Khamis, 14 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 14 Apr 2011 09:45 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Tak tuduh Najib

Posted: 13 Apr 2011 11:57 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Raja Petra dedah dalang akuan bersumpah

KUCHING: "Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu." Demikian pengakuan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang muncul buat kali pertama selepas lama menghilangkan diri.

Dalam satu temubual bersama TV3 di Perth, Australia baru-baru ini dan disiarkan stesen televisyen itu, malam tadi, Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Raja Petra berkata, akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu yang didakwa ada kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi, saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.

"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri Timbalan Perdana Menteri (jawatan Najib ketika itu) ada di tempat kejadian.

"Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata, ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang ini ke depan, dan saya sebut nama orang ini, saya sebut ketika siasatan polis," katanya.
Raja Petra mendakwa, antara individu yang memberi maklumat termasuk yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog, Din Merican, selain seorang pegawai risik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin.

"Saya tidak terima lagi cerita itu sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kawasan tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya.

Raja Petra mendakwa, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya mengapa beliau didesak membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? (Apakah matlamat anda?) Dia kata, Pak Lah akan letak jawatan. Kalau kita tak 'block' (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah," katanya.

Katanya, beliau juga meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar terlebih dulu.

"Din Merican pun contact (hubungi) saya balik. Dia kata, dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar bagi green light (lampu hijau). Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar... Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini. Dia kata proceed (teruskan), saya pun proceed," katanya.

Raja Petra mendakwa, semua individu terbabit berjanji akan menjadi saksinya jika beliau didakwa di mahkamah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abdul kadir majid

politik ni mcm2... dengar boleh, percaya lom tentu. tngok maharaja lawak lagi ok. yang pasti,, Malaysia tetap aman damai...

Peace No War

Bersyukurlah dgn nikmat keamanan yang ada di Malaysia ni. X payahlah porak perandakan negara dan jadi pengkhianat bangsa macam negara2 lain tu. Bila kita lidi, kita x akan kuat....

solihin

kalau semua orang jujur buat kerja dan tidak di pengaruhi oleh orang orang yang ada kuasa, masalah ini mudah di selasaikan.kecuali .....faham 2 aja lah.

hamba

ini lah....tingkah laku dan pemikiran manusia apabila di hadapan nya cuma ada dunia.sudah lupa janji kita pd Allah S.W.T.

buntat

betul tu MSB, ramai yang x sedar, makan gaji dgn kerajaan tapi mereka lah pengkhianat kerajaan...dalam hal ni sorg pun x bbunyi dr pembangkang..kalau ade yang salah/x betul meyalak bukan main...tp kalau mereka yang salah diam seribu bahasa..."saya suka kan negara yang menjaga keamanan & kesejahteraan" bukan reformasi yang dibawa oleh sesetengah pihak!!

Malinda

saya bersetuju degan komen jasaddin...memang perlu di cari wajah-wajah sang pelaku ini kerana mulut disuap kerajaan tetapi masih ada hati menentang tangan yang menyuap mereka. Ajaran Islam sendiri mengatakan selagi "ketua" yang memerintah kita tidak mengajak kita berkelakuan menentang fitrah alam dan fitrah agama seharusnya kita terus menyokong kerana itu adalah lebih baik daripada kita di perintah oleh si buta hati dan buta agama...fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia yang mana lebih baik untuk kehidupan kita seterusnya. "Musuh-musuh dalam selimut" ini tidak seharusnya di"bela" oleh kerajaan Malaysia.

along

akhirnya kebenaran terbukti juga..kesian pada dalang22 tu..

gory

haih, itulah dia. ada lagi cakap cakap yang kata RPK dibayar oleh kerajaan untuk keluar dan state ayat macam ini. Tolonglah bukak mata sikit. Dah banyak sangat orang keluar, even kawan kawan baik Anwar. Takkan semua nak kena suap. Mungkin ini kebenaran Tuhan yang pengikut Anwar solat hajatkan hari itu.

1nantion

mr JOEL, Sedar dan inasaflah

1nantion

mr JOEL, Sedar dan inasaflah

orgutan

@joel - berapa harga kebodohan awak? Adakah semua org yg mengaku kesalahan, meminta maaf atau mengatakan kebenaran itu "dibayar" ?

Soalan utk awak : berapa awak dibayar utk komen kat sini?

anak sarawak

malam ni kta tengok sambungan nya....

bendul

cerita nie takde tambah² kn..
skrg surat khabar pon bukan boleh pecaye sgt.
cerita nak best je..
tp kebenaran di abaikan..

pak usu

tidak semua benda kita tahu, namun apa yang kita tahu bukan semuanya betul....jika kita mempunyai kelebihan dalam satu bidang, biarlah kita bidang yang kita berkelebihan itu kita tumpukan. biarlah bidang yang kita tak mahir dilakukan oleh pihak lain....kalau kita tahu menfitnah itu berdosa besar, janganlah kita mencubanya.....nanti kita kena telanjangi pula.....

diBBBselangor

dimulakan dengan tuduhan dan disudahkan dgn tuduhan. Siapa benar, siapa salah hanya ALLAH sj yg tau. Moga ALLAH selamatkan kita dari bala dunia dan akhirat.

rie ahmad

Biar bersumpah,tp jn sesekali jadi sesumpah..
kan skrg dah susah,bru nk jawab...bawa mereka ini kemuka pengadilan!!!

ADIL

Seorang yang melakukan perbuatan di dalam batu besar yang tidak ada pintu maupun lubang anginnya, pasti akan diketahui manusia apapun yang terjadi (mau tidak mau). (HR. Al Hakim)

buah pala

kita tunggu apa jawaban pakatan rakyat

shahrul

yes....pengkhianat negara mesti dihukum seberat2nya....kalau boleh digantung sampai mati......Selamatkan Malaysia

joel

berapa byk kena byr neh?

Tekno

Haha kantoi...Go0d for malaysian...

jasaddin

betullah....manusia macam ni akan bersumpah dgn macam2 sumpah..selagi tidak dibisukan oleh Allah SWT.....telah bermacam- macam fitnah delemparkan ..akhirnya menafikan bukan aku yang berkata....begitulah Alaah menunjukan kebanaran pasti mengatasi yang batil......akhirnya Sang Anjing menyalak kepada tuan nya sendiri.......Maha Kuasa Allah

msb

Semua orang rasanya ingin sekali melihat wajah-wajah mereka yang disebutkan oleh RPK supaya kita dapat mengnali mereka dengan lebih intim. Kerana ada diantara mereka ini adalah pengkianat walaupun mulut disuap oleh kerajaan setiap bulan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 14 Apr 2011 07:32 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Penduduk sambut baik

Posted: 14 Apr 2011 04:51 AM PDT

MARUDI: Penduduk sekitar pekan ini menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM60 juta bagi pembinaan jalan raya menghubungkan Miri dan Marudi.

Bagi mereka, perkara itu sudah lama dinantikan kerana dengan ada kemudahan itu nanti, mereka tidak perlu lagi bersusah payah melalui jalan balak untuk ke bandar raya Miri dan kawasan lain berdekatan. Penduduk, Nau Jok, 59, berkata, sebagai penduduk di kawasan itu, dia berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana prihatin dengan masalah perhubungan yang dihadapi sejak puluhan tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hellikopter dialih untuk siasatan lanjut

Posted: 14 Apr 2011 04:49 AM PDT

SIBU: Selepas empat hari tragedi helikopter Bell 206B Jet Ranger terhempas di Dataran Sibu, bangkai pesawat itu dialihkan hari ini, bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, kerja mengalihkan bangkai helikopter itu dilakukan petugas Sabah Air Aviation Sdn Bhd (Sabah Air) selepas mendapat kebenaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA), kira-kira jam 11 pagi. Bangkai pesawat itu akan dibawa pulang ke Pangkalan Sabah Air Aviation, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut dan proses dokumentasi. Sumber berkata, DCA sudah selesai menjalankan siasatan di tempat kejadian, termasuk mengumpul bahan bukti.


"Siasatan awal sebelum ini mendapati punca kemalangan akibat cuaca buruk dan angin kencang.

"Bagaimanapun, punca sebenar nahas akan dapat diketahui apabila siasatan sepenuhnya selesai dalam tempoh terdekat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 14 Apr 2011 07:22 AM PDT

Kosmo Online


Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

Posted:

Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

Pelajar tajaan YPM dinasihat jauhi Fukushima

14/04/2011 7:38pm

KUALA LUMPUR – Seramai 84 pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT), yang akan meneruskan pengajian mereka di beberapa universiti di Jepun, dinasihati supaya tidak mendekati kawasan bencana loji nuklear di Fukushima.

Pelajar berkenaan, yang akan menuntut dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kinki, Osaka, Universiti Ritsumeikan (Siga) Universitu Sains Okayama (Okayama) dan Universiti Yamaguchi (Yamaguchi) dihantar ke negara itu setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, MKN telah memberi garis panduan kepada para pelajar agar menjauhi kawasan bencana dalam lingkungan 80km radius dari Pusat Kuasa Nuklear Fukushima, menurut YPM dalam kenyataan di sini.

Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9 pada skala Richter pada 11 Mac lepas yang turut mencetuskan tsunami dan kerosakan loji nuklear. Menurut YPM seramai 29 pelajar berlepas ke negara itu pada Ahad lepas diikuti 38 pelajar hari ini dan bakinya pada Sabtu ini.

Mereka akan diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPM Abdul Shariff Hamid dan Malaysian Airlines (MAS) sebelum berlepas.

DPPT merupakan Projek Pendidikan Tinggi Jepun-Malaysia yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur sejak 1993 dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Geran Pengurusan Projek dan Pinjaman kerajaan Malaysia dari kerajaan Jepun. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

Posted:

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

Dua beradik lecur dibedah, bapa kritikal

14/04/2011 5:17pm

ALOR SETAR – Dua beradik yang melecur ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat kemurungan di rumahnya di Kampung Raut, Yan dekat sini pagi semalam akan menjalani pembedahan pemindahan kulit pada minggu depan.

Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kedua-dua beradik itu, Amirul Hadi Zinol, 12 dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14 akan menjalani pembedahan itu bagi menggantikan kulit yang telah terbakar.

Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran HSB sementara bapa mereka, Zinol Ismail, 51, yang membakar diri, dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemerhatian yang serius.

Zinol yang melecur 100 peratus yang kini dirawat di Unit Rawatan Kebakaran di HSB pada mulanya dihantar ke Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSB petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi semalam, Amirul Hadi dan Badrul Amin melecur di bahagian tangan dan kaki selepas cuba menyelamatkan bapa mereka yang cuba membakar diri. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

Posted:

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

Khalid Abu Bakar Timbalan KPN baru

14/04/2011 3:44pm

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Khalid akan menggantikan Hussin Ismail yang bersara hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 14 Apr 2011 03:30 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Dendam ‘ponteng’ gotong-royong

Posted: 13 Apr 2011 10:50 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAJANG: “Saya terus dipukul sebaik dibawa ke satu blok bersebelahan asrama pada awal pagi kononnya untuk berbincang hal peribadi,” kata Muhammad Affiq Ahmad Nordin, 17, yang menerima tiga jahitan di tepi mata kiri selain mengalami sakit dada selepas dibelasah sekumpulan pelajar sebuah sekolah berasrama, di sini, kelmarin.

6 pelacur warga China dicekup

Posted: 13 Apr 2011 10:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam wanita warga China yang kerap memasuki negara ini untuk melacur sejak tahun lalu bersama dua lelaki dipercayai ‘bapa ayam’ ditahan dalam operasi di sebuah hotel, di Sri Petaling, di sini, malam kelmarin.

Utusan Online - Utara

Posted: 14 Apr 2011 03:22 AM PDT

Utusan Online - Utara


NPOC gegar padang KSAH

Posted:

NPOC gegar padang KSAH

NPOC gegar padang KSAH

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Antara aksi pasukan yang lengkap berpakaian ketika bertempur dengan pasukan lawan dalam pertandingan sukan lasak paintball Northern Paintball Official Circuit (NPOC) 2011 di padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 13 April - Seawal pukul 7 pagi Jumaat lalu, padang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di sini dipenuhi oleh peminat-peminat sukan lasak paintball yang bersedia untuk 'bertempur' pada pertandingan Northern Paintball Official Circuit (NPOC) 2011.

Dengan memakai pakaian ala perang lengkap dengan topeng muka dan penanda untuk menembak, setiap pasukan berdebar-debar menunggu masa untuk berperang di padang KSAH.

Walaupun hujan menyebabkan keadaan padang lecak, namun ia langsung tidak mematahkan semangat 33 pasukan yang setia menunggu giliran menewaskan musuh-musuh di gelanggang pertempuran.

Tidak menghairankan mengapa populariti sukan paintball kian meningkat hari ini kerana ia dapat merealisasikan impian mereka yang gemarkan sukan lasak atau keinginan untuk berada di medan perang.

Difahamkan, paintball merupakan antara sukan ekstrem yang paling popular di dunia dengan kira-kira 12 juta penggemar.

Hanya mengambil masa 15 tahun, sukan itu kini dikenali sebagai sukan yang mengujakan dan dimainkan di lebih 40 buah negara.

Paintball juga tidak hanya terhad kepada kaum lelaki malah wanita yang gemarkan aktiviti lasak turut jatuh cinta dengan sukan ini.

Pertandingan NPOC yang dianjurkan oleh AKR Sdn. Bhd. berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan paintball yang merupakan antara sukan lasak yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan tersebut kerana semakin ramai peminat sukan itu muncul di kawasan utara tanah air.

"Sebelum pertandingan ini dianjurkan hanya ada empat pasukan paintball yang benar-benar aktif di sekitar kawasan utara. Namun setelah pertandingan ini diadakan barulah pasukan-pasukan baru yang benar-benar berbakat dalam sukan ini dapat dicungkil," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, NPOC juga adalah salah satu program bersempena kempen The Road to World Cup Asia Langkawi (WCA) 2011 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.

"WCA adalah antara pertandingan paintball yang berprestij di dunia dan Langkawi akan menjadi tuan rumah untuk WCA. Hampir 200 pasukan dari 20 negara akan bertanding untuk merangkul johan Asia pada pertandingan tersebut," katanya.

Dengan kejayaan menganjurkan NPOC, Syed Johan berkata, pihaknya bercadang menjadikan acara tersebut sebagai acara tahunan untuk memudahkan peminat-peminat sukan paintball menyertai sukan itu dengan lebih serius.

"NPOC kali ini juga disertai oleh pasukan daripada sekolah-sekolah sekitar Kota Setar dan kami melihat ada potensi di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk menjadi pemain profesional," katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan Lost World muncul johan manakala tempat kedua dimiliki Beast Killer dan Guns Pack mendapat tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel

Posted:

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel


Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memeriksa tong minyak diesel yang cuba diseludup di jeti Kuala Perlis, Kangar, kelmarin.


KANGAR 13 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 750 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM937.50 ke negara jiran setelah menahan sebuah bot di sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Rahim Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira 0.4 batu nautika (0.7 kilometer) dari pantai Kuala Perlis pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, sebuah lagi bot yang dinaiki sekumpulan awak-awak bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan memecut ke kawasan paya bakau sejurus dihampiri.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan menemui 30 tong yang setiap satu berisi 25 liter minyak diesel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya percaya, awak-awak berkenaan sedang memindahkan tong-tong itu ke dalam bot untuk diseludup ke negara jiran.

Katanya, minyak diesel bersubsidi di negara ini yang berharga RM1.25 seliter dijual dengan harga RM2.80 seliter di negara jiran.

"Bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu dibawa ke jeti Kuala Perlis untuk siasatan lanjut," katanya sambil memberitahu rampasan itu yang ketiga bagi cubaan menyeludup minyak di perairan daerah Maritim 1 Langkawi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sivanesan terdiam cabaran MB

Posted:

Sivanesan terdiam cabaran MB

Sivanesan terdiam cabaran MB

Oleh HAMDEN RAMLI dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Zambry Abdul Kadir ketika menjawab soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Ipoh, semalam.


IPOH 13 April – Percubaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan untuk menggasak Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dengan soalan-soalan provokasi akhirnya makan diri.

ADUN dari DAP itu bukan sahaja kelihatan terkedu apabila dakwaannya berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Zambry, tetapi akhirnya terus terdiam apabila dicabar Menteri Besar menyerahkan senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah penempatan semula seperti didakwa.

"Buktikan dan berikan kepada saya (senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah seperti didakwa)," tegas Zambry ketika menjawab soalan tambahan Sivanesan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Sebelum itu dalam soalan tambahannya Sivanesan mendakwa selama 53 tahun kerajaan BN tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah setinggan membabitkan kaum India di negeri ini .

Beliau turut mendakwa mendapat aduan berlaku wujud skandal dalam pemberian lot-lot tanah kepada penduduk setinggan di Klebang Tambahan.

Zambry berkata, Sivanesan cuba untuk menonjolkan diri sebagai jaguh orang India dengan membangkitkan dakwaan yang tidak berasas itu.

"Tetapi saya ingin tanya, masa 11 bulan memerintah dahulu apakah sumbangan yang anda berikan kepada masyarakat India," katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Chen Fook Chye (DAP-Keranji) mengenai jumlah setinggan, Zambry berkata, terdapat sebanyak 14,282 setinggan mendiami 522 kawasan di seluruh negeri ini berdasarkan bancian di bawah program Setinggan Sifar 2012.

Katanya, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 56 kawasan membabitkan keluasan 939 hektar bagi melaksanakan program mengatasi setinggan di negeri ini.

"Kita menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk memindahkan setinggan ke kawasan Rancangan Perumahan Tersusun atau mengekalkan mereka di kawasan sedia ada jika ia bersesuaian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 14 Apr 2011 03:19 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Rakyat Malaysia tidak perlu cop pasport setiap kali keluar masuk Brunei

Posted: 14 Apr 2011 03:00 AM PDT

MutakhirSarawak

LIMBANG: Rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang kerap ke Brunei tidak perlu mengecop pasport mereka pada setiap kali memasuki negara itu bermula 1 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan Kemudahan Pengembara Kerap (FTF) itu berkata, kemudahan berkenaan dapat memudahkan perjalanan di sempadan Brunei dan Lebuh Raya Pan Borneo.

"Pada ketika ini, pengguna dari Miri ke Lawas dan Sabah, perlu mengecop pasport mereka sebanyak lapan kali untuk sehala. Jadi jika mereka pulang, sekurang-kurangnya dua muka surat pasport penuh dengan cop," katanya pada majlis pelancaran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tedungan di sini, petang tadi. Terdapat tiga pintu masuk di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo iaitu Sungai Tujoh di Miri, Tedungan dan Pandaruan di Limbang.

Kemudahan FTF itu turut mengurangkan harga pasport terhad untuk memasuki Brunei ketika ini iaitu dari RM150 kepada RM50 bermula 1 Mei ini.

Pasport terhad itu sah untuk tempoh lima tahun.

Perdana Menteri berkata, FTF itu menjadi kenyataan hasil kerjasama erat di antara Kerajaan Malaysia dan Brunei.
Beliau turut mengumumkan pemberian pasport percuma kepada 10,400 pegawai dan kakitangan imigresen kerana sifat dedikasi mereka menjalankan tugas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Resolusi terhadap Libya tidak benarkan operasi tentera: Russia

Posted: 14 Apr 2011 02:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SANYA, China: Presiden Russia, Dmitry Medvedev, berkata resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Libya tidak membenarkan penggunaan pasukan tentera.

Utusan Online - Selatan

Posted: 14 Apr 2011 03:12 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Eratkan hubungan dengan polis

Posted:

Eratkan hubungan dengan polis

Eratkan hubungan dengan polis

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Mohd. Sabri Muhamad turun padang mengedarkan risalah mengandungi maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan pelbagai jenis jenayah di sekitar bandar Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 13 April - Orang ramai di sekitar daerah ini diminta untuk mengeratkan lagi hubungan mereka dengan polis dalam usaha membantu pasukan keselamatan itu memerangi jenayah secara efisien dan pantas.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, langkah itu selari dengan pelaksanaan program 'Walkabout' yang dianjurkan pihaknya baru-baru ini.

Menurutnya, program itu bertujuan agar polis dapat mendekati masyarakat sekali gus mengeratkan kerjasama dalam mengurangkan kadar jenayah di sekitar daerah ini terutamanya di kawasan bandar.

''Masyarakat seharusnya mengenali polis di kawasan mereka. Hubungan baik antara polis dan masyarakat membolehkan sesuatu maklumat membanteras jenayah dapat disalurkan.

''Dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memerangi jenayah, kami telah mengedarkan 500 risalah mengandungi maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan pelbagai jenis jenayah," katanya selepas melancarkan program tersebut di sini baru-baru ini.

Jelasnya, risalah yang diedarkan mengandungi pelbagai panduan pencegahan jenayah, ia membolehkan orang ramai mendapat maklumat berhubung langkah-langkah menjaga keselamatan dan perlindungan diri.

''Program ini juga bertujuan mendekatkan masyarakat dengan pihak polis dengan cara berkongsi maklumat mengenai kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan ini.

''Apabila maklumat diterima dengan pantas, kami yakin dapat membanteras kumpulan atau individu yang terlibat melakukan kegiatan itu,'' katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sabri turut memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD) yang sebelum ini beroperasi di Bahau, dekat sini telah berpindah ke Bandar Seri Jempol.

''Jika berlaku sebarang kecemasan, mereka boleh menghubungi bilik gerakan yang baru di talian 06-4583449," katanya.

Pada program tersebut, Mohd. Sabri disertai 14 anggota polis pelbagai pangkat mengedarkan risalah berkenaan selain memberi maklumat dan panduan pencegahan jenayah kepada orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

Posted:

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

Bayar kompaun MPAG diskaun 50%

MELAKA 13 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus kepada mereka yang menjelaskan bayaran itu sebelum 31 April ini.

Yang Dipertua MPAG , Kamaruddin Md. Shah berkata, tawaran selama sebulan bermula 1 April lalu itu adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelapan MPAG pada 30 April ini.

"Diskaun sebanyak 50 peratus merupakan salah satu usaha kami untuk meringankan beban pengguna. Ia juga sebagai galakan kepada mereka yang dikenakan kompaun supaya segera menjelaskannya sebelum dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, selain bagi kesalahan individu, bayaran separuh harga itu juga sah kepada agensi swasta yang ingin menjelaskan kompaun mereka sebelum 31 April ini.

Dalam perkembangan lain Kamaruddin berkata, MPAG menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan ulang tahun itu.

Antaranya menurut beliau, ialah peraduan mewarna dan pertandingan kawad kaki di Dataran Keris, Alor Gajah pada 23 April ini, pertandingan futsal tertutup Piala YDP MPAG (24 April) di Sport Planet Pulau Sebang dan Forum Perdana di Taman Masjid Tanah Ria pada 28 April.

Jelasnya, kesemua pertandingan itu menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM1,000.

"Acara kemuncak ialah malam perasmian sambutan ini di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah pada pukul 8 malam, 30 April ini.

"Orang ramai dipelawa menyaksikan persembahan artis tanah air pada malam tersebut antaranya Faizal Tahir, Jamal Abdillah, Datuk Yusni Hamid, Datuk Ahmad Jais, Siti Nordiana, 6xth Sense dan Axl's," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gejala sosial kian berleluasa

Posted:

Gejala sosial kian berleluasa

Gejala sosial kian berleluasa

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 13 April – Tekanan hidup yang semakin meningkat di kawasan bandar serta luar bandar dilihat sebagai punca utama berlaku gejala sosial yang kian berleluasa ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, kes-kes seperti keganasan rumah tangga, perceraian serta pembuangan bayi yang terus menggambarkan situasi itu perlu dibendung dari terus menjadi nanah dalam masyarakat.

''Jika dilihat secara holistik, ini menggambarkan masalah tekanan juga sedikit sebanyak menjadikan sesebuah institusi kekeluargaan menjadi rapuh hingga berlaku kes-kes sedemikian.

''Sebagai contoh kes pembuangan bayi yang dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2005 hingga 2009 ia mencatatkan sebanyak 407 kes dan ini amat membimbangkan," katanya di sini semalam.

Justeru kata Zainab, pelbagai platform dan kaedah terbaik telah dijalankan oleh kerajaan meliputi program-program kekeluargaan yang dianjurkan oleh agensi berkaitan bagi mengurangkan kadar kes yang berlaku ketika ini.

Zainab juga berkata, tidak cukup dengan itu setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih aktif dengan memahami dan menghormati dalam mewujudkan keluarga yang harmoni lagi sejahtera.

''Kita juga melihat aspek kekeluargaan perlu diberikan penekanan yang berterusan kerana melalui merekalah nanti nilai-nilai murni dapat diterapkan untuk menangani segala permasalahan.

''Jika adunan ini dapat dilakukan, kita percaya bahawa usaha melahirkan generasi yang mempunyai jati diri yang kuat dapat dilahirkan selaras dengan Dasar Keluarga Negara 2010," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 14 Apr 2011 03:07 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar pintar nikah di Thailand

Posted:

Pelajar pintar nikah di Thailand

Pelajar pintar nikah di Thailand

BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.

"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tawar pendidikan mampu biaya

Posted:

Tawar pendidikan mampu biaya

Tawar pendidikan mampu biaya

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah komited menawarkan pendidikan mampu biaya khususnya kepada masyarakat desa.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah tersebut dapat dilakukan menerusi Kolej Polytech Mara (KPTM) yang merupakan salah satu agensi kementerian ini.

"Selain membawa kolej ke kawasan luar bandar supaya memberi ruang dan peluang kepada masyarakat di sana mendapat pendidikan, KPTM perlu memastikan yuran pengajian yang dikenakan mampu dibiayai.

"Kerajaan komited mengenai perkara ini kerana menjadi harapan agar lebih ramai masyarakat desa mendapat pendidikan tinggi tanpa perlu pergi jauh," katanya dalam teks ucapan sempena Majlis Malam Ke Puncak Awan KPTM yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Hassan Malek di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan.

Menurut Shafei, KPTM juga boleh menyumbang kepada masyarakat setempat menerusi program tanggungjawab sosialnya.

Katanya, program kemasyarakatan dengan menumpukan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran boleh dijadikan teras program tanggungjawab sosial KPTM.

"Berbekalkan lapan buah kampus dan beberapa lagi dalam perancangan, termasuk di Kuching di samping pelajar seramai 14,000 orang dan 1,200 kakitangan, KPTM berada pada kedudukan terbaik untuk menabur budi dengan pelbagai program tanggungjawab sosialnya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ATM sedia bantu Indonesia

Posted:

ATM sedia bantu Indonesia

ATM sedia bantu Indonesia

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia memberikan bantuan kepada Indonesia untuk membebaskan 20 anak kapalnya yang ditawan di perairan Teluk Aden, Somalia 16 Mac lalu.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, setakat ini ATM masih belum dihubungi kerajaan Indonesia untuk tujuan tersebut tetapi bersedia membantu sekiranya diperlukan.

"Sekiranya kami mempunyai kemampuan, kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada Indonesia. Saya percaya segala krisis yang berlaku di Teluk Aden perlu diselesaikan secara bersama.

"Setakat ini kerjasama antarabangsa di Teluk Aden sangat positif. Segala informasi tentang kejadian di sana terus disampaikan kepada negara terlibat dengan misi di perairan tersebut supaya tindakan segera dapat diambil," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani sijil serah dan terima tugas Panglima Angkatan Bersama di sini, hari ini.

Pada 16 Mac lalu, sebuah kapal dagang dari Indonesia, Sinar Kudus ditawan ketika melalui perairan Teluk Aden, Somalia.

Seramai 20 anak kapal tersebut telah ditawan namun kesemua mereka difahamkan berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, berhubung tindakan kerajaan menjadikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai agensi penguatkuasaan tunggal di kawasan perairan menjelang hujung tahun ini, Azizan berkata, ia merupakan langkah yang baik dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara.

Katanya, ATM tidak mempunyai sebarang masalah dengan langkah tersebut malah beranggapan ia suatu perkembangan positif kepada sistem pertahanan negara.

"Menerusi langkah kerajaan itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dapat memberikan fokus kepada tugas utamanya iaitu menjaga keselamatan perairan negara daripada ancaman musuh.

"Maritim Malaysia pula akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan undang-undang di perairan negara. Bagaimanapun TLDM masih akan memberikan bantuan kepada agensi itu sekiranya diperlukan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 14 Apr 2011 01:53 AM PDT

Utusan Online - Timur


Pembuat wau generasi muda

Posted:

Pembuat wau generasi muda

Pembuat wau generasi muda

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterenggnau@utusan.com.my


Mohd. Zainuddin Said (kiri) bersama Musa Said menunjukkan wau bulan dan wau jala budi di bengkel Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/Azlan Bahrum


KUALA TERENGGANU 13 April - Mencipta wau yang bukan sahaja mampu menegak dan menongkah angin tetapi juga dengan hiasan yang indah serta berseni menuntut kemahiran yang tinggi.

Tidak ramai yang berminat dan mampu menguasai warisan ini, justeru mereka yang meneruskan usaha sebegini lazimnya warga tua yang melakukannya kerana minat dan bagi menambah rezeki.

Mujurlah, di Terengganu masih ada kelompok kecil golongan muda termasuk di Kampung Gong Tok Nasek, dekat sini yang 'jatuh cinta' kepada pembuatan wau malah mereka menubuhkan kelab untuk berkongsi minat dan kecintaan.

Menjadikan sebuah rumah kayu sebagai lokasi berkumpul pada setiap malam Jumaat dan Sabtu, Kelab Wau Seri Tok Nasek yang dianggotai peminat daripada pelbagai latarbelakang memastikan wau terus melayang di udara bandar raya ini.

Mula ditubuhkan pada 1999 dengan hanya terdapat 20 orang ahli ketika itu, mereka terus berusaha mempopularkan permainan tradisi ini dengan menyertai pelbagai pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.

Dari hari ke hari, kelab ini mula menjadi perhatian apabila sering memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan tidak kira wau dari jenis sobek mahupun wau naik sehingga kini mampu mengumpul 50 orang ahli yang berusia 18 hingga 58 tahun.

Kehebatan ahli kelab ini juga dapat dilihat apabila empat orang ahlinya turut dipilih mewakili Terengganu ke pertandingan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang yang diadakan di Johor pada 16 Februari lalu.

Pelayang dari Terengganu berjaya muncul sebagai johan keseluruhan selain turut menggondol juara wau bulan naik, johan wau sobek serta naib johan wau kucing naik dan beberapa kategori lain.

Melihat kepada keindahan ukiran tebuk dan tampal wau yang dipamerkan di kelab berkenaan maka tidak mustahil wau ciptaan mereka amat digemari sama ada untuk pertandingan mahupun dijadikan perhiasan.

Masih mengekalkan pembuatan wau tradisi dahulu dengan menggunakan buluh yang diraut, kertas warna serta pisau dan gam dengan kos hanya RM5 hingga RM6, kebanyakan wau hasil ciptaan mereka dijual dengan harga mencecah sehingga RM700.

Harga yang perlu dibayar ini sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan usaha, tenaga serta masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah wau yang mengambil masa kira-kira dua minggu sehingga sebulan untuk satu wau.

Mereka masih mengekalkan konsep 'tapak kijang' di permukaan tengah simetri menjadikan wau yang dihasilkan ahli kelab ini istimewa selain reka corak yang menggunakan motif daun yang berselirat seperti pokok ulam raja, lada hitam dan kangkung.


Musa Said melukis corak tradisional pada wau ciptaannya di bengkel Kampung Sri Nasek, Kuala Terengganu.


Antara wau yang dihasilkan seperti wau jala budi, wau bulan dan wau kucing.

Menurut seorang pembuat wau, Mohd. Zainuddin Zaid, 28, yang bekerja sebagai penjawat awam, mengakui bahawa untuk membuat wau seseorang itu perlu mempunyai kesabaran serta minat yang mendalam.

"Bayangkan saya perlu mengukir di atas dua atau empat helai kertas warna dengan berhati-hati sebelum menebuk dan menampal kembali dengan kertas warna berbeza sehingga menghasilkan ukiran yang cantik.

"Biasanya saya hanya boleh meluangkan masa selama tiga jam, jika lebih mata akan menjadi terlalu letih.

"Ini kerana untuk menebuk dan menampal kertas memerlukan ketelitian yang amat tinggi, jadi mata perlu segar. Tempoh tiga jam itu pun sudah lama," jelasnya.

Kata Mohd. Zainuddin, selain menebuk dan menampal, kriteria yang penting dalam membuat wau ialah rangka buluh yang perlu dibuat seimbang pada simetri wau agar wau itu dapat diterbangkan dan bergerak lancar di udara.

Selain itu, keseimbangan apabila diletakkan busur (sejenis alat yang mengeluarkan bunyi apabila terkena angin) juga menjadi kriteria yang penting dalam pembuatan wau ketika bertanding selain ketinggian serta keindahan naiknya.

Namun, katanya, masa terluang yang dihabiskan untuk membuat wau berbaloi apabila ia turut menjadi pendapatan sampingan buatnya sekeluarga.

"Saya boleh menyiapkan tiga hingga empat buah wau sebulan dan mampu dijual dengan harga RM700 hingga RM1,200 dengan saiz satu hingga empat meter bergantung kepada tempahan yang diperoleh," katanya.

Menurut Pengerusi Kelab Wau Seri Tok Nasek, Musa Said, 37, kelab tersebut sering mengadakan bengkel pembuatan serta pertandingan wau melibatkan kanak-kanak juga pelajar-pelajar sekolah.

Jelasnya, ia bertujuan mendedahkan generasi muda terhadap permainan tradisi itu.

"Selain bengkel pada hujung minggu, kami juga turut bermain pada sebelah petang selain berkongsi idea bagi menghasilkan reka corak terbaru.

"Kita juga menerima jemputan untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid sekolah dalam subjek pendidikan seni," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBKT kunci, tunda kenderaan

Posted:

MBKT kunci, tunda kenderaan

MBKT kunci, tunda kenderaan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com

KUALA TERENGGANU 13 April - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pesalah jalan raya yang meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya sehingga menghalang lalu lintas dengan mengunci dan menunda kenderaan mereka.

Setiausaha MBKT, Samiun Salleh berkata, tindakan berkenaan lebih berkesan berbanding memberi saman kerana rata-rata mereka mampu membayar jumlah kompaun sebanyak RM5 yang dikenakan dalam tempoh tiga hari saman dikeluarkan.

Katanya, tindakan tersebut bukan untuk mengaut keuntungan namun bagi mendidik pengguna di negeri ini agar mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Jika kita tidak bertegas dalam hal ini, pengguna yang menghadapi kesesakan cakap kita tidak menjalankan tugas. Namun, bila kita hanya mengenakan kompaun, pesalah mampu pula bayar dan mengambil mudah melanggar peraturan lalu lintas.

"Jadi MBKT tiada pilihan selain menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pesalah untuk melancarkan lalu lintas terutamanya di kawasan tumpuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, antara jalan yang akan diberi keutamaan adalah sekitar Jalan Air Jernih, Jalan Pejabat, Jalan Sultan Sulaiman dan kawasan parkir rezab di bandar Kuala Terengganu.

Jelasnya, kenderaan pesalah yang dikunci bakal berdepan dengan kompaun sebanyak RM100 manakala jika ditunda akan dikenakan RM150 di bawah Seksyen 99 Akta 333 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Mana-mana kenderaan pesalah yang ditunda perlu mengambil kenderaan mereka di Setor Balai Raya MBKT yang terletak di Jalan Bukit Kecik jika tidak ia akan disita sehingga mereka membayar kompaun yang dikenakan," jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Bahagian Perkhidmatan Tempat Letak Kenderaan MBKT, Abdillah Awang Besar berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan setiap hari di sekitar kawasan tumpuan.

Jelasnya, seramai 29 anggota ditugaskan untuk menjalankan penguatkuasaan jalan raya termasuk mengunci dan menunda kenderaan.

Tambahnya, dalam tempoh dua tahun lalu, peningkatan terhadap kesalahan itu meningkat apabila pada 2010 mencatatkan sebanyak 128 buah berbanding tahun sebelumnya hanya 33 buah kenderaan disita.

"Kebanyakan pesalah yang terlibat adalah penduduk tempatan di negeri ini jadi seharusnya tiada alasan untuk mereka mengulangi kesalahan sama kerana mereka sudah biasa dengan kawasan ini dan tahu di mana mahu mencari parkir," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic

Posted:

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic

Kontraktor diminta sedia pelaksanaan Shassic


SEBAHAGIAN peserta pada Seminar Shassic, Teknologi Hijau dan Qlassic di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 April - Golongan kontraktor diminta bersedia dengan pelaksanaan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan (Shassic) demi kemajuan industri pembinaan di negeri ini.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) negeri, Jasmi Mohd. Salleh berkata, sistem Shassic bertujuan menilai tahap keselamatan dan kesihatan oleh kontraktor berdasarkan piawai industri pembinaan dikenali sebagai CIS 10:208.

Beliau berkata, walaupun ia sudah dimulakan di negeri lain, sistem itu belum lagi dilaksanakan di sini dan pihaknya berharap pendedahan yang dibuat menerusi seminar dan program anjuran CIDB, akan memberi pemahaman serta input yang jelas buat para kontraktor.

Katanya, menerusi sistem itu, pihak CIDB sendiri dan agensi-agensi lain akan memberi markah serta bintang kepada kontraktor mengikut tahap keselamatan dan kesihatan yang diamalkan dalam projek sedang berjalan, termasuk aktiviti pekerja di kawasan pembinaan.

"Sistem Shassic belum diwajibkan kerajaan tetapi kita bersedia bila-bila masa untuk membuat penilaian di tapak binaan bergantung kepada sambutan dan kerjasama yang diberikan pihak kontraktor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Seminar Shassic, Teknologi Hijau dan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLassic) anjuran CIDB yang dihadiri lebih 700 peserta di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Makhtar Mustapha, merasmikan program itu yang menyaksikan pembentangan enam kertas kerja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 14 Apr 2011 01:49 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


IGP: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

Posted: 14 Apr 2011 01:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khalid Abu Bakar dilantik timbalan IGP

Posted: 14 Apr 2011 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 April — Bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.

Khalid kini merupakan Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam.

Husin dilantik timbalan ketua polis negara September lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 14 Apr 2011 01:36 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Hilang kaki kerana menolong

Posted: 13 Apr 2011 12:18 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]AMPANG: Keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan dari paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain, awal pagi kelmarin.

Empat kali terjun

Posted: 13 Apr 2011 12:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lagak ngeri profesional melakukan empat kali terjunan dalam pelbagai posisi dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini, semalam, bagi mendapatkan gambaran tepat kemungkinan punca kematian Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 14 Apr 2011 01:28 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Sentral: Melancong, melacur

Posted: 13 Apr 2011 12:28 PM PDT

Wilayah

SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan di sebuah hotel di Sri Petaling.

SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan di sebuah hotel di Sri Petaling.

Enam wanita warga asing, seorang penjaga kena cekup

KUALA LUMPUR: Kegiatan enam wanita warga China berusia antara 20 hingga 30 tahun yang kononnya memasuki negara ini sebagai pelancong, terbongkar apabila mereka ditahan kerana terbabit kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Seri Petaling di sini, malam kelmarin.

Mereka yang menggunakan khidmat sindiket untuk mendapatkan pelanggan itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Kuala Lumpur kira-kira jam 10 malam. Polis turut menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai penjaga pelacur wanita warga China berkenaan.

Ketua Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata polis menjumpai lebih 100 kondom dan minyak urut, cecair pelincir serta puluhan tuala dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Beliau berkata, semua pelacur terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah dan rekod menunjukkan ada di kalangan mereka kerap keluar masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak setahun lalu.

"Sindiket itu menerima tempahan pelacur daripada pelanggan melalui panggilan telefon dan menggunakan beberapa bilik di tingkat tiga hotel ini sebagai tempat pelanggan melepaskan nafsu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket pelacuran yang baru tiga bulan beroperasi di hotel berkenaan itu menyediakan tiga bilik yang ditempah untuk kegunaan pelanggan mereka.

Sementara itu di Petaling Jaya, sepasukan polis dari D7 IPK Selangor di ketuai Ketua Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim menyerbu sebuah premis rumah kedai di Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari kerana menjalankan operasi perjudian haram online.

Dalam operasi pada jam 11.30 malam itu, enam lelaki termasuk seorang penjaga premis dan lima pelanggan berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan, manakala 20 buah komputer serta wang tunai RM964 dirampas.

"Kita percaya pusat perjudian ini baru beroperasi selama dua minggu dan membenarkan pelanggan tetap dan dikenali saja masuk.

"Mereka menggunakan kamera litar tertutup untuk mengecam pelanggan dan kebanyakannya bermain judi 'roulette' online," katanya.

Katanya, walaupun premis itu sudah beberapa kali diserbu sejak tahun lalu, pemilik premis terus berdegil menjalankan kegiatan haram terbabit memandangkan ia mendapat permintaan ramai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Johor: Peragut kantoi

Posted: 13 Apr 2011 12:26 PM PDT

Wilayah

 LOKASI kejadian ragut membabitkan mangsa seorang pesara guru wanita.

LOKASI kejadian ragut membabitkan mangsa seorang pesara guru wanita.

Suspek dikenali orang awam, kena berkas ketika berada di rumah

MUAR: Tindakan dua pemuda termasuk seorang anak polis, meragut beg tangan berisi wang tunai yang mahu digunakan seorang pesara guru bagi membeli kelengkapan mengerjakan umrah, menerima padah apabila mereka dicam orang ramai, membolehkan kedua-duanya ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu.

Kejadian ragut itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin dekat Jalan Pesta 1/1 di pinggir bandar ini, ketika mangsa Azizah Mohd Don, 59, keluar dari kereta Honda City yang dipandunya untuk ke sebuah kedai serbaneka berhadapan tempat letak kenderaan itu, apabila dua pemuda bermotosikal meragut beg tangannya. Perbuatan jenayah itu disaksikan beberapa orang awam dan jeritan Azizah sejurus beg tangannya dilarikan turut menarik perhatian seorang posmen yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba mengejar peragut berkenaan tetapi gagal.

Azizah yang akan menunaikan umrah bersama suaminya mulai Sabtu ini, bernasib baik apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian mengecam seorang daripada peragut terbabit yang tinggal berhampiran rumahnya sebelum menyalurkan maklumat itu kepada polis.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Datuk Kosai, yang terletak berhampiran tempat kejadian sebelum berhasil menahan dua pemuda berusia 20 dan 21 tahun.

Hasil pemeriksaan terhadap dua pemuda terbabit, polis menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM200 serta telefon bimbit milik mangsa yang dilarikan mereka serta merampas sebuah motosikal curi yang digunakan untuk kegiatan itu.
Siasatan lanjut terhadap pemuda terbabit membawa polis kepada lokasi beg tangan dan dokumen perjalanan milik mangsa yang dibuang di tepi jalan di Laluan Pintas Muar berhampiran rumah suspek itu.

Jurucakap polis yang mengesahkan tangkapan dua suspek terbabit, berkata kedua-dua pemuda berkenaan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

Dua pemuda itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi semalam, sebelum Majistret Nor`iza Mohamed membenarkan polis menahan reman kedua-duanya selama tujuh hari sehingga 19 April ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap kegiatan ragut yang didalangi mereka selama ini.

Sementara itu ketika ditemui, Azizah berkata, kejadian ragut yang menimpanya itu berlaku dengan pantas sejurus beliau keluar daripada keretanya dan berjalan menuju ke arah sebuah kedai yang terletak berhadapan dengan kenderaannya.

"Ketika berjalan, saya terdengar dua kali bunyi enjin motosikal dengan kuat daripada arah belakang sebelum ia melintasi saya dan pemboncengnya meragut beg tangan saya.

"Saya bernasib baik kerana tidak terjatuh sebab beg tangan itu dipegang agak longgar menyebabkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Nasib baik anak perempuan saya yang berusia 13 tahun berada dalam kereta kerana jika dia mengikut saya, sudah tentu kami akan terjatuh ketika beg tangan direntap," katanya.

Beliau berkata, beg tangan terbabit mengandungi sejumlah wang tunai yang mahu digunakannya untuk membeli beberapa kelengkapan sebelum berangkat menunaikan umrah, selain dokumen pengenalan diri dan kad bank.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 14 Apr 2011 01:08 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Raja Petra nafi tuduh Najib, Rosmah

Posted:

Raja Petra nafi tuduh Najib, Rosmah

Raja Petra nafi tuduh Najib, Rosmah


Temu bual eksklusif Ashraf Abdullah dengan Raja Petra di Perth, Australia, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka termasuk seorang yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog, Din Merican.

"Seorang pegawai perisik yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama," katanya dalam temu bual itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam ini.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpah itu.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada individu-individu itu kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

"Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.

"Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis," tegasnya.

Dalam siri pertama temu bual dua bahagian itu, Raja Petra berkata, pada permulaannya beliau tidak dapat menerima kebenaran cerita itu.

Ini kerana katanya, adalah sesuatu yang mustahil isteri Perdana Menteri boleh pergi ke tempat kejadian yang merupakan kawasan hutan dan terpaksa memanjat bukit pada waktu tengah malam iaitu kira-kira pukul 12 tengah malam.

Bagaimanapun, kata Raja Petra, dalam pertemuannya dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"Nik Azmi memberi jawapan, what do you hope to achieve? Kalau kita tak blok (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri ganti Pak Lah," dakwa Raja Petra.

Pengendali laman web Malaysia Today itu kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.

Raja Petra mendakwa, Din Merican kemudian menghubunginya semula dan memberitahu beliau (Din Merican) sudah bercakap dengan Anwar yang kemudian memberikan lampu hijau.

"Dia kata okey. Orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar, leftenan kolonel ini.

"Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini, dia kata teruskan, saya pun teruskan," katanya lagi.

Menurutnya, kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN yakin kekalkan Sarawak - PM

Posted:

BN yakin kekalkan Sarawak - PM

BN yakin kekalkan Sarawak - PM

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Rakyat di Sadong Jaya dekat Samarahan, semalam.


SAMARAHAN 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasanya di negeri ini walaupun terpaksa mengharungi proses pilihan raya yang paling mencabar dalam sejarah politik Sarawak.

Perdana Menteri berkata, kemenangan dengan majoriti dua per tiga adalah satu bonus dan ia merupakan sasaran yang mampu dicapai parti itu melalui kerjasama erat di antara parti komponen dari Semenanjung dan negeri ini.

Katanya, BN juga mempunyai sasaran penambahan kerusi namun ia tidak perlu diumumkan kerana perkara itu bersifat dalaman.

"Saya pun tahu di mana kekuatan kita, di mana kita hadapi tentangan hebat.

"Tetapi nampaknya kalau tidak ada apa-apa perkara luar biasa berlaku, insya-Allah kita boleh kekal memerintah, menubuhkan kerajaan di Sarawak, (manakala) majoriti dua per tiga itu mampu diperolehi BN," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Sadong Jaya yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui DUN yang berada dalam kawasan bandar merupakan ujian berat buat BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Justeru katanya, jentera BN perlu bekerja dengan lebih kuat kerana ia membabitkan kawasan di mana parti itu mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Kita ada calon berwibawa, kalau mereka (pengundi bandar) lihat kewibawaan calon dan apa yang boleh BN lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN.

"Kalau sebaliknya mereka nak tunjuk protes atas apa-apa sebab, itu tak ada arahlah kita," katanya.

Mengulas lanjut, Najib berharap pengundi di kawasan bandar memberi kepercayaan kepada BN kerana parti itu boleh menjamin dan memberi pengharapan masa depan berdasarkan program transformasi membabitkan perubahan besar kepada landskap negara yang telah dimulakan.

Katanya, untuk mencapai matlamat itu, BN memerlukan sokongan yang bersifat menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat.

"Lagipun kita telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan kita anggap ini sebagai falsafah yang mana semua kaum dalam negara akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib tempelak pihak pertikai kehadirannya di Sarawak

Posted:

Najib tempelak pihak pertikai kehadirannya di Sarawak

Najib tempelak pihak pertikai kehadirannya di Sarawak

SAMARAHAN 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pembangkang yang memperbesarkan kehadirannya ke negeri ini kerana pemimpin mereka seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng turut berkampung bersama 'bala tentera' untuk berkempen.

Justeru kata Perdana Menteri, kekerapannya berada di negeri ini bukannya satu isu kerana beliau ialah Perdana Menteri untuk semua rakyat di negara ini.

"Guan Eng tinggalkan tugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk berkempen di sini, jadi apa salahnya kami di sini.

"Saya ada tanggungjawab sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, apa salahnya saya datang ke Sarawak, memang tanggungjawab saya untuk melihat Sarawak membangun dan masalah yang berbangkit ditangani," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Sadong Jaya di sini hari ini.

Sementara itu sewaktu berucap pada majlis berkenaan, Perdana Menteri menjelaskan kehadirannya ke negeri ini bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet lain adalah berpaksikan prinsip bahawa maju mundur Sarawak merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan negeri.

Katanya, jika Kerajaan Pusat dan negeri mempunyai persefahaman yang jitu, pastinya negeri ini lebih maju dan rakyatnya pula hidup dalam kemakmuran.

"Inilah sebabnya sudah berpuluh tempat saya pergi, ada tempat nak sebut nama pun susah, ada tempat yang saya terpaksa naik sampan hingga hampir terjungkit, ada tempat helikopter saya naiki terpaksa mendarat atas jalan raya.

"Belum pernah di Semenanjung helikopter (saya) mendarat tengah jalan, tapi di Sarawak kita buat apa saja yang perlu agar rakyat terus maju dan terbela," katanya.

Katanya, perkara berkenaan menjadi ukuran betapa pentingnya pilihan raya negeri ini bagi menentukan siapakah yang boleh membawa perubahan dan membela untung nasib rakyat yang sebenarnya hanya boleh dilakukan oleh BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 13 Apr 2011 11:55 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Tarikan selebriti di Minggu Setiausaha

Posted:

Tarikan selebriti di Minggu Setiausaha

Tarikan selebriti di Minggu Setiausaha

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


PEMINAT sentiasa mengerumuni Anuar Zain setiap kali dia muncul membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha.


SABAN tahun, apabila tibanya bulan April kebanyakan hotel mahupun penganjur acara merebut-rebut untuk mendapatkan penyanyi dan selebriti terkenal sempena Minggu Setiausaha.

Para setiausaha dan peminat pula rambang mata untuk memilih persembahan yang ingin dihadiri.

Tiket yang mencecah ratusan ringgit hanya untuk persembahan lebih kurang dua hingga tiga jam bukan satu halangan. Biasanya mereka akan memilih persembahan yang melibatkan penyanyi pujaan masing-masing.

Namun, apa istimewanya Minggu Setiausaha sehingga ia menjadi acara wajib dalam kalendar hiburan tempatan setiap tahun.

Bercakap mengenai hal ini, Kosmo! berpeluang mengupas keistimewaan Minggu Setiausaha di kaca mata penyanyi yang sentiasa menjadi buruan bila tibanya bulan April iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Datuk Sheila Majid.

Dekat dengan peminat – Siti

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang buat kali ketujuh bekerjasama dengan Hotel Quality untuk persembahan Minggu Setiausaha menganggap acara tahunan ini sesuatu yang istimewa.

Menurutnya, bukan mudah untuk seseorang penyanyi mendapat kepercayaan pihak penganjur dan peminat yang membayar harga tiket ratusan ringgit hanya untuk sebuah persembahan selama dua jam.

"Minggu Setiausaha sudah menjadi acara tahunan di Malaysia dan saya bersyukur kerana masih terpilih untuk terlibat dalam acara istimewa ini.

"Menjadi pilihan penganjur juga satu tanggungjawab yang besar kerana penonton yang hadir ingin pulang dengan rasa yang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan," ujarnya.

Tambah Siti, Minggu Setiausaha wajar diteruskan kerana ia bukan sekadar persembahan biasa sebaliknya ia mampu mendekatkan penyanyi bersama peminat serta majikan dan kakitangan mereka.

"Bukan sekadar berhibur dan makan-makan. Penghargaan setahun sekali ini juga dapat memberi kesempatan kepada peminat untuk sama-sama datang menyaksikan persembahan saya.

"Secara tidak langsung ia mendekatkan diri saya dengan peminat yang bergelar setiausaha dan majikan.

"Selain itu, persembahan ini akan menaikkan motivasi setiausaha dan pekerja untuk terus bekerja dengan lebih efisien dan produktif kerana mereka rasa diri mereka dihargai oleh majikan atau ketua," ungkapnya.

Malah, persembahan di Minggu Setiausaha menguji kemampuan diri Siti untuk beraksi di pentas konsert mini pada siang hari, berbeza dengan persembahan biasa yang selalunya diadakan pada waktu malam.

Ujar Siti, walaupun dinamakan Minggu Setiausaha, tetapi peminat yang hadir pada persembahannya bukan sahaja daripada kalangan setiausaha sebaliknya peminat biasa.

"Tidak semestinya Minggu Setiausaha hanya untuk setiausaha. Sekarang saya lihat, mereka yang bukan bergelar setiausaha juga mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan persembahan artis pujaan. Minggu Setiausaha hari ini diraikan oleh semua orang," tuturnya.



Tahun ini, Siti menjayakan persembahan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality di Dewan Utama, Pusat Konvensyen, Matrade, Kuala Lumpur pada 5 April lalu.

Umpama mini konsert – Sheila Majid

Datuk Sheila Majid, satu lagi nama yang menjadi perhatian di Minggu Setiausaha. Tidak pernah ketinggalan terlibat dalam acara tahunan ini, Sheila dilihat antara wajah yang wajib dalam kalendar Minggu Setiausaha.

Selepas berjaya dengan konsertnya di Jakarta pada Februari lalu, ratu jazz negara ini menganggap Minggu Setiausaha sebagai konsert mininya di Malaysia dek kesukarannya mendapat penaja untuk menjayakan konsert di negara sendiri.

"Persembahan di Minggu Setiausaha berbeza dengan persembahan biasa kerana penyanyi diberi kebebasan untuk mencorakkan persembahan mereka.

"Jadi, saya anggap Minggu Setiausaha umpama mini konsert saya di Malaysia, sekurang-kurang terubat rindu peminat untuk melihat persembahan saya di sini," katanya.

Jika tahun lalu, Sheila bersama dengan diva Anita Sarawak, tahun ini Sheila berkongsi pentas dengan penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly dalam persembahan Minggu Setiausaha yang diberi nama Live Bersama Sheila Majid & Glenn Fredly di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Damansara pada 7 April lalu.

"Saya bersyukur kerana setiap tahun saya masih mempunyai rezeki untuk terlibat dalam Minggu Setiausaha, seperti tahun ini saya berpeluang satu pentas dengan Glenn.

"Kebetulan saya meminati muzik yang dibawa Glenn dan tidak pernah menyanyi bersama, jadi saya amat berbesar hati," katanya mengenai acara anjuran Neo Magik Sdn. Bhd. itu.

Luah Sheila lagi, meskipun Minggu Setiausaha diadakan setiap tahun, dia perlu menampilkan kelainan dalam setiap persembahannya kerana peminat yang hadir membayar tiket yang agak mahal iaitu RM550 setiap seorang.

"Mereka yang hadir membayar harga yang tinggi, jadi persembahan yang diberi juga harus setimpal dengan harga yang mereka bayar.

"Sebagai penyanyi, tidak kiralah buat persembahan di mana sekali pun, saya pasti memberi yang terbaik demi kepuasan peminat dan diri saya sendiri," ucapnya.

Demi peminat – Anuar Zain

Bermula di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur (6 April), Ayer Keroh, Melaka, (9 April) dan terakhir di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor, Johor Bharu (19 April) Anuar Zain boleh dikatakan sebagai raja Minggu Setiausaha apabila dia mengadakan tiga persembahan sepanjang bulan ini.

Pihak Kosmo! difahamkan, kesemua persembahan Minggu Setiausaha Anuar Zain mendapat sambutan yang hangat. Kosmo! yang sempat membuat liputan persembahannya di Kuala Lumpur pada 6 April lalu menyaksikan sendiri kegilaan peminatnya terutama wanita terhadap figura bernama Anuar Zain ini.


RAKAN artis tidak ketinggalan hadir memberi sokongan. Amy Search turut turun padang menyaksikan persembahan Minggu Setiausaha Sheila Majid kali ini.


Acara yang diberi nama Amazing Anuar Zain April's Affair itu berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala lumpur itu dihadiri lebih 1,000 orang tetamu sehingga meja terpaksa ditambah pada saat-saat akhir.

Seperti biasa, setiap langkah Anuar diiringi oleh peminatnya dan kerlipan flash kamera tanpa henti. Peluang bertemu Anuar secara dekat digunakan sepenuhnya oleh peminat.

Kata Anuar, saban tahun dia terlibat dengan Minggu Setiausaha disebabkan permintaan pihak penganjur dengan peminatnya.

"Alhamdulillah, rezeki untuk saya masih ada, selagi ada permintaan, selagi itu saya akan membuat persembahan di Minggu Setiausaha.

"Setiap kali tibanya persembahan di Minggu Setiausaha saya rasa teruja kerana dapat bertemu peminat.

"Persembahannya di Minggu Setiausaha juga sedikit berbeza kerana saya lebih dekat dengan peminat," katanya yang terlibat dalam persembahan Minggu Setiausaha sejak tahun 2002.

Anuar yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu menjelaskan mereka yang bergelar setiausaha wajar diraikan dalam satu perayaan sama seperti kita menyambut Hari Guru dan Hari Pahlawan kerana tugasan yang dipikul mereka bukannya mudah.

"Kerja setiausaha bukan mudah, mereka beri jiwa dan raga mereka terhadap tugasan. Malahan, tugasan mereka juga memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi.

"Jadi, tidak salah setahun sekali mereka diraikan. Persembahan di Minggu Setiausaha juga berkonsep santai, jadi ia memang cukup sesuai untuk mereka menghilangkan stres selepas penat bekerja," balasnya.

Sambung Anuar, Minggu Setiausaha sudah menjadi kelaziman di Malaysia, ia umpama perayaan tradisi yang dinanti-nantikan oleh mereka yang bergelar setiausaha dan peminatnya.

"Sebenarnya, Minggu Setiausaha sudah disambut berpuluh-puluh tahun, cuma sejak kebelakangan ini ia semakin popular apabila perayaan ini dikomersialkan," tuturnya.

Populariti dan aura Anuar Zain terlalu kuat, justeru tidak hairanlah untuk persembahan sempena Minggu Setiusaha di Kuala Lumpur, tiket berharga RM550 semuanya habis dijual hanya dalam tempoh dua minggu sejak diumumkan walaupun tanpa sebarang publisiti meluas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 13 Apr 2011 11:32 PM PDT

Utusan Online - Politik


'Kawasan kelabu bertukar putih'

Posted:

'Kawasan kelabu bertukar putih'

'Kawasan kelabu bertukar putih'

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin (tengah) beramah mesra bersama masyarakat di Maludam ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Maludam, di Betong, Sarawak, semalam.


BETONG 13 April - Dengan berbaki tiga hari sebelum proses pembuangan undi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 Sabtu ini, Barisan Nasional (BN) yakin telah berjaya menukar beberapa kerusi yang dahulunya disifatkan kelabu kepada putih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengembalikan sokongan padu rakyat kepada BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu boleh diperhatikan melalui kehadiran 'gelombang biru' di tempat-tempat tersebut.

Jelasnya, petanda itu diperoleh melalui laporan yang diterima dari semasa ke semasa serta pertemuannya dengan masyarakat di peringkat akar umbi dan perkembangan tersebut pasti memberi kelebihan buat BN.

"Itu satu perkembangan baik kerana Perdana Menteri, saya sendiri, pimpinan negeri, menteri pusat dan pemimpin BN lain sudah bekerja keras dan menjelaskan mengenai dasar perjuangan serta manifesto BN kepada rakyat dan mereka faham.

"Ini dibuat dengan membandingkan apa yang diutarakan pembangkang yang nyata dan jelas tidak ada isi dalam manifesto mereka berbanding perancangan dan transformasi BN dalam masa 10 tahun akan datang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Maludam dekat sini hari ini, kira-kira 450 kilometer dari Kuching.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kerusi yang berjaya ditukarkan putih itu kerana ia merupakan strategi BN.

Tambahnya, BN akan terus mempertingkatkan 'kerusi selamat' pada pilihan raya negeri lalu serta memastikan kawasan lain yang telah ditukarkan kepada putih kekal sehingga hari penentuan Sabtu ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, BN yakin dapat memenangi lebih daripada majoriti dua pertiga kerusi yang dipertandingkan dan membentuk semula kerajaan selepas pilihan raya nanti.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan Jalan Kampung Seberang Maludam, RM1.5 juta untuk meningkatkan taraf SK Maludam serta beberapa lagi projek di kawasan Lingga di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang berjumlah RM26.7 juta kesemuanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

Posted:

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

LAWAS 13 April - Isu kitab Injil yang sengaja ditimbulkan pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak ini dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ini bukanlah kali pertama pembangkang menggunakan isu agama untuk memainkan perasaan rakyat, malah telah digunakan semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, pada 16 Mei tahun lepas.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak mahu masyarakat kita yang telah hidup dalam keadaan harmoni selama ini berpecah-belah akibat perkara ini," katanya semasa berucap merasmikan majlis Bakti Setia Rela dan penyerahan pakaian seragam Rela di Long Semadoh, di sini hari ini.

Calon BN bagi kerusi DUN Ba" Kelalan, Willie Liau turut hadir pada majlis itu.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata, isu kitab Injil itu sebenarnya sudah selesai apabila kesemua kira-kira 30,000 naskhah yang sebelum ini ditahan di Pelabuhan Kuching sudahpun dikeluarkan.

Katanya, beliau telahpun dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa kesemua naskhah kitab itu telahpun diterima oleh pertubuhan-pertubuhan Kristian di Kuching.

Biarpun pembangkang cuba menggunakan kehangatan pilihan raya ini untuk menanam kebencian atau menabur fitnah, Hishammuddin berkata, ini tidak akan menghalang BN untuk meneruskan perjuangannya membela rakyat.

Katanya, BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan transformasi daripada segi pentadbiran kerajaan, politik dan ekonomi demi memastikan tiada rakyat yang akan terpinggir daripada menikmati faedah pembangunan di negara ini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 13 Apr 2011 11:17 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Pelajar hilang semasa pulang dari sekolah

Posted:

Pelajar hilang semasa pulang dari sekolah

Pelajar hilang semasa pulang dari sekolah

PUTRAJAYA 13 April - Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah untuk membantu gurunya menghias kelas pada Jumaat lepas di Sekolah Menengah Presint 9 (1) dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sehingga hari ini.

Nur Atiqah didapati hilang bersama rakan baiknya, Nuraiza Atiqah Nordin, 12.

Ibunya, Roslinda Karim, 46, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya, ketika pulang ke rumah pada waktu rehat iaitu hari yang sama pukul 1 petang sebelum kembali ke tempat kerja di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada pukul 2 petang.

"Apabila anak-anak memberitahu Nur Atiqah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 6.30 petang, saya terus hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah.

"Lokasi terakhir pertemuan mereka di perhentian bas berhampiran sekolah untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang turut hilang," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik itu tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri.

Roslinda menambah, Nur Atiqah berkulit hitam manis, tinggi 170 sentimeter, bertubuh sederhana, berambut pendek dan lurus berwarna perang.

"Saya sudah cuba menghubungi telefon bimbit Nuraiza Atiqah tetapi dijawab oleh individu tidak dikenali. Laporan polis sudah dibuat pada Sabtu lepas tetapi sehingga kini anak saya masih belum ditemui.

Orang ramai yang ada menemui Nur Atiqah diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Roslinda di talian 012-3640643 atau suaminya Tajuddin Mohd. Yusof 012-6759518.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelacur, pelanggan 'beraksi' ditahan

Posted:

Pelacur, pelanggan 'beraksi' ditahan

Pelacur, pelanggan 'beraksi' ditahan

PULAU PINANG 13 April - Seramai empat lelaki yang sedang asyik mengadakan hubungan seks bersama pelacur ditahan dalam Ops Noda oleh sepasukan polis di sebuah hotel di Jalan Lebuh Light di sini.

Kehadiran polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut secara mengejut itu menyebabkan ada di antara mereka nekad cuba melarikan diri tanpa seurat benang.

Bagaimanapun kesemua mereka berjaya ditahan beberapa minit kemudian.

Seramai empat pelanggan warga tempatan berusia dalam linkungan 20-an dan 10 wanita tempatan serta Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun dipercayai pelacur ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4 petang itu.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati wanita-wanita berkenaan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu dari pukul 12 tengah hari hingga 7 malam dengan bayaran antara RM40 dan RM70.

"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bertindak sebagai penjaga hotel berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Serbuan dilakukan berdasarkan intipan selama dua minggu lalu dan kegiatan pelacuran itu dipercayai bermula sejak sebulan lalu," katanya di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 52 keping kondom, empat jeli KY dan tiga keping resit bilik hotel.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 13 Apr 2011 07:53 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Meraikan Kem Tengku Mahkota

Posted:

Meraikan Kem Tengku Mahkota

Meraikan Kem Tengku Mahkota

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta pengakap sekolah yang menyertai program anjuran Pesekutuan Pengakap daerah Jengka, Pahang, baru-baru ini. – Utusan/Salehudin Mat Rasad


KUALA KRAU 13 April – Jambori Antarabangsa 30 Tahun Pengakap Jengka dan perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota di Bandar Jengka di sini selama lima hari melibatkan ahli pengakap dari seluruh negeri dan luar negara.

Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Pahang, Datuk Hamidin Abdullah berkata, program tersebut melibatkan ahli pengakap dari negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Menurut beliau, pemilihan Kem Tengku Mahkota sebagai menyambut ulang tahun tersebut amat bermakna kerana kem itu dirasmikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 1985.

"Pada 16 April ini, genap usia 30 tahun penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka yang mana tarikh tersebut berlaku penyerahan beberapa pasukan pengakap sekolah dari daerah Jerantut ke Jengka sebagai satu entiti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Urus Setia, Anuar Yusof berkata, pelbagai aktiviti pengakap disusun melibatkan ahli dari sekolah rendah, menengah, Kelana dan Pengakap Antarabangsa.

Jelasnya, selain itu, pengakap antarabangsa turut mengesahkan kehadiran mereka seperti Thailand menghantar 160 peserta. Indonesia (88), Singapura (12), Brunei (2) dan beberapa negara lain.

Katanya, bagi peserta dalam negara pula, kontinjen Terengganu menghantar peserta terbanyak iaitu 64 orang diikuti Kelantan dan Perak masing-masing 40 ahli; Melaka (15) dan Pulau Pinang (6).

''Antara aktiviti yang akan diadakan adalah penyampaian Tokoh Pengakap Jengka, Anugerah Kepemimpinan Pengakap Jengka, Anugerah Rambu Pengakap dan Pingat Perayaan Jubli Perak Kem Tengku Mahkota,'' katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Datuk Lias Mohd. Noor berkata, jambori tersebut membuktikan persaudaraan kemanusiaan sejagat merentasi sempadan negeri dan negara.

Katanya, semangat Pengakap yang menjadi amalan setiap ahli diharap menjadi pemangkin bagi mengukuhkan lagi usaha untuk keamanan dunia, kemakmuran dan kesejahteraan alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengakap asing selami budaya kita

Posted:

Pengakap asing selami budaya kita

Pengakap asing selami budaya kita


Nelson Antonio (dua dari kanan) dan Antonio Mil Homens dari Macau bersama Ramli Abdul Hamid (duduk) di Bandar Jengka.


KUALA KRAU 13 April - Persekutuan Pengakap Daerah Jengka di sini melaksanakan pelbagai aktiviti baru-baru ini dengan mengadakan perkhemahan, program anak angkat dan pengakap luar negara.

Antara program yang dijalankan adalah penglibatan Pengakap Macau dalam program anak angkat melibatkan 21 ahli persatuan itu yang tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka, Ramli Abdul Hamid berkata, kebanyakan ahli Pengakap terbabit yang berusia 15 tahun gembira kerana dapat menyelami budaya masyarakat di sini.

''Mereka sanggup datang ke Jengka kerana yakin dengan kestabilan negara ini dan mengakui masyarakat Melayu adalah peramah, berbudi bahasa dan menghormati tetamu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ramli berkata, sepanjang berada di situ, mereka tidak kekok tinggal bersama masyarakat Melayu kerana diajar berkomunikasi dan menyelami budaya masyarakat tempatan.

Bagi Ketua Kontinjen Macau, Nelson Antonio, 40, program itu meningkatkan kefahaman tentang budaya dan geografi kedua-dua negara dan ahlinya gembira serta teruja kerana menyertai program yang bertepatan dengan kehendak mereka.

Seorang lagi pemimpin Pengakap Macau, Antonio Mil Homens, 61, berkata, peluang berada di Jengka tidak dilepaskan dengan mengambil pelbagai foto menarik berkaitan budaya masyarakat Melayu di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM38.4 juta projek infrastruktur

Posted:

RM38.4 juta projek infrastruktur

RM38.4 juta projek infrastruktur

KUANTAN 13 April – Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM38.4 juta untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 25.6 juta bagi projek infrastruktur asas manakala selebihnya adalah untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam.

"Kesemua projek berkenaan kini dalam pelaksanaan oleh agensi terbabit," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (Tahan-BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan memberitahu, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pula, sebanyak 37 projek diluluskan di bawah bahagian infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan RM221.6 juta.

"Sementara itu di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pula, sebanyak 20 projek jalan dan jambatan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM176.7 juta," katanya.

Dalam pada itu, menjawab soalan Datuk Chuah Boon Seong (Mentakab-BN) beliau berkata, pemilik tanah yang ingin membuat permohonan lanjut tempoh pajakan boleh datang ke Pejabat Tanah Daerah di negeri ini.

Tambahnya, mereka perlu mengikut prosedurnya iaitu pemilik tanah perlu menyerahkan balik keseluruhan tanah di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara.

"Mereka seterusnya mengemukakan permohonan pemberi milikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 13 Apr 2011 07:35 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Saksi didakwa berbohong

Posted:

Saksi didakwa berbohong

Saksi didakwa berbohong

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Pegawai pemasaran sebuah syarikat pengorek pasir, T. Sivanesan didakwa berbohong semasa memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock apabila ia bercanggah dengan kenyataannya dalam laporan polis serta prosiding semasa inkues.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah turut mendakwa Sivanesan dijanjikan habuan termasuk diberi jawatan dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sebagai balasan memberi keterangan memburuk-burukkan SPRM dalam prosiding inkues dua tahun lalu.

Menurut Muhammad Shafee, Sivanesan semasa keterangannya dalam prosiding semalam mendakwa dipukul sehingga pengsan sedangkan dalam laporan polis pada 11 September 2008 dia hanya menyatakan didera sehingga hampir pengsan.

Peguam itu turut menggambarkan Sivanesan sebagai talam dua muka serta tidak boleh dipercayai selain tidak setia pada sesiapa apabila lelaki itu mengaku merupakan ahli DAP dan Barisan Nasional (BN) dalam masa sama dan hanya setia kepada mereka yang berbuat baik dengannya.

''Ketika inkues kamu ditanya oleh peguam kamu, Gobind Singh Deo sama ada tangan kamu bergari atau tidak semasa keluarkan plastik ais di bahagian hadapan seluar dalam. Kamu kata tidak. Kenapa kamu tipu suruhanjaya?

''Kamu juga beri pernyataan bohong kerana jika dibelasah sehingga koyak seluar dalam bahagian depan dan belakang seperti yang didakwa, kamu sudah tiada. Saya cadangkan kamu datang ke sini untuk berbohong,'' katanya.

Sivanesan yang dilihat kerap terdiam dan tersenyum bagaimanapun menafikan dia berbohong dengan alasan perkataan digari tertinggal kerana dia demam dan dalam kesakitan semasa membuat laporan polis dan memberi keterangan dalam prosiding inkues dengan merujuk laporan itu.

Dia juga menafikan mendapat kerja di Kumpulan Semesta sebagai balasan bagi keterangannya dalam inkues selain tidak pernah berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, pembantunya, Lee Kee Heng dan ADUN Kinrara, Theresa Kok untuk membincangkan tentang habuan yang masih belum diperoleh.

Sivanesan yang sedang disiasat polis berhubung aduan peras ugut oleh bapa kawan adiknya bagaimanapun mengaku membuat laporan polis dan laporan SPRM selepas menerima ugutan bunuh serta amaran agar dia tidak mengganggu ketuanya, Wong Swee Leong yang juga seorang ahli DAP terkenal di Perak.

Sementara itu, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Samarajoo Manickam hari ini turut memberi keterangan berhubung modul, latihan dan teknik soal siasat untuk pegawai-pegawai SPRM.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isteri Raisuddin mengaku 'bercinta bak kekasih'

Posted:

Isteri Raisuddin mengaku 'bercinta bak kekasih'

Isteri Raisuddin mengaku 'bercinta bak kekasih'


Raisuddin Hamzah melihat Siti Fatimah Suberi berbual dengan Norazmi Mohd. Arif ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 13 April - ''Kami bercinta seperti pasangan kekasih dan sudah mengenali selama enam bulan sejak kali pertama bertemu ketika dia (Raisuddin) datang ke kedai ayah.''

Pengakuan itu dibuat isteri kedua penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Fatimah Suberi dalam perbicaraan kes pembubaran perkahwinan mereka yang difailkan oleh bapa wanita tersebut, empat tahun lalu.

Prosiding didengar di hadapan Hakim Syarie, Zainor Rashid Hassin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Siti Fatimah, 23, dan Raisuddin, 54, diwakili oleh peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif manakala bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah, 51, diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.

Ketika pemeriksaan utama Norazmi, Siti Fatimah berkata, dia dan Raisuddin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan bapanya kerana telah menjangka hubungan itu tidak akan direstui Suberi atas sebab-sebab peribadi.

Siti Fatimah turut mengaku dalam tempoh perkenalan itu dia berniat serta merancang untuk berkahwin di Songkhla, Thailand.

Katanya, pernikahan berlangsung pada 2 Januari 2007 tanpa paksaan mana-mana pihak di luar pengetahuan keluarganya.

Menurutnya, dia tidak bersetuju permohonan bapanya kerana yakin bahawa pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak.

Katanya, dia mempunyai surat-surat pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Malaysia di Songkhla dan Pejabat Agama Islam Gombak Timur.

Wanita itu bukan sahaja menafikan cadangan untuk menjodohkan dia dan anak lelaki Raisuddin seperti didakwa Suberi sebelum ini malah mendakwa dia tidak mengenalinya.

Namun, Siti Fatimah mengaku dia mengenali anak seorang doktor tetapi tidak pernah merancang untuk berkahwin kerana menganggap lelaki itu sahabatnya.

Mahkamah menangguhkan kes tersebut pada 25 Mei ini kerana dokumen pernikahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak tidak seragam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 13 Apr 2011 03:37 PM PDT

Utusan Online - Rencana


DAP terdesak kutuk PM

Posted:

DAP terdesak kutuk PM

DAP terdesak kutuk PM

Oleh ROZAMAN ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri program Mesra Rakyat di Sadong Jaya, Kuching, kelmarin.


DI sebuah kawasan perniagaan di pinggir bandar raya ini, seorang remaja yang memakai baju T dengan lambang sebuah parti pembangkang kelihatan naik turun tangga premis di satu deretan rumah kedai di situ

Sambil berjalan dan memeluk satu beban risalah bersaiz A4, remaja berusia belasan tahun itu tekun memasukkan risalah itu ke dalam setiap peti surat di premis berkenaan. Jika premis itu tertutup, dia menyelitkan risalah itu di celah-celah jeriji besi.

Remaja itu turut mengedarkannya kepada orang ramai yang lalu lalang atau sedang menikmati makan tengah hari di beberapa restoran di situ.

Risalah dua muka surat itu risalah dwibahasa. Bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Cetakannya sangat terang dan kelihatan bermutu tinggi. Siap dengan nama dan alamat penerbit dan pencetak sekali.

Kandungannya penuh rintihan dan rasa marah tetapi intipatinya mudah. Mesejnya lebih kurang begini 'undilah kami, mari kita berubah!' Risalah itu juga mengecam program-program yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.

Gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang Najib perkenalkan diperlekehkan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Semuanya kelihatan hodoh pada mata mereka! DAP tidak senang dengan kejayaan Program Transformasi Ekonomi yang mencapai 120 peratus walaupun baru setahun dilancarkan.

Pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala bahawa ETP memberi kesan besar terhadap kehidupan rakyat pelbagai lapisan bukanlah sesuatu yang menggembirakan DAP.

Walaupun fakta membuktikan sebaliknya, DAP mahu menyembunyikannya. Menariknya sebelum ini atau lebih tepat lagi beberapa tahun sebelum tarikh pilihan raya negeri diumumkan, DAP menyerang Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), musuh ketatnya di kawasan bandar. Tetapi beberapa hari terakhir kempen, muncung sasaran sudah berubah haluan.

Perdana Menteri menjadi sasaran tembakannya. Kenapa? Barangkali DAP sudah merasa tidak selesa dengan kehadiran Perdana Menteri ke negeri Sarawak. Najib sejak hari penamaan calon lagi tidak jemu-jemu turun ke padang bertemu rakyat di pelosok ceruk Bumi Kenyalang ini.

Di kawasan bandar yang penduduknya adalah majoriti orang Cina, Perdana Menteri meredah panas terik untuk bertemu dengan rakyat. Dan setiap kali beliau turun, kehadirannya disambut mesra dan meriah. Orang ramai kelihatan sangat gembira apabila berpeluang berjabat tangan dan melihat wajah Perdana Menteri dari dekat.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat bila Najib mengadakan tinjauan mesra di kawasan-kawasan penduduk etnik lain termasuk di kampung-kampung, kawasan luar bandar dan pedalaman. Ketika DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak berkenan dengan perkembangan ini, masyarakat setempat berbesar hati dan sangat mengalu-alukannya.

Pengerusi Wanita Persatuan Kayan Sarawak Roslyn L. Lah menyifatkan lawatan Perdana Menteri dan para pemimpin BN ke kawasan pedalaman seperti Baram dan Telang Usang sangat penting. Para pemimpin tertinggi negara katanya, akan dapat mendekati dan memahami keadaan serta masalah sebenar di peringkat akar umbi.

Pengerusi Rurum Kelabit Miri Dick Bala juga berkongsi perasaan yang sama berhubung lawatan Perdana Menteri ke utara Sarawak termasuk Bario dan Marudi hari ini (14 April). Rurum Kelabit menempah 13 penerbangan pergi-balik Miri-Bario bagi membolehkan para pengundi balik menyambut dan mengundi calon BN.

''Inilah sebahagian komitmen dan penghargaan kami kepada kerajaan yang sentiasa berusaha membawa pembangunan ke kawasan Bario dan Ba' Kelalan," katanya.

DAP yang sebelum ini merasa sangat selamat untuk menguasai penuh undi penduduk berketurunan Cina mula merasa sedikit tergugat. Seperti biasa, DAP mempolitikkan apa sahaja yang menguntungkan parti itu. Termasuklah kehadiran sepenuh masa Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke bumi Sarawak.

Kehadiran dua pemimpin utama negara ini juga dilihat mengganggu rentak selera besar DAP dan PKR. Selepas menang enam kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri yang lalu, DAP sudah tidak dapat menyembunyikan cita-cita besarnya.

Parti itu mahu menang di semua kerusi pengundi Cina sekali gus menubuhkan kerajaan negeri yang baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 ini. Tidak hairanlah DAP mencanang slogan Jom Ubah selantang-lantangnya. Kedengarannya hebat walaupun isinya penuh retorik. Pembangkang mendesak rakyat berubah dengan menukar kerajaan.

Soalnya adakah perubahan yang dicanang itu boleh menjadi lebih baik atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan apa yang telah dinikmati di negeri ini sekarang. Jika contoh 'kejayaan' negeri-negeri yang pembangkang kuasai sejak memerintah pada 2008 dijadikan ukuran, ia adalah perbandingan yang silap.

Rakyat Sarawak tidak sewajarnya menerima nasib sebagaimana rakyat Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Percayalah semakin banyak pengumuman kejayaan program-program transformasi kerajaan, semakin resah parti-parti pembangkang dan semakin banyaklah risalah-risalah kotor disebarkan. Khabarnya Perdana Menteri dan timbalannya akan terus berada di sini sehingga penghujung kempen. Ini bukanlah khabar menggembirakan bagi DAP dan PKR.

Slogan Jom Ubah nampak cantik dan bunyinya enak. Tetapi kesannya sangat besar kepada orang Cina Sarawak. Jika para pengundi Cina membulatkan tekad menolak calon SUPP dan memilih wakil rakyat DAP kali ini, apa yang pasti orang Cina kehilangan kesemua wakil dalam kerajaan negeri secara total.

Jika sebelum ini, SUPP menjadi suara bagi orang Cina, kali ini mereka sudah tiada apa-apa lagi.

Sekadar rekod, SUPP sebelum ini diperuntukkan jawatan Timbalan Ketua Menteri, satu menteri penuh dan empat pembantu menteri dalam Kabinet negeri.

Mengambil kira andaian SUPP tewas semua kerusi kali ini, buat pertama kali juga orang Cina terpaksa berharap kepada kaum lain untuk memperjuangkan hak mereka. Senario menjadi semakin buruk jika pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan negeri.

Seorang ahli perniagaan Cina yang enggan dikenali melontarkan pertanyaan ini:

''Bolehkah DAP menjadi wakil kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak berada di dalam Kabinet negeri?

''Mereka hanya boleh membuat bising sahaja di dalam sidang dewan.'

Seperkara lagi orang Cina perlu menyedari DAP dan PKR adalah parti dari Semenanjung yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka tidak ikhlas. Mereka sangat mengharapkan gelombang di Sarawak ini menjadi modal untuk terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan hanya tinggal dua hari lagi sebelum hari pengundian, masih tidak terlambat bagi pengundi Cina untuk berfikir tentang masa depan mereka di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ujian BN hadapi pilihan raya Sarawak

Posted:

Ujian BN hadapi pilihan raya Sarawak

Ujian BN hadapi pilihan raya Sarawak

Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 ini menyaksikan 213 calon menawarkan diri termasuk 41 calon Bebas. Dua pertiga kerusi menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru termasuk tiga, empat, lima dan enam penjuru. Hanya di 27 kawasan memperlihatkan pertembungan 'satu lawan satu' bagi calon BN.

Yang menarik adalah tidak ada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya kali ini juga menyaksikan 16 calon wanita bertanding (BN, DAP dan PKR masing-masing empat calon, dua calon Pas dan PCM serta Bebas masing-masing seorang calon). Bilangan angka besar bertanding menunjukkan nilai kepercayaan yang tinggi ke atas pilihan raya sebagai cabang demokrasi yang diamalkan di negara ini walaupun akan ada faktor sampingan yang menjadi penarik dan penolak dalam keputusan bertanding.

Bagi BN yang diwakili parti PBB, SUPP, PRS dan SPDP, masing-masing akan bertembung dengan DAP (15), PKR (49), Pas (5), SNAP (26), PCM (6), dan Bebas (41). Beberapa kawasan akan menjadi 'kerusi panas' walaupun dalam konteks hari ini, tidak ada lagi kubu kuat parti pemerintah mahupun barisan pembangkang. Beberapa kerusi yang dimenangi dengan majoriti rendah bawah 1,000 undi dalam pilihan raya lalu boleh dilabel sebagai kerusi panas. Ini termasuklah kerusi Kota Sentosa (DAP-531 undi), Sadong Jaya (BN-858 undi), Repok (BN-576 undi), Pelawan (BN-263 undi), Belaga (BN-227 undi) dan Ba' Kelalan (BN-475 undi).

Ada kerusi lain yang menjadi tumpuan termasuk pertembungan tiga penjuru di Balingian dengan calon BN adalah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kerusi Pending menyaksikan Profesor Sim Kui Hian menentang penyandang calon DAP Violet Yong Wui Wui, Batu Kawah memperlihatkan calon muda DAP Christian Chiew Wang See menentang Tan Joo Phoi.

Satok juga menjadi perhatian umum kerana Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Abd Rahman Zohari Abang Openg akan ditentang oleh Ketua Angkatan Muda PKR Sarawak, Ahmad Nazib Johari. Begitu juga kerusi Padungan yang menyaksikan penyandang, Dominique Ng Kim Ho menjadi calon Bebas ditentang oleh calon baru BN (Sim Kiang Chiok) dan DAP (Wong King Wei).

Yang jelas, kombinasi calon muda dan calon berpengalaman mewarnai pilihan raya kali ini. Malahan, satu pertiga daripada calon PBB adalah muka baru termasuk 40 peratus dari SUPP dan masing-masing seorang dari PRS dan SPDP. Ia menunjukkan kelompok kakitangan awam, akademik, peniaga dan profesional lain. Rata-rata, calon BN berumur di antara 38-66 tahun berbanding dengan DAP, purata 39 tahun.

Yang penting, calon 'winnable candidate' yang dipilih mendapat restu Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebanyak 18 muka baru calon BN menunjukkan ia mahu pemimpin pelapis dijadikan benteng kepimpinan masa depan seiring dengan transisi kepimpinan yang bakal berlaku serta memenuhi vakum penstrukturan masa depan parti.

Yang penting komposisi etnik tidak dibelakangkan memandangkan masyarakat Iban masih dalam lingkungan 30 peratus demografi Sarawak diikuti etnik Cina dan Melanau, masing-masing 28 peratus, Orang Ulu (6 peratus) dan Bidayuh (8 peratus), di samping 28 kumpulan etnik lain.

Faktor kelas juga penting untuk dinilai pola tingkahlaku pengundian memandangkan sumbangan kelas menengah dan atasan di kawasan bandar mula mengimbangi ikatan pengundi luar bandar yang masih menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan pemerintah.

Calon harus disertai dengan jentera parti yang mantap, tersusun dan lancar tanpa ada sabotaj dalaman kerana yang akan menggagalkan BN di Sarawak adalah 'musuh dalam selimut'. Komitmen pemimpin akar umbi boleh menstabilkan kedudukan dalam parti jika mereka diberikan penghormatan sewajarnya terutama di rumah panjang. Fahami budaya jika mahu memahami isi hati mereka kerana kebanyakannya masih mahukan keamanan, keharmonian dan kestabilan, bersesuaian dengan perincian manifesto BN – 'Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN'.

Pemimpin dari Semenanjung harus mempelajari 'budaya' masyarakat Sarawak yang kaya dengan amalan, kepercayaan, ritual dan nilai keturunan supaya mereka boleh menerima ejen kempen parti yang diwakili. Nilai warisan amat penting buat masyarakat Sarawak secara umumnya dan ini perlu diselongkar untuk diiktiraf agar tidak dihiris perasaan ketika kempen berjalan.

Malahan, isu juga penting apabila disalur dan disampaikan kepada pengundi. Sarawak unik dengan nilai-nilai etnik dan isunya juga berkisar sepanjang garis tersebut. Maka, diakui nilai 1Malaysia ketara signifikasinya di Sarawak dan jika dikembangkan secara kreatif dengan pendekatan yang mudah difahami pengundi dari segala lapisan, ia akan menjadi nilai tambah kepada BN.

Yang penting persoalan nasionalisme dikupas secara rasional disulami dengan autonomi yang sedia ada dalam membuat keputusan ke atas hal-ehwal tempatan. Isu nasional yang cuba diketengahkan oleh pembangkang boleh memberi kesan kepada mereka kerana ia barangkali mendekati sekelompok pengundi tetapi majoritinya akan melihat sejauhmanakah perubahan sudah dibawa sepanjang 2008-2011 oleh barisan pembangkang sama ada ia masih bersifat retorik, selain budaya politik Semenanjung jauh bezanya dengan budaya politik Sabah mahupun Sarawak.

Yang dominan di Sarawak adalah isu kenegerian dan kedaerahan atau lokal. Kebanyakan isu merupakan isu lama seperti isu kepimpinan negeri, personaliti, isu tanah adat, agihan sumber, konsesi pembalakan, kemiskinan, rasuah, ketelusan, salah kuasa, nepotisme, kronisme, hak asasi, royalti minyak, harga naik, hak pinjaman tanah, media, infrastruktur, kemudahan, prasarana dan isu harian serta pembangkang sebagai kerajaan alternatif tanpa memahami literasi politik masih di tahap yang belum membanggakan.

Soal agama Kristian menjadi tumpuan berlebihan kali ini terutama insiden penggunaan perkataan, terjemahan kitab Injil dan pemasarannya. Ada isu yang terlalu abstrak sukar difahami oleh pengundi melainkan isu yang menjejaskan kehidupan harian termasuk soal budaya dan kepercayaan.

Bagi BN, sudah pasti isunya adalah politik pembangunan yang telah dinikmati selama ini, kestabilan, keharmonian, keamanan, pelaburan, pencapaian luar bandar serta kestabilan etnik sekuriti, yakni bukan keharmonian intra-etnik tetapi yang membolehkan ia mempertahankan autonomi kenegerian dan sumbangan sepanjang ia memimpin akan dijadikan rujukan manifesto.

Sudah pasti faktor Najib boleh memberi suntikan ke atas kempen BN dengan didokongi gabungan kepimpinan negeri bersama Taib Mahmud dan sekiranya pengganti dinamakan dalam waktu kempen, ia akan membolehkan BN menang besar untuk mengelak strategi yang sedang digunakan oleh DAP – 'satu undi BN, satu undi Taib' susulan 'satu undi SUPP, satu undi Taib' pada pilihan raya kecil Sibu; sebagaimana kempen – 'satu undi BN, satu undi ketua menteri UMNO' apabila Gerakan gagal menamakan pengganti Tan Sri Koh Tsu Koon di Pulau Pinang sewaktu Mac 2008.

Walaupun BN Sarawak mampu mempertahankan majoriti dua pertiga, ia bergantung kepada sentimen tidak digelapkan dengan keyakinan berlebihan dan memahami apa yang telah berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada Mac 2008.

PROFESOR MADYA DR.

SIVAMURUGAN PANDIAN

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 13 Apr 2011 01:04 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Lonjakan harga emas

Posted:

Lonjakan harga emas

Lonjakan harga emas


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam dakwa rugi RM2.2 bilion

Posted:

Kastam dakwa rugi RM2.2 bilion

Kastam dakwa rugi RM2.2 bilion

PETALING JAYA - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menjelaskan bahawa nilai kerugian sebenar yang ditanggung pihaknya akibat kehilangan duti import adalah sekitar RM2.2 bilion daripada RM10 bilion yang sepatutnya dikutip setiap tahun.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, jumlah itu jauh berbeza dengan laporan sebelum ini yang mengaitkan nilai kerugian yang ditanggung oleh pihaknya adalah sebanyak RM108 bilion setahun.

Beliau berkata, angka RM108 bilion itu sebenarnya adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.

"Kami (Kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas, bermakna kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi," katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini semalam.

Beliau berkata, kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum.

Mohamed Khalid berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib

Posted:

Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib

Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib



KUALA LUMPUR - Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (gambar) mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu yang mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Raja Petra berkata, dalam akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 13 Apr 2011 11:25 AM PDT

Utusan Online - Kota


Bukit Bintang memalukan

Posted:

Bukit Bintang memalukan

Bukit Bintang memalukan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Memalukan apabila kawasan Bukit Bintang yang menjadi kemegahan ibu negara dicacatkan oleh permukaan jalan dan pembahagi jalan yang rosak teruk seperti yang dapat dilihat di Jalan Hang Tuah, berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ini.


KUALA LUMPUR 12 April - Sebut sahaja Bukit Bintang, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatannya dari segala segi, baik untuk membeli-belah, sebagai pusat pelancongan, hiburan, menjamu selera atau apa sahaja.

Dengan kedudukannya dalam kawasan segi tiga emas ibu negara, Bukit Bintang tidak pernah mati daripada keriangan dan sentiasa dipenuhi orang ramai pada setiap waktu dan ketika.

Namun, di sebalik semua kemegahan itu, di satu sudut lain, terdapat beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian segera oleh pihak berkuasa supaya imej Bukit Bintang tidak tercalar.

Paling utama ialah masalah jalan rosak yang menjejaskan keselesaan pemandu dan mencemar pemandangan di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, permukaan jalan terutama dari persimpangan berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sehingga menuju ke pusat beli-belah Times Square sangat teruk.

Bukan di situ sahaja, malah beberapa jalan lain di sekitar Bukit Bintang turut mengalami masalah yang sama.

Permukaan jalan di situ didapati berlubang besar, kebanyakan permukaannya tidak rata, di samping berlopak-lopak serta beralun.

Di samping itu, pembahagi jalan di kawasan tersebut juga didapati sudah rosak teruk dengan permukaannya pecah-pecah.

Keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna tetapi juga boleh membawa kepada kerosakan kenderaan dan kemalangan.

Penunggang motosikal dilihat paling berisiko ketika melalui jalan tersebut kerana terpaksa mengelak lubang yang boleh membawa kepada kemalangan jika tidak berhati-hati.

Kenderaan berat dan tinggi seperti lori, bas dan van pula dilihat terhoyong-hayang ketika melalui jalan itu.

Lebih teruk daripada itu, akibat keadaan jalan yang teruk itu, pengguna terpaksa menempuh kesesakan luar biasa setiap hari kerana semua pemandu akan memperlahankan kenderaan apabila melalui jalan-jalan tersebut.

Sehubungan itu, tindakan menurap semula jalan itu perlu disegerakan bukan sahaja demi keselesaan pengguna tetapi juga demi imej Kuala Lumpur yang menuju sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL patut lebih peka

Posted:

DBKL patut lebih peka

DBKL patut lebih peka

KUALA LUMPUR 12 April - Pengguna jalan di sekitar Bukit Bintang bukan sahaja merungut dengan keadaan jalan yang teruk tetapi turut mempersoalkan kepekaan pihak berkuasa dalam menjaga kualiti infrastruktur di ibu negara.

Dakwa mereka, keadaan itu bukan sahaja menyusahkan mereka dan boleh merosakkan kenderaan tetapi juga memalukan negara di mata pelancong asing.

Seorang pengguna, Azizi Razali, 26, berkata, jalan sekitar Bukit Bintang yang perlu dilaluinya hampir setiap hari itu kini sangat teruk dan membahayakan.

Menurutnya, jalan itu membuatkan dia rasa tidak selamat dan sering hampir terjatuh apabila roda motosikalnya termasuk ke dalam lubang yang tidak sempat dielak.

Katanya, dia tiada pilihan melainkan terpaksa juga melalui jalan tersebut setiap hari kerana ia merupakan laluan utamanya untuk ke tempat kerja.

Ujarnya, motosikalnya juga sering rosak kerana melalui jalan tersebut, di samping sering terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan.

"Saya berharap agar jalan tersebut diturap semula dengan segera supaya ia sempurna dan tidak membahaya pengguna terutama penunggang motosikal," katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Saifullah Abi Jamrah, 26, berkata, keadaan jalan tersebut yang tidak sempurna sangat memalukan.

Katanya, sepatutnya situasi itu tidak patut berlaku memandangkan Bukit Bintang ini sememangnya menjadi tumpuan, tidak kira rakyat tempatan mahupun pelancong asing.

"Pelancong asing yang melalui jalan ini untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Bukit Bintang pasti akan mempunyai tanggapan negatif terhadap ibu negara jika melihat keadaan jalan di sini," katanya.

Mohd. Dzulsyahmi Rohaimi, 23, pula berharap agar permukaan jalan raya tersebut dapat diturap semula secara keseluruhannya.

Katanya, keadaan jalan di situ sudah tidak sesuai untuk ditampal di kawasan tertentu sahaja kerana kebanyakan permukaannya sudah tidak rata dan berlubang-lubang.

"Saya berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan segera tanpa menunggu rungutan daripada pengguna atau setelah berlakunya kemalangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Janji tindakan segera

Posted:

Janji tindakan segera

Janji tindakan segera

KUALA LUMPUR 12 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meninjau jalan di sekitar Bukit Bintang yang dikatakan rosak sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Anwar Mohd. Zain berkata, pihaknya perlu meneliti jenis kerosakan yang berlaku di jalan-jalan tersebut untuk menentukan bentuk pembaikan yang sesuai dilaksanakan.

"Demi keselamatan orang ramai dan keselesaan pengguna, pihak DBKL akan bertindak membaik pulihnya dengan segera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 13 Apr 2011 09:46 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Sasar RM5.8 trilion

Posted: 12 Apr 2011 12:06 PM PDT

MukaDepan

NAJIB ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Inisiatif baru CMP2 pastikan pasaran modal negara kekal menarik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa inisiatif baru menerusi pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP2) bagi memastikan pasaran modal negara kekal menarik di kalangan pelabur serta merancakkan lagi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020.

Ia dibuat ketika pasaran dunia khususnya Asia bersaing sengit merebut modal bagi meraih pertumbuhan tinggi dalam ekonomi dan daya saing perniagaan, sekali gus memakmurkan negara masing-masing. Perdana Menteri berkata, CMP2 bagi tempoh 10 tahun akan datang, menggariskan langkah mengurangkan kerenah birokrasi bagi kelulusan perniagaan, meningkatkan penjanaan dana bagi modal perniagaan, memperuntukkan lebih banyak dana dalam industri modal teroka dan ekuiti persendirian serta meningkatkan akses kepada pasaran bon bagi merangsang pelaksanaan projek besar.

Katanya, kerajaan sedar cabaran ekonomi Malaysia pada 2011 sangat berbeza berbanding 2001, iaitu ketika Pelan Induk Pasaran Modal pertama dilancarkan.
Masalah baru menuntut penyelesaian baru dan CMP2 menjanjikan saiz pasaran modal yang lebih besar.

"Berdasarkan jangkaan semasa, saiz pasaran modal kita akan menjadi lebih sekali ganda kepada RM4.5 trilion pada 2020 dan dengan pengantarabangsaan, angka itu boleh meningkat kepada RM5.8 trilion dalam tempoh itu," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata satu skim dana pencen swasta akan ditubuhkan menjelang akhir tahun ini bagi menggalakkan kepelbagaian dalam pengurusan simpanan jangka panjang.

Selain itu, keupayaan pengurus dana untuk melabur secara langsung akan dipermudahkan melalui pengukuhan struktur perundangan bagi pengumpulan pelaburan.

"Meningkatkan bilangan produk pasaran derivatif adalah satu lagi perkembangan penting bagi meningkatkan kecairan pasaran, menambah baik keupayaan untuk dagangan merentasi pasaran dan lindung nilai risiko.

"Nilai semasa dagangan tahunan dalam pasaran derivatif dijangka berkembang pesat daripada RM512 bilion tahun lalu kepada RM4.2 trilion pada 2020, dengan kesan limpahan yang positif ke atas kecairan pasaran saham," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, antara keutamaan CMP2 adalah mengukuhkan peranan pasaran modal dalam menggalakkan pembentukan modal daripada peringkat permulaan kepada pembiayaan inovatif, projek besar baru dan teknologi hijau yang canggih.

Bagi menggalakkan transaksi berskala besar, katanya, akses kepada pasaran bon akan diperluas, mempertingkat minat pelabur terhadap penawaran pelbagai produk hutang dan risiko kredit, memperluas penyertaan industri pengurusan pelaburan dan pelabur runcit dalam pelaburan pendapatan tetap, serta menambah baik infrastruktur pasaran.

Mengenai Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang diumumkan pada persidangan tahun lalu, Najib menjelaskan, ia telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan dijangka akan berkuat kuasa pada Julai.

Melalui langkah itu, katanya, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya untuk mempercepatkan membuat keputusan dan menyelaraskan agensi promosi pelaburan yang lain bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ditambah nilai yang tinggi Malaysia dan mengembangkan sektor perkhidmatan.

"Jadi, bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya bagi membuat keputusan dengan segera dan menyelaraskan kesemua agensi promosi pelaburan yang lain bagi sektor pengeluaran dan perkhidmatan Malaysia," katanya.

Najib berkata, pengurusan ekonomi terbuka, telus dan saksama sentiasa menjadi ciri utama di Malaysia sama ada kepada peniaga ataupun kerajaan, justeru itu kerajaan sudah merencanakan beberapa pelan mencorakkan hala tuju negara dalam mengharungi dekad seterusnya serta membina momentum pertumbuhan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 posmen, kakitangan JPN komplot palsu kad kredit

Posted: 12 Apr 2011 12:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Tujuh posmen dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara anggota sindiket yang ditahan kerana memalsukan kad kredit dengan nilai penipuan hampir RM1 juta sejak dua tahun lalu.

Turut ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bersama Polis Kuala Lumpur itu, lima individu termasuk tiga wanita, berusia 25 hingga 40 tahun.

Mengikut modus operandi mereka, sindiket yang beroperasi di Lembah Klang itu memperalatkan posmen terbabit untuk memintas kad kredit yang sepatutnya dihantar ke alamat pelanggan sebelum mengambil cip pada kad berkenaan. Anggota sindiket kemudian melekatkan cip itu pada kad kredit lain yang dipalsukan dan mendapatkan pengesahan daripada bank dengan mendakwa mereka pemilik sebenar kad kredit melalui maklumat diri pelanggan yang disalurkan kakitangan JPN terbabit sebelum menggunakannya untuk membeli pelbagai barangan mewah.

Selain itu, anggota sindiket juga menggunakan modus operandi dengan menghantar kad kredit dilekatkan cip palsu yang tidak berfungsi kepada pelanggan dan apabila mangsa menghubungi bank untuk mengaktifkannya, sindiket terbabit mengambil kesempatan berbelanja tanpa disedari pemilik.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki di Pos Laju Taman Shamelin, Cheras, pada 1 April lalu, selepas kakitangan pejabat pos itu mengesan suspek yang cuba menuntut kad kredit milik seorang wanita menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata susulan penahanan itu, polis berjaya menahan tujuh posmen yang menjadi dalang kegiatan itu selain seorang pembantu am JPN yang berperanan sebagai pembocor maklumat peribadi pelanggan bersama empat suspek lain termasuk tiga wanita.
Berikutan itu, katanya, polis merampas 10 kad kredit disyaki palsu, 11 sampul surat mengandungi kad kredit yang tidak dihantar oleh posmen terbabit, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard serta 19 telefon bimbit pelbagai model.

"Semua suspek ditahan di beberapa lokasi termasuk rumah serta Pejabat Pos dan polis juga berusaha mengenalpasti rangkaian sindiket terbabit selain kemungkinan masih ada saki baki anggotanya yang masih bebas," katanya pada sidang media di IPD Cheras, semalam.

Amar Singh berkata, semua suspek kini direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan curang mendorong supaya harta diserahkan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau denda.

Susulan kejayaan itu, beliau berkata, polis sudah mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan institusi kewangan bagi mencari kaedah lebih selamat dalam proses penghantaran kad kredit kepada pelanggan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Bhd merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar, dalam kenyataannya semalam, berkata pihaknya sudah menamatkan perkhidmatan semua posmen terbabit dan akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

"Pos Malaysia Berhad tidak akan memaafkan kakitangan pos yang merosakkan surat dan barang yang perlu dihantar serta sebarang perbuatan salah laku," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ramliyob

dalam kes begini susah nak cakap,keimanan akan mengatasi segala galanya, jujur,ikhlas dan amanah adalah MOTTO yang paling baik untuk diterapkan pada setiap kakitangan

Azli

Bukan setakat kad kredit, malah cek2 yang dihantar pun belum tentu sampai ke pihak yang sepatutnya. Integriti dan kebolehpercayaan Pos Malaysia sudah tercemar.

Sudah elok2 dapat kerja, nak juga buat kerja haram... Wei, kat luar sana ramai penganggur, kalu nak jadi penjenayah tak payah la apply kerja, bagi peluang kat kami yang menganggur ni apply kerja.

faizal ibrahim

sedarla diri sikit.. kerja posmen, kerani kerajaan, tapi selera tinggi.. belanja nak mewah.. masa kecil dulu belajar xnak pandai.. org berusaha dgn ilmu.. ilmu yg jaga kita... bodoh...

siti zaleha

Harapkan pagar, pagar makan padi.Saya menyokong penuh tindakan Pos M'sia kepada k'kitangan yang tidak amanah.

razi

Patut lah ramai org kaya di KL.. kami di kampung selama ni kagum kerana menyangka mereka kaya atas usaha halal.

Afindy Matnor

Di dalam kes begini sy mencadangkan kad kredit ini tidak perlu dihantar kepada individu yang memohon mengunakan orang perantaraan(posmen @ sebagainya). sebaliknya pemohon sediri yang perlu menuntut kad kredit tersebut, ini bagi mengelak pekara berlaku.

mshjramli

manusia tamak macam ini merosakkan jabatan dan syarikat korporat. tidak jujur dalam menjalankan amanah. ingat seronok melalui jalan salah hanya sementara tapi derita tiada kesudahan. maruah tergadai


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan