juga panel pengadil yang akan memberikan ulasan masing-masing. Hadiah yang ditawarkan untuk rebutan bernilai sehingga RM30,000, peralatan Apple dan juga pakej percutian yang disumbang oleh Boustead Hotels & Resorts Sdn Bhd.
Jadi, segeralah ke mana-mana restoran A&W hari ini dan rebut peluang untuk menggunakan kemudahan wi-fi percuma untuk menghantar penyertaan anda. Belanja sekurang-kurangnya RM20.00 (tidak termasuk cukai) dalam satu resit untuk melayakkan anda menyertai peraduan. Selepas itu, ceritakan kepada kami tentang pengalaman unik anda untuk menikmati A&W sama ada secara bertulis atau dalam bentuk video, dan hantar dalam talian di www.rootbeer.com.my; e-mel ke promos@rootbeer.com.my atau hantar dengan pos bersama bukti pembelian yang dikehendaki.
Bukan itu sahaja! Kempen "Obey Your Cravings" menawarkan banyak peluang untuk menjamu selera di A&W menerusi pelbagai promosi yang diadakan. Terdapat XXXtra Long Coney Dog baru yang menjanjikan kepuasan lebih panjang, Cabaran Pedas Giler A&W dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan serta Terma dan Syaratnya, sila kunjungi laman web www.rootbeer.com.my atau laman Facebook kami.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, April 13th, 2011 pada 2:00 pm dan dibawah kategori Peraduan.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Semalam, Budiey telah hadir di Majlis Pelancaran Media – KRU TV yang berlangsung di Laundry Bar, eCurve, Mutiara Damansara. Maka, ramai juga selebriti yang hadir, antaranya Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Miera Leyana dan artis terbaru di bawah naungan KRU Studios.
Pengacara KRU TV
Video Sekitar KRU TV Media Launch
Video Persembahan Artis Terbaru KRU Muzik
Apa-apa pun tahniah Budiey ucapkan kepada KRU TV yang telah melonjak setapak lagi di mana KRU TV kini boleh ditonton di portal Tonton. Saluran KRU TV menjadi saluran baru yang menampilkan kandungan terbaik dengan gabungan pengisian yang diterbitkan secara eksklusif serta khazanah filem, konsert serta video muzik popular terbitan KRU Studios serta produk-produk edaran United Studios.
Kerjasama strategik di antara Alt Media Sdn Bhd dan KRU Media Sdn Bhd menjanjikan suatu pengalaman baru untuk pelajar Tonton.
Saluran KRU TV sudah pun boleh ditonton di Portal Tonton mulai 12 April lalu. Sekarang penonton dan pelayar web boleh menonton filem-filem popular seperti Cicakman, Magik serta drama bersiri dalam format Webisode. Walaubagaimana pun sebagai persediaan awal, KRU TV telah menyediakan beberapa rancangan hiburan sebagai ujian untuk maklum balas dari para pelayar Tonton.
KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON
Di antaranya ialah:
KRU Paparazzi – berita hiburan dan mingguan serta temuramah bersama selebriti Malaysia dan Indonesia
KRU Jukebox – muzik popular dari semua aliran dari era 90an hingga masa kini.
KRU The Making Of – Di sebalik tabir pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa, HAQ & Duyung dan video muzik Sedetik Lebih oleh Anuar Zain.
KRU 24/7 – Special Artis Mingguan dengan artis popular seperti Shahir, Bandi Amuk, Stephen Rahman dan Ummi Nazeera.
KRU Anime – Siri animasi berasaskan komik popular iaitu Cicakman.
KRU Blockbuster – Filem Duyung dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Extravaganza – Konsert dan Persembahan Muzik.
Webisode – Drama Bersiri
Mengikut kata Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, "Kami optimis untuk menjadi saluran pilihan utama dalam jangkamasa 12 bulan beroperasi menerusi platform Tonton. Dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios di Ciberjaya, kami berharap kami akan mampu mencapai matlamat kami membekal rancangan berkualiti tinggi untuk saluran KRU TV."
Kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn Bhd, "Kami juga menjangkakan peningkatan jumlah pelayar web ke Tonton khususnya segmen Melayu melalui kerjasama pintar bersama KRU TV."
Yang mudahnya, semua servis yang ditawarkan ini adalah percuma. Pelayar hanya perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di portal Tonton sebelum menikmati segala kelebihan di saluran KRU TV.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, April 13th, 2011 pada 8:51 am dan dibawah kategori Berita.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Berita terbaru yang kami terima dimana Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah dia mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah seksyen, Melaka pada hari ini.
Kalau sebut pasal Pondan ramai yang rasa sinonim negara Jiran iaitu Thailand yang banyak menganjurkan program seperti Miss Thailand (pondan), bahkan di Thailand pun Pondan diberi peluang untuk menjadi Pramugari.
Tapi Sensasi rasa ramai yang tak sangka sebenarnya kat Malaysia nie pun memang ada Majlis seumpanya..Miss Malaysia (Pondan)..
Dah lama okay...Semenjak 6 tahun lepas lebih kurang nyer,Sensasi masa tue belajar lagi kat sebuah Universiti di KL,lepas tue buatla keje part time banquet kat Hilton hotel Kl Sentral,masa tue Sensasi buat banquet untuk launching Nokia N series tak silap sensasi...Dekat Ball room sebelah siap ada Event Miss Malaysia Pondan okey.
Derang sume tinggi lampai,seksi,slim tapi agak boroi sket. Sekali pandang nampak mcm perempuan tapi bila tengok susuk tubuh yang tinggi dan agak2 tegap,rambut panjang,ada breast tp suara mcm garau je,ada yang suara lembut sket tp still suara lelaki..hadui...Masa tue baru sensasi tahu rupenyer kat Malaysia nie memang ada Miss Pondan..Cuma majlis seperti nie tak di hebahkan jer...kira mcm dibuat private untuk enjoy oleh golongan2 mereka dan penganjur mereka.
Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.
Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.
Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan. Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!
Dah tengok ke Video nie?amacam?serba boleh dan macam-macam adaa...
Yang kelakar nyer,sempat lagi dia perli wpun Iphone nie sangat variety kebolehannya tapi satu je yang dia bermaslah,iaitu masalah dengan drop call T_T..
Masih ada lagi ke masalah drop call dengan iphone 4? partner Sensasi pakai iphone 4 takda masalah drop call pun..
Semenjak Filem HKLBR, Usop Wilcha dah jadi satu fenomena dah,semua org nak sebut bako,nak gelek tangan mcm usop..haha.Tapi watak usop memang kelakar ...
Terbaru,ada yang rajin edit,bila facebook jadi UsopBook...kite bako je..
Penjara 8 tahun dan 10 sebatan bukan satu hukuman yang ringan.Kene sebat dengan rotan panjang kat Penjara sangat ngeri,pernah sensasi tengok demo Video dimana kulit pesalah sampai terkoyak dan berdarah biarpun untuk satu sebatan.
Dadah,Sensasi tak faham kenapa org sanggup nak mencuba,atau ambik dadah,padahal dah tau dadah mmg pemusnah hidup.Mula-mula nak cuba just for fun,lepas tue dah ketagih,masuk keluar pusat serenti pun belum tentu dapat lepas dari ketagihan.
Jadi elakkan je dari awal,jangan terjebak langsung..
Sayangi diri,hidup anda,keluarga dan org tersayang..
Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.
Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.
Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.
Gambar-gambar dibawah nie korang rasa kenal tak siapa.. hmm..tp bagi sensasi rupa wajah,mata,kulit,dan ke"halusan"(botak) kepala nya sama sebijik mcm Ridzuan Hashim. Even,dalam Drama Spa Qistina dulu pun dia botak mcm nie jugak.
Menurut sumber,gambar-gambar nie adaah gambarnya bersama kekasih yang masih muda berusia 20-an lagi. Wah wah zaman skrg nie ramai pula artis veteran yang semakin ligat...ada setengah org ckp, for men "life start at 40's"..
Tapi sebenarnya nie sume "bale" bak kata usop Wilcha... Dalam Islam,bila umur dah masuk 40, kalau belum berubah,tertutup pintu hati sudah utk berubah..huu..ngeri kan..
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TEMPO Interaktif, Malee Duangdee mungkin remaja tertinggi dan terbesar dunia. Perempuan 19 tahun ini memiliki tinggi 2,08 meter dengan berat 130 kilogram. Bila dilihat dan dibandingkan dengan teman seusianya dia seperti raksasa. Malee memang berbeza dengan teman seusianya, sejak kecil badannya tubuh lebih cepat dibandingkan teman seusianya. Ketika dia berusia 9 tahun, ibunya, Ji, 40, membawanya ke doktor. Ji khawatir ada yang salah dengan anaknya.
Benar saja, dari hasil pemeriksaan doktor, ada tumor di otak Malee. Tumor itu menekan saraf dan ini membuat hormonnya tidak seimbang, akibatnya dia tidak berhenti tumbuh. Saat ini Malee terus menjalani perawatan, setiap tiga bulan dia harus disuntik. Tiap kali suntik dia harus mengeluarkan belanja yang banyak. Gara-gara tubuh besarnya, di sekolah Malee jarang ada yang mahu menjadi temannya. Anak-anak di sekolah suka memanggil-manggil namaku kadang ada juga yang mengatakan "Dirty Malee". "Aku sedih, tak ada yang mahu bermain denganku, aku seperti orang aneh," katanya seperti dikutip dariDaily Mail, Selasa 12 April 2011.
Sekarang Malee tidak lagi bersekolah. Akibat tumor yang dideritanya, Malee kehilangan penglihatan. "Seingatku badanku tinggi, semakin aku bertambah umur, penglihatanku makin berkurang," katanya. Sehari-hari, Malee menghabiskan waktu dengan adiknya, Daoruang yang berusia 3 tahun. Dia juga membantu ibunya, seperti memasak. Dalam benak Malee tak pernah terlintas ingin punya pacar dan menikah. "Aku terlalu berbeza," ujarnya.
Setiap hari Malee harus minum ubat, ibunya selalu berusaha semaksima mungkin untuk mengubati Malee. Tapi, secara finansial mereka kesulitan jadi tidak setiap tiga bulan dia disuntik. "Kami juga tidak tahu apakah dia masih tumbuh atau tidak," kata Ji, ibunya. Setelah tak lagi bersekolah, Malee cuba menikmati hidup. "Aku senang menjadi remaja 19 tahun, aku cuba terus senang, kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi."
HOUSTON: Penyanyi Lady Gaga terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar dalam satu persembahan, malam semalam.
Cubaan penyanyi yang kerap mencetuskan kontroversi itu untuk melompat daripada alat muzik itu berakhir dengan tragedi apabila dia jatuh terlentang di atas lantai. Bagaimanapun, kejadian tidak dijangka itu tidak menjejaskan penyanyi terbabit kerana dia tetap meneruskan lagu You And I dinyanyikan. Gaga menghentakkan kekunci piano dengan kaki kirinya dan pada masa sama mengimbangi tubuhnya dengan kaki kanan di bangku.
Bangku itu kemudian terjatuh menyebabkan dia terlentang ke lantai.
Mungkin penyanyi itu patut memikirkan semula untuk memakai but tumit tinggi ketika membuat persembahan selepas ini.
Kejadian itu berlaku di hadapan beribu-ribu peminatnya dalam konsert di Houston, Texas. Petugas pentas dilihat bergegas untuk membantu penyanyi itu tetapi dia tidak peduli dan meneruskan persembahannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.
SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.
JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.
Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.
Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.
"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP
KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
"Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua," katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
"Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
"Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat," katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
"Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
"Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
SEOUL – Polis Korea Selatan (Korsel) menemukan wang sebanyak11 miliar won ditanam di sebuah ladang bawang putih.Wang temuan tersebut kini disita polis.
Sebuah rakaman video di televisyen menunjukan plastik-plastik berisi wang dengan jumlah yang banyak diangkut satu per satu dari ladang di barat daya Kota Gimje.
Dua bersaudara yang mendapatkan wang tersebut dari perjudian haram di internet meminta saudara ipar mereka yang bermarga Lee untuk menyembunyikan wang itu ketika polis cuba menangkap mereka.
Seperti dilapor dari AFP, Selasa (12/4/2011), salah satu dari dua bersaudara itu kini sudah ditahan, sementara satu saudaranya yang lain masih diburu polis.
Lee, 53 tahun, membeli ladang bawang putih dan menanam wang tersebut pada ketika senja atau fajar. Namun, Lee kemudian mengambil 400 juta won dan menghabiskannya tanpa memberitahukan kedua saudara yang ditolongnya.
Kerana salah satu dari dua saudaranya itu akan dibebaskan, Lee kemudian membuat tuduhan wang hilang yang dihabiskannya itu pada pekerja penggalian yang bekerja di ladang. Namun, pekerja penggalian melaporkan kes hilangnya wang tersebut pada polis. Polis pun akhirnya melakukan penggalian untuk mengambil harta karun terkubur itu.
Polisi hari ini akan mengeluarkan surat penangkapan atas Lee. Media masa mengatakan kes ini menekankan perlunya tindakan tegas terhadap meluasnya web perjudian haram di internet yang berpusat di lepas pantai.
INILAH.COM, - Kanak-kanak laki-laki berusia dua tahun menjadi manusia pertama di dunia yang memiliki untaian DNA tambahan.Doktor bahkan tidak memiliki nama untuk keadaan itu.
Alfie Clam lahir dengan mata yang tidak boleh melihat dan beberapa keadaan tidak normal. Kerananya, doktor melakukan sejumlah ujian yang menunjukkan bahawa Alfie memiliki tujuh kromosom DNA dengan ekstra untaian kromosom. Ini belum pernah terjadi pada siapapun.
Paramedik juga tidak tahu apakah keadaan itu akan meningkatkan atau menurunkan harapan hidup Alfie yang berasal dari Nuneaton, Inggris. Kini, ia sedang menjalani perbaikan fungsi pencernaan.
Orangtua Alfie, Gemma dan Richard Clam, tidak menyedari keanehan anaknya ketika pertama kali melihatnya. Namun, doktor mengklaim Alfie memiliki sesuatu yang berbeza ketika berusia enam minggu.
"Memiliki anak seperti Alfie membuat Anda menghargai semua hal kecil. Dia tidak boleh menggulingkan tubuhnya hingga berusia 18 bulan ketika itu terjadi, kami benar-benar merasa bahagia," ujar ibu Alfie, Gemma Clamp.
Keadaan itu membuat Alfie tidak boleh melihat hingga berusia tiga bulan dan sulit bergerak kerana otot tubuhnya yang lemah. Meskipun begitu, ketika ini Alfie sudah boleh melihat setelah dioperasi.
Alfie masih menderita masalah pencernaan dan harus memakan ubat setiap hari untuk membantu tubuhnya menyerap nutrisi penting.
Yang cukup membuat prihatin, tubuh Alfie selalu bersuhu tinggi kerana masalah metabolisme. Sejak lahir, Alfie sudah dilarikan ke hospital sebanyak enam kali, dua di antaranya kerana Alfie sempat berhenti bernafas untuk sesaat.
"Memiliki Alfie sudah mengubah hidup kami. Tapi dia layaknya anak laki-laki yang bahagia dan menciptakan kesempurnaan dalam hidup kami. Saat di hospital, semua doktor dan perawat tidak sabar untuk melewati saat menyenangkan bersama Alfie," kata Gemma lagi.
TEMPO Interaktif, BEIJING – Gara-gara percaya cakap peramal, seorang nenek di kota Nanchang, daerah Jiangxi, China bahagian timur, sanggup membuang cucu laki-lakinya ke dalam perigi. Cucu yang masih bayi itu dibunuh setelah seorang peramal mengatakan tanda zodiak sang bayi akan menghancurkan keluarganya.
Dilaporkan hari ini, Selasa (12/04), sang peramal memperingatkan si nenek yang hanya diidentifikasi bernama Ao, bahawa tanda zodiak cucunya lain dengan tanda zodiak anggota keluarga yang lain. Inilah yang membuat Ao gelisah. Ia pun berusaha melenyapkan sang bayi, bahkan sejak masih dalam kandungan.
Saat masih dalam kandungan ibunya, menantu Ao yang bernama Wang, cucu laki-laki yang lain diminta melakukan sesuatu agar Wang keguguran. tapi usaha itu tidak pernah berhasil sampai bayi malang itu lahir Januari lalu.
Ao masih memendam hasratnya untuk membunuh cucunya sendiri. Kepada polis Ao bercerita ia akhirnya berhasil membunuh cucunya dengan melemparnya ke dalam perigi 6 April lalu ketika sang ibu bayi berada di toilet. Ao lalu menghilang selama dua hari tapi berhasil ditemukan dan ditangkap polis.
Kejadian ini memperlihatkan meskipun China telah berubah menjadi negara moder sejak tiga dekad lalu, tapi masih banyak orang, terutama orang tua dan penduduk di daerah miskin seperti Jiangxi, yang masih memegang erat keyakinan tradisional dan hal-hal yang bersifat tahyul
TRIBUNNEWS.COM, CIHAMPELAS- Triyadi, kanak-kanak berusia 9 tahun yang selama lima tahun dikurung, akhirnya boleh ke sekolah di sekolah luar biasa (SLB) Cihampelas. Warga RT 01/02, Kampung Cihampelas, Desa Cihampelas ini juga sudah boleh bermain dengan kanak-kanak seusianya.
Ketua RW 02 Tori Satori mengatakan, Triyadi sudah masuk sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Yadi juga sudah diperbolehkan keluar rumah dan bermain dengan teman-teman sebayanya.
Ada perubahan yang terjadi, setelah kanak-kanak ini dirawat di Rumah Sakit Hasan Sadikin (RSHS) Bandung. "Dia dirawat sekitar satu minggu di RSHS Bandung. Banyak perkembangan setelah dirawat. Setelah itu, dia mula masuk SLB. Bahkan, sudah tidak pernah mengamuk lagi dan boleh keluar bermain bersama teman-temannya," katanya ketika ditemui di Kantor Desa Cihampelas, Selasa (12/4/2011).
Seperti diketahui, Triyadi, hanya boleh menatap keluar melalui celah dinding yang terbuat dari papan kayu, yang ada di sebuah ruangan yang gelap.
Ruangan berukuran sekitar 3×6 meter itu tanpa lampu, beralaskan tanah, kotor, dan langit-langitnya pun bocor Terkadang,kanak-kanak berbadan kurus ini berlari-lari kecil di ruangan yang lapang tersebut. Namun, hanya seorang diri. Sesekali, dia memanggil neneknya, Rochamah yang ada di dapur.
Rochamah mengatakan, doktor pun memang sudah tidak boleh menangani. Triyadi akhirnya dibawa pulang, dan memang sudah tidak pernah kejang-kejang lagi. Namun, pada ketika itu, seluruh tangan dan kaki Triyadi tidak boleh digerakkan. Hanya matanya yang boleh terbuka dan tertutup. Sejak usia 3 tahun itulah kemudian ibunya meninggalkan Triyadi.
"ketika usia tujuh tahun, dia sering berjalan keluar dan bermain sendiri di jalan. Makanya, kami terpaksa mengurungnya di ruangan yang tidak digunakan," lanjut Rochamah.
Namun, Triyadi tidak pernah sekalipun menangis atau sakit. Dia selalu tersenyum dan makan secara disuap sebanyak tiga kali sehari. Selain itu, Triyadi tidak pernah menolak makanan yang dihidangkan untuknya.
TEMPO Interaktif, Kura-kura ini aneh dan terancam punah. Ukurannya super mini, sebesar buah anggur. Namanya kura-kura Kleinmann (Testudo kleinmanni) atau sering disebut kura-kura Mesir, selain ditemukan di Mesir, kura-kura ini juga ada di Libya.
Seperti dikutip dari Daily Mail, Selasa, 12 April 2011, Populasi kura-kura ini terus turun. Habitat aslinya juga sudah rosak akibat perbuatan manusia. Kura-kura ini sering diperdagangkan secara haram. Salah satunya ke Inggris, kastam Inggris tahun lalu menggagalkan penyelundupan kura-kura ini.
Kura-kura Kleinmann itu kini menghuni kebun binatang Whipsnade di Bedfordshire, Inggris. Kura-kura Kelinmann biasanya hidup di wilayah yang kering dengan pasir atau hutan yang kering. Mereka makan rumput, buah-buahan dan sayuran.
Kura-kura ini boleh hidup 10 hingga 20 tahun. Berat tubuh kura-kura ini 5 gram dan paling berat mencapai 500 gram Mereka aktif ketika udara sangat dingin atau sangat panas. Selama musim dingin, kura-kura ini keluar ketika siang hari. Sedangkan di musim panas, mereka aktif pada pagi dan malam hari.
Kejadian pada hari ini April 12, 2011 sekitar pukul 08:20, pagi di Budaya Road, Jinan, Shandong.Kabel yang didalam pembinaan telah meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan elektrikkerana kejutan elektrik. Punca kemalangan itu,sedang disiasat. Ketika wartawan berada di tempat kejadian, mencium bau menyengat yang sangat kuat. Mangsa adalah seorang laki-laki setengah baya, pakaiannya terbakar.Mangsa mati ditempat kejadian dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
This couple in their school uniforms was caught kissing in Pasir Ris West by STOMPer Slothkissers. The couple was not moving and held the kissing pose for at least five minutes, said the STOMPer.
The STOMPer said:
"I spotted a couple openly making out on a bench somewhere in Pasir Ris West.
"My friends and I walked past this couple in a full white uniform, from a school in the east. We noticed they were kissing but they weren't moving at all!
"They were lip locked and had their eyes closed but their mouths weren't moving. They remained 'frozen' in lip lock for the next 5 min.
"We were staring and laughing loudly at the weird sight. When we walked away, they were still kissing but not moving!! How odd!"
Washington – Ilmuwan Amerika Syarikat (AS) menemukan kelainan misteridalam koloni penguin Atlantik Selatan. Kelainan ini membuat anak penguin kehilangan bulu.
Peneliti dari Wildfire Conservation Society (WCS) dan University of Washington mengatakan, penguin 'bogel' ini merupakan keadaan yang dikenal sebagai kelainan kehilangan bulu. Kelainan ini pertama kali muncul di Cape Town, Afrika Selatan, pada 2006 di pusat rehabilitasi margastua.
Di pusat rehabilitasi itu, 59% anak penguin kehilangan bulu. Di sisi lain Atlantik Selatan, peneliti meneliti kelainan serupa pada penguin liar Magellanic di empat situs di pesisir Argentina pada 2007.
Terungkap, anak penguin di Atlantik Selatan yang memiliki kelainan ini tumbuh lebih lambat kerana terjadi peningkatan energi untuk meregulasi suhu tubuh akibat absennya bulu. Hingga kini, ilmuwan masih tak yakin apa penyebabnya.
Namun, ilmuwan menduga kelainan ini terjadi akibat patogen, kelainan thyroid, kurang nutrisi atau genetis. "Kelainan ini merupakan hal baru pada populasi burung," ungkap Mariana Varese dari WCS program Amerika Latin dan Carribean.
"Kami perlu memperlajari cara menghentikan kelaianan ini mengingat penguin telah menghadapi masalah polusi minyak dan variasi iklim," lanjut P Dee Boersma dari WCS.
"Penting sekali menghentikan penyakit ini agar tak menambah daftar ancaman yang mengancam penguin," katanya. __________________
VIVAnews.com -Kasut telah menjadi sebahagian dari gaya hidup. Kasut tak hanya tercipta sebagai pelindung kaki, tapi juga medium untuk mencipta idea-idea 'gila' sebagai pengungkit trend.
Seperti kasut yang muncul di Festival Cheltenham. Kasut boot seharga £1.300 ini menampilkan rekaan seperti skasut kuda.
Hujung kasut berbentuk menyerupai kuku kuda dengan lapisan serat karbon. Sementara balutan kasut berlapis bulu-bulu asli kuda dengan resleting di bahagian depan.
Design itu sengaja dipilih untuk memeriahkan pesta 100 tahun festival tahunan di Cheltenham, Gloucestershire, Inggris. Design kasut kuda yang trendy itu begitu mencuri perhatian di festival yang sangat identik dengan pesta pacuan kuda.
Louise Dainton, model asal Essex, yang didaulat memeragakan kasut ini menambahkan, "Kasut ini sangat nyaman dan akan membuat Anda (pecinta pacuan kuda) merasa bersemangat menembus garis final," ujarnya.
Kasut ini akan dileluarkan dengan bilangan yang terhad. Seluruh hasil penjualan akan disumbangkan untuk amal. "Kami ingin merayakan 100 tahun dalam kalender pacuan kuda dengan gaya," kata Andy Lulham dari Betfair.
ESSEX – Sebuah kedai kasut di sebuah pusat perbelanjaan di Essex, Inggris membuat program promosi dengan cara yang sangat "berani".
Dalam rangka menyambut musim semi, toko tersebut mengadakan sebuah promo bagi para wanita yang suka berbelanja.
Bagi 100 pengunjung pertama yang datang dengan hanya mengenakan pakaian dalam dan high heels, akan mendapatkan voucher belanja senilai 100 poundsterling secara langsung.
Promo ini berlaku bagi semua pengunjung wanita yang sudah berusia 18 tahun ke atas dan harus bersedia untuk diambil gambarnya untuk dijadikan sebahagian dari promosi, demikian lapor Orange, Selasa (12/4/2011).
Kedai tersebut menjanjikan bagi para pengunjung yang berani tampil tanpa pakaian akan meninggalkan kedai tersebut dengan memiliki pakaian yang mengagumkan untuk musim baru ini.
TRIBUNNEWS.COM, BANTUL – Kejadian aneh muncul di Bantul. Seorang ibu, Purwati (36), melahirkan anak kembar yang masing-masing mempunyai alat kelamin lelaki dan wanita
Bayi yang kini berusia tujuh bulan itu diberi nama Lailani Sidik (Lani) dan Rasyida Sidik (Ida) tersebut harus memakan ubat pemicu hormon, buatan Australia, seumur hidup. Sebelumnya, si kembar sempat diberi nama Jailani dan Rasyid.
Ketika sebelum melahirkan Ida dan Lani, sang ibu tidak menyangka akan mempunyai anak kembar. Hasil USG di Puskesmas Ngemplak ketika kandungannya berumur 7,5 bulan juga tidak menyatakan kembar.
Namun, saat melahirkan di RS Panti Nugroho,dia melahirkan anak kembar. Lani lahir lebih dulu, sedangkan Ida menyusul lima menit kemudian.
"Saat itu saya teringat pernah menggoreng telur kuningnya ada dua," ujar Purwati ketika ditemui Tribun, Minggu (10/4/2011).
Selain terkejut mempunyai anak kembar, Purwati kehairanan ketika melihat Lani dan Ida masing- masing mempunyai dua alat kelamin. Saat itu bidan yang membantu kelahirannya menyebut kemungkinan bayi kembar itu berjenis kelamin laki-laki.
"Saat itu ibu bidan mengatakan air kencing keluar dari kelamin lelaki," ujar Purwati. Keadaan itu membuat Purwati dan suaminya, Komari (41), terus bertanya kepada doktor specialis anak di RS Panti Nugroho.
Merasa tak sanggup menangani kes itu, si kembar dirujuk ke RS Sardjito. Purwati ingat betul ketika itu umur Lani dan Ida baru berusia seminggu.
Di RS Sardjito itulah Lani dan Ida ditangani doktor Suryono Yudha Patria, seorang doktar pakar kanak-kanak. Ketika pertama kali melihat anaknya yang kulitnya menghitam, doktor Yudha mengetahui keadaan si kembar
Selain berkelamin ganda, bayi kembarnya memiliki kelainan hormonal. "Doktor bilang anak saya harus minum ubat seumur hidup, untuk kelanjutan hidupnya," kata Purwati sambil menitiskan air mata.
Lani dan Ida sempat menjalani dua ujian iaitu ujian hormon dan genetik. Ujian hormon saat itu menunjukkan 65 peratus hormon si kembar adalah laki-laki. Sedangkan untuk ujian genetik, mereka harus menunggu sebulan.
"Ketika itu anak saya masih bernama Jailani dan Rasyid, " kenangnya. Sebulan menunggu, Purwati kembali menemui doktor Yudha. Purwati kemudian mengganti nama anaknya kerana ujian genetik menunjukkan si kembar berjenis kelamin perempuan
INILAH.COM, Pennsylvania – Terdapat tiga remaja di barat Pennsylvania didakwa atas penyerangan dan kejahatan lain dalam pergaduhan. Parahnya, perkelahian itu dirakam dan diposting ke Facebook.
Ketua Polis Somerset Randy Cox mengumumkan dakwaan kepada remaja-remaja itu atas dua perkelahian pada March lalu. Remaja berusia 13 dan dua remaja berusia 15 yang tak disebutkan namanya itu dimasukkan ke dalam pengadilan anak-anak.
Gadis 14 tahun yang menjadi mangsa mengalami gegar otak. Cox mengatakan, ibu mangsa melaporkan ke polis terdapat saksi yang merakam kejadian . Setelah itu, saksi mempostingnya ke Facebook.
Polisi mengatakan, gadis lain menyalahkan mangsa kerana kemunculan video itu. Cox mengatakan, "Video itu 'membuat penyiasatan kami menjadi mudah."
MANILA – Sebuah program televisyen Filipina telah membuat heboh negara tersebut, dengan menampilkan remaja laki-laki melakukan tarian bak seperti penari striptease.
Tayangan acara tersebut mengundang kecaman dari para penonton, ketika membiarkan kanak-kanak berusia enam tahun dalam keadaan menangis melakukan tarian striptease. Pengacara program televisi ini langsung dikritik oleh para penontonnya. Demikian diberitakan News.com.au, Selasa (12/4/2011).
Pengacara Willie Revillame, yang biasa mengacarakan program televisi "Willing Willie" terpaksa menarik diri dari acara tersebut selama dua minggu akibat kontroversi ini. Para penonton yang marah dan pengkritik, menilai Willie memiliki selera humor yang buruk dan menghina para penontonnya ketika menghadirkan kanak-kanak tersebut di program acaranya. Hal ini juga membuat acara Willie kehilangan iklan, kerana sebahagian besar sponsor menarik diri dari acara tersebut.
Akibat kontroversi ini, TV5 berjanji akan membuat peraturan ketat atas kemunculan anak di bawah umur dalam program televisyen mereka. Sumber :http://www.okezone.com/
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Salam All... Kecoh Semalaya Apabila Usop Wilcha "Kiter Bakor" Atau Nama Sebenarnya Syed Mohamad Asri Mengamuk Di Sebuah Facebook Page Yang Dikatakan Telah Menyalah-gunakan Nama "Usop Wilcha" Untuk Mengaut Keuntungan Atas Angin Dengan Menjual Baju Bercetak "Nampak Benor Nipunye" Kepada Peminat-Peminat Usop Wilcha.
Shy8 atau Syed Mohamad Asri menengur individu yang dikatakan mengambil kesempatan terhadapnya menggunakan.
Perkara Ini Mula Diketahui Oleh Usop Wilcha Sendiri Apabila Dia Dihujani Dengan Panggilan Dan Msg Di Inboxnya Yang Bertanyakan Tentang Baju T-Shirt "Nampak Benor Nipunye" Yang Dia Sendiri Pon Tak Tahu Menahu Langsung Anak Adanya Baju Itu <-- Eh !!! Asal Ayat Aku Skama Giler Nih... Choiii....!!! Jadi Dia Pon Menegur Admin Facebook Page Tersebut Yang Menggelarkan Dirinya Dayniel IzhamAtau Day. Apapun, Diharap Perkara Ini Dapat Di Selesaikan Dengan Aman.. Berita Penuh Kat Bawah Yer...
Sumber Asal:
PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.
Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.
"Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.
"Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut," katanya kepada mStar Online, Selasa.
Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.
Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.
"Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.
"Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.
Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.
Baju Ni La Kot Yang Dimaksudkan Tu...!!!
Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.
"Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.
Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.
"Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu," katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.
Salam Guys,Hari Ini Bersamaan 12 March 2011, Mahkamah Melaka Dengan Bangganya Menjatuhkan Hukuman 8 Tahun Penjara Disertakan Dengan Package 10 Kali Sebatan Di Punggung Keatas Penyanyi Yang Awesome Pada Tahun 90an,Wan Aminuddin Wan Ismail A.K.A Ameng Super Ring Spring Yang Telahpun Mengaku Memiliki Dadah Species Kobis Kanabis Seberat 105.90Gram Pada Fabuari Lepas..
Hump... Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Takde Satu Pun Yang Berjaya Masuk Sukan Sukma.. "Sambil Mengangkat Tangan Kanan Macam Karam Sigh Walia" Itulah Pepatah Yang Secocok Ngan Keadaan Ameng Spring sekarang Ni.. Jadi, Kepada Artis-Artis Lain, Jadikan Ini Sebagai Tauladan.. Tak Payah La Rasa Diri Tu Cool Bila Dok Layan Dadah Haramjadah Ni.. Kang Diri Sendiri Yang Merana... Yer Dark ?? Just Be Your Self....!!! Berita Penuh Kat Bawah...
Sumber Asal:
MELAKA: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.
Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.
Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. -BERNAMA
P/s:Rasanya, Ada Lagi Kot Artis Yang Layan Benda2 Ni... Tunggu Masa Jer Nak Kena Cekup...
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
Baru semalam ZoOM baca gossip panas mengenai Usop bertekak dalam Facebook dengan seseorang yang menubuhkan akaun Facebook untuk kepentingan diri sendiri. Hari ini dah ada cerita mengenai gossip tersebut dalam akhbar online memperkatakan mengenai Facebook yang menggunakan nama Usop.
Menurut info pada mulanya Usop Wilcha tidak kisah jika individu tersebut menggunakan jenama (nama) beliau namun kerana kesilapan si pengendali akaun facebook tersebut menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati malah mengadu kepada Usop yang tidak tahu menahu pucuk pangkal jualan baju tersebut.
Kalau ZOom pun tetiba je terima kiriman email dan panggilan telefon sudah tentu naik angin, dan paling menyakitkan hati individu tersebut turut menghinanya dalam akaun Facebook tersebut.
Kalau dah over sangat saman je abang Usop....Bakorrr jeeee...Cob Citer 2x...
Suhaimi dan Nora sebagai Pengacara Tetap Program ini
Program ini akan keudara bermula 24 Jun 2011 disaluran Astro 105 secara rakaman dan sudah pasti mengamit keadaan kerana jika sebelumini kita pernah mendengar dan menonton program hiburan Idola kecil. Dan kini golongan peserta berumur 45 tahun ke atas berpeluang menunjukkan bakat mereka dalam rancangan ini.
Pencarian peserta akan bermula di empat buah negeri iaitu Skudai Parade, Johor Baru pada 7 dan 8 Mei, Berjaya Megamall, Kuantan (14 & 15 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (21 & 22 Mei) dan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang (28 & 29 Mei).
Empat peserta yang berjaya ke peringkat akhir bakal merebut hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dalam program yang dihoskan oleh pengacara Raja Azura itu.
Mereka yang berminat mestilah warganegara Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil paras pinggang).
Para peserta harus menyanyikan salah satu lagu wajib iaitu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dendangan Ramlah Ram, Di Persimpangan Dilema(Nora), Seri Dewi Malam(Sharifah Aini), Gerhana (Kembara), Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim).
Selain itu, lagu Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta(Sohaimi Mior Hassan), Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sejati(Wings) dan Widuri (Broery Marantika).
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
Posted: 12 Apr 2011 08:52 AM PDT
Amyza,Fazli dan Kelly uptown :)
Macam-macam penyakit yang ada sekarang ini sehinggakan ada penyakit yang kita tidak tahu pucuk pangkalnya sehinggalah seseorang itu dimasukkan kehospital. Salah satu contohnya artis kita bernama Amyza ini yang ditahan dihospital Ampang Puteri gara-gara jangkitan kuman pada mata dek kerana bulu mata palsu (menurut info).
Dalam mood ZoOM ingin berkongsi dengan anda mengenai Amyza, ZoOm terpandang seseorang dalam gambar diatas ni. Rupa-rupanya Kelly yang sering kali menyanyi depan mata ZOoM di Uptown kawan Amyza. Maklum sahajalah ZoOm kena cari duit lebih untuk bayar hutang.
Zaman sekarang ni kalau tak setakat gaji 3k je tak sampai sebulan habis. Betul tak pembaca di ZOoMartis @ Facebook. APa-apalah wahai pembaca ZoOMartis & Facebook asal anda diluar sana sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. Ops lupa pula...marilah kita sama-sama doakan semoga Amyza sihat walafiat.
Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua. Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.
Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.
Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.
Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.
Pemuda : Bagaimana caranya tok ?
Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam. Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : Kenapa cepat sangat..? Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja…? Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan…? Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh. Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ? Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok…!!!
Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir. Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh…heh…heh…". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH…
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee…
Ini berita yang terbaru ZOoM baca daripada akhbar utusan online mengenai keputusan mahkamah Ameng Spring mengenai kes beliau kantoi kes dadah sebelum ini.
12/04/2011 12:53pm
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA 12 April – penyanyi Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di sini hari ini. – Utusan
ZoOM : Kesian dekat anak-anak dan isteri, namun natijahnya inilah lumrah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Suka Gossip Ini ClickLah Like !!
CUBALAH... Farah mengajak penonton untuk mencuba masakan dan resipi istimewa dari negara yang pernah bergolak di rantau Asia Tenggara, Vietnam.
DALAM meniti usia 26 tahun, pemilik nama Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep kini sedang mempersiapkan diri untuk bertukar status bergelar isteri orang.
Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Dua itu mengakui bahawa dia kini telah mula meninjau-ninjau butik perkahwinan secara maya dengan hanya menekan papan kekunci komputer peribadinya.
Biarpun belum menetapkan tarikh yang spesifik bagi meraikan detik diangkat menjadi raja sehari, apa yang diyakinkan bekas pelajar Akademi Fantasi musim kedua ini adalah detik berkenaan akan dilangsungkan lewat tahun ini.
Bagaimana pun bagi Farah, dia tidak mengimpikan majlis yang besar-besaran kerana apa yang penting adalah konsep sederhana dan majlis itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang bermakna dalam hidupnya.
"Farah mahu waktu itu nanti semua insan yang dekat dengan Farah dapat hadir terutamanya nenek-nenek Farah. Farah mendoakan nenek diberikan kesihatan yang baik dan bersama dengan Farah pada detik itu nanti.
"Bagi Farah kehadiran insan-insan yang amat bermakna dalam hidup Farah itu lebih penting daripada sebuah majlis yang geling-gemilang tetapi mereka tidak dapat hadir untuk bersama dengan Farah nanti," katanya Farah ketika ditemui selepas majlis pelancaran rancangan Rasa Halal Vietnam baru-baru ini.
Walau apa pun jelas artis harapan terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 12 itu, kekalutan untuk menyiapkan persediaan bagi majlis berkenaan jelas kelihatan pada ibunya.
"Ibu yang kalut untuk membuat persiapan. Sudahnya kadang-kadang dengan Farah jadi terikut-ikut.
"Farah sendiri pun telah mula godek-godek Internet untuk melihat barangan yang menarik untuk diabadikan pada hari bersejarah itu nanti," jelasnya.
Farah sorok tunang
Menyentuh perihal tunangnya, Farah lebih selesa untuk merahsiakan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu.
Bagi Farah tindakannya itu bukanlah untuk meminggirkan para peminat yang ingin mengetahui jejaka yang telah mencairkan hati wanitanya tetapi itu adalah permintaan tunangnya sendiri.
Namun apa yang boleh dikongsi Farah jejaka berkenaan berasal dari Pulau Mutiara dan sebaya dengannya.
Farah juga memberikan gelaran J untuk merujuk kepada tunangnya itu dan pengalaman percintaan mereka tidaklah sama seperti pasangan lain kerana jarak memisahkan mereka berdua.
"J di Pulau Pinang dan saya di Kuala Lumpur, jadi masa untuk kami berjumpa amatlah terbatas. Jika ada kesempatan untuk berjumpa pun hanyalah sebulan sekali atau sebulan dua kali.
"Buat masa ini hanya telefon menjadi penghubung kami selain daripada sikap percaya mempercayai antara satu sama lain," katanya.
Jelas Farah, baginya dalam sesuatu perhubungan apa yang lebih penting adalah persefahaman dan toleransi di antara pasangan.
Farah di Vietnam
Becerita mengenai pengalamannya semasa proses pengambaran Rasa Halal Vietnam baru-baru ini, Farah merasakan sangat bertuah dan teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara yang terlibat dengan peperangan menentang kuasa besar dunia Amerika Syarikat.
Pengalaman yang ditimba sepanjang berada di negara berkenaan cukup bermakna buat Farah, apabila dia berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negara itu yang bingkas bangkit daripada kesan peperangan sekitar 40 tahun lalu.
Peluang untuk menyusur sendiri terowong yang digunakan oleh para tentera Vietnam bagi menyembunyikan diri daripada pihak musuh cukup mempersonakan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.
"Ketika masuk ke dalam terowong berkenaan dapat Farah rasakan sendiri pengalaman bagaimana askar-askar Vietnam berjalan dalam terowong yang sempit ini.
"Bayangkanlah bagaimana mereka boleh mengorek terowong berkenaan yang kalau dihitung panjangnya boleh membawa kita sehingga ke Kemboja," ujarnya.
Selain itu apa yang membuatkan Farah terkesima adalah ketika melalui jalan-jalan di bandar raya Ho Chi Minh di mana ia dipenuhi dengan ribuan motosikal yang nyata berbeza dengan jalan-jalan di negara kita.
Tidak cukup dengan itu, jelas Farah, perbezaan di antara masyarakat Vietnam jelas kelihatan di ketiga-tiga kawasan yang disinggahinya.
Bagi Farah, penduduk di kawasan selatan lebih ramah berbanding dengan penduduk di kawasan Tengah dan Utara Vietnam di mana penduduk di kawasan Utara lebih serius.
Bagaimana pun bagi Farah untuk mendapatkan makanan halal di Vietnam tidaklah susah seperti yang dibayangkan kerana di sana kebanyakan restoran mempunyai tanda halal yang diiktiraf.
RAMLI Sarip sudah bersedia untuk menghiburkan para setiausaha pada 20 dan 21 April ini.
PASTI bergegar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 20 dan 21 April ini dengan suara Papa Rock, Ramli Sarip yang akan membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha.
Bukanlah sesuatu yang baru bagi ikon rock itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha.
Namun di pentas Dewan Merdeka, inilah kali pertama ikon kesayangan ramai itu dipilih oleh pihak penganjur untuk menghiburkan golongan profesional di dewan tersebut.
Sebagaimana janji yang lazimnya diucapkan oleh setiap artis yang bakal mengadakan persembahan pada bulan setiausaha (April), Ramli, 59, juga membuat janji yang serupa.
Cuma apabila ditebak dengan soalan, apakah dia akan muncul dengan gimik pada hari persembahan kelak?
Jawap Papa Rock itu, "Saya ada banyak himpunan lagu-lagu yang mesra telinga peminat. Jadi, rasanya tidak perlu gimik pada hari itu nanti.
Terus diminati
"Persediaan awal, saya ada lebih 20 lagu popular yang dipetik daripada tujuh album ketika bersama kumpulan Sweet Charity dan 12 album saya secara solo.
"Lagu-lagu wajib didengar pasti akan saya nyanyian nanti," kata Ramli yang merujuk kepada lagu Teratai, Bukan Kerana Nama dan Kamelia yang selalunya mendapat permintaan tinggi daripada peminat.
Begitulah jawapan Ramli ketika menjawab soalan daripada wartawan hiburan yang hadir pada majlis sidang akhbar bagi mengumumkan persembahan Secretaries' Special - Day break entertainment with Ramli Sarip, baru-baru ini.
Majlis sidang akhbar yang dikendalikan oleh Dee, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Maxson Abdullah H. Jaafar dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Fadzilah Said.
Kata Ramli, tema persembahannya ialah setiausaha adalah bos, bukan majikan yang jadi bos.
Justeru jelasnya, dia mahukan setiap hadirin yang menyaksikan persembahannya merasa Ramli amat dekat di hati mereka.
"Nyanyian saya khas untuk para setiausaha yang hadir bagi menikmati makan tengah hari. Jadi, saya akan selang selikan dengan lagu-lagu Inggeris.
"Antaranya, You're So Beautiful yang dipopularkan oleh Joe Crocker.
"Selain itu, lagu Rod Steward dan juga Bryan Adams juga termasuk dalam senarai lagu yang akan diiringi oleh pemuzik seperti gitaris Man Kidal dan Ajai," katanya.
Sementara itu, Maxson Abdullah memberitahu, sudah lima tahun PWTC tidak mengundang artis untuk mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha.
Kini katanya, sudah tiba masanya PWTC membawa kembali persembahan artis sebagai tanda penghargaan ke atas setiap setiausaha.
"Kami memilih Ramli Sarip untuk persembahan sempena Minggu Setiausaha kerana dia merupakan ikon dalam industri hiburan tanah air.
"Lagipun pihak kami percaya lagu-lagu dendangan Ramli masih terus diminati bukan sahaja oleh peminat zaman Sweet Charity tetapi juga di kalangan generasi muda hari ini," katanya yang juga merupakan peminat nombor satu Papa Rock.
Menurut Maxson, tiga bulan lalu ketika melihat persembahan Ramli di Filharmonik Petronas, ia amat menghiburkan.
Oleh itu katanya, Ramli sepatutnya mengadakan satu persembahan di Dewan Merdeka kerana berpendapat insan seni itu seorang yang serba boleh.
"Dia boleh menyanyi dalam apa sahaja bahasa kerana dia seorang penghibur yang versatil," katanya.
Eina bersyukur rezeki berlakon tetap kencang walaupun dihimpit cerita sensasi
DIA antara bakat baru dalam bidang seni yang harus diberi perhatian. Hadir dengan pakej lengkap iaitu cantik, tinggi dan berbakat, membuatkan pemilik nama penuh Ainur Syakina Azman atau Eina semakin mekar dan mewangi dalam taman industri hiburan.
Siapa yang tidak mengenali gadis berusia 16 tahun ini? Selain berkebolehan dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan, kontroversi yang menimpa dirinya sedikit masa lalu turut memberikan tempias populariti kepadanya.
Menyebut soal kontroversi, tentunya ramai yang sedia maklum terhadap apa yang sudah berlaku ke atas Eina sebelum ini. Hanya kerana meluahkan perasaan tidak puas hati, langkahnya diheret ke lembah kontroversi. Berbulan-bulan juga namanya menjadi sebutan dan dipaparkan dalam ruang gosip. Namun kerana tidak mahu perkara itu menjadi lebih rumit, Eina lebih selesa jika perkara itu tidak dibangkitkan lagi. "Cukuplah dengan segala cerita yang tersiar. Eina tidak mahu perkara ini diungkit lagi kerana Eina dan keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah ini. Sekarang ini Eina mahu menumpukan sepenuh perhatian Eina terhadap kerjaya seni yang baru hendak bermula," pintanya sewaktu hadir ke Balai Berita, baru-baru ini.
Tidak berseorangan, sebaliknya anak bongsu daripada lima adik-beradik ini ditemani ibu tersayang.
Meskipun masih bersekolah di tingkatan empat, namun tutur bicara Eina semakin menampakkan kematangan. Setiap ayat yang terpacul daripada bibirnya dilafazkan dengan penuh hati-hati. Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali.
"Pengalaman masa lalu banyak mengajar Eina untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Eina tidak mahu masyarakat menganggap Eina sengaja mencari kontroversi demi mengejar populariti. Terus terang bukan konflik atau kontroversi yang Eina mahukan apabila memilih untuk berada dalam dunia ini.
"Apabila cerita pertelingkahan Eina dengan pihak Lineclear tersebar, Eina akui emosi Eina sedikit terganggu. Eina juga bimbang apakah kontroversi itu bakal menjejaskan kerjaya seni Eina. Namun kebimbangan itu nyata tidak berasas.
Alhamdulillah, tawaran berlakon tidak pernah putus dan sekarang ini Eina terbabit dalam penggambaran drama bersiri, yang menjalani penggambaran di Melaka.
"Eina juga mendapat tawaran berlakon dalam drama seram arahan Rashid Sibir. Sekarang ini memang fokus Eina pada dunia lakonan saja. Apa yang berlaku tidak lama dulu itu, Eina serahkan pada peguam. Eina tak mahu pening kepala memikirkannya," tuturnya yang kelihatan anggun mengenakan gaun labuh rekaan pemenang anugerah pereka popular kategori selebriti lelaki Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Anizam Yusof.
Walaupun si empunya diri tidak mahu lagi mengulas isu yang mencalit kontroversi pada dirinya, namun dia tidak berupaya untuk mengelak persoalan berkaitan dengannya. Sebagai pelakon filem Ratu, apakah perasaannya apabila dia 'diharamkan' daripada menghadiri sesi pratonton dan juga siri promosi filem sulungnya itu? Bagaimanapun, jawapan yang diterima daripada pelakon yang mula dikenali menerusi drama 5 Jingga ini cukup memeranjatkan.
"Terus terang saya tak kisah dan tak rasa apa-apa pun. Eina anggap apa yang berlaku bukan rezeki Eina. Cukuplah, Eina tidak mahu mengingatnya lagi. Eina mahu tutup buku lama dan buka lembaran baru. Apa yang Eina harapkan, kemelut ini akan segera berakhir," balasnya yang hanya mahu mengambil sikap tunggu dan lihat.
Memasak bagaikan terapi
MUNGKIN ada yang beranggapan, Eina sama seperti gadis remaja lain yang gemar menghabiskan masanya dengan bersuka ria bersama teman sebaya. Apatah lagi status selebriti yang dipegangnya membuatkan orang akan salah anggap terhadap dirinya.
Namun bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebelum membuat tanggapan melulu, Eina meminta supaya khalayak mengenal siapa dirinya terlebih dulu.
"Eina sebenarnya lebih gemar menghabiskan masa di rumah jika tidak terbabit dalam sebarang penggambaran. Mungkin ramai yang tak percaya, tetapi itulah hakikat sebenarnya.
"Di rumah Eina lebih gemar memasak, dan makanan yang paling Eina suka sediakan ialah masak lemak cili api. Bagi Eina, memasak itu bagaikan satu terapi. Semua masalah akan hilang bila Eina berada di dapur," katanya sambil mempelawa penulis merasa masakannya satu hari nanti.
Selain memasak, Eina juga berkebolehan menyanyi. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bakat nyanyiannya itu mengalir daripada tubuh ibunya, Amy Roshaida, yang juga seorang penyanyi suatu ketika dulu.
"Sebenarnya, Eina memang lebih suka menyanyi dan memang pun pada awal-awalnya bercita-cita hendak menjadi penyanyi. Tapi nampaknya rezeki Eina terlebih dulu dalam bidang lakonan. Namun itu tidak mematahkan hasrat Eina untuk meneruskan cita-cita bergelar artis rakaman. Insya-Allah, selepas habis belajar nanti Eina akan rakamkan single terlebih dulu, sebagai salam pengenalan Eina dalam bidang nyanyian," katanya dalam nada teruja.
Oleh: Farihad Shalla Mahmud farihad@bharian.com.my Gambar: Rohanis Shukri Luahan hati penggiat Mak Yong ------ Rosnan jayakan empat watak dalam monodrama Rebab Berbisik SUATU ketika dulu, seni hiburan berkonsepkan tarian dan drama ini cukup popular di bumi Cik Siti Wan Kembang. Namun selepas diharamkan persembahannya di negeri itu sekitar 1992, seni Mak Yong kini semakin terhakis. Tidak ramai anak muda berminat untuk menghidupkannya.
Kalau adapun yang masin memainkannya, jumlahnya mungkin boleh dibilang dengan jari dan hanya dipelopori generasi lama. Golongan itulah yang sehingga kini masih setia dengan Mak Yong walaupun ramai yang memandang rendah ke atas diri mereka. Tinggallah mereka ini meneruskan peninggalan nenek moyang dalam serba kedaifan. Tangis dan rintih mereka ini tak siapa yang tahu.
Antara tokoh terkenal Mak Yong yang masih aktif sehingga kini ialah Hanimah Hussin, Dollah Daud, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Ibrahim Senik. Biarpun dalam kepayahan, mereka tetap gigih memelihara warisan bangsa ini. Dan semua kesukaran yang dihadapi tokoh Mak Yong ini diluahkan menerusi teater monodrama Rebab Berbisik yang mula dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya, Jumaat lalu.
Menerusi empat watak yang dilakonkan oleh Rosnan Rahman, teater yang sudah 12 kali dipentaskan kepada khalayak ini menjadi medium kepada suara hati tokoh terbabit yang kecewa apabila seni Mak Yong semakin dilupakan oleh masyarakat.
Watak Pak Su Mat yang dilakonkan Rosnan berjaya membawa penonton menghayati dan mendasari isi hati penggiat seni tradisional terbabit.
"Semua dialog yang diucapkan oleh Pak Su Mat saya ambil berdasarkan apa yang dirasai oleh tokoh Mak Yong berkenaan, apabila seni itu semakin pupus dan mereka sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Bukan saja Pak Su Mat, malah tiga watak lain yang saya lakonkan juga ialah satu luahan rasa terhadap perkembangan situasi itu," kata Rosnan ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pratonton teater monodrama itu.
Hadir sama, pengarah dan penulis skrip monodrama terbabit, Rahimidin Zahari.
Bukan mudah melakonkan empat watak dalam satu masa, apatah lagi terpaksa beraksi di hadapan tokoh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Justeru tidak hairanlah jika Rosnan mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya pada malam pertama itu.
"Saya akui agak gementar malam pada malam ini. Selain faktor persembahan pertama, kehadiran Datuk A Samad Said juga menambahkan lagi perasaan gementar saya itu. Namun yang lebih merisaukan saya ialah bagaimana mahu membuat penonton tidak keliru setiap kali saya berubah karakter.
"Saya mahu pastikan penonton faham jalan cerita berdasarkan perubahan imej serta dialog yang saya tuturkan itu," kata Rosnan yang turut memegang watak sebagai Mek Ning, Ustaz dan juga Mak Yah atau Mimi.
Bagi menghidupkan watak itu, Rosnan ada juga membuat kajian iaitu berdasarkan pemerhatiannya terhadap setiap karakter yang bakal dibawanya.
"Watak Mek Ning, umpamanya, saya kena perhatikan bagaimana orang perempuan mengandung dan cara mereka pegang perut, semuanya kena sama. Begitu juga dengan karakter Pak Su Mat yang berusia 70 tahun. Saya kena pastikan pergerakan saya sama seperti seorang tua yang berusia begitu. Justeru, sepanjang melakonkan watak Pak Su Mat, saya kena membongkok. Memang sakit tapi itulah cabaran yang terpaksa saya hadapi," ujarnya.
Tak guna dialek Kelantan betul?
SEWAKTU menyaksikan pementasan ini, seorang teman berbisik memberitahu ada antara dialog yang dituturkan pelakon tidak menggunakan dialek Kelantan yang sebenar. Tertanya-tanya juga mengapa boleh jadi begitu, sedangkan penulis skrip terbabit berasal dari Kelantan.
Ketika diajukan pertanyaan ini kepada Rahimidin, dia berkata perkara itu memang disengajakan kerana mahu bersikap lebih terbuka kepada penonton.
"Memang ada di antara dialog yang dituturkan itu tidak terlalu terikat dengan dialek Kelantan kerana tidak semua penonton teater ini ialah orang Kelantan.
Lagipun, pelakon utama kita ini juga bukan dari negeri terbabit. Jadi, untuk memberi keselesaan kepadanya, saya berikan kelonggaran terhadap skrip," katanya memberikan penjelasan.
Perkara itu turut dipersetujui Rosnan yang mengaku memang sukar untuk bertutur dalam dialek terbabit memandangkan dirinya bukan anak jati Kelantan.
"Bagaimanapun, pengalaman lebih 15 tahun berlakon dalam pementasan Mak Yong sedikit sebanyak membantu saya menguasai dialek negeri itu," katanya yang sering terbang ke luar negara kerana mempromosikan seni warisan rakyat ini.
Persembahan yang berlangsung selama empat hari itu turut memberi penghargaan kepada empat tokoh Mak Yong terbabit, apabila sebahagian hasil jualan tiket disumbangkan kepada mereka.
Maya Karin telah memikul tanggungjawab untuk memegang watak sebagai Katerina di dalam sambungan filem epik Lagenda Budak Setan. Huuu.. Fazura pelakon perempuan pujaan Mat Kepoh.
Mesti lain feel kalau tak dapat tengok Fazura berlakon dalam filem tu. Tapi takpelah, kita tahu lagi macam mana Maya Karin bawak watak Katerina. Mungkin lagi dasyat!
Filem ni akan ditayangkan pada Valentine 2012 nanti. Lama jugak nak tunggu tu.. Menangis para peminat nanti. Hohohoh! Sabar yo lah yooo!
LONDON – Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam.
Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun.
Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain.
Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari.
"Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. – Agensi ///kosmo ///
Sinopsis Senjakala:- Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.
Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.
Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab.
Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan. Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.
Tajuk Filem: Senjakala
Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: Excellent Pictures Sdn Bhd , MIG
Dipawagam: 14 April 2011
Pelakon Senjakala: Zahiril Adzim Liyana Jasmay Faezah Aida Aris Ruminah Sidek Eizlan Yusof Abu Bakar Juah Kamal Adli Zed Zaidi
TERJUN ke layar perak pastinya menjadi impian ramai pelakon. Ramai yang mahu jadi pelakon popular tetapi tidak semua meraih peluang berlakon filem.
Berbeza dengan rezeki diterima pelakon baru, Tasha Shilla, perjalanan seninya bermula menerusi filem nampaknya kurang diberi perhatian. Sebaliknya, fokusnya kini lebih tertumpu kepada lakonan drama TV. Katanya, dia mula berjinak dengan bidang seni sejak di usia 17 tahun menerusi peragaan majalah.
Namun selepas mencuba nasib dalam lakonan dan mencipta nama menerusi dua filem, Ratu The Movie dan Klik 3GP, dia makin serasi meneruskan minat itu.
"Saya terlebih dulu berlakon drama bersiri, Dottie sebelum mendapat tawaran membintangi Gemilang yang kini masih ditayangkan di TV3.
"Nyata, drama kedua saya bersama pengarah Kabir Bhatia mendapat sambutan positif penonton. Dalam drama ini, saya membawakan watak Cikgu Ruhana yang tidak putus asa menagih cinta Cikgu Saiful (lakonan Shah Jaszle) hingga sanggup mempergunakan Cikgu Umar (Kamal Adli) untuk mendapatkan cinta lelaki itu.
"Saya bertuah kerana drama ini menampilkan saya sebagai pelakon utama bersama Shah, Kamal dan Tiz Zaqyah. Selepas Gemilang, saya meraih pula tawaran berlakon dua telefilem Panggilan Arwah yang turut memberi peluang saya membawa watak utama bersama Zizan Nin.
"Pengalaman dalam telefilem ini juga mencabar apabila saya perlu menghayati watak Sabariah yang menjelma menjadi hantu yang tidak tenteram perasaan dan mahu membalas dendam.
"Memberi pengalaman baru, saya diminta berlakon dalam keranda termasuk berada dalam kubur. Ketika melakonkan adegan di liang lahad itu, saya menggambarkan perasaan sedih dan menangis secara tiba-tiba jatuh pengsan," katanya ketika ditemui pada penggambaran drama Sahara arahan Jamal Khan di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.
Katanya, drama arahan Faizal Ishak itu membabitkan 80 peratus adegan dalam kubur dan penggambaran dijalankan selepas Maghrib sehingga awal pagi.
Untuk telefilem kedua, Mila Kejar Cinta, Tasha terus diberi kepercayaan membawa watak utama, Mila menampilkan karakter gadis manja dan anak orang berada yang kemudian percaya cintanya sama seperti novel yang sering dibacanya. Lakonannya kali ini menggandingkan dia bersama Zack X-Factor.
Melihat pada pembabitan dua filem dan lima drama termasuk Sahara dalam usia pengalaman lakon masih setahun jagung, Tasha boleh berbangga dengan pencapaian sendiri sebagai bakat baru yang pantas mencipta nama.
Tasha berkata, dia tidak mahu tamak dengan tawaran yang diterima. Sebaliknya, mahu memberi fokus satu kerja pada satu-satu masa.
Ketika ini Tasha masih sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Sahara ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Drama sebanyak 25 episod menyaksikan Tasha membawa watak Hartina yang cemburu terhadap kakaknya, Sahara (lakonan Nanu Baharudin).
"Sebulan lalu, saya ada mendapat tawaran berlakon sinetron bersama satu produksi Indonesia yang sepatutnya menjalani penggambaran di Jakarta. Namun, saya terpaksa menolak tawaran itu kerana jadual penggambarannya bertindih pula dengan Sahara.
"Sejak terbabit dengan Gemilang pada Disember tahun lalu, sampai sekarang saya belum ada masa berehat. Selepas ini ada juga tawaran drama baru yang saya terima.
"Apapun, saya bertuah dan bersyukur dengan rezeki yang diterima tidak putus-putus. Secara peribadi, saya selesa berlakon drama mahupun filem. Apa yang penting, saya gembira dengan kerja yang saya lakukan.
"Jika ada peluang lain selepas ini, saya mahu membawa pelbagai karakter berbeza yang lebih berat dan mencabar diri. Saya tidak suka watak komedi tetapi saya terbuka mencuba watak baru.
"Begitu juga, saya berhasrat bekerja dengan pengarah hebat lain seperti Murali Abdullah mahupun Kabir sekali lagi. Mungkin dalam sibuk berlakon drama, saya tetap meletakkan impian berlakon sekurang-kurangnya dua filem setahun," katanya.
>PROFIL NAMA: Natasha Sheila Abd Razak NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla ASAL: Ampang, Selangor TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987 USIA: 24 tahun KERJAYA: Model dan pelakon FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP DRAMA: Dottie, Gemilang, Panggilan Arwah, Mila Kejar Cinta dan Sahara
DEMAM Minggu Setiausaha terus berlangsung dan antara yang menjadi perhatian adalah persembahan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain.
Apa yang menarik, Anuar turut mencipta sejarah peribadi apabila diundang mengadakan persembahan bertemakan acara itu di tiga negeri berbeza.
Bagi peminat Anuar Zain di Selatan Semenanjung, persembahan akan diadakan di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor, Johor Bahru, pada 19 April ini.
Apatah lagi penganjurnya Johor Corporation sudah lama merancang untuk membawa Anuar bertandang ke Johor iaitu sejak enam tahun lalu. Hanya baru sekarang kesempatan itu diperoleh.
Jelas Pengurus Anuar Zain, Rohila Tahir, sewaktu dihubungi RAP, ini pertama kali membabitkan tiga negeri.
"Dulu pada 2005, Anuar pernah juga beraksi di tiga lokasi tapi dua negeri saja iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu lagi Kuching, Sarawak.
"Kami sebenarnya sudah lama ingin beraksi dalam sambutan acara ini di Johor Bahru tapi ia selalu bertembung dengan jadual Anuar. "Sekarang, Anuar kebetulan ada masa masa terluang jadi kami terus bersetuju untuk bertemu peminat di Johor. Memang Anuar sedang sibuk dengan pembikinan album solo terbaru tapi dia sempat mencuri masa untuk menjayakan persembahan Minggu Setiausaha kali ini," kata Rohila.
Menyentuh mengenai corak persembahan Anuar di Dewan Tanjung Puteri kelak, Anuar akan beraksi dengan diiringi muzik minus-one selama tempoh 45 minit.
"Tiada sebarang gimik dirancang kerana sebelum ini pun Anuar memang tidak pernah membuat sebarang gimik. Sebaliknya peminat lebih gemar mendengar Anuar mengalunkan suaranya untuk menyanyikan lagu yang mereka minati. "Mengenai lagu pula, kebanyakannya adalah sama dengan dua lagi persembahan yang diadakan. Lagipun itulah lagu-lagu yang selalu diminta peminat untuk dinyanyikan. Kami setuju dengan permintaan mereka," katanya.
Dalam pada itu apabila ditanya mengenai isu peluk dan cium yang sering kali terjadi setiap kali Anuar menjayakan 'dinner show' dan Minggu Setiausaha, Rohila berkata, semuanya bergantung kepada peminat Anuar sendiri.
"Apa-apa yang berlaku selalunya di luar kawalan kami. Rasanya semua peminat Anuar sudah dewasa dan mereka mampu berfikir demi kebaikan bersama termasuk Anuar. Kita harap kejadian yang sebelumnya janganlah berulang lagi kerana nanti kesan buruk itu akan dirasai Anuar sendiri," katanya.
Sementara itu Eksekutif Perhubungan Awam, Johor Corporation Bahagian Hospitaliti, Haliza Salim, menjelaskan selain menyaksikan persembahan Anuar, hadiah lumayan turut menanti penonton bertuah, antara iPad, iPhone 4, TV LCD dan komputer riba.
Sebanyak 30 peratus meja masih lagi dijual dengan harga RM10,000, RM5,000, RM3,500, RM2,500 dan RM1,500. Mereka berminat boleh melayari laman web Johor Corporation di www.persada johor.com untuk pertanyaan lanjut.
"Kami juga berbesar hati apabila Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, turut berkenan mencemar duli menyaksikan persembahan ini. Selaku Penaung Persatuan Pandu Puteri, sebahagian daripada hasil jualan meja akan disalurkan kepada badan kebajikan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan