Utusan Online - Keluarga Posted: 13 Apr 2011 01:16 PM PDT Pengawal peribadi perlu sentiasa peka Posted: Pengawal peribadi perlu sentiasa pekaPengawal peribadi perlu sentiasa peka Pengawal peribadi lelaki dan wanita di CPPTS siap sedia bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan mereka.
Mohd. Piah Ismail, 52, mungkin orang yang paling banyak pengalaman dalam tugasannya sebagai pengawal peribadi. Berasal dari Kelantan, dia menyertai CPP Training and Services Sdn. Bhd. (CPPTS) sejak syarikat itu ditubuhkan. Sekarang dia bertindak sebagai pengurus latihan di CPPTS. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai bekas anggota polis pada 1999, Mohd. Piah pernah bertugas sebagai pengawal peribadi di beberapa tempat sebelum ke CPPTS. "Selain sentiasa peka, tanggungjawab seorang pengawal peribadi adalah berat dan rumit. "Sebenarnya tidak semua bekas anggota polis dan tentera layak untuk bergelar pengawal peribadi tanpa adanya kursus-kursus khas yang dikhususkan untuk mereka. "Namun berbanding orang biasa, bekas polis atau tentera ada kelebihan kerana mereka mahir mengendalikan senjata. "Orang awam yang mahu menjadi seorang pengawal peribadi juga sebenarnya lebih mudah untuk dilentur biarpun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang memerlukan pergerakan agresif," katanya. Apabila ditanya mengenai kehidupan keluarga seorang pengawal peribadi, Mohd. Piah mengakui dengan jadual tugas yang padat sudah tentu memerlukan seorang isteri yang memahami. "Anak saya yang baru berusia tujuh dan lima tahun pun jarang dapat melihat kelibat ayahnya. Begitupun mereka faham dengan kesibukan saya," jelas suami kepada Faridah Ahmad Badri, 45, itu. Mohd. Piah juga bersyukur kerana sepanjang bertugas dia tidak pernah lagi terlibat dengan situasi cemas yang mengancam nyawanya. "Apa pun dalam setiap tugasan kita mesti berhati-hati, tidak boleh lalai sedikit pun. Mata perlu sentiasa memandang keliling. "Ibaratnya kalau sekiranya prinsipal (majikan) yang kita lindungi itu terkena sehelai daun pun, itu menandakan pengawal peribadi itu telah gagal menjalankan tugas," katanya. Berlainan pula dengan Mohd. Saiful Mohd. Salleh, 28, yang baru mendirikan rumah tangga dengan Nurazamiani Shapien pada hujung tahun lalu. Anak muda yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini, memilih untuk menjadi pengawal peribadi semata-mata kerana minat lalu mendapatkan latihan di CPPTS. "Apabila sesuatu situasi kecemasan berlaku, sebenarnya semua anggota pengawal peribadi akan terlibat. "Biasanya seorang akan menembak untuk mengalihkan tumpuan serangan manakala yang lain cuba membawa lari prinsipal dari tempat itu ke tempat yang lebih selamat. "Pengawal peribadi, kena selalu berfikir, siapakah dalang di sebalik setiap kecemasan. Sama ada datangnya dari luar persekitaran, tempat baru, orang luar dan sebagainya,'' katanya. Namun Mohd. Saiful tidak menafikan kerjanya yang penuh berbahaya dan sentiasa berhadapan dengan senjata menyebabkan dia sentiasa bertawakal. Pasrah dengan pegangan ajal dan maut di tangan Tuhan, Mohd. Saiful berharap, dirinya sentiasa terlindung daripada segala bahaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jagaan untuk penagih hamil Posted: Jagaan untuk penagih hamilJagaan untuk penagih hamil Kehadiran bayi bersama pelatih tidak akan mengganggu proses pemulihan bahkan pelatih juga tidak akan dikecualikan untuk meneruskan aktiviti yang ditetapkan. - Gambar hiasan
KETIKA rakan lain menghitung hari mengharapkan masa berlalu dengan pantas, Ayu (bukan nama sebenar) pula semakin takut untuk melalui hari-hari mendatang. Semasa mengandung tiga bulan, Ayu dari Kedah, ditangkap atas tuduhan dadah dan diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Wanita (Puspen), Bachok, Kelantan, sepanjang tempoh beliau mengandung. Selama lebih enam bulan kehidupan Ayu bertambah baik kerana pusat itu memastikan makan minumnya terurus, kesihatannya terjaga, bahkan beliau juga mendapat pelbagai ilmu kemahiran secara percuma bersama rakan lain. Ayu gembira dengan kehidupan yang lebih stabil dan tersusun ini. Namun tidak lama lagi Ayu terpaksa keluar dari rumah itu membawa haluan sendiri. Walaupun bagi kebanyakan rakannya, keluar dari rumah berkenaan menjadi perkara yang paling dinantikan, namun pada Ayu yang belum memiliki hala tujuan, keluarnya beliau dari rumah berkenaan mungkin memberi seribu penderitaan kerana beliau ada bayi. Beliau masih mengharapkan kewujudan insan dan rumah yang menjadi pembimbing sehingga memiliki kekuatan untuk berdikari membina kehidupan baru dengan anaknya. Tetapi satu program baru Puspen menjadi jawapan kepada doa Ayu. Rumah sementara Ayu, satu-satunya (Puspen) di Asia Tenggara yang ditaja kerajaan kini bukan sekadar menjaga kebajikan pelatih tetapi turut membenarkan dan bersedia menjaga bayi yang dilahirkan pelatih di pusat itu sehingga pelatih dibebaskan mengikut tempoh yang ditetapkan mahkamah. Hari ini bayi perempuan yang dilahirkan Ayu pada Januari lepas, bakal mencecah usia tiga bulan, membesar dengan penuh kasih sayang daripada Ayu dalam keluarga besar di pusat pemulihan itu. Ayu juga bersyukur kerana dapat bersama anaknya sepanjang proses pemulihan. "Saya tidak tahu hendak menumpang di mana, kerana emak saya sendiri tidak ada tempat tinggal. Kini beliau menumpang di rumah saudara di Kedah. "Saya tidak mahu lagi terus membebankan emak yang sudah terbeban dengan kesilapan lampau saya. Jadi saya nak cari kehidupan baru dan belajar segala kemahiran sebaik mungkin di pusat ini sebelum dibebaskan nanti," katanya. Ayu belum pernah berkahwin dan terjebak dengan penagihan dadah dan seks rambang sejak berusia belasan tahun. Sementara itu bagi Ja, 39, kehadiran anak keempatnya diharap memberi kekuatan untuk pulih sepenuhnya dan mencari kehidupan yang lebih baik. "Saya kalau boleh tidak mahu lagi terjebak dengan dadah, cukuplah ketiga-tiga anak saya terpaksa melihat ibu mereka ditempatkan di pusat pemulihan. "Keluarga saya dan ketiga-tiga anak saya sangat baik dan tidak membenci saya malahan memberi sokongan penuh untuk saya pulih, diharap dengan kehadiran anak keempat ini, saya akan memiliki lebih kekuatan untuk memulihkan diri," kata Ja yang pernah tiga kali berkahwin. Ja berjinak dengan dunia penagihan dadah sejak remaja dan berjaya memulihkan diri hampir 15 tahun daripada dadah sebelum kembali terjebak kerana kecewa apabila suami keduanya meninggal dunia. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Varia Posted: 13 Apr 2011 11:32 AM PDT Pencarian ibu jelita Posted: Pencarian ibu jelitaPencarian ibu jelita Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periswamy@kosmo.com.my SUDHIR bersama Pengurus Produk Mega Lifesciences, Karen See (dua dari kanan) dengan selebriti Noniswara Baharuddin (kanan sekali) dan Nancy Foo semasa pelancaran Peraduan Glowing Youthful Mother The Fullhouse Kota Damansara baru-baru ini.
ADAKAH anda antara ibu yang sedang sibuk mengejar masa antara kerjaya, keluarga, anak-anak dan tanggungjawab suri rumah tetapi, pada masa yang sama tidak mengabaikan penampilan anggun serta jelita? Jika anda seorang ibu dalam lingkungan usia lebih 30-an dengan anak-anak lebih daripada usia lima tahun dan selalu disalah tafsir sebagai anak dara, maka anda adalah orang yang dicari untuk pertandingan Ratu Cantik Glowing Youthful Mother yang dianjurkan oleh suplemen kecantikan, Glow dan Pynocare. Sebagai salah satu produk yang prihatin dengan kecantikan wanita, Glow dan Pynocare mahu meraikan ibu-ibu melalui Pertandingan Ratu Cantik Glowing Youthful Mother. Pertandingan itu dianjurkan oleh Mega Lifesciences Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang komited dalam meningkatkan kesihatan umum dan peneraju dalam bidang kesihatan kulit. Memandangkan setiap wanita perlu sedar tentang kecantikan kulit muka yang menjadi pencetus keyakinan, pertandingan itu dijangka sesuatu yang tepat pada masanya. "Lebih-lebih lagi apabila kita kurang ruang untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita-wanita yang sudah bergelar ibu. Ini adalah platform untuk menunjukkan kecantikan anda," kata Pengarah Serantau Mega Lifesciences, Sudhir Gandhi. Ia juga sebagai pencetus kesedaran awam mengenai konsep antipenuaan, terutama berkaitan kesihatan dalaman kulit. Dalam pertandingan itu peserta juga akan didedahkan tentang kepentingan nutrien mikro yang betul adalah penting untuk melambatkan proses penuaan di samping gaya hidup sihat yang lain. Gaya hidup sihat Peraduan Glowing Youthful Mother diadakan dengan tujuan mendekati ibu-ibu di Malaysia berusia 30 tahun ke atas, latar belakang dan kerjaya berbeza tetapi mempunyai kulit yang berseri dan bersinar melalui gaya hidup sihat. Mereka juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang betul, sekali gus memberikan mereka kulit yang sihat. "Peraduan ini adalah yang pertama seumpamanya, ditambah dengan pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan sehinggalah ke peringkat akhir yang dijadual pada bulan Jun di Kuala Lumpur. "Selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, ia adalah peluang buat wanita untuk menjadi duta kecantikan dan kesihatan, selain menyebarkan mesej kepada wanita Malaysia yang lain mengenai rahsia kelihatan lebih muda," tambah Sudhir yang turut menjelaskan tentang kepentingan nutrisi sihat kepada ibu-ibu. Dalam pada itu, kata Sudhir, untuk kekal cantik, muda dan berseri, selain pengambilan suplemen, seseorang itu juga harus peka terhadap pengambilan air, senaman dan tidur yang mencukupi sebagai rejim penjagaan kecantikan serta kesihatan. "Makanan sememangnya boleh menyumbangkan nutrisi yang baik, tetapi dalam kehidupan urban yang serba moden ini, kita mungkin tidak mengambil mineral dan vitamin yang secukupnya. Di sini suplemen mengambil tempat sebagai pelengkap," kata beliau yang percaya, walau apa pun jadual harian, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sesuatu yang tidak boleh di kompromi. Berbalik kepada pertandingan yang diadakan, katanya, ia bukan sekadar mengukur kecantikan luaran seseorang wanita tetapi menguji personaliti, pandangan dan fikirannya melalui pelbagai pusingan menarik termasuklah gaun malam, pertunjukan bakat dan soal jawab. "Pemenang semestinya seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan makanan tambahan sebagai sebahagian daripada hidupnya. Sudah tentu kami mencari seorang yang akan memukau kami dengan personalitinya dan berkongsi saat-saat indah sebagai seorang ibu dan wanita," jelas Sudhir mengenai kelayakan yang dilihat pada pemenang peraduan ini. Peraduan ini terbuka kepada semua ibu di Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas. Calon-calon yang berminat perlu menghantar sekeping foto individu dan foto bersama anak-anak mereka bersaiz 4R. Maklumat lanjut mengenai peraduan dan borang permohonan boleh diperoleh daripada laman Facebook Glow, www.facebook.com/Glowforever dan farmasi-farmasi yang mengambil bahagian. Penyertaan sudah boleh dihantar hingga 15 Mei ini. Finalis-finalis terpilih akan bersaing untuk merebut gelaran Peraduan Glowing Youthful Mother dalam satu pertandingan akhir yang dijadual pada Jun 2011. Pemenang tempat pertama Peraduan Glowing Youthful Mother berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Detektif wanita penyiasat skandal Posted: Detektif wanita penyiasat skandalDetektif wanita penyiasat skandal BEBERAPA peralatan penyamaran yang digunakan dalam penyiasatan.
AMNUAIPORN MANEEWAN berkongsi hasil pengalaman kerjanya sejak 15 tahun sebagai penyiasat persendirian di Thailand dengan berkata: "Satu-satunya lelaki yang anda boleh percayai ialah yang sudah mati. Jika mereka masih hidup, masih bernafas, maka anda tidak boleh percaya pada mereka," katanya. Dengan alat-alat bantuan ala James Bond, termasuk kamera pengintip dan alat pemotong, tugas Amnuaiporn adalah khusus dalam mencari bukti pasangan yang curang untuk satu firma undang-undang di Bangkok. Wanita berusia 42 tahun itu kini seorang pakar dalam mengenal pasti mereka yang curang. Itu termasuk menangkap mereka dalam situasi mencurigakan menggunakan kamera-kamera kecil dan peralatan rakaman yang disembunyikannya dalam pen, kunci kereta, punat butang serta mesin kira-kira. Kerjanya telah menjadikan dia seperti seorang selebriti mini di Thailand, sebuah negara yang sesetengah lelakinya menyifatkan bahawa memiliki mia noi atau isteri simpanan adalah suatu hak sah. Detektif wanita simpanan itu mendedahkan, aktiviti seumpama itu semakin menjadi-jadi di Thailand. "Jumlah kes bertambah setiap masa dan tidak menyusut langsung. Kini, mereka bukan hanya mempunyai seorang perempuan simpanan, tetapi dua atau tiga perempuan simpanan. "Ia seperti satu trend. Sudah menjadi kebiasaan. Tiada manusia yang meninggalkan rumah tanpa seorang perempuan simpanan," kata Amnuaiporn. Begitupun, situasi kerjanya tidak pernah lebih baik. Tiga atau empat pelanggan baru, kebanyakan wanita berusia di antara usia 20-an hingga 60-an, menghubunginya setiap hari. Pegawai kerajaan nampaknya antara golongan yang paling ketara memiliki perempuan simpanan. Salah satu cara mengeksploitasi wanita menerusi jawatan-jawatan mereka. "Mereka mempunyai status, kuasa dan wang. Agak mudah bagi mereka 'membayar' wanita lain," kata Ronnachai Kongsakol, seorang profesor psikiatri di Hospital Ramathibodi di Bangkok. Penyelidikan terhadap subjek hubungan luar nikah oleh pegawai mendapati keadaan itu wujud daripada kemesraan dan unsur simpati yang digunakan sebagai tarikan oleh perempuan simpanan. Lebih mengejutkan, ia bukan sekadar melibatkan lelaki Thai dalam jaringan itu. Amnuaiporn menganggarkan bahawa tiga daripada 10 panggilan yang diterima akhir-akhir ini adalah daripada si suami yang mencurigai isteri mereka. Kisah-kisah curang semakin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat Thailand. Hubungan sulit Panaa hidup berpacaran selama tujuh tahun sehingga dia mendapati teman lelakinya itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Dia yang berusaha mengesan perempuan itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati bahawa wanita yang disangka perempuan simpanan itu sebenarnya isteri teman lelakinya yang sah. Wanita tersebut mempamerkan sijil perkahwinan yang membuktikan dia berkahwin dengan teman lelaki Panaa, sekali gus menjadikan Panaa berstatus perempuan simpanan. "Saya terkejut dan saya tidak pernah terfikir akan menjadi perempuan simpanan. Saya buntu fikiran. Saya sangka saya seorang yang sangat bermoral tetapi rupa-rupanya tidak," kata Panaa, yang merayu agar nama sebenarnya tidak didedahkan. Sementara Panaa tidak memerlukan khidmat seorang pakar untuk menyingkap skandal yang melibatkan dirinya, ramai pula yang meminta bantuan untuk mencari kebenaran. "Jika tidak ada orang seperti saya, orang ini akan menderita. Saya dan kerja saya adalah untuk menolong orang buka mata dan melihat kebenaran," kata Amnuaiporn. Kerjanya membuatkan dia dikenali di Thailand. Perwatakan, tingkah laku ramah dan kisah-kisah curang yang dikongsi telah mengambil slot di kebanyakan saluran televisyen dan media cetak. Bukan itu sahaja, Amniuaiporn juga menghasilkan bukunya sendiri iaitu The Private Eye: They Ask Me To Investigate Adultery, sebuah karya yang mendedahkan kisah benar menjejaki kecurangan sejak dia memulakan kerjanya itu. Buku tersebut menggambarkan imej-imejnya dalam pelbagai penyamaran, termasuk salah satunya Amnuaiporn berpakaian seperti penduduk Asli Amerika yang lengkap dengan hiasan kepala berbulu. Serbuan Amnuaiporn pernah diupah oleh seorang lelaki kaya yang mencurigai gerak-geri isterinya. Bila lelaki itu berpura-pura ke lawatan luar negara atas urusan kerja, isterinya menggunakan waktu itu untuk bersama seorang lelaki, malah turut dikesan menghabiskan masa dengan seorang lelaki lain di sebuah hotel. Pada masa itu, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu berjaya mengesan pergerakan wanita tersebut. Apabila tiba di hotel berkenaan, suami wanita itu menghentam pintu bilik yang disyaki sedang disewa oleh isteri dan kekasihnya. Namun, lelaki itu mendakwa dirinya bersendirian. Selepas mencari isterinya di beberapa unit bilik berdekatan, Amnuaiporn dan lelaki kaya itu mendapati wanita tersebut bersembunyi dengan menekap dirinya di dinding balkoni seperti seekor cicak. Buku Amnuaiporn itu turut mendedahkan tip asas untuk menilai jika pasangan anda sedang curang atau tidak. Misalnya, mengubah personaliti diri secara tiba-tiba atau selalu sibuk dengan lawatan perniagaan ke luar negara yang tidak diduga. Di samping kerjaya Amnuaiporn yang membawa dirinya ke puncak kemasyhuran dan keghairahan, pendedahan tentang kecurangan yang berlaku secara bebas sedikit sebanyak telah mempengaruhi niatnya untuk mendirikan rumah tangga. "Saya khuatir bahawa saya akan menghadapi masalah yang serupa. Saya rasa saya lebih selesa hidup sebagai wanita solo," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jepun mengejar pelancong China Posted: Jepun mengejar pelancong ChinaJepun mengejar pelancong China PELBAGAI tarikan dijalankan oleh para pengusaha perniagaan di Jepun untuk menarik kunjungan pelancong China. Ini termasuklah mempelajari bahasa Mandarin dan juga menyediakan perkhidmatan serta produk yang berkualiti.
JEPUN amat mengalu-alukan kehadiran pelancong China seumpama membentang permaidani merah dan berharap dapat berkongsi kekayaan yang dikecapi negara itu selepas ia menjadi sumber ekonomi kedua terbesar dunia tahun lalu. Sehubungan itu, gadis geisha terpaksa belajar bahasa Mandarin, beberapa resort air panas giat mengadakan persembahan akrobatik China dan kerajaan pula melonggarkan permohonan visa pelancong China yang berbelanja besar. Berikutan jumlah populasi masyarakat Jepun semakin menurun, kerajaan Jepun, hospitaliti dan industri peruncitan secara agresif telah berusaha untuk cuba menarik pelancong-pelancong China yang 'berdompet tebal' ke Jepun. Rie Kimishima yang mengusahakan sebuah hotel tradisional di sebuah kawasan perkampungan indah dekat Nikko di utara Tokyo telah berlatih bersungguh-sungguh mendalami bahasa Cina. Selain itu, Kamishima turut belajar tentang cara membuatkan para pelancong China berasa selesa seperti sedang berada di negara asal mereka. "Semua resort di sini perlu belajar bahasa mereka. Satu lagi perkara yang perlu diketahui adalah untuk tidak menyediakan makanan sejuk kepada pelancong China kerana mereka tidak menyukainya," katanya. Tarikan pelancongan Pusat pentadbiran Fukui turut menjadi lokasi tumpuan para pelancong kerana di situ terdapat banyak kolam air panas yang dikenali sebagai onsen. Pada bulan Mac ini, para pemilik hotel ryokan, pemilik geisha, pengusaha restoran dan penjual cenderamata akan menghadiri satu seminar bagi memenangi hati pelancong China. "Kebanyakan pelancong datang dari Taiwan. Jumlah pelancong China dijangka meningkat apabila syarat-syarat permohonan visa dilonggarkan kelak," kata penganjur program, Yasuko Yoshie dari persatuan pelancongan tempatan. Pemerintah Jepun yang kini berada dalam keadaan terdesak untuk memulihkan semula keadaan ekonominya telah bertindak melonggarkan permintaan domestik negaranya. Ekoran itu, Jepun menetapkan satu sasaran jangka masa panjang untuk menarik 30 juta orang pelancong luar negara setahun dengan memberi fokus kepada pelancong dari China. Sepanjang tahun lalu, undang-undang visa telah dilonggarkan untuk pelancong China dan jumlah pendapatan isi rumah untuk memohon visa diturunkan. Pemerintah Jepun turut melancarkan visa perubatan baru yang mempunyai tempoh sah selama enam bulan sebagai daya penarik pesakit luar negara ke hospital di Jepun. Jumlah kemasukan wang dari China pula mula membanjiri Jepun dan bilangan transaksi melalui sistem kad bank UnionPay China bertambah dari 3.9 bilion yen (RM140 juta) pada 2007 kepada kira-kira 40 bilion yen (RM1.45 bilion) tahun lalu. Institut Kajian Yano menjangkakan bahawa menjelang 2015, pelancong China akan berbelanja sebanyak 560 bilion yen (RM20 bilion) setahun iaitu empat kali ganda lebih tinggi dari tahun 2009. Di sebuah bandar popular, Akihabara, Tokyo iaitu sebuah daerah beli-belah terkenal telah dipenuhi deretan tanglung berwarna merah dan keemasan di sepanjang jalan sempena sambutan Tahun Baru Cina. "Saya mahu dapatkan permainan untuk PlayStation saya. Ibu bapa saya pula lebih berminat untuk membeli ubat-ubat Jepun kerana ia terkenal dengan kebaikannya untuk kesihatan," kata seorang budak sekolah berusia 18 tahun dari Shanghai yang melancong bersama keluarganya. Para pemilik perniagaan di Akihabara terkejut dengan sambutan daripada pelancong China terhadap barangan Jepun. Produk-produk itu dikatakan mempunyai reputasi dari segi teknologi, pembuatan dan jaminan jenama. "Produk yang paling popular sudah tentunya periuk nasi yang tidak diragui kualitinya," kata Yoko Yamazaki, seorang jurucakap peruncitan elektronik jenama Laox iaitu sebuah rangkaian jenama yang diambil alih oleh pelabur China baru-baru ini. Bebas cukai Katanya, pada hari Tahun Baru Cina lebih dari 1,000 pelancong dari China membanjiri kedai di Akihabara sepanjang hari, malah ada antara mereka membeli empat hingga lima periuk nasi dan beberapa barang lain di bahagian bebas cukai. "Mereka juga beli beberapa jam tangan, ubat-ubatan dan makanan tambahan kesihatan serta beberapa tin susu formula bayi. "Ada sesetengah orang kaya berbelanja sebanyak beratus-ratus ribu yen manakala ada pula yang membeli sebuah jam tangan mewah jenama Rolex tanpa tawar-menawar. "Secara kasarnya saya katakan mereka berbelanja kira-kira 60,000 yen seorang," kata Yamazaki yang mendakwa bahawa Laox telah mengembangkan rangkaian produknya bagi memenuhi cita rasa rakyat China. Pengurus pusat perniagaan Laox, Nobukazu Iino berkata, gelombang membeli-belah daripada pelancong China itu baru bermula sekali gus membayangkan potensi besarnya. Menurut buku fakta Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Jepun mempunyai kira-kira 127 juta orang penduduk berbanding China sejumlah 1.3 bilion orang penduduk. Seperti kebanyakan penduduk Jepun lain, Iino bimbang sekiranya keadaan yang berlaku kini akan memberi kesan ke atas negaranya. "Memang benar China menunjuk perkembangan ekonomi yang baik. Pada masa yang sama, ekonomi Jepun semakin jatuh," keluhnya. Semasa pascaperang dahulu, ekonomi Jepun berada pada kedudukan kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) selama 42 tahun. Namun, ia terhenti sejak nilai hartanah Jepun mengalami lonjakan ketara sejak 1990. China dan Jepun telah lama bersaing dan sejarah silam antara kedua-duanya sering menyebabkan perselisihan faham. Ketika krisis ekonomi berada pada tahap yang tinggi, jumlah pelancong China ke Jepun jatuh menjunam apabila kebanyakan syarikat besar membatalkan lawatan berkumpulan ke Negara Matahari Terbit itu. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, media Jepun melaporkan mengenai peningkatan jumlah orang kaya China yang membeli hartanah di Jepun. Walaupun Jepun mengalu-alukan kedatangan pelancong China namun pada masa yang sama mereka juga perlu menerima hakikat bahawa pelancong China juga akan kembali semula ke negara mereka. "Walaupun terdapat kemungkinan hubungan boleh menjadi keruh, namun kami akan terus berkempen bagi menarik pelancong China tanpa mengambil kira ideologi politik mereka," kata Nina Honma, seorang pegawai Agensi Pelancongan Jepun. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Johor Posted: 13 Apr 2011 09:17 AM PDT Tanah kurnia ditangguh – MB Posted: Tanah kurnia ditangguh – MBTanah kurnia ditangguh – MB Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD utusanjohor@utusan.com.my
|
Abdul Ghani Othman bersama Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja di Blok 29 Aman Cendana dan beramah mesra bersama penduduk di Parlimen Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.
|
JOHOR BAHRU 12 April - Penduduk di empat kampung sekitar Pasir Gudang dekat sini, perlu menunggu lebih lama sebelum berpeluang memiliki tanah kurnia yang dijanjikan oleh kerajaan negeri, berikutan kawasan yang diminta itu masih dalam pegangan syarikat senaraian awam. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bagi menunaikan janji kepada penduduk terbabit, kerajaan negeri sudah mengenal pasti tanah lain untuk ditawarkan kepada syarikat berkenaan sebagai ganti. "Kita sedia maklum permohonan tanah oleh penduduk empat kampung terbabit dan mengambil keputusan untuk mengurniakan kepada mereka namun kawasan berkenaan masih dalam pegangan syarikat senaraian awam,'' katanya dalam sesi lawatan kerjanya di Parlimen Pasir Gudang di Perumahan Kampung 10, Plentong di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan ADUN Permas Jaya, M. Munusamy. Empat kampung terbabit adalah Perumahan Kampung 10, Kampung Sri Bahagia, Kampung Plentong Utama dan Kampung Jalan Jasa Plentong membabitkan keluasan tanah sebanyak 22.25 hektar. Sementara itu Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Pasir Gudang yang juga penduduk kampung, Abu Bakar Alibi, 63, berharap urusan pemilikan hak tanah tersebut boleh diselesaikan menjelang pilihan raya umum nanti. Katanya, penduduk kampung tidak mampu menunggu lebih lama. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Belia perlu lebih patriotik Posted: Belia perlu lebih patriotikBelia perlu lebih patriotik JOHOR BAHRU 12 April - Golongan belia perlu mempunyai kesedaran patriotik supaya kepimpinan politik dan perlembagaan negara dapat dipertahankan dan sebahagian besar generasi muda masa kini sebenarnya memahami aspirasi tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang bagaimanapun berkata, masih wujud segelintir daripada golongan itu yang terbabit dalam gejala negatif kerana pengaruh media, persekitaran dan rakan sebaya. "Belia juga terdedah dengan pelbagai maklumat di Internet baik positif atau negatif dan saya yakin belia mampu mengenal pasti yang mana boleh dipercayai. "Bagaimanapun golongan ini perlu diberi kefahaman lebih mendalam tentang aspirasi kerajaan dan pucuk pimpinan supaya negara terus kecapi pembangunan," katanya pada perasmian Majlis Makan Malam Bersama Belia sempena Program Memperkasa Patriotisme Belia di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Timur (MPJBT) di Taman Pelangi Indah, di sini baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Ulu Tiram, Isa Baba Ali Khan; Ketua Puteri UMNO Bahagian Tebrau, Aminah Sahak; Timbalan Pengerusi Kimma Negeri Johor, Mohd. Rafi Hussein; Pengerusi Pekida Johor, Azman Jaafar dan Naib Pengerusi Perkasa Johor, Samad Atan. Maulizan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram turut menyatakan rasa bangga dengan kehadiran lebih 500 golongan belia sekitar kawasan Tebrau pada program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ulu Tiram dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru itu. Seorang peserta, Mastura Alaika, 25, menyifatkan program ini sebagai sesuatu yang baik kerana selain merapatkan hubungan sesama belia, ceramah mengenai semangat patriotik dapat mewujudkan kesedaran kepada golongan remaja. "Program sebegini dapat mengelakkan remaja daripada terus terleka dengan hiburan dan perkara tidak berfaedah selain menyuntik kesedaran tentang masa depan diri, masyarakat dan negara," katanya. Bagi seorang pekerja swasta di Senai, Shahrudin Mohamad Ali, 36, pengisian dalam program ini adalah berguna kerana patriotisme di kalangan belia semakin berkurangan dan perlu ditiup kembali. "Saya datang dari jauh selepas menerima maklumat mengenai program ini daripada seorang rakan kerana berminat dengan program-program sebegini yang sepatutnya lebih banyak diadakan," ujarnya. Seorang peniaga, Sulaiman Mahin, 39, berkata, program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama belia selari dengan seruan supaya umat Islam bersatu. "Program ini perlu diteruskan dengan menyasarkan lebih ramai daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan belia, supaya penyampaian dapat diterima secara meluas," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Feminin Posted: 13 Apr 2011 09:03 AM PDT Anggun, santun finalis berjaya pikat hati hadirin Posted: Anggun, santun finalis berjaya pikat hati hadirinAnggun, santun finalis berjaya pikat hati hadirin Oleh HANIZA HASSAN Gambar RAJA JAAFAR ALI
|
Nurulein Mohd. Ramli, Nurul Atikah Abdul Rashid dan Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli dengan hadiah kemenangan masing-masing ketika dinobatkan sebagai juara, tempat kedua dan ketiga PGJ 2010, baru-baru ini.
|
APABILA diumumkan tirai akhir Pencarian Gadis Johor (PGJ) dibuka oleh pengerusi majlis, tumpuan lebih 300 hadirin yang hadir pada Malam Gala Perdana itu terus terpaku ke tengah pentas. Dalam hati berdebar-debar menanti kemunculan 10 peserta akhir program anjuran Utusan Malaysia dalam mencari gadis yang layak mewakili Johor untuk memperkenal adat budaya, termasuk warisan negeri, beraksi memperlihatkan penampilan anggun dan bergaya serta keintelektualan mereka. Pantas, apabila nama peserta pertama diumumkan, suasana dewan menjadi semakin hangat. Hilang sudah rasa sejuk daripada penghawa dingin yang menemani hadirin sedari awal lagi. Sorakan demi sorakan memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan juga siulan nakal daripada hadirin yang cuba mengusik kesemua peserta yang tampil satu demi satu menggayakan busana indah. Langkah setiap satunya diatur dengan penuh berhati-hati. Gemalai liuk lentuk tubuh dan sebaris senyuman yang terukir di bibir mungil mereka menjadi 'pertaruhan' awal sebelum sesi soal jawab menjengah. Para peserta yang terdiri daripada Nur Atikah Md. Nor, 20, Nurulein Mohd. Ramli, 26, Saidatunal Natrah Khalid, 18, Nor Azila Tukiran, 27, Ayshah Abdul Rahman, 19, Nurul Atiqah Abd. Rashid, 18, Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli, 24, Irna Suriani Zainal Abidin, 25, Nuranassuhada Mahzam, 22, dan Intan Nur Suhailly Rosli, 23, pasti merasakan malam bergemerlapan itu adalah penentu kepada segala usaha mereka. Masakan tidak, sejak awal sesi temuduga PGJ pada 9 Januari di Hotel The Zone dan di Batu Pahat Mall pada 22 Januari, mereka ini terpaksa bekerja keras untuk bersaing dengan 50 peserta yang lain. Biarpun begitu, dalam kelompok besar itu, seramai 20 peserta terbaik dipilih untuk bersaing di peringkat kedua dan selepas itu hanya sepuluh daripada mereka berjaya mara ke peringkat akhir. Setelah sesi undian dibuka kepada orang ramai melalui akhbar dan laman sosial Facebook selama kira-kira tiga minggu, maka tanggal 20 Februari lalu menjadi titik tolak kepada 10 peserta terbaik kerana mereka perlu berentap sesama sendiri untuk menggondol gelaran Ikon Gadis Johor 2010. Malah pemenang yang dinobatkan gelaran berkenaan bakal menerima wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM2,500 dan tajaan pakej fotografi daripada Wafin Studio. Saingan mereka bukan hanya tertumpu kepada Malam Gala Perdana sahaja, tetapi kesemua peserta perlu melaksanakan beberapa tugasan. Ini termasuk memasarkan akhbar Utusan Malaysia dan memasak makanan tradisi Johor iaitu Asam Pedas mengikut tempoh masa yang diberikan sebelum diberikan penilaian oleh para juri. Itu antara rentetan dan coretan sedikit sebanyak perjalanan program PGJ dan kesemua finalisnya. Tatkala jam tepat pukul 11 malam, penolong arkitek, Nurulein Mohd. Ramli, 25, dinobatkan sebagai Ikon Gadis Johor sekali gus mengenepikan sembilan pencabar lain. Sementara itu, naib johan pertandingan yang mendapat kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Johor serta Yayasan Warisan Johor menjadi milik Nurul Atikah Abdul Rashid, 18, manakala tempat ketiga dimenangi Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli, 24. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Asiah Md. Ariff yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Turut hadir pada hari bersejarah itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor, Abdul Hamid Mohamad; Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama Johan dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Nor. Asiah dalam ucapan perasmiannya berkata, PGJ berjaya mencungkil bakat gadis muda yang beridentitikan Pesona Johor sekali gus memperkenalkan budaya dan keunikan negeri ini. "Keunikan Gadis Johor yang memerlukan ketajaman akal fikiran dalam mengetahui sesuatu isu seperti sejarah, warisan, masakan, budaya, pakaian dan tempat pelancongan menjadikan program ini lebih berprestij dan bermakna. "Masyarakat melihat banyak program yang dianjurkan oleh media pada hari ini menampilkan gadis atau wanita sebagai watak utama. Golongan wanita diangkat martabatnya sebagai generasi yang boleh meneraju kepimpinan pada hari ini. Malah perkara sebegini berlaku sekali lagi dalam program ini apabila wanita dicerminkan sebagai idola anak muda hari ini," katanya. Ujarnya, keayuan dan kesantunan budi bahasa gadis-gadis yang bertanding membuatkan program itu bakal menjadi ikutan. " Saya juga berharap program sebegini sedikit sebanyak membantu mengangkat martabat kaum wanita untuk berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pakaian ke pantai Posted: Pakaian ke pantaiPakaian ke pantai Oleh NOOR FAZRINA KAMAL Gambar MOHD. NAIM AZIZ
|
Potongan ringkas dan santai dengan warna yang ceria untuk bersiar-siar di tepi pantai.
|
SESIAPA yang pernah melalui zaman remaja pasti tidak ketinggalan untuk memiliki salah satu item daripada jenama ini. Memang tidak dinafikan jenama Quiksilver dan Roxy menjadi pilihan kerana rekaannya menepati cita rasa golongan itu. Terbaru mereka melancarkan koleksi terkini sempena musim panas luruh 2011 yang mengetengahkan warna-warna lebih ceria dan segar. Bertempat di ruang legar pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur, acara tersebut telah mempamerkan koleksi istimewa untuk lelaki dan juga wanita. Lebih menarik, jenama yang mempunyai 90 cawangan di seluruh dunia ini bukan sahaja menampilkan rekaan untuk remaja malah untuk sesiapa sahaja yang mahukan penampilan segar. Sebagai penaja kepada kejohanan luncur air, Quiksilver dan Roxy sering melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan fabrik yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Pengenalan Siri Cypher iaitu fabrik yang dibangunkan dengan teknologi moden ini adalah dari jenis yang cepat kering dan tidak mudah renyuk. Pada koleksi kali ini juga Roxy memperkenalkan rekaan terbaru pada koleksi renang, selipar, seluar luncur dan juga pakaian bersantai di pantai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Ratu Posted: 13 Apr 2011 01:42 AM PDT Ratu segala permata Posted: 12 Apr 2011 04:31 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KEINDAHAN batu berlian sering dikaitkan dengan simbol keindahan cinta, kasih sayang, kekayaan, kemegahan, kemasyhuran dan rezeki yang melimpah ruah. Lazimnya, ia dikaitkan dengan lambang kesempurnaan dan keperibadian si pemakai. | Vintage taruhan Jaspal Posted: 12 Apr 2011 04:30 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KESIBUKAN rutin kerja tidak mengehadkan seseorang itu untuk menghabiskan harinya bersama rakan, sama ada makan malam bersama atau menonton wayang. | |
Kosmo Online - Infiniti Posted: 12 Apr 2011 09:42 PM PDT Wuuhuu media baru alam maya Posted: Wuuhuu media baru alam mayaWuuhuu media baru alam maya Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my WUUHUU E-COMIC sudah dilayar oleh pembaca dari 33 buah negara.
SETIAP detik yang dilalui tidak akan terhenti walaupun sesaat dalam kehidupan kita. Ia akan bergerak pantas tanpa menoleh ke belakang mengikut peredaran zaman. Putaran roda kehidupan turut merasai perkembangan pembangunan dan teknologi yang semakin berdaya maju serta canggih sehingga memudahkan kehidupan seharian manusia. Media konvensional tidak terkecuali merasai tempias evolusi perkembangan ini secara perlahan-lahan apabila lebih banyak media digital boleh diperoleh di laman web hanya dengan satu klik di jari pengguna. Pengenalan peranti canggih seperti telefon pintar dan tablet turut menyumbang kepada perkembangan itu apabila lebih banyak bahan bacaan digital diperkenalkan di laman web. Ia termasuk blog, e-Buku, e-Novel, e-Komik dan banyak lagi menjadi tatapan pembaca digital terutamanya di negara-negara maju. Secara tidak langsung bahan bacaan digital bukan sahaja memudahkan pengguna memperoleh maklumat dengan mudah dan pantas tetapi dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Atas kesedaran itu, Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan portal penerbitan alam maya, wuuhuu.online.com dalam memberi alternatif bacaan kepada pengguna sekali gus membantu bersama-sama memulihara alam. Penerbitan tanpa kertas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Onn Ismail berkata, portal wuuhuu.online.com dibangunkan untuk menerbitkan pelbagai media digital sebagai pilihan kepada pembaca yang ingin menikmati bahan bacaan secara digital. "Ia juga dibangunkan bertujuan untuk memupuk minat membaca secara digital dalam kalangan masyarakat Malaysia dan dunia sekali gus dapat mendedahkan mereka mengenai konsep penerbitan tanpa kertas. "Bayangkan berapa banyak pokok yang dapat diselamatkan apabila penerbitan tidak menggunakan kertas. Konsep penerbitan tanpa kertas dapat membantu menyelamatkan pokok, tenaga, air dan banyak lagi," katanya kepada Kosmo!. Dalam pada itu, dia menambah, penggunaan bahan kimia dalam pembuatan kertas dapat dihindari dan mengurangkan pembuangan sampah sarap di seluruh dunia apabila menggunakan konsep tanpa kertas itu.
|
WUUHUU E-COMIC menampilkan konsep humor yang mempunyai mesej tersendiri.
|
Katanya, konsep yang ditekankan dalam penerbitan tanpa kertas itu dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar walaupun sumbangan tersebut dilihat agak kecil. "Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kos operasi dan dapat memperluaskan pasaran di seluruh dunia. Walaupun konsep penerbitan digital masih baru di negara ini, ia semakin menjadi trend terkini di negara maju yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi canggih," ujarnya lagi. Katanya, konsep penerbitan digital ini dijangka akan menarik pengguna secara perlahan-lahan kerana terdapat banyak gajet berteknologi tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet di mana-mana mereka berada. Konsep humor Ujarnya lagi, sebagai permulaan, portal berkenaan telah menerbitkan empat edisi wuuhuu E-comic yang mengenengahkan konsep humor kepada pembaca melalui medium digital. "Kita menerbitkan wuuhuu E-comic sebanyak dua kali sebulan dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pembaca. Menariknya tentang wuuhuu E-comic, ia menggunakan teknologi flip book yang dapat memberikan pengalaman seolah-olah pembaca membaca komik di depan mereka. "Teknologi yang diguna pakai juga membenarkan pengguna memuat turun komik berkenaan dengan mudah dan cepat. Mereka yang terlepas edisi sebelum ini turut boleh memuat turun edisi terdahulu tidak seperti komik konvensional," katanya. Sementara itu, Penyunting wuuhuu E-comic, Mazlan Abdullah, menambah, E-comic telah dibaca dan dimuat turun di 33 buah negara seluruh dunia. "Kebanyakan pembaca ini merupakan rakyat di Malaysia dan yang berada di perantauan yang inginkan kelainan dalam pembacaan digital mereka. "Kita berharap lebih banyak pembaca akan memilih pembacaan digital kerana ia dapat membantu memulihara alam sekitar," katanya. Kartunis wuuhuu E-comic, Rudy Hazrin Abdullah, 26, berkata, dia sangat teruja apabila menjadi kartunis komik digital kerana ia merupakan satu pengalaman baru dan dapat memupuk minat membaca pembaca digital. Lebih dikenali dengan nama timangan Kilobait dalam komik maya berkenaan, dia memberitahu, konsep yang cuba dibawa dalam karya kartunnya adalah isu semasa dipenuhi mesej membina kepada pembaca. "Walaupun komik berkenaan berkonsep humor tetapi, saya masih ingin memastikan pembaca mendapat mesej dan nasihat apabila membaca," katanya. Seorang lagi kartunis wuuhuu E-comic, Khairul Izzuddin, 40, yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang percetakan berkata, penghasilan wuuhuu E-comic tidak banyak berbeza berbanding komik cetak. "Selain tidak menggunakan kertas, orang ramai lebih mudah akses untuk membaca. Dalam pada itu, pembaca juga boleh meninggalkan komen mereka sekali gus mendekatkan lagi kartunis bersama pembaca," katanya yang lebih dikenali sebagai Maderbot. CHE ONN (duduk) bersama tenaga kerja wuuhuu E-comic yang sudah mempunyai empat edisi.
Memuat turun Pegawai Operasi dan Teknikal wuuhuu E-comic, Yoze Harriando Wahyu Sumartha, 24, pula menambah, pengguna mempunyai pilihan untuk memuat turun dalam resolusi besar atau kecil. "Ia dilakukan adalah untuk memenuhi kehendak pembaca yang ingin membaca menggunakan telefon pintar atau tablet mereka. "Pengguna yang memuat turun komik berkenaan juga boleh membaca semasa dalam talian atau luar talian dengan lebih mudah," ujarnya lagi. Bercerita mengenai perancangan portal berkenaan, Che Onn memberitahu, portal wuuhuu.online.com juga akan menerbitkan beberapa komik dan majalah lain dalam masa terdekat untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengguna. Katanya, antara komik dan majalah lain dalam perancangan penerbitan ialah Yaahoi, Femag, Femom dan Gadget. "Yaahoi merupakan komik berkisarkan aksi dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi. Majalah Gadget pula akan mengenengahkan mengenai gajet-gajet terkini di pasaran. "Bagi golongan remaja wanita berusia 15 hingga 35 tahun kita akan menerbitkan Femag. Majalah digital Femom pula disasarkan kepada golongan ibu yang memberikan pelbagai tip mengenai ekonomi rumah tangga, penjagaan anak, resipi memasak dan banyak lagi," katanya. Che Onn berkata, portal berkenaan juga akan menjadi platform kepada pengkarya-pengkarya berbakat tetapi, tidak mempunyai platform menunjukkan bakat mereka. "Kita mengalu-alukan mereka yang mempunyai bakat menghantar hasil karya kepada kami. Jika ia menepati kriteria saguhati akan diberikan dan karya mereka akan diterbitkan dalam komik atau majalah yang sesuai," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penguin berkurangan di Afrika Selatan Posted: Penguin berkurangan di Afrika SelatanPenguin berkurangan di Afrika Selatan PENGUIN Afrika kini tersenarai sebagai salah satu daripada 18 spesies penguin terancam di dunia.
SAMBIL berjalan terkedek-kedek di atas batu besar dan menjunam ke dalam lautan berwarna firus, lensa kamera pelancong-pelancong bersiap sedia merakam gambar penguin di Afrika Selatan. Burung laut berwarna hitam putih dan berkaki pendek itu merupakan tarikan utama di bandar Simon yang juga sebuah perkampungan tentera laut di Cape Town. Bagaimanapun, angka burung laut yang menarik perhatian orang ramai itu semakin berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan ia petunjuk kepada ancaman lebih menakutkan berkenaan keadaan marin. "Penguin Afrika semakin berkurangan sehingga 60 peratus sejak tahun 2004. Ia membuatkan kami berasa amat bimbang berhubung perkembangan ini," kata Lorien Pichegru dari Institut Percy FitzPatrick Ornitologi Afrika Selatan. "Kini hanya terdapat kira-kira 26,000 pasangan penguin yang masih wujud dan ia merupakan catatan paling rendah pernah direkod setakat ini. Pada permulaan kurun ke-20 kita mempunyai lebih dua juta burung berkenaan," ujarnya lagi. Ahli-ahli sains menjadikan penguin sebagai salah satu spesies petunjuk yang mudah untuk memantau dan boleh menunjukkan masalah-masalah tersembunyi serta lebih luas di lautan. Spesies terancam Pada tahun lalu, penguin Afrika diklasifikasikan semula sebagai spesies terancam selepas angkanya semakin menurun. Ia mungkin disebabkan akibat kekurangan sumber makanan kerana aktiviti perikanan selain pencemaran. Burung yang tidak boleh terbang dan berwarna seakan pakaian kot serta berjalan dengan agak lucu itu mendapat sumber makanan dengan menikmati ikan bilis dan sardin. Ia hanya membiak di selatan Namibia dan Afrika Selatan. Perubahan corak kehidupan ikan telah memaksa burung-burung itu mengembara lebih jauh semata-mata untuk mendapat sumber makanan dan mendirikan kawasan sarang baru seperti di Pantai Boulders, bandar Simon. Pada tahun 1980-an pasangan burung berkenaan telah berhijrah ke pantai tersebut dan kembali ke Pulau Robben yang terkenal kerana merupakan lokasi penjara tahanan Nelson Mandela. HANYA sekitar 26,000 pasangan penguin kini terdapat di Afrika Selatan.
"Makanan merupakan salah satu daripada ancaman besar," kata Rob Crawford dari Jabatan Perhubungan Alam Sekitar Afrika Selatan sambil menunjukkan laluan migrasi sardin sejauh 600 kilometer. "Penguin tidak boleh berenang terlalu jauh untuk memberi makanan kepada anaknya dan pada penghujung pembiakan ia memerlukan makanan bagi bersalin bulu," katanya. Organisasi Kehidupan Burung Antarabangsa memberi amaran bahawa penguin Afrika yang merupakan antara 18 spesies penguin di seluruh dunia kini berdepan dengan kepupusan. Bagi menghentikan perkembangan itu, satu penyelidikan mengenai kesan perubahan cuaca dan kemungkinan zon tidak boleh menangkap ikan di sepanjang koloni pulau tersebut telah dilaksanakan dengan segera. Larangan menunda sejauh 20 kilometer telah dilaksanakan sekitar koloni terbesar dunia di Pulau St. Croix di Teluk Algoa, Timur Cape Town. Ia sekali gus membenarkan tiga per empat daripada burung-burung yang terdapat di kawasan itu berhenti daripada mengembara terlalu jauh mencari sumber makanan. Populasi sihat burung laut tersebut mampu menahan serangan terhadap telurnya daripada burung camar dan pemburu seperti anjing laut, kucing, anjing dan pemangsa liar lain. Bagaimanapun, kebimbangan berdepan populasi burung berkenaan memberi implikasi bahawa setiap individu dilihat sebagai kritikal manakala penguin yang terkena minyak, menghadapi kecederaan dan anak penguin terbiar akan diselamatkan. Pada tahun lalu, sebanyak 49 anak penguin telah diterbangkan dari Pulau Algoa disebabkan ancaman cuaca sejuk. "Pemulihan itu berjaya kerana burung-burung tersebut kelihatan sangat lincah dan mampu hidup selepas dibebaskan," kata Ketua Pertubuhan Pemuliharaan Burung-Burung Perairan Pantai Afrika Selatan, Venessa Strauss kepada AFP. Pertubuhan berpangkalan di Cape Town itu telah merawat sebanyak 1,000 penguin setahun termasuk 500 burung yang terkena tumpahan minyak. "Ia lebih besar daripada penguin. Ia berkaitan kesihatan ekosistem marin kita," kata Strauss. "Banyak tumpuan diberikan kepada penguin tetapi hakikatnya ia berkaitan ekosistem kita. Ekosistem laut menerima kesan dan penguin hanya memberitahu sebahagian daripada cerita sebenar," katanya. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Goreng tanpa minyak Posted: Goreng tanpa minyakGoreng tanpa minyak Teknologi Rapid Air yang diaplikasikan dalam Airfryer dapat membantu penggemar masakan menyediakan makanan sihat, bersih dan menjimatkan masa. KINI anda boleh menggoreng makanan dengan lebih sihat tanpa menggunakan minyak masak.
TABIAT pemakanan merupakan salah satu aspek penting dalam membantu memastikan kehidupan lebih sihat dan terjamin pada masa hadapan. Bahkan, penyediaan makanan yang sihat dan bersih semakin mendapat perhatian masyarakat hari ini agar dapat membentuk gaya hidup lebih berkualiti di samping mengharungi kesibukan tugasan seharian. Menyedari kepentingan itu, jenama yang tidak asing dalam dunia peralatan elektronik, Philips memperkenalkan produk masakan, Airfryer untuk memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan lebih sempurna dalam pengambilan makanan mereka. Penggoreng Airfryer membenarkan pengguna menggoreng makanan kegemaran mereka tanpa menggunakan minyak masak. Ia dapat menghasilkan menu sajian yang lebih enak dan menyihatkan tubuh badan. Penggunaan teknologi Rapid Air yang diaplikasikan dalam produk itu dapat membenarkan pengguna menggoreng makanan dengan lebih rangup sehingga 80 peratus kurang lemak berbanding cara konvensional. Kombinasi unik edaran udara panas dan elemen gril ditampilkan dalam teknologi itu dapat membantu pengguna menggoreng masakan dengan lebih pantas. Makanan goreng, kudapan, ayam, daging dan banyak lagi bukan sahaja dapat dilakukan dengan pantas tetapi, menjimatkan masa apatah masyarakat hari ini selalu dibelenggu kesibukan di tempat kerja. Dalam pada itu, penapis udara bersepadu yang terdapat dalam produk terbaru itu dapat mengurangkan bau dan wap dikeluarkan semasa pengguna menggoreng masakan kegemaran mereka. Apabila bau dan wap kurang terbebas, dapur juga mudah dibersihkan sekali gus menjimatkan masa rutin seharian anda. Bagi memastikan masakan dikehendaki menjadi seperti yang diidamkan, model Airfryer itu turut didatangkan bersama kawalan suhu boleh dilaras sehingga mencecah 200 darjah Celcius untuk memberi keputusan terbaik. Sudah menjadi lumrah masyarakat hari ini sentiasa berkejar masa. Dengan menggunakan produk terbaru itu pelbagai hidangan dapat dimasak dalam satu masa kerana ia turut menawarkan pembahagi makanan. Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai rasa yang akan bercampur aduk apabila dimasak bersama kerana teknologi digunakan dapat menghindarkannya daripada berlaku. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk masakan sihat itu, anda boleh melayari laman web www.philips.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Komuniti Kita Posted: 12 Apr 2011 03:31 PM PDT SMK Puchong cemerlang kerana gigih Posted: SMK Puchong cemerlang kerana gigihSMK Puchong cemerlang kerana gigih NOOR HIAKMAH (duduk tiga dari kiri) dan Arman Ali (tengah) ceria bergembira bersama para pelajar cemerlang selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2011 di SMK Puchong, Batu 14, Puchong baru-baru ini.
CEMERLANG. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong, Batu 14, Noor Hiakmah Hamid dan warga sekolah itu mempunyai sebab untuk berbangga. Apa tidaknya, sebanyak 42 pelajarnya mencatatkan prestasi cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2010. Sebanyak 20 pelajar memperoleh 8A dalam PMR (daripada 26 cemerlang), seorang 11A dan tiga 9A dalam SPM (daripada 11 cemerlang) dan seorang 4A dalam STPM (daripada lima cemerlang). Mengulas pencapaian itu, Noor Hiakmah memberitahu, ia merupakan peningkatan sebanyak 10.2 peratus bagi PMR dan 15.9 peratus bagi SPM. "Pencapaian terbaik sejak sekolah ini dibuka pada 1975 adalah hasil kerja keras warga sekolah terutama para guru selain usaha gigih para pelajarnya untuk mencapai keputusan cemerlang," katanya. Bagi menghargai kejayaan para pelajar itu, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 di sekolah itu baru-baru ini yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Puchong, Arman Ali Roshid Ali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kursus sembelih halal BKUM Posted: Kursus sembelih halal BKUMKursus sembelih halal BKUM AHLI BKUM menunjukkan ayam sembelihan mereka pada Kursus Asas Penyembelihan dan Pemakanan Halal di ibu pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KURSUS. Seramai 80 orang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad menyertai Kursus Asas Penyembelihan dan Pemakanan Halal kali kedua di pekarangan Madrasah Al-Huda, Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kursus dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Badan Kebajikan Utusan Melayu (BKUM). Menurut Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor, kursus itu bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Utusan mengenai cara-cara penyembelihan halal menurut Islam dan perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa proses penyembelihan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Seminar pelajar Melayu untuk tingkatan enam Posted: Seminar pelajar Melayu untuk tingkatan enam Seminar pelajar Melayu untuk tingkatan enam SEBAHAGIAN daripada pelajar tingkatan enam yang menyertai seminar Pelajar Melayu dan Cabarannya di Dewan SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu baru-baru ini.
TIMBA ILMU. Seramai 350 pelajar tingkatan enam sekitar Kuala Terengganu menyertai seminar Pelajar Melayu Dan Cabarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah, Kuala Terengganu baru-baru ini. Seminar tersebut merupakan inisiatif Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Parlimen Kuala Terengganu dalam usaha untuk mendedahkan peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan kepada pelajar berkenaan. Selain dapat melakarkan hala tuju, sesi itu berupaya melonjakkan motivasi pelajar untuk meningkatkan usaha dan fokus kepada pelajar terlibat yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan