Kosmo Online Posted: 13 Apr 2011 07:48 AM PDT Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso Posted: Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso 13/04/2011 7:20pm KUALA LUMPUR — Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon hari ini menerima pampasan berupa Faedah Hilang Upaya Sementara dan Perubatan bernilai RM15,650 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Timbalan Pengarah Pejabat Perkeso Negeri Selangor, Zainal Ismail berkata jumlah pampasan itu meliputi bayaran ganti belanja untuk rawatan dan ubatan sepanjang beliau menerima rawatan di tiga hospital kerajaan sebelum ini. "Hairuman juga layak mendapat bantuan pemulihan daripada Perkeso dan peralatan yang berkaitan akan dibekalkan sejurus selepas pertubuhan ini menerima maklum balas daripada doktor pakar rehabilitasi yang merawatnya mengenai spesifikasi peralatan yang sesuai untuknya. "Perkeso juga akan menanggung segala kos perubatan dan pemulihan terkini beliau di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek pampasan berkenaan kepada Muhammad Hairuman di Unit Rehabilitasi HKL, di sini. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri Posted: 2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri 13/04/2011 7:17pm ALOR SETAR — Dua beradik berusia 12 dan 14 tahun melecur teruk ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat mengalami kemurungan di rumah mereka di Kampung Ruat, Yan, dekat sini pagi tadi. Akibat kejadian pada 7.30 pagi tadi, Amirul Hadi Zinol, 12, dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14, melecur di bahagian tangan dan kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini manakala bapa mereka dirawat di Hospital Yan kerana terbakar seluruh badan. Ibu mereka, Salmah Saad, 47, berkata ketika kejadian beliau keluar menghantar anak ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah mereka. Menurut beliau, kebiasaannya suaminya yang akan menghantar anak-anak ke sekolah namun pagi tadi beliau disuruh berbuat demikian kerana suaminya ingin membawa Amirul Hadi mengambil ubat di klinik kerana demam. "Semasa saya balik, saya lihat suami sudah terbaring atas tilam dan hampir keseluruhan badan terbakar. Badrul Amin dan Amirul Hadi sudah lari ke rumah nenek mereka di sebelah rumah kami untuk selamatkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak Posted: RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di SarawakRM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak 13/04/2011 6:29pm KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM5.6 juta bagi menguruskan 25 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Sarawak. Peruntukan itu adalah sebagai pelaburan sosial daripada kerajaan kepada masyarakat yang akan mendatangkan pulangan tinggi termasuk kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) selaras dengan konsep "kebajikan produktif" yang menjadi matlamat kerajaan, kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut kenyataan itu, program Pemerkasaan Ekonomi juga diberi penekanan sewajarnya di PDK dengan memberi tumpuan kepada OKU, remaja serta keluarga OKU untuk melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi dan penjanaan pendapatan. Sehingga Mac lepas, terdapat 428 PDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 18,943 OKU dan peluang pekerjaan kepada 2,142 petugas PDK. PDK diwujudkan oleh kementerian berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyediakan kemudahan, pemulihan dan pembangunan kepada golongan OKU serta rasa tanggungjawab keluarga dan masyarakat setempat dalam mendidik anak-anak OKU melalui program yang dijalankan di PDK. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 13 Apr 2011 07:25 AM PDT Peniaga maut, isteri parah kereta terbabas Posted: 13 Apr 2011 01:55 AM PDT GUA MUSANG: Seorang peniaga terbunuh manakala isterinya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, hari ini.
Sharpan Che Soh, 38, yang memandu kereta itu cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah, isteri mangsa, Yusdiawati Yusof, 30, kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM). Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Binjai Dua, Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan. Mayat Sharpan, yang dibedah siasat di HGM, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai Dua petang ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar perempuan hilang lepas sekolah Posted: 13 Apr 2011 01:24 AM PDT PUTRAJAYA: Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah pada petang Jumaat lepas untuk menghadiri kelas tidak pulang ke rumahnya di Presint 9 sehingga hari ini.
Ibunya Roslinda Karim, 46, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya, ketika beliau pulang ke rumah pada waktu rehat hari yang sama sebelum kembali ke tempat kerja di sebuah kementerian di sini pada pukul 2 petang. "Selepas Nur Atiqah tidak pulang ke rumah petang itu, saya hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah dan ke perhentian bas berhampiran untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan turut hilang," katanya di sini. Roslinda berkata, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri. Cubaan beliau menghubungi rakan Nur Atiqah yang dilaporkan hilang bersamanya juga gagal apabila telefon bimbit itu dijawab oleh invidividu tidak dikenali. Roslinda berkata tiada perselisihan faham berlaku antara Nur Atiqah dengan anggota keluarganya. "Anak saya berkulit hitam manis, tinggi 170cm, badan sederhana kurus, berambut pendek dan lurus berwarna perang. Saya merayu sesiapa yang menemuinya supaya menghubungi balai polis berhampiran," katanya yang membuat laporan polis pada Sabtu lepas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 13 Apr 2011 03:43 AM PDT Lubang menunggu mangsa Posted: Lubang menunggu mangsaLubang menunggu mangsa Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my
|
LUBANG di atas jambatan yang membahayakan penunggang motosikal dan pemandu kereta di Pulau Melaka, Melaka, semalam. – UTUSAN/AZLI AHAD
|
MELAKA 12 April – Beberapa pengguna jalan raya meluahkan rasa bimbang dengan kewujudan sebuah lubang di atas jambatan di Pulau Melaka di sini yang dikhuatiri boleh mengundang kemalangan. Lubang tersebut dikatakan sudah terbentuk sejak lebih dua bulan lalu dan sehingga kini ia masih terbiar tanpa sebarang papan tanda amaran seperti meletakkan kon dan sebagainya. Beberapa pengguna yang kerap melalui jalan tersebut berpendapat pihak bertanggungjawab perlu menutup lubang tersebut bagi mengelak daripada sebarang insiden kemalangan. Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan di laluan tersebut terutama kepada penunggang motosikal. Laluan tersebut digunakan oleh orang ramai khusus bagi mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Selat yang terletak tidak jauh dari situ. Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Firdaus Daud, 27, mendakwa, lubang seluas 0.5 meter itu boleh menyebabkan kemalangan serius khususnya kepada penunggang motosikal. "Memang lubang ini tidak dalam, tetapi ia cukup untuk membuatkan penunggang motosikal terhumban apabila terlanggar lubang berkenaan. "Apatah lagi, lubang ini terbentuk di atas jambatan, ia semakin membesar dari hari ke hari," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini. Seorang pekerja kedai makan berhampiran yang enggan dikenali berkata, lubang tersebut sudah lama dibiarkan tanpa sebarang tindakan pihak berkaitan untuk menutupnya. Membahayakan lagi keadaan katanya, kawasan jambatan itu sering menjadi tumpuan kaki pancing apabila banyak kenderaan melalui kawasan itu setiap hujung minggu di samping kehadiran pelancong. "Kalaupun tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu, lubang ini pasti akan menyebabkan kerosakan pada tayar kereta sekiranya melanggarnya," katanya. Justeru, dia berharap kepada pihak berkenaan supaya mengambil langkah segera menutup lubang itu dan tidak hanya bertindak selepas berlaku kejadian tidak diingini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Masalah tanah runtuh dibaik pulih segera Posted: Masalah tanah runtuh dibaik pulih segeraMasalah tanah runtuh dibaik pulih segera
|
MOHAMAD Hasan (bertopi) bersama sebahagian penduduk melawat tebing jalan yang runtuh di Taman College Height, Sikamat, Seremban, semalam.
|
SEREMBAN 12 April - Penduduk di sekitar Taman College Height, Sikamat dekat sini kini boleh menarik nafas lega ekoran masalah tanah runtuh membabitkan pembentungan jalan di taman berkenaan akan dibaik pulih dengan segera. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah mengeluarkan tender kepada kontraktor supaya pelaksanaan kerja pembaikan dapat dilakukan segera demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk. "Saya dimaklumkan bahawa kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas dan selepas saya melawat, tindakan segera perlu diambil kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lalu lintas di laluan ini. "Keduanya, jika kawasan ini tidak dibaiki dalam tempoh terdekat, saya rasa ia akan menjurus kepada runtuhan lebih besar dan ini sekali gus akan merugikan semua pihak terutamanya kerajaan negeri dari segi menampung kos membaik pulih," katanya selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini. Jelasnya, kakitangan bahagian teknikal MPS juga dimaklumkan telah melawat ke lokasi terbabit bagi mengenal pasti kerosakan sebenar dan anggaran kos pembaikan. Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, penduduk setempat juga telah menyuarakan cadangan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mencantas dahan pokok yang sudah berusia di sekitar kawasan berkenaan. "Saya juga menerima pandangan ketua kampung yang meminta pokok besar dan tinggi di sini perlu dicantas bukan ditebang. "Ini kerana bila berlakunya hujan atau angin kuat, pokok dan dahan yang sudah reput mampu mendatangkan bahaya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan bukan sahaja di jalan raya malah merbahaya jika ia menimpa rumah penduduk," katanya. Untuk itu, Mohamad menambah, pihaknya akan meminta MPS untuk menjalankan kerja mencantas ini dilakukan segera di taman berkenaan termasuk kawasan perumahan berhampiran. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jalan Sikamat, Bazid Abd. Hamid ketika ditemui di sini hari ini berkata, dia amat gembira di atas keprihatinan pihak PBT dan kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan rakyat. "Kehadiran Menteri Besar untuk melawat kawasan runtuhan ini nyata membuktikan dia amat prihatin dengan nasib penduduk walaupun kawasan ini merupakan kawasan pimpinan pembangkang," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Posted: Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahanMayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan ALOR GAJAH 12 April - Mayat seorang wanita ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel di kolam tadahan air Machap, Durian Tunggal di sini hari ini. Ketua Polis daerah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, mayat yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui seorang lelaki ketika ingin memancing di situ kira-kira pukul 1.40 petang. Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia antara 25 hingga 30 tahun itu dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung. "Keadaan mangsa ketika ditemui hanya memakai baju dan seluar dalam selain alat solek, baju dan seluarnya turut ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi. "Tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca kejadian," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Tambahnya, pada masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 atau balai polis berdekatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 13 Apr 2011 03:41 AM PDT RM2j atasi banjir di Alor Setar Posted: RM2j atasi banjir di Alor SetarRM2j atasi banjir di Alor Setar Oleh SAFINA RAMLI utusankedah@utusan.com.my ALOR SETAR 12 April – Kerajaan Pusat memperuntukkan RM2 juta untuk menaik taraf dan membina sistem pengairan bagi mengatasi banjir kilat di sekitar bandar raya ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung (gambar) berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf dan membina perparitan serta mengorek dan mendalamkan sungai di enam kawasan yang sudah dikenal pasti. "Kerja-kerja tersebut dijadual bermula tahun ini bagi mengatasi masalah banjir kilat di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini. "Ia merupakan projek kecil tebatan banjir Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk Parlimen Alor Setar," katanya di sini, baru-baru ini. Menurutnya, ia melibatkan enam projek tebatan banjir iaitu menaik taraf sistem perparitan di Taman Bayu dan Taman Uda di Jalan Sultanah yang melibatkan kos RM480,000 dan mengorek serta mendalam Sungai Tanjung Bendahara dengan kos RM300,000. Selain itu, menurutnya, sistem perparitan di Taman BB ke Sungai Pengkalan Kundor turut dinaik taraf dengan kos RM200,000. "Dua lagi projek ialah membina sistem perparitan di Alor Bakong serta Taman Lumba Kuda dan Taman Golf masing-masing bernilai RM400,000. "Satu lagi projek tebatan banjir ialah membina sistem perparitan Sungai Terus, Mergong," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupus Posted: 4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupus4 spesies ikan Tasik Temenggor bakal pupus GERIK 12 April - Empat spesies ikan air tawar di Tasik Temenggor kini berdepan ancaman kepupusan berikutan tangkapan berlebihan selain gangguan terhadap habitat semula jadinya. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran, empat spesies ikan tersebut ialah temoleh, kelah, tengalan dan hangus ekor. Sehubungan itu katanya, melalui kerjasama Lembaga Perikanan Malaysia, Pusat Penyelidikan Perikanan Glami Lemi Jelebu serta Belum Rainforest Resort, satu memorandum persefahaman (MoU) bakal ditandatangani bersama pihaknya bagi meningkatkan penyelidikan ke atas spesies tersebut. "Bagaimanapun sebagai langkah konservasi awal, sebanyak 2,000 ekor anak ikan temoleh dilepaskan untuk memulihara spesies akuatik tersebut yang semakin berkurang secara drastik," katanya. Beliau berkata demikian selepas program pelepasan anak ikan temoleh bersama 1,000 lagi anak ikan baung dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Enam Base Camp, Tasik Temenggor di sini, semalam. Turut hadir Pengurus Besar (Operasi) M.K.N. Group Sdn. Bhd., Wan Rashdi Wan Ibrahim yang mewakili Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar; Felo Kanan Pusat Kajian Kelestarian Global USM, Prof. Mashhor Mansor dan Ketua Daerah Perikanan Hulu Perak, Dzainudin Yaacob. Daniel berkata, anak-anak ikan temoleh yang dilepaskan itu merupakan hasil pembiakan induk yang dibawa dari Belum-Temenggor dan dibiakkan di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok di Jerantut. "Setelah ia membesar dalam habitat semula jadinya, kita mengharapkan anak-anak ikan ini akan terus membiak, sekali gus meningkatkan populasinya di seluruh kawasan Tasik Temenggor ini," katanya. Beliau menambah, usaha memulihara spesies ikan tersebut secara tidak langsung membantu peningkatan sumber protein kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak? Posted: Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak? Berapa lagi nyawa bakal melayang baru bertindak?
|
BEBERAPA penduduk melihat kawasan simpang empat yang tiada lampu isyarat di Permatang Bendahari, Penaga, Pulau Pinang, semalam.
|
KEPALA BATAS 12 April - Sampai bila kami perlu bersabar? Berapa lagi nyawa perlu melayang? Itu antara luahan penduduk Kampung Permatang Bendahari, di sini yang kesal apabila permintaan mereka supaya lampu isyarat dipasang di sebuah simpang empat di kampung tersebut terus dipandang sepi pihak berkuasa. Menurut mereka, laluan tersebut yang terkenal dengan julukan 'simpang maut' di kalangan penduduk, sudah meragut banyak nyawa sejak beberapa tahun lalu dan terbaru membabitkan sepasang suami isteri warga emas Sabtu lalu. Salah seorang penduduk, Wan Mohd. Termizi Wan Hamzah, 30, berkata, penduduk kampung itu dihantui kebimbangan seolah-olah hanya menunggu menjadi mangsa seterusnya selepas begitu banyak kemalangan yang berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat. ''Anda boleh tanya penduduk kampung, hampir setiap minggu ada saja kemalangan yang berlaku ekoran kedudukan simpang empat ini yang mengelirukan terutamanya kepada orang luar. ''Malah, akhbar sudah beberapa kali menyiarkan kemalangan atau rungutan penduduk mengenai perkara ini tetapi pihak berkuasa masih bersikap endah tak endah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini. Seorang peniaga, Azmi Mat Din, 44, pula memberitahu, perkara itu sudah diajukan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga hari ini lampu isyarat tidak dibina di persimpangan tersebut. Menurutnya, laluan berkenaan pada mulanya merupakan simpang tiga sebelum diubah kepada empat, berikutan aliran trafik yang semakin sibuk terutamanya bagi laluan berat yang sering berulang-alik dari sini ke Kuala Muda, Kedah. ''Kami berasa sangat pelik kerana melihat kepada kes-kes kemalangan yang berlaku, jelas ada keperluan mendesak supaya lampu isyarat dibina. Berapa lagi nyawa perlu melayang baru JKR hendak bertindak?" tegasnya. Pandangan itu disokong seorang lagi penduduk kampung tersebut, Abdullah Zainol, 35, yang pernah menyaksikan kemalangan di depan matanya sendiri beberapa bulan lalu. ''Saya harap jabatan berkenaan perlu ada rasa tanggungjawab, datang dan tengok sendiri keadaan laluan ini. Janganlah bersikap lepas tangan dengan memberi pelbagai alasan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 13 Apr 2011 03:40 AM PDT Kor Ming cetus kontroversi Posted: Kor Ming cetus kontroversiKor Ming cetus kontroversi Oleh HAMDEN RAMLI, ANI AWANG dan AMIZUL TUNIZAR utusanperak@utusan.com.my IPOH 12 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dari DAP, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 Perak hari ini. Beliau satu-satunya ADUN yang memakai pakaian long suit berwarna kelabu sedangkan ADUN lain memakai pakaian istiadat dan bersongkok. "Tindakan beliau itu jelas tidak menghormati Dewan. Sudahlah tidak memakai pakaian istiadat, pada masa sama tidak bersongkok," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib. Katanya, tindakan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah tidak menghormati kehadiran Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang merasmikan istiadat pembukaan DUN hari ini. Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, sebagai bekas Exco dan telah menjadi wakil rakyat sejak 1999, Kor Ming seharusnya tahu pakaian istiadat yang perlu dipakai pada hari perasmian adalah pakaian nombor satu. "Sepatutnya dia hormat kepada dewan kerana tuanku ada dalam dewan. Tapi hari ini saya nampak beliau pakai long suit, itu pun warna kelabu dan bukan warna hitam," katanya ketika ditemui di sini. Sementara itu, Kor Ming pada satu sidang akhbar di Wisma DAP negeri selepas itu, menegaskan, pakaian beliau seratus peratus mengikut Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Negeri Perak dan ia merupakan antara pakaian pilihan yang dibenarkan. "Tidak timbul soal saya tidak menghormati sidang DUN dan tuanku (Raja Dr. Nazrin). Jauh di sudut hati saya, saya sangat menghormati sidang DUN dan tuanku," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang Posted: Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbangIbu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang
|
Che Som Mustafa melihat gambar perkahwinan anaknya, allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali bersama isterinya, Suriani Shafie. Turut kelihatan kakak allahyarham, Aliza di Kampung Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.
|
KOTA BHARU 12 April - "Saya tidak sangka dia pergi begini. Sebelum ini saya pernah menghalang cita-citanya untuk menjadi juruterbang jet pejuang tetapi sudah takdir dia pergi ketika memandu helikopter". Demikian luahan ibu Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak, petang semalam. Che Som Mustafa, 68, berkata, anak keenam daripada 10 beradik itu telah menunjukkan minat dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil lagi. "Sebelum ini arwah pernah pergi temuduga untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang tetapi tidak berjaya kerana tidak bawa sijil asal keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada masa itu pun saya tidak bersetuju dengan tindakannya itu. "Anak saya menjadi juruterbang semasa bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kemudian berhenti dan menyertai sebuah syarikat penerbangan di Sarawak sebelum Sabah Air, dua tahun lalu," katanya di sini hari ini. Dalam kejadian itu, helikopter yang membawa pegawai Timbalan Perdana Menteri terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan. Mek Som berkata, arwah merupakan seorang pelajar terbaik sejak zaman persekolahan sehingga menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tambahnya, kali terakhir dia bertemu Sahaimi pada 15 Mac lalu apabila dia pulang bermalam di rumahnya selepas membawa penumpang daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Sultan Ismail Petra. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi Posted: Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - SaksiSahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi
|
Isteri kepada arwah Sahami Ghazali, Suriani Shafie bersama anak-anaknya sewaktu jenazah arwah Sahami Ghazali tiba di kediaman ibunya di Wakaf Mek Zainab, semalam.
|
SIBU 12 April - Juruterbang helikopter jenis Bell 206, Sahaimi Ghazali, 38, sempat mengucap dua kalimah syahadat setelah dikeluarkan oleh orang awam dengan mencepungnya dari bangkai pesawat yang terhempas di Dataran Sanyan di sini petang semalam. Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Sahaimi masih bernyawa ketika dikeluarkan dengan matanya terbuka memandang mata setiap empat orang yang berusaha menyelamatkannya dalam hujan lebat. "Kami menggunakan payung untuk mengelakkannya dibasahi hujan dan ketika itu kami melihat nametag bertulis 'Sahaimi' di bajunya, lalu meminta beliau beristigfar dan mengucap, beliau kemudian mengucap sebelum dibawa ke dalam ambulans. "Waktu itu, kami berempat bimbang takut-takut helikopter itu meletup kerana minyak kelihatan melimpah keluar tetapi mujurlah hujan lebat. Keadaan tubuh Sahaimi begitu menyayat hati dengan bahagian rusuk kanannya cedera parah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Sibu, semalam. Sementara itu, jenazah Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di Kota Bharu, malam ini. Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 13 Apr 2011 03:26 AM PDT Cubaan larikan kereta gagal Posted: 12 Apr 2011 01:22 PM PDT PETALING JAYA: Sikap prihatin seorang jiran yang menghubungi polis selepas curiga kehadiran tiga lelaki memasuki kawasan rumah jirannya berjaya menahan dua daripada mereka dalam kejadian di SS20, Damansara Utama, di sini, awal pagi semalam. Jiran berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 21, berkata ketika dia hendak menutup tingkap rumahnya sebelum tidur kira-kira jam 2.50 pagi, dia ternampak kelibat tiga lelaki mencurigakan berjalan dalam hujan menuju rumah jirannya. "Saya yakin lelaki terbabit ada niat untuk melakukan jenayah selepas melihat mereka memasuki rumah jiran saya dengan memanjat pagar," kata ketika ditemui. Beliau berkata, dia memerhati selama beberapa ketika sebelum menghubungi Balai Polis Damansara. "Saya menghubungi polis kira-kira jam 2.55 pagi dan lima minit kemudian, anggota polis tiba dengan empat kereta peronda dan memberkas dua daripada tiga lelaki terbabit," katanya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis menggagalkan cubaan dua lelaki berusia 20-an yang mahu mencuri sebuah Toyota Rush di dalam kawasan rumah manakala seorang lagi melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. "Seorang suspek ditahan ketika menyorok di tempat duduk belakang sebuah lagi kereta milik mangsa dan seorang suspek ditemui menyorok di dalam Honda Civic dipandu mereka yang turut dilaporkan hilang, di Jalan Tun Razak, semalam. "Polis turut menemui alat curi kenderaan seperti pemutar skru dan alat pecah rumah yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka." katanya yang ditemui di tempat kejadian selepas memberi sijil penghargaan kepada Man kerana berani tampil melaporkan kejadian jenayah itu hingga polis menahan suspek terbabit. Arjunaidi berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) kerana cubaan mencuri kenderaan. Sementara itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chu, 25, berkata ketika kejadian dia dan ahli keluarganya tidur nyenyak. "Saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada jiran yang mengatakan sepasukan polis ada di hadapan rumah. "Saya mengucapkan terima kasih kepada kepada jiran dan polis kerana bertindak pantas," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pukau, cabul gadis depan lif Posted: 12 Apr 2011 01:20 PM PDT AMPANG: Seorang lelaki mencabul seorang gadis selepas memukaunya, tengah hari kelmarin. Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya menyapa mangsa sebelum memukau dan merabanya selain meminta wang. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila lelaki terbabit menunggu mana-mana gadis di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, di sini. "Mangsa yang bekerja di tingkat atas pusat beli-belah itu keluar pejabatnya untuk makan tengah hari. Sebaik mangsa tiba di tingkat bawah, mangsa disapa lelaki terbabit yang berbadan gempal. "Lelaki itu menyapa mangsa konon dapat melihat tuah pada wajahnya. Seterusnya lelaki itu meminta tangan mangsa untuk ditilik," katanya.
Beliau berkata, selepas mangsa menyerahkan tangan kanannya, dia berasa seperti dipukau apabila membiarkan saja diperlakukan lelaki terbabit. "Lelaki itu meraba kemaluan dan payu dara mangsa selama beberapa minit. Selepas puas meraba, lelaki terbabit menyuruh mangsa naik ke pejabatnya semula dan mengambil wang tunai untuk diserahkan kepadanya," katanya. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 13 Apr 2011 03:25 AM PDT 30 kesalahan sepanjang kempen pilihan raya Sarawak: Polis Posted: 13 Apr 2011 03:12 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUCHING: Sebanyak 30 kesalahan termasuk 15 berkaitan tindakan mengoyak dan menconteng poster diterima pihak polis sepanjang tujuh hari kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 berlangsung. | Kenderaan terpakai, ubahsuai wajib jalani pemeriksaan PUSPAKOM Posted: 13 Apr 2011 03:12 AM PDT [unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Berkuatkuasa Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai, termasuk motorsikal, wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di PUSPAKOM bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram. | |
Berita Harian: Wilayah Posted: 13 Apr 2011 01:54 AM PDT Johor: Langgar syarat parol Posted: 12 Apr 2011 12:49 PM PDT Wilayah SEORANG bekas tahanan penjara yang mengikuti program parol menjalankan kerja di ladang ternakan lembu. 3 peratus terpaksa kembali jalani baki hukuman dalam penjara KLUANG: Peluang kembali ke pangkuan masyarakat lebih awal menerusi pelaksanaan sistem parol masih gagal dimanfaatkan kira-kira tiga peratus banduan yang dipilih menyertai program terbabit di seluruh negeri ini sejak 2008, apabila mereka dikesan melanggar syarat yang ditetapkan.
Kegagalan mematuhi syarat parol menyebabkan banduan terbabit terpaksa kembali menjalani baki hukuman dalam penjara, berbanding status sebagai Orang Diparol (ODP) yang membolehkan mereka hidup di kalangan masyarakat sambil melakukan pelbagai pekerjaan halal yang sesuai bagi menyara kehidupan. Sejak dilaksanakan mulai 2008, seramai 289 banduan dipilih sebagai ODP, tetapi kira-kira tiga peratus daripada mereka dikesan melanggar syarat parol seperti kegagalan ujian kencing kerana kembali terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta mematuhi arahan berada dalam rumah mengikut masa yang ditetapkan. Pengarah Parol Johor di Jabatan Penjara Malaysia, Raha Jawahir, berkata berdasarkan jumlah kecil banduan yang gagal mematuhi syarat parol ditetapkan, secara umumnya Johor adalah antara negeri yang berjaya dalam melaksanakan program itu.
"Setakat ini, 249 ODP berjaya menjalani tempoh parol seperti ditetapkan Lembaga Parol. Ketika ini, ada 21 ODP sedang menjalani program terbabit di seluruh negeri di bawah pemantauan lima Pejabat Parol Daerah.
"Secara umumnya, seramai 12 banduan menamatkan parol pada 2008, meningkat kepada 79 pada 2009 dan 146 orang pada tahun lalu. Sehingga 29 Mac tahun ini, seramai 12 orang ODP bebas sepenuhnya," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian di sini, semalam. Turut hadir Timbalannya, Murad Daud.
Parol antara lain bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani sebahagian daripada hukuman yang dijatuhi terhadapnya di luar penjara mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada sekumpulan pegawai yang dilantik Yang Di Pertuan Agong.
Raha berkata, antara syarat banduan yang layak dipertimbangkan menjalani parol adalah mereka yang dijatuhi hukuman lebih daripada setahun dan sudah menjalani sekurang-kurangnya separuh daripada hukuman di penjara melalui fasa pemulihan.
"Contohnya, banduan yang jika dikenakan hukuman penjara tiga tahun, layak menjalani perintah parol selama enam bulan sekiranya sudah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.
Raha berkata, pesalah kes jenayah berat seperti bunuh, rogol, culik, pengedaran dadah serta tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak layak mendapat peluang menyertai sistem parol yang dilaksanakan itu.
Beliau berkata, penyeliaan dan pemantauan ODP dilakukan Pegawai Parol Daerah yang berkaitan menerusi panggilan telefon, lawatan ke rumah dan tempat kerja secara mengejut pada bila-bila masa termasuk pada waktu malam.
"Malah, ODP juga boleh diarah menjalani ujian kencing terutama bagi pesalah dadah serta menjalani program pemulihan lanjutan yang ditetapkan selain dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama serta lain-lain agensi," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sentral: Sita motosikal Posted: 12 Apr 2011 12:47 PM PDT Wilayah PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong. Pemilik degil guna lif bawa kenderaan ke tingkat atas PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.
Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata operasi membabitkan 40 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP) DBKL selama dua jam mulai jam 12 tengah malam itu, dilakukan selepas beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik motosikal supaya tidak membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas. Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata tindakan sita itu untuk memindahkan halangan selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974). "Operasi itu juga dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik motosikal membawa kenderaan masing-masing menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas," katanya yang mengetuai operasi itu, malam kelmarin.
Kamal Idham berkata, motosikal yang disita akan dihantar ke Depoh Tunda Jinjang dan pemilik dikenakan bayaran kompaun RM155 merangkumi bayaran notis, upah simpan sehari dan upah tunda.
"Pemilik yang menuntut semula kenderaan harus membawa geran atau dokumen insurans.
"DBKL juga dalam perancangan mengadakan operasi ini secara berperingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku berikutan sikap tidak prihatin penduduk.
"Kami juga akan terus memantau PPR lain yang turut menghadapi masalah sama dan tindakan bakal diambil dalam masa terdekat ini," katanya.
Beliau berkata, DBKL memandang serius kedegilan pemilik motosikal yang membawa kenderaan masing-masing menggunakan lif sehingga kemudahan itu sering rosak kerana terlebih bebanan.
"Apabila lif rosak, banyak aduan kita terima, sama ada melalui borang aduan atau laman facebook Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Masalah ini juga akan menyukarkan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua," katanya.
Sementara itu, Ketua Inspektor JKP, Julia Thamby, berkata pemilik motosikal yang disita boleh mendapatkan maklumat berkenaan kenderaan mereka melalui Pejabat Kecil Perumahan di PPR itu atau dengan menghubungi talian 24 jam JKP 03-40267222. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 13 Apr 2011 01:44 AM PDT CMP2 lonjak pasaran modal Posted: CMP2 lonjak pasaran modalCMP2 lonjak pasaran modal Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD pengarang@utusan.com.my
|
Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama ketika merasmikan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN
|
KUALA LUMPUR 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal 2 (CMP2) iaitu satu strategi kerajaan bagi menyasarkan peningkatan pasaran modal negara hingga mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Perdana Menteri berkata, ini bermakna pada 2020 nanti, jumlah pasaran modal negara akan meningkat sekali ganda, malah dengan mengantarabangsakan angka tersebut, nilainya dijangka bertambah kepada RM5.8 trilion dalam tempoh sama. Menurutnya, pelaksanaan CMP2 meliputi usaha menggalakkan pembentukan modal, meningkatkan kecekapan dan kecairan perantaraan, peruntukan dana kepada kumpulan industri, memperluaskan pasaran bon, mengurangkan birokrasi, memperhebatkan sistem kewangan Islam serta menggalakkan transaksi berskala besar. "Salah satu keutamaan CMP2 adalah mengukuhkan peranan pasaran modal dengan menggalakkan pembentukan modal daripada peringkat permulaan kepada pembiayaan inovatif, projek baru dan teknologi hijau yang canggih. "Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk disalurkan kepada industri modal teroka dan ekuiti swasta melalui penggubalan peraturan kawal selia secara menyeluruh di samping menyediakan insentif serta sokongan kepada kumpulan sasar,'' katanya. Beliau menyampaikan ucaptama sempena majlis perasmian Invest Malaysia 2011 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar; Pengerusi Kumpulan Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menekankan peranan CMP2 dalam meningkatkan kecekapan serta kecairan perantaraan. Katanya, Malaysia amat bertuah kerana berada dalam kedudukan baik bagi membiayai keperluan pelaburannya melalui pengumpulan simpanan domestik yang besar. "Malah simpanan Malaysia yang tinggi dijangka memacu pertumbuhan pantas industri pengurusan pelaburan dengan aset di bawah pengurusan dijangka meningkat daripada RM377.4 bilion pada 2010 kepada RM1.6 trilion pada 2020,'' katanya lagi. Ujarnya, pertumbuhan kukuh dalam industri pengurusan aset merupakan satu ciri utama bagi negara yang dalam proses peralihan menjadi sebuah negara maju. "Sebagai gambaran keyakinan terhadap industri pengurusan pelaburan di Malaysia, kita jangka kadar penembusan industri unit amanah akan meningkat dari 18 peratus pada 2010 kepada 34 peratus pada 2020 dan tahap ini biasanya dikaitkan dengan negara maju. "Seterusnya, ia akan meningkatkan lagi penghasilan aset yang menjana pendapatan bagi memenuhi keperluan institusi pelabur tempatan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ameng dijel 8 tahun, 10 sebatan Posted: Ameng dijel 8 tahun, 10 sebatanAmeng dijel 8 tahun, 10 sebatan Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my
|
Sabariah Zakaria (dua dari kanan) bebas dari pertuduhan sementara Ameng dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan atas tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.
|
MELAKA 12 April - Angkara dadah, vokalis kumpulan Spring, Ameng hari ini dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah dan satu pertuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya, Februari lalu. Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abu Bakar Katar turut memerintahkan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun. Isteri Ameng, Sabariah Zakaria, 41, yang didakwa bersamanya atas dua tuduhan memiliki dadah bagaimanapun dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan itu terhadap wanita tersebut. Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali atas kesalahan memiliki kanabis seberat 105.9 gram di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada pukul 5.20 petang, 1 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali. Ameng turut dihukum penjara dua tahun bagi pertuduhan pindaan kedua iaitu memiliki 0.22 gram syabu pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta tersebut yang dibaca Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Bagi tuduhan ketiga, penyanyi yang popular dengan lagu 'Sampai Hati' itu dihukum penjara setahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun setelah dia mengaku memasukkan dadah jenis methamphetamine (syabu) ke dalam badannya. Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b) akta tersebut yang dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, didakwa dilakukannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 6 petang, 1 Februari lalu. Abu Bakar memerintahkan ketiga-tiga hukuman tersebut berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada hari kejadian. Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel itu telah menjumpai sebuah beg hitam yang mengandungi bungkusan plastik warna biru lutsinar berisi ketulan daun mampat dipercayai ganja, di bawah sebuah sofa. Semasa serbuan itu, Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu manakala isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipercayai anak mereka, turut berada di dalam bilik tersebut. Terdahulu, peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakilinya meminta mahkamah meringankan hukuman dengan alasan tertuduh menanggung tiga anak dan seorang ibu yang sakit selain menyesal atas segala perbuatannya serta berjanji tidak mengulangi kesalahan itu. Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya kerana artis itu dikenali ramai dan mempunyai banyak peminat terutama dalam kalangan remaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bekas pengurus katering bebas tuduhan bunuh Posted: Bekas pengurus katering bebas tuduhan bunuhBekas pengurus katering bebas tuduhan bunuh SHAH ALAM 12 April - Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu. Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama 'Yayok' itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh. Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar. Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas. ''Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati. ''Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,'' kata Hakim Mohtarudin. Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009. Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai. Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang. Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat. Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 13 Apr 2011 01:40 AM PDT 74 kes pencerobohan taman laut Posted: 74 kes pencerobohan taman laut 74 kes pencerobohan taman laut
|
Kaharudin Momin (dua dari kanan) menyerahkan sijil kerjasama kepada Sukarno Wagiman (dua dari kiri) sambil diperhatikan Aziyah Mohamed (tengah) di Pulau Redang, baru-baru ini.
|
SETIU 12 April - Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) akan meningkatkan pemantauan di seluruh perairan yang berdekatan taman laut terutamanya di Pahang yang mencatatkan kes pencerobohan tertinggi sejak dua tahun lalu. Ketua Pengarahnya, Dr. Sukarno Wagiman berkata, daripada 74 kes yang dikesan di seluruh perairan negara pada 2009, sebanyak 29 kes berlaku di negeri itu. "Bagaimanapun pemantauan agresif JTLM bukan sahaja berjaya menurunkan kadar kes pencerobohan di perairan itu malah turut memberi kesan di seluruh negara apabila dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini hanya 12 kes dikesan berbanding 20 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Daripada jumlah itu, pencerobohan taman laut di perairan Kedah dikesan paling banyak berlaku iaitu lima kes dan semakin berkurangan di perairan Terengganu dan Pahang," katanya pada majlis penutup Kem Pendidikan Marin anjuran JTLM dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia di Taman Laut Pulau Redang, Kuala Terengganu di sini kelmarin. Kem yang dianjurkan selama tiga hari melibatkan kira-kira 100 peserta daripada Unit Pengakap Laut itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, Datuk Aziyah Mohamed. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin. Dalam pada itu, Sukarno berkata, JTLM melatih 100 penyelam untuk mengawasi aktiviti pengunjung agar mereka tidak merosakkan batu karang. Sebelum ini, katanya, JTLM menggunakan pendekatan penguatkuasaan secara makro iaitu kesalahan umum seperti menangkap ikan atau melabuhkan sauh di atas terumbu karang. "Tahun ini, JTLM melaksanakan penguatkuasaan secara mikro iaitu memantau kesalahan yang dilakukan oleh pengunjung yang memijak atau mematahkan karang ketika aktiviti snorkeling dan menyelam. "Bagaimanapun untuk peringkat awal ini, kita menasihati terlebih dahulu pesalah terlibat dan jika masih melakukannya, tindakan tegas akan diambil. "Kita juga melakukan pemeriksaan di jeti bagi mengelakkan penyeludupan batu karang," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sasar 100,000 Rakan Cop di Kelantan Posted: Sasar 100,000 Rakan Cop di KelantanSasar 100,000 Rakan Cop di Kelantan PASIR PUTEH 12 April - Polis Kelantan menyasarkan lebih 100,000 penduduk negeri ini menganggotai Rakan Cop bagi membantu polis mencegah dan mengurangkan pelbagai kegiatan jenayah di Kelantan. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (gambar) berkata, setakat ini seramai 15,700 penduduk negeri ini sudah mendaftar sebagai Rakan Cop. "Kita mahu mengurangkan kadar jenayah terutama membabitkan kes ragut, samun bersenjata, pecah rumah, curi motosikal, curi kabel telekom dan terkini kecurian getah beku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Polis Bersama Masyarakat Mencegah Jenayah di Kampung Bendang, di sini hari ini. Lebih 300 penduduk kampung, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Supritendan Mohd Kamal Zainal, menyertai majlis berkenaan. Mazlan berkata, walaupun kadar jenayah pada keseluruhannya semakin menurun terdapat kes jenayah jalanan seperti samun dan ragut masih meningkat dan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat terutama menerusi talian khas Rakan Cop sangat diperlukan. "Bagi membendung kegiatan itu pihak polis bekerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti anggota Rela dan anggota Rukun Tetangga (RT) dalam operasi pencegahan pada masa akan datang. "Berbanding sebelum ini ia hanya membabitkan anggota polis sahaja," katanya. Beliau bagaimanapun memberi peringatan tegas kepada penduduk kampung yang berjaya memberkas penjenayah supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mendera sehingga membawa kecederaan dan kematian suspek. "Ia bukan sahaja menggagalkan sistem keadilan dan penyiasatan polis tetapi boleh menampilkan suatu kes lain sebagaimana kes di Rantau Panjang di mana seorang suspek didera sehingga mati pada awal tahun ini yang boleh membawa akibat buruk pula kepada mereka bertindak sedemikian," katanya. Tambahnya, orang awam sepatutnya tidak bertindak di luar batas perundangan dengan menyerahkan penjenayah kepada polis bersama bahan bukti untuk diambil tindakan yang sewajarnya tanpa mencederakannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rumah bakal pengantin terbakar Posted: Rumah bakal pengantin terbakarRumah bakal pengantin terbakar
|
Noor Akma Edayu Othman melihat barangan perkahwinannya yang terbakar di Kampung Mengabang Tengah Masjid, Kuala Terengganu, semalam.
|
KUALA TERENGGANU 12 April - Seorang gadis, Noor Akma Edayu Othman, 26, hanya membilang hari untuk bergelar isteri dan majlis pernikahannya dijadual berlangsung 22 April ini di rumah keluarganya di Kampung Mengabang Tengah Masjid, Batu Buruk di sini. Namun malang datang bertimpa apabila rumahnya musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi 4 April lalu hingga menyebabkan Noor Akma Edayu bersama enam ahli keluarganya tinggal sehelai sepinggang. Berikutan tragedi itu, segala persiapan perkahwinan termasuk semua barang hantaran bernilai RM10,000 musnah dan mereka kini terpaksa tinggal menumpang di rumah jiran. Lebih sedih lagi, bakal pengantin itu turut kehilangan bapa tersayang, Othman Said, 56, yang meninggal dunia di rumah jirannya kira-kira pukul 4 petang semalam akibat kanser paru-paru yang dihidapinya sekian lama. Noor Akma Edayu, anak ketiga daripada lima beradik ketika ditemui berkata, walaupun amat hiba dengan dua ujian yang menimpanya itu, dia tetap reda dengan ketentuan Ilahi malah percaya ada hikmah di sebaliknya. Kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di bawah Skim Latihan Graduan (SLG) itu mengakui terkilan kerana arwah bapanya tidak sempat menyaksikan majlis perkahwinannya yang ditetapkan pada 22 April ini. "Malah semalam, arwah bapa minta saya supaya segerakan majlis perkahwinan hari ini juga, seolah-olah macam dia dah tahu dia akan 'pergi' tinggalkan kami. "Hanya beberapa jam selepas dia cakap begitu, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4 petang semalam," katanya ketika ditemui di Kampung Mengabang Tengah Masjid, di sini hari ini. Menurutnya, bapanya, seorang pengawal keselamatan di bengkel Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Chendering mula dikesan menghidap kanser paru-paru sejak setahun lalu dan ia semakin serius dua hingga tiga bulan kebelakangan ini. Katanya, majlis pernikahan dengan tunangnya, Mohd. Radhi Harun, 26, dari Kampung Losong di sini tetap akan diteruskan pada 22 April ini di rumah jirannya itu dengan segala persiapan dibuat termasuk mengedarkan kad jemputan. Kata Noor Akma Edayu, dia dan seluruh keluarganya mengucapkan setinggi terima kasih kepada jirannya itu atas kesudian menerima mereka menumpang teduh, sementara menunggu kediaman baru dibina atas bantuan kerajaan negeri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 13 Apr 2011 01:29 AM PDT NGO: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kekayaan Taib, keluarga Posted: 12 Apr 2011 10:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 April — Tinggal tiga hari menjelang pengundian pilihan raya negeri Sarawak, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Putrajaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat aset Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, dipercayai memiliki kekayaan "luar biasa." Pada satu sidang media di sini, gabungan 42 NGO mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan kerana tidak mungkin Taib, seorang kakitangan kerajaan mampu memiliki aset yang begitu banyak sedangkan rakyat Sarawak miskin dan tidak dibela. "Kami hari ini mendesak kerajaan agar dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat aset Taib dan keluarga kerana tidak mungkin seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki harta begitu banyak. "Aset Taib (dan keluarga) yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit ini adalah tidak logik, bagaimana Taib boleh mengumpul harta yang begitu banyak sedangkan beliau hanya ketua menteri yang juga kakitangan kerajaan," kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong. Jelas beliau, pihaknya mempunyai bukti bahawa aset Taib diperoleh melalui salah guna kuasa dan rasuah termasuk ada kaitan dengan syarikat-syarikat dalam dan luar negara yang tidak diketahui. "Sebahagian daripada syarikat di Malaysia dimiliki keluarga Taib dan ada syarikat di luar negara juga yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib tapi kita tidak tahu jumlah sebenarnya. Kata beliau syarikat yang ada kaitan dengan keluarga Taib adalah Achi Jaya Holding Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, Naim Holding Berhad, Kumpulan Sanyan, Syarikat Aluminium Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Kumpulan Ta Ann, Tatanium Management Sdn Bhd dan UBG Berhad. "Ini hanya di Malaysia," katanya. Kata beliau, yang di luar negara pula Adelaide Ottawa Corporation (Kanada), City Gate International Corporation (Kanada), Glowell Development Corporation (Kanada), Ridgeford Properties (Britain), Geneid Holding Pty Ltd (Australia) dan Valentine on George Pty Ltd (Australia). Menurut Kua, keluarga Taib juga turut mempunyai kaitan dengan beberapa syarikat di Hong Kong dan Amerika Syarikat. "Suruhanjaya diraja ini perlu ditubuhkan untuk menyiasat jumlah aset yang dimiliki Taib dan keluarga. "Semua aset ini perlu disiasat dan didedahkan, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki kekayaan yang begitu banyak? Apa yang beliau telah lakukan sedangkan ramai rakyat Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan papa," katanya. NGO yang menyertai gabungan ini ialah Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam), Amnesty International Malaysia, Bersih 2.0, Bruno Manser Funds, Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, Inisiatif Pembangunan Kanak-kanak (CCID), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), Gabungan Urus Tadbir Pulau Pinang, Badan Bertindak Jaringan Komuniti (CAN), Warga Kota Damansara (FoKD) dan Kumpulan Rakyat Prihatin. Lain-lain ialah Inisiatif Ekuiti Kesihatan (HEI), Ikatan Hak Rakyat, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Johor Tamizhar Sangam, Persatuan Pengguna Klang, Lawyer of Liberty, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (DEMA), Persatuan Dravidian Malaysia, Persatuan Perniagaan India Malaysia dan Persatuan Pembangunan dan Uniti Masyarakat India Malaysia. Turut bersama Pusat Pembangunan dan Kajian Manusia Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Persatuan Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang, Persatuan Alumni Chung Ling Pulau Pinang, Organisasi Perkhidmatan Awam, Persahabatan Semparuthi, Persatuan Kemajuan Pendidikan Malaysia, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan Persatuan Prihatian Belia Malaysia. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Sembang-sembang Forum, Sem Kiong Angin, Woman Aid Organisation (WOA), Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang dan Pakatan Penulis Media Bebas (WAMI) juga menyertai gabungan NGO ini. "Sebenarnya isu-isu yang kita bangkitkan ini bukan isu lama, kita sudah bawa sejak dari dulu lagi cuma ia tidak disebarkan melalui media. "Sebagai contoh isu balak haram, kita dah bangkitkan sejak dari 1980 tapi sehingga kini tiada apa yang berlaku, siapa yang dapat hasil pun kita tidak tahu, syarikat mana pun kita tidak tahu. Begitu juga dengan empangan Bakun sehingga sekarang walaupun ada bantahan, ia diteruskan," kata Pengarah Eksekutif KOMAS Tan Jo Hann. Tambah beliau, terlalu banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan Taib, namun tiada tindakan diambil sehingga beliau mampu bertahan selama 30 tahun sebagai ketua menteri. "Banyak perkara yang berlaku (dalam pentadbiran Sarawak) dan kita tidak hanya sasarkan kepada Taib sahaja, cuma apa yang kita boleh katakan, pemimpin yang korupsi seperti beliau bagaimana masih boleh bertahan sehingga kini? "Sebab itu kita mahu beliau disiasat, apa penyelewengan dan rasuah yang berlaku... berapa banyak? Siapa terlibat?" soalnya. Bulan lalu, Transparency-International Malaysia (TI-M) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat dakwaan rasuah yang melibatkan Taib. Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang. Kata Kua, rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kebajikan seperti yang dilakukan sesebuah kerajaan lain. "Rakyat Sarawak berhak untuk mendapatkan hak mereka, mereka juga berhak untuk mendapatkan pembangunan dan kemudahan. "Sekarang sudah tiba masa bagi rakyat Sarawak untuk menentukan sendiri masa depan mereka yang telah dianugerahkan dengan alam semula jadi dan sumber alam, kini sudah tiba masa rakyat Sarawak bangkit untuk menyelamatkan diri mereka dan juga negeri," katanya merujuk kepada pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Sementara itu, Jawatankuasa Komuniti Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pilihan raya Sarawak perlu diadakan dengan telus dan bersih. "Kita negara demokrasi tapi tidak amalkan demokrasi, jadi pada pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum amalan demokrasi ini perlu diterjemahkan. "Jangan hanya sebelah pihak mendapat kebebasan untuk bersuara tetapi pihak satu lagi tidak boleh," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Hujah kes liwat Anwar 25 April, ditangguh seminggu Posted: 12 Apr 2011 09:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 25 April sebagai tarikh baru bagi pendakwa dan pembela mengemukakan hujah penggulungan masing-masing dalam kes liwat melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akhir bulan lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh penghulungan selepas pasukan pendakwaan menutup kes mereka. Timbalan Pendaftar Pengurus Mahkamah Tinggi Halilah Suboh dalam surat kepada peguam Anwar berkata, permohonan penangguhan telah dibenarkan oleh Mohamad Zabidin. "Tarikh 18 April adalah dilapangkan. Tarikh hujahan baru ditetapkan pada 25 April," kata Halilah dalam suratnya yang diedarkan kepada media hari ini. Pasukan peguam Anwar membuat permohonan itu 5 April lalu. Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari, bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 13 Apr 2011 12:01 AM PDT Inisiatif banteras rasuah positif Posted: 12 Apr 2011 02:43 PM PDT Nasional Malaysia di landasan betul pastikan tekad Pelan Integriti Nasional dicapai KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif komprehensif dan bersepadu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menaik taraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan lembaga penasihat, panel dan jawatankuasa untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM supaya wujud ketelusan serta kebebasan dalam usaha memerangi rasuah selaras dengan tekad Pelan Integriti Nasional. Selain itu, beliau berkata, 'Integrity Pact' diperkenalkan dalam sistem perolehan kerajaan serta e-perolehan untuk mewujudkan ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak kerajaan. Di samping itu, katanya, kerajaan juga menubuhkan Unit Pematuhan di setiap agensi kerajaan yang berisiko, mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah, menerima pakai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah; menggubal Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perlindungan Saksi, Akta Pengubahan Wang Haram dan Akta Bantuan Bersama Dalam Hal Jenayah dan menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai tumpuan utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Dengan melaksanakan pelbagai inisiatif ini, kita meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara kita.
"Dengan memperkukuhkan institusi penguatkuasaan antirasuah, mewujudkan mekanisme undang-undang bersepadu dalam menangani jenayah rasuah dan menubuhkan mekanisme pemantauan di agensi kerajaan, kita berkeyakinan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan dapat diperangi secara habis-habisan di negara kita.
"Ini tentu sekali akan meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan negara kita untuk bebas daripada amalan rasuah," katanya pada majlis perasmian penutup Pertandingan Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru Piala Menteri Pelajaran 2011 di sini, semalam.
Pada pertandingan itu, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Paizal Sanek muncul sebagai johan, manakala tempat kedua dimenangi Mohd Shafiq Aiman Mat Nor (IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan) dan tempat ketiga, Fatimah Azzahra Mohamed Sharif (IPG Kampus Ipoh, Perak).
Dalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata, peranan warga pendidik yang lebih berkesan dapat membantu memantap pembudayaan integriti di kalangan generasi masa depan negara menerusi proses pendidikan dengan menerap nilai moral dan etika yang luhur dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka.
Beliau berkata, golongan pendidik sebenarnya memikul peranan strategik dalam mencapai matlamat utama pendidikan negara untuk melahirkan insan berpengetahuan dan berakhlak mulia.
"Andai kata semua nilai moral dan etika murni dapat diterapkan dalam proses pendidikan, saya berkeyakinan matlamat kerajaan untuk membentuk negara dan masyarakat maju berintegriti dapat dicapai," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Operasi 3B bongkar kes rasuah Posted: 12 Apr 2011 02:42 PM PDT Nasional ABU KASSIM (tiga dari kanan) bersama Omar (dua dari kanan) serta Ibrahim (dua dari kiri) pada perjumpaan di Putrajaya, semalam. SPRM bantu KDRM tingkat integriti kakitanganPUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kes salah laku, penyelewengan dan rasuah pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menerusi Operasi 3B mendapati KDRM juga tertipu dalam kes terbabit berikutan hanya segelintir kakitangannya terbabit dalam gejala itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata faktor itu antara sebab pihaknya menubuhkan pasukan bertindak dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain KDRM sendiri bagi operasi terbabit. "Menyusuli operasi ini, kita akan adakan siri perbincangan meja bulat dengan KDRM bagi mencari jalan membantu mereka kemas kini kutipan cukai dan meningkatkan integriti kakitangannya kerana kita dapati jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi dan mereka ini dapat membersihkan KDRM," katanya pada sidang media di sini semalam. Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Iskandar Jaafar dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad. Abu Kassim berkata, Operasi 3B mengambil sempena RM3 bilion yang disasar dapat dikutip daripada operasi terbabit, yang hilang akibat penipuan pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai pihak dan menegaskan KDRM hanya satu daripadanya. Beliau berkata, orang ramai keliru dengan jumlah RM108 bilion yang dikaitkan akhbar tertentu dengan siasatan terhadap KDRM dan menjelaskan ia sebenarnya anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan. Katanya, laporan media mengatakan wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lalu juga tidak tepat kerana ia sebenarnya bermaksud menunjukkan wang ditemui di beberapa lokasi berlainan. Sementara itu, Iskandar berkata, usaha perlu dipergiat bagi memartabatkan integriti, bukan saja di KDRM, sebaliknya seluruh perkhidmatan awam dan diharap kita dapat bersama menangani isu yang menjadi buah mulut masyarakat. Omar pula berkata, CUEPACS meminta Abu Kassim meneruskan khidmatnya bagi mencapai matlamat semua agensi di negara ini cemerlang dan tinggi integritinya. Ibrahim pula menyifatkan pertemuan dengan SPRM itu memberi peluang kakitangan KDRM membersihkan nama dan mahu agensi pencegahan rasuah dilihat sebagai rakan baik KDRM dan bukannya ditakuti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 12 Apr 2011 11:37 PM PDT Sindiket tipu kad kredit tumpas, 13 ditahan Posted: Sindiket tipu kad kredit tumpas, 13 ditahanSindiket tipu kad kredit tumpas, 13 ditahan
|
Ammar Singh Ishar Singh menunjukkan kad kredit palsu yang dirampas di Cheras, semalam. - UTUSAN/Baizura Ramli
|
KUALA LUMPUR 12 April - Polis menumpaskan sindiket penipuan kad kredit melibatkan kerugian mencecah RM1 juta setelah menahan 13 ahli sindiket termasuk tujuh daripadanya posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dalam operasi bermula 1 April hingga Sabtu lalu. Sindiket yang dikesan beroperasi sejak 2009 terbongkar apabila seorang wanita membuat satu laporan kerana surat mengandungi kad kreditnya cuba dicuri seorang lelaki tidak dikenali di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras, pada 1 April lalu. Mangsa sebelum itu telah dihubungi pihak pejabat pos terbabit yang curiga dengan tindakan seorang lelaki menggunakan kad pengenalan palsu atas namanya untuk menuntut surat tersebut. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ammar Singh Ishar Singh berkata, suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu berjaya diberkas di pejabat pos tersebut sejurus maklumat diterima. Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis menjumpai 10 keping kad kredit daripada pelbagai bank yang dipercayai palsu. "Kejayaan itu membawa kepada penahanan 12 lagi suspek termasuk tiga wanita berusia 25 hingga 40 tahun di sekitar Lembah Klang. "Polis turut merampas 11 sampul surat mengandungi kad kredit yang telah dipintas, sebuah kereta Toyota Alphard dan 19 telefon bimbit pelbagai jenama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini. Ammar Singh memberitahu, modus operandi sindiket itu menggunakan posmen bagi mencuri kad kredit dikirim oleh pihak bank kepada penerima. "Mereka mengambil cip kad kredit asal itu dan dilekatkan pada kad kredit palsu. Cip palsu pula dilekatkan pada kad kredit asal sebelum dikirim semula ke alamat pemilik. "Upah RM50 sehingga RM100 diberi kepada posmen itu bagi setiap cip kad kredit yang berjaya dipintas," katanya lagi. Menurutnya, pihak sindiket pula akan mendapat maklumat nama ibu pemilik asal daripada pegawai JPN, iaitu kata laluan dikenakan pihak bank untuk mengaktifkan cip kad kredit itu. "Sebanyak 11 kertas siasatan dibuka hasil aduan pihak bank dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya sambil memberitahu polis sedang bekerjasama dengan pihak bank supaya kejadian seperti ini tidak berulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jenayah rasuah akan diperangi habis-habisan Posted: Jenayah rasuah akan diperangi habis-habisanJenayah rasuah akan diperangi habis-habisan KUALA LUMPUR 12 April - Kerajaan cukup yakin bahawa jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini mampu diperangi habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada pelbagai usaha yang sudah dan bakal dilaksanakan kerajaan bagi menangani jenayah tersebut di segenap peringkat dalam pelbagai sektor sama ada awam mahu pun swasta. Katanya, antara langkah yang telah dilaksanakan adalah menubuhkan Unit Pematuhan; mewujudkan pangkalan data pesalah rasuah; mewujudkan Akta Perlindungan Saksi serta menyenarai usaha memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). "Segala inisiatif ini telah meletakkan Malaysia pada landasan yang betul dalam usaha kita untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa. "Ini tentu sekali akan meningkatkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia untuk bebas daripada amalan rasuah," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup pertandingan pidato Piala Menteri Pelajaran antara Institut Pendidikan Guru (IPG) anjuran Institut Integriti Malaysia, di sini hari ini. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh. Pada majlis itu, penuntut dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Faizal Sanek muncul johan dan sekali gus, membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil serta piala. Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan tidak akan membawa kejayaan seperti diharapkan jika, tidak mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Oleh itu jelas beliau, gerakan bagi memantapkan pembudayaan integriti perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan terancang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan atas dalam setiap sektor di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 12 Apr 2011 11:34 PM PDT Homestay di tanah tinggi Posted: Homestay di tanah tinggiHomestay di tanah tinggi Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
KEDINGINAN pagi di Kampung Taman Sedia yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands pasti membuatkan sesiapa sahaja sukar untuk meninggalkan tempat tidur. Meskipun tubuh sudah dibaluti beberapa lapisan selimut tebal, namun ia masih tidak cukup untuk memanaskan tubuh yang kesejukan. Penulis sendiri teragak-agak sewaktu mahu membersihkan diri sejurus bangun pada pukul 6 pagi untuk menunaikan solat Subuh. Kulit terasa beku tatkala air paip mengalir pada wajah ketika itu. Walaupun menggunakan pemanas air, namun ia tidak mampu menghilangkan kedinginan pagi. Dengan suhu di antara 14 hingga 23 darjah Celcius, Cameron Highlands menawarkan pengalaman mandi pagi yang luar biasa terutama bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke tanah tinggi itu. Perkara itu diakui oleh penduduk jati Kampung Taman Sedia, Siti Marina Bujang, 65, yang bermastautin di perkampungan itu sejak lima dekad lalu. "Kalau nak tahu dahulu lagi sejuk. Sekarang suhu di Cameron Highlands sudah meningkat berbanding dua dekad lalu. Macam mana mandi tadi? Seronok tak?" aju wanita bertubuh kurus berkaca mata itu. Beliau merupakan pemilik Marina Chalet. Sambil tersenyum, dia pantas menyambung bicara: "Tak apalah, jemput masuk ke rumah mak cik. Nanti mak cik buatkan teh Cameron ya. Sejuk-sejuk macam ni memang sedap menghirup teh panas." Pelawaan mak cik Marina diterima dengan hati terbuka. Sambil menuang air teh panas ke dalam cawan, mulut mak cik Marina lancar menerangkan tentang sejarah homestay di kampung tersebut yang diasaskan sejak tahun 1989. "Sebenarnya mak ciklah orang pertama yang menyediakan perkhidmatan homestay di Kampung Taman Sedia. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Suami mak cik merupakan penghulu Cameron Highlands. Jadi, rumah kami sering menjadi tumpuan jika ada yang mahu meminta pertolongan. "Kebetulan kalau ada pemandu teksi berketurunan Cina yang membawa penumpang ke Tanah Rata, Brinchang dan sebagainya mereka membawa isteri bersama. Kemudian mereka akan menumpang tidur di rumah kami. Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tetamu yang bermalam di sini. "Dari situlah timbulnya idea untuk mewujudkan penginapan yang lebih selesa untuk sesiapa yang berminat," terang Marina yang merupakan adik kepada pelakon veteran, Kuswadinata. Selepas mengeluarkan kos untuk menyiapkan tiga buah bilik yang dilengkapi katil, Marina berjaya mendapat pelanggan untuk rumah penginapannya. Mereka terdiri daripada sekumpulan 40 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menginap selama dua hari di rumahnya. "Alhamdulillah, dapatlah mak cik RM250 pada peringkat permulaannya. Rentetan daripada itulah terdetik di hati mak cik untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan," katanya yang mendapat promosi dari mulut ke mulut. Daripada tiga buah bilik, homestay Marina Chalet kini semakin berkembang. Kini, calet itu mempunyai lebih sepuluh buah bilik pelbagai saiz untuk didiami. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM80 hingga RM300. Tempahan menggalakkan HOMESTAY Kampung Taman Sedia berjaya menarik ramai pelancong ke Cameron Highlands sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.
Kejayaan Marina juga kemudian menjadi inspirasi kepada penduduk kampung untuk turut serta dalam menawarkan kemudahan homestay kepada pelancong yang datang ke Cameron Highlands. Salah satu daripadanya adalah Ros Chalet yang terletak bersebelahan Tadika Islam Kampung Taman Sedia. Pemiliknya, Rosnah Abdul Latif, 45, yang mengusahakan calet tersebut bersama suami, Mohd. Zulkifli Daud, 47, memberitahu, dia membuka calet itu pada tahun 2007. "Selepas melihat ramai penduduk yang mengambil inisiatif membuka calet, suami saya terus memberi idea. "Setahun kemudian, barulah Ros Chalet beroperasi sepenuhnya dan menerima tempahan yang sangat menggalakkan terutama daripada pelajar dan syarikat produksi," kata ibu kepada lima cahaya mata itu. Selain penginapan calet, Rosnah juga mempunyai dua buah kebun strawberi yang terletak di hadapan dan bersebelahan caletnya. Di kebun itu, pelanggan boleh memetik strawberi pada harga yang sangat berpatutan. Wanita yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu turut mengusahakan sebuah kedai cenderamata yang menjual pelbagai produk berasaskan strawberi, kemeja-T, madu lebah dan teh Cameron Highlands. Ahmad Zaidi, 23, adik kepada Rosnah, yang baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Tanjung Malim turut membantunya menguruskan kedai tersebut. "Seronok apabila dapat melayan pelanggan. Biasanya pada hujung minggu atau cuti sekolah, kehadiran tetamu luar memeriahkan lagi kampung ini," tutur Ahmad Zaidi. Menetap di kampung itu sejak dua dekad lalu, Rosnah mengakui ketenangan dan kedinginan di kampung itu sudah sebati dalam dirinya. Apa yang pasti, Kampung Taman Sedia adalah sebuah penempatan orang Melayu pertama di Cameron Highlands. Ia mula dibuka oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1959 secara bergotongroyong. Penempatan itu seterusnya dimajukan sebagai sebuah kampung oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) pada tahun 1969. Terdapat sebanyak 48 lot tanah dengan anggaran sebanyak 0.101 hektar bagi setiap lot. Secara umumnya, kampung ini mempunyai keluasan 10.5 hektar dan dikelilingi hutan. Terdapat kira-kira 50 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 236 orang. Berbicara tentang sejarah kampung itu, Idris Osman, 76, tidak lokek berkongsi cerita memandangkan dia merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia. Taman Pari-pari ROSNAH (kiri) dan suami, Zulkifli di depan kedai mereka yang menjual makanan dan cenderamata.
Ujarnya, kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut. "Pada setiap Sabtu dan Ahad, kami akan turun padang untuk menebas dan menebang hutan. Akhirnya dalam tempoh setahun hutan belukar itu berjaya dibersihkan. "Waktu itu kedatangan ahli kumpulan bagi tujuan membersihkan belukar akan diambil pada setiap minggu. Jika tidak hadir, mereka dikehendaki membayar wang denda sebanyak RM5 sebagai ganti di atas ketidakhadiran mereka," kata Pak Idris yang dilantik sebagai ketua jawatankuasa penerokaan kampung itu. Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Seperti di tempat-tempat lain, Kampung Taman Sedia juga mempunyai cerita dongengnya yang tersendiri. Malah, kisah itu telah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi hingga kini. Cerita Pak Idris, pada zaman dahulu, kampung ini dipercayai adalah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan kepunyaan pari-pari atau bagi masyarakat Melayu ia lebih dikenali sebagai orang bunian. "Taman itu dikelilingi padang rumput yang luas, ditumbuhi pokok-pokok renek dan tumbuhan menjalar serta anak sungai. "Kawasan ini dahulunya turut menjadi habitat bagi sekumpulan hidupan liar seperti rusa. "Oleh kerana taman ini seolah-olah telah tersedia sejak dahulu lagi, maka sebab itulah ia terus dipanggil sebagai Taman Sedia yang bermaksud sebuah taman yang sudah tersedia," ungkap Pak Idris sambil memberitahu kisah itu turut dipaparkan di salah satu mercu tanda kampung yang terletak di Dataran Taman Sedia. Kepada yang berminat menginap di Marina Chalet boleh hubungi talian 05-4911 295, 016-9720 699 atau 019-4605 008. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 12 Apr 2011 11:29 PM PDT 6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar Posted: 6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my KUALA LUMPUR 12 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat. Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka. Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila. "Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini. "Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong. "Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain? "Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com. Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful. "Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya. Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar. "Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah. "Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau. Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar. Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka. "Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anwar patut malu dengan Arifinto Posted: Anwar patut malu dengan ArifintoAnwar patut malu dengan Arifinto KUALA LUMPUR 12 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu memuji akauntabiliti budaya politik Indonesia, patut merasa malu dengan sikap bertanggungjawab wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto, yang meletakkan jawatan hanya kerana aksinya sedang menonton video seks didedahkan media. Namun berbeza dengan Arifinto, Anwar yang dikaitkan dengan masalah moral lebih kronik iaitu didakwa melakukan hubungan seks bukan sahaja enggan melepas jawatan sebaliknya, menuduh pihak tidak berkaitan sebagai dalang dalam pembikinan rakaman video seks seorang pemimpin kanan pembangkang. Sehubungan itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mempersoalkan, mengapa ketua pembangkang itu tidak mengambil tanggungjawab yang sama seperti Arifinto sedangkan, selama ini beliau selalu memuja sistem serta budaya politik Indonesia sehingga sanggup memburukkan negara sendiri. "Saya kagum dengan keberanian Arifinto yang sanggup melepaskan jawatan apabila aksi beliau sedang menonton video seks didedahkan tetapi, di negara kita, individu yang dikaitkan sebagai pelakon dalam rakaman video seks bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menyalahkan pihak lain. "Namun, pihak yang mendedahkan aksi seks tersebut (trio Datuk T) tidak pula Anwar berani saman. Sedangkan, kita tahu Anwar merupakan pemimpin politik paling gemar menyaman sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya," jelas beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mengulas lanjut, Anuar berkata, keengganan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyaman trio 'Datuk T' menimbulkan pelbagai keraguan di kalangan rakyat memandangkan pendedahan video seks tersebut bukan sahaja mencemar maruah Anwar, tetapi nama baik keluarganya. Tambah beliau, adalah cukup pelik apabila Anwar yang mempunyai barisan peguam bela tersohor tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap 'Datuk T' sehingga kini, kecuali beliau memang berhasrat menyembunyikan kebenaran di sebalik video seks itu daripada diketahui rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, bekas pewaris 'diari merah' ketua pembangkang itu percaya, masa depan politik bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut semakin menuju kepada kehancuran, akibat perbuatan Anwar sendiri dan bukannya disebabkan oleh musuh politik sebagaimana didakwanya. "Anwar diibaratkan orang yang sudah melewati waktu asar dan menghampiri waktu maghrib. Namun malangnya, masih terpalit dengan pelbagai salah laku moral akibat kerakusan nafsu. "Sayangnya Anwar sudah tidak mampu berpatah balik, sama seperti masa yang berdetik pada jam Omega, yang hanya menanti saat kebenaran," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 12 Apr 2011 07:33 PM PDT ‘Pahang muflis tak berasas’ Posted: 'Pahang muflis tak berasas''Pahang muflis tak berasas' Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB utusanpahang@utusan.com.my KUANTAN 12 April – Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri muflis tidak berasas sama sekali apabila Pahang masih lagi mampu memberi sumbangan dan bantuan kepada kumpulan sasar selain meneruskan projek pembangunan di semua daerah. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang masih berupaya menyalurkan peruntukan seperti wang perbelanjaan kepada pelajar universiti tanpa mengira kaum. "Jika benar kerajaan negeri muflis, bagaimana kita masih mampu memberi bantuan kepada rakyat miskin, orang kurang upaya (OKU) dan golongan memerlukan. "Malah, kita masih mampu menyediakan peruntukan tahunan kepada Yayasan Pahang bagi menaja pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pengajian ke universiti," tegasnya. Beliau menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Dalam pada itu Adnan berkata, semua syarikat dan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan atas tujuan perniagaan mencatatkan keuntungan berdasarkan prestasi kewangan tahunan yang membanggakan. "Tidak dinafikan bahawa semua syarikat dan badan berkanun terbabit pada awal penubuhannya dibantu oleh kerajaan negeri. "Bagaimanapun pada masa ini, mereka yang menjana pendapatan sendiri dan beroleh keuntungan sekali gus tidak lagi mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri," jelasnya. Tambah beliau, kerajaan negeri masih lagi mempunyai tanggungjawab ke atas mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan untuk menyediakan khidmat sosial bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi. "Ia seperti Lembaga Muzium Pahang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | MUIP sasar zakat RM80j Posted: MUIP sasar zakat RM80jMUIP sasar zakat RM80j Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (empat dari kiri) bersama wakil-wakil penyumbang zakat di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, semalam.
KUANTAN 12 April - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyasarkan kutipan zakat RM80 juta pada tahun ini. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, MUIP yakin mampu mencapai sasaran itu selepas mengutip zakat RM74.6 juta pada tahun lalu. ''Kutipan zakat pada tahun lalu menunjukkan peningkatan 12.3 peratus berbanding RM66.4 juta pada 2009," titah baginda selepas majlis penyerahan zakat bernilai RM5.5 juta daripada enam syarikat korporat di Istana Abdul Aziz di sini hari ini. Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP menerima wang zakat daripada Lembaga Tabung Haji Pahang bernilai RM2.08 juta, Tenaga Nasional Berhad (RM1.6 juta), Bank Rakyat (RM1.3 juta), TH Travel Sdn. Bhd. (RM150,000), Affin Fund Management (RM100,000) dan Perbadanan Nasional Berhad (RM100,00). Tengku Abdullah bertitah, bagi mencapai sasaran, MUIP akan menumpukan kepada syarikat korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai penyumbang terbesar. ''MUIP menyasarkan dapat mengutip sebanyak RM34 juta daripada syarikat korporat dan GLC pada tahun ini," titah baginda. Menurut baginda, golongan kedua terbesar sebagai pembayar zakat ialah kakitangan awam dan swasta menerusi potongan gaji. ''Sebanyak RM23 juta disasarkan dapat dikutip daripada 41,000 pembayar zakat tahun ini berbanding RM20.4 juta daripada 36,846 pembayar zakat tahun lalu," katanya. Dalam pada itu, Tengku Abdullah memberitahu, MUIP berjaya mengutip RM15.5 juta zakat dalam tempoh empat bulan tahun ini berbanding RM11.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu. Antara faktor peningkatan itu ialah kejayaan kempen di tanah rancangan Felda yang diadakan pada Februari dan Mac lalu. ''Seramai 100 pembayar zakat baru dihasilkan sepanjang kempen tersebut," titah baginda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Gaji minimum bukan langkah terbaik - Adnan Posted: Gaji minimum bukan langkah terbaik - AdnanGaji minimum bukan langkah terbaik - Adnan KUANTAN 12 April - Cadangan melaksanakan gaji minimum untuk kakitangan awam dan swasta bukan langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan meningkatkan produktiviti kerja. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, gaji minimum hanya akan membolehkan pekerja mendapat ganjaran adil tetapi masih belum mampu menyelesaikan masalah berkaitan kemiskinan. "Oleh itu, kerajaan masih meneliti perkara ini dengan serius dan mencari mekanisme paling sesuai termasuk mengkaji dengan mendalam kesannya secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. Beliau menjawab soalan Mohd. Shohaimi Jusoh (BN-Lepar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Menurut Adnan, jika gaji minimum ditetapkan begitu tinggi, ia boleh menjejaskan ekonomi selain menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara upah yang diterima dan produktiviti yang dihasilkan. "Gaji minimum sepatutnya tidak memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi daripada aspek daya saing dan kemasukan pelaburan asing," katanya. Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan bersetuju dengan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform dalam mekanisme penepatan gaji termasuk kadar gaji minimum. Cadangan itu tambahnya, akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen pada Jun ini bagi membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 12 Apr 2011 07:22 PM PDT Keterangan saksi ditegur Posted: Keterangan saksi ditegurKeterangan saksi ditegur Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 12 April - Kredibiliti seorang saksi yang mendakwa didera secara fizikal oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa disoal siasat tiga tahun lalu tercabar apabila lelaki itu beberapa kali ditegur oleh panel suruhanjaya semasa memberi keterangan hari ini. Pegawai pemasaran di syarikat mengorek pasir yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Selangor, Semesta Sdn. Bhd., T. Sivanesan turut diingatkan beberapa kali agar bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita apabila dia memohon untuk merujuk dokumen serta laporan polis dengan alasan tidak berapa pasti tentang beberapa perkara. ''Mengapa nak rujuk. Tak payahlah, sebab ini tuduhan serius, awak mesti tidak lupa,'' kata pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Mendengar cara saksi memberi keterangan, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman turut menegur: ''Cakap betul-betul. Yang salah akan dihukum, yang menipu juga akan dihukum.'' Peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula mempertikaikan keterangan Sivanesan yang mendakwa dia berjaya mengeluarkan plastik ais yang berada di bahagian depan seluar dalamnya dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari di belakang. Beliau juga kelihatan terkejut apabila Sivanesan mendakwa berat badannya hanya antara 85 dan 87 kilogram semasa kejadian sambil berkata ia tidak mungkin kerana saiz badan yang jauh lebih kecil daripada tubuh lelaki itu sekarang, juga mencecah 80 kilogram. Sivanesan kemudiannya membuat demonstrasi bagaimana dia berjaya membawa tangannya yang bergari ke hadapan dengan melalui bawah kaki walaupun badannya agak besar atas alasan gari yang dipakai jenis berantai serta jarak antaranya lebih panjang berbanding gari biasa. Terdahulu, selain ditendang, ditampar, ditumbuk dan dipukul dengan rotan serta batang besi, Sivanesan mendakwa dia melihat seorang pegawai SPRM memasukkan plastik ais ke dalam seluar dalam manakala matanya diikat dengan tuala bertulis BPR (Badan Pencegah Rasuah) walaupun ketika itu dia berada di dalam bilik yang gelap. Dia juga mendakwa hanya direman empat hari selepas ditahan pada 4 September 2008 selepas membuat rayuan walaupun dia sepatutnya direman selama 14 hari. Semasa Sivanesan mengaku membuat laporan SPRM terhadap ketua jabatan di syarikatnya, Wong Swee Leong, Cheng Yuen melahirkan kehairanan bagaimana seseorang yang mendakwa didera SPRM datang semula ke agensi penguat kuasa itu serta diarah tidak membuka mulut tentang kes berkenaan. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini. Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Permohonan Stephen ditolak, kes PKFZ mula Khamis Posted: Permohonan Stephen ditolak, kes PKFZ mula KhamisPermohonan Stephen ditolak, kes PKFZ mula Khamis SHAH ALAM 12 April - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok supaya dilepaskan daripada 26 pertuduhan alternatif terhadapnya berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Hakim Asmadi Husin semasa menyampaikan keputusannya berkata, artikel daripada The Edge Financial Daily bertajuk OSK Trustees Unaware of Cheating in the PKFZ Case yang diterbitkan pada 10 November tahun lalu, sekalipun boleh diterima sebagai keterangan oleh beliau tetapi tidak boleh membebaskan Abok daripada 26 pertuduhan itu. Asmadi menetapkan perbicaraan bermula Khamis ini dan tarikh baru perbicaraan ditetapkan pada 28 Jun hingga 1 Julai, 6 Julai hingga 8 Julai, 26 Julai hingga 29 Julai dan 23 Ogos hingga 25 Ogos tahun ini. Abok, 53 dalam permohonannya yang difailkan November lepas telah menggunakan artikel itu bagi mengetepikan 26 pertuduhan tersebut atas alasan kesemua pertuduhan berkenaan tidak berasas. Asmadi berkata, terdapat dua dakwaan bertentangan terhadap permohonan Abok, satu daripada pihak tertuduh yang mengatakan OSK Trustees tidak sedar mereka tertipu manakala pihak pendakwaan yang mengatakan berdasarkan siasatan polis, OSK Trustees tidak akan meluluskan pembayaran itu jika mereka tahu mereka ditipu. Oleh itu, perbicaraan perlu dilakukan bagi mencari kebenaran atas dua dakwaan yang berbeza itu dan sebab itu juga permohonan tertuduh ditolak, katanya. Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pelucutan Harta Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad berkata, sepatutnya perbicaraan dimulakan terhadap Abok dan dua lagi tertuduh iaitu bekas Pengurus Projek KDSB, Law Jenn Dong, 52 dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49 dari BTA Architect. Perbicaraan terhadap mereka yang menghadapi pertuduhan menipu OSK Trustees dalam projek PKFZ sebelum ini dijadualkan bermula pada hari ini sehingga Khamis ini. Peguambela Tan, Datuk V.Sithambaram memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan dimulakan pada Khamis ini kerana beliau perlu menghadirkan diri ke Mahkamah Rayuan esok dan dokumen-dokumen yang diterimanya daripada pihak pendakwaan pagi ini berbentuk teknikal. "Pihak pembelaan diserahkan 33 dokumen dan juga satu carta teknikal... perlu ambil masa menunggu arahan pelanggan dan konsultan kami," katanya semasa memohon penangguhan tarikh mula perbicaraan. - BERNAMA. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 12 Apr 2011 03:17 PM PDT Pendirian tegas ‘dua Din’ Posted: Pendirian tegas 'dua Din'Pendirian tegas 'dua Din' Oleh ZULKIFLEE BAKAR pengarang@utusan.com.my BEBERAPA pemimpin kanan DAP dikatakan tidak senang duduk apabila dua pemimpin Pas menyatakan mereka bersetuju suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Bagi pemimpin DAP, jika mereka dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersetuju dalam sesuatu isu, maka Pas perlu menurutnya. Ketidakpuasan hati DAP berlaku selepas Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya berkenaan, diikuti pula oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Walaupun kedua-duanya memberi syarat terhadap penubuhan tersebut, namun apa yang penting mereka bersetuju demi memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Sekalung tahniah kepada 'dua din' iaitu Nasrudin dan Salahuddin kerana pendirian tegas mereka dalam soal itu. Mungkin kedua-dua mereka menyedari 'ancaman' yang dihadapi Pas sekarang berikutan kenyataan beberapa pemimpin kanan parti itu yang sebelum ini menolak penubuhan suruhanjaya tersebut. Salahuddin dan Nasrudin muncul dengan reaksi berbeza kerana mereka memahami bahawa di peringkat akar umbi, isu video seks itu sudah menjadi bualan hangat di kalangan ahli-ahli Pas. Mereka menjadi keliru untuk mempercayai atau tidak penglibatan seorang pemimpin pembangkang di dalam video berkenaan. Apatah lagi ketika mereka tertanya-tanya kebenarannya, pemimpin mereka pula secara terburu-buru menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja. Kenyataan tersebut mengakibatkan Pas dikategorikan bersama-sama dengan PKR dan DAP menolak sebarang isu yang dilihat tidak akan menyebelahi mereka. Keadaan ini sudah tentulah merimaskan penyokong-penyokong Pas kerana mereka tidak mahu parti itu hanya menjadi 'pak turut' sahaja, sedangkan di dalam Islam yang benar itu benar yang batil itu batil. Kebenaran perlu diusahakan dan ditegakkan dengan apa cara sekali pun. Oleh itu, walaupun menyedari pendirian mereka mungkin tidak akan sehaluan dengan persetujuan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang, namun Salahuddin dan Nasrudin mempunyai pandangan sendiri. Tindakan 'dua Din' ini harus dipuji kerana sekurang-kurangnya mereka memberi isyarat bahawa mungkin dalam soal menjalin kerjasama politik bagi meraih kuasa, tidak salah Pas dilihat sehaluan dengan PKR dan DAP. Tetapi dalam isu tertentu Pas, perlu mempunyai pendirian tersendiri. Apatah lagi konsep perjuangan Pas sama sekali berbeza dengan kedua-dua parti berkenaan. Jika PKR dan DAP berdolak-dalik dalam isu video tersebut kerana dilihat boleh memberi bencana politik kepada mereka, Pas tidak boleh berbuat demikian. Tanggungjawab Pas adalah berasaskan kepada konsep amar makruf nahi mungkar. Inilah yang cuba disampaikan oleh Salahuddin dan Nasrudin melalui kenyataan mereka. Walaupun memahami dari segi politik ia tidak akan menguntungkan mereka, apatah lagi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi, namun kedua-dua mereka tidak mempedulikan itu semua. Apa yang lebih penting, kebenaran di sebalik isu video tersebut perlu dicari. Jika rakaman video berkenaan tidak melibatkan pemimpin pembangkang yang dimaksudkan, sudah pastilah ia akan memberi keuntungan politik kepada pembangkang. Adalah sesuatu yang rugi jika ahli atau pemimpin Pas 'menghukum' kedua-dua pemimpin berkenaan dengan alasan tidak sekata dengan pucuk pimpinan.Sedangkan kalau dikaji berbeza pendapat dan pandangan adalah perkara biasa. Apa yang penting ia menjurus kepada usaha menegakkan kebenaran. Oleh itu, DAP sepatutnya tidak berasa marah atau kecewa dengan pendirian Salahuddin dan Nasrudin. Ikatan politik yang dijalin tidak semestinya bermaksud pemimpin-pemimpin Pas perlu dilihat seperti 'kerbau dicucuk hidung', ikut sahaja apa kata DAP dan PKR. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Video seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminit Posted: Video seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminitVideo seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminit Zaini Hassan SUDAH banyak ditulis mengenai video seks 20 minit dan video seks seminit itu. Dalam masa yang sama banyak juga Anwar Ibrahim cakap – mempertahankan dirinya. Kelmarin beliau berang dengan soalan wartawan. Nama Utusan turut terseret apabila dia bimbang soalan-soalan itu akan memberi 'modal' kepada akhbar berkenaan memberi 'highlights' mengenai dirinya. Sudah tentu Utusan ditakuti Anwar kerana pengaruh dan hebatnya akhbar itu. Jika Anwar masih ingat, itulah akhbar yang paling disukainya semasa dia berada dalam kerajaan dan parti UMNO dulu. Kini, semuanya sudah busuk. Ibarat suami-isteri bercerai talak tiga – semuanya tak elok dan yang manis dulu pun, kini sudah jadi masam. Kita letak tepi dulu soal itu. Ramai sahabat-sahabat yang berkongsi cerita mengenai video seks itu mahu supaya si pelakunya mengaku saja. Macam Soi Lek yang begitu terbuka mengakui perlakuan sumbangnya dengan perempuan simpanannya. Sahabat-sahabat itu mahu isu ini diselesaikan segera. Jangan biarkan fikiran orang merewang-rewang. Jangan biarkan rewangan itu menjadi persepsi yang akan memburukkan kerajaan. Kini, sudah mula kedengaran istilah-istilah zalim, fitnah, fitnah dan fitnah di corong-corong ceramah di surau dan masjid. Malah pada Jumaat lepas, mimbar masjid di Selangor telah digunakan untuk menguar-uarkan semula istilah itu. Ia mula kedengaran sekitar 1998 dulu apabila Anwar dituduh meliwat pemandu isterinya. Ketika itu, istilah maha zalim dan maha firaun amat popular sekali. Kini, buat sekian kalinya istilah-istilah itu kedengaran semula, dalam konteks yang kita semua tahu. Sahabat-sahabat saya itu mahu pihak-pihak tertentu yang dituduh memfitnah kerana melondeh kain orang supaya bersikap lebih telus dan terbuka. Menurut mereka, jika mahu londeh, londehkanlah selondeh-londehnya. Mengapa hanya seminit. Keluarkan kesemuanya 20 minit. Sudah pasti ada bakinya lagi bukan? Sudah pasti juga ada 'footage' pergerakan Anwar ke dalam hotel itu. Di setiap hotel, ada kamera yang memerhatikan pelanggannya? Kalau si pelaku itu memasuki ke dalam lobi hotel itu dan ke dalam lif sebelum ke dalam kamar tidur itu – sudah tentu ada kamera litar tertutup (cc camera) yang merakamkannya? Siarkanlah. Terus terang saya mengakui kenal dengan imej seminit itu. Jika saya silap, maka silaplah saya. Saya melihatnya selama seminit sahaja. Kalau boleh, bagi membuktikan saya tidak silap, saya mahu menonton kesemuanya. Ini bukan soal lucah tak lucah. Kita sedang mencari kebenaran. Kebenaran mutlak agar orang-orang tertentu tidak dicela dengan tuduhan yang boleh mencemarkan dirinya. Kita tunggulah mungkin akan keluar lagi untuk minit-minit seterusnya. Saya berharap ia dapat dikeluarkan lagi. Jika boleh dalam sehari dua ini. Saya tidak mahu tulis panjang minggu ini. Sudah penat untuk membuat dan membaca analisis mengenai video seks dan pelakunya itu. Kita mahu selesaikannya secepat mungkin. Dan bagi pihak masjid-masjid serta surau-surau tertentu, janganlah membuat kesimpulan dulu. Bimbang nanti kesimpulan kita itu silap. Biarlah baki video itu disiarkan dahulu. Sekali lagi saya mahu katakan ini bukan soal lucah atau tidak. Ini sudah masuk soal akademik dan syariah. Syariah yang mahu memastikan kebenaran itu ditegakkan. Jika bukan disebarkan melalui YouTube, tontonkanlah kepada kepala-kepala parti dan Yang-Yang Berhormat di Parlimen. Biar mereka yang mewakili kita semua itu menilai sendiri. Jika masih berbelah-bahagi, bawalah video itu ke Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Video Seks Si Anu untuk dinilai, seperti apa yang dilakukan ke atas kes Teoh Beng Hock. Saya amat berharap pendedahan yang lebih menggemparkan dapat dibuat dengan cepat – sehari dua ini kalau boleh, demi kebaikan semua dan demi kebenaran mutlak! Allahu A'lam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 12 Apr 2011 01:09 PM PDT Dibebas tuduhan bunuh isteri Posted: Dibebas tuduhan bunuh isteriDibebas tuduhan bunuh isteri Oleh NORHAYATI YAHAYA norhayati.yahaya@kosmo.com.my Mohafri memeluk ibunya selepas dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh isteri di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.
SHAH ALAM – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang amah Indonesia dikenali sebagai Yayuk memberi keterangan menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini semalam membuat keputusan melepas dan membebaskan seorang pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad dua tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam alasan ringkas penghakimannya berkata, mahkamah kesal dengan tindakan pegawai penyiasat kes itu, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar, 29, yang tidak memanggil Yayuk untuk memberi keterangan. Polis melakukan siasatan terhadap Yayuk, pembantu rumah mangsa yang tiada dokumen, malah semua fakta mengenai penahanan dan pembebasan Yayuk adalah dalam pengetahuan polis. "Kegagalan mengambil langkah untuk memastikan Yayuk hadir memberi keterangan adalah dikesali dan kegagalan itu telah menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan," kata beliau ketika membaca keputusannya semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jualan telur merosot 40 peratus Posted: Jualan telur merosot 40 peratusJualan telur merosot 40 peratus Seorang peniaga di sebuah kedai pemborong telur ayam menyusun telur mengikut gred sebelum diedarkan ke pasar-pasar awam dan restoran di sekitar Pulau Pinang kelmarin.
GEORGE TOWN - Beberapa peniaga runcit telur di sini mendakwa perniagaan mereka merosot teruk berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahwa kemungkinan wujud telur tiruan di pasaran. Seorang peniaga, Lim Beng Poh, 60, berkata, perniagaannya merosot sehingga 40 peratus sebaik berita mengenai penjualan telur palsu disiarkan media. Katanya, pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Veterinar dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) turut membuatkan pelanggan mula bimbang untuk membeli telur. "Sepanjang hampir 45 tahun berniaga, saya tak pernah pun tengok telur tiruan, cuma memang berlaku perbezaan bentuk telur antara ayam baru dengan ayam tua. "Semua telur di sini dibeli daripada penternak ayam di Titi Serong, Balik Pulau. "Jadi mana mungkin saya menjual telur yang bercampur telur tiruan," ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Malaysia di landasan betul perangi rasuah - TPM Posted: Malaysia di landasan betul perangi rasuah - TPMMalaysia di landasan betul perangi rasuah - TPM KUALA LUMPUR - Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, selaras dengan tekad Pelan Integriti Nasional, kerajaan telah menaik taraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menubuhkan lembaga penasihat, panel dan jawatankuasa untuk menasihati dan memantau perjalanan SPRM agar wujud ketelusan dan kebebasan dalam usaha memerangi rasuah. Selain itu, Integrity Pact diperkenalkan dalam sistem perolehan kerajaan serta e-perolehan untuk mewujudkan ketelusan dalam pemberian tender dan kontrak kerajaan, katanya ketika menutup Pertandingan Pidato Integriti antara Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi Piala Menteri Pelajaran di Institut Integriti Malaysia di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 12 Apr 2011 11:39 AM PDT Bimbang rumah runtuh Posted: Bimbang rumah runtuhBimbang rumah runtuh Oleh NUR NAZLINA NADZARI kota@utusangroup.com.my
|
SALAH sebuah rumah berdepan risiko retak dan runtuh berikutan hakisan yang berlaku setelah tapaknya dimasuki air parit bertakung sejak 10 tahun lalu di Taman Cempakasari, kapar, Klang.
|
KLANG 11 April - Sudah hampir 10 tahun aduan dibuat oleh penduduk mengenai sistem perparitan di kawasan kediaman mereka yang tidak mengalir dengan lancar, namun tiada sebarang perubahan berlaku sehingga ke hari ini. Malah, keadaannya semakin teruk sehingga telah menyebabkan dinding dan pagar empat buah rumah penduduk retak kesan daripada hakisan yang berlaku. Itulah masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jalan Cempakasari 15, Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar sejak 2003. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dinding empat buah rumah betul-betul berada di tepi parit itu dan tanah di bawah rumah terbabit sudah terhakis kerana sistem saliran yang tidak sempurna itu. Turut dapat dilihat ialah air dari parit tersebut sudah masuk sehingga ke bawah lantai rumah tetapi tidak dapat dipastikan keluasan tanah yang terhakis kerana ia berada di bawah binaan konkrit. Keadaan itu boleh membahayakan keselamatan penduduk kerana tanah yang terhakis itu boleh menyebabkan tanah jerlus, seterusnya akan mengakibatkan rumah retak atau lebih teruk lagi akan runtuh. Kata penduduk, mereka bukan mereka-reka cerita tetapi dapat dibuktikan dengan kewujudan kesan retak pada dinding dan lantai rumah yang terlibat. Malah, baru-baru ini, lantai dapur sebuah rumah dikatakan 'meletup' dipercayai berpunca daripada retakan besar yang berlaku. Penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi meminta dibina longkang konkrit bagi mengatasi masalah tersebut tetapi masih belum ada sebarang tindakan diambil. Selain masalah retak dan hakisan, parit sedalam satu meter itu juga mengeluarkan bau yang busuk yang mengganggu keselesaan penduduk. Air di dalam parit itu yang bertakung juga dikhuatiri akan menjadi tempat tempat pembiakan nyamuk. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | MPK turun padang tetapi tiada tindakan Posted: MPK turun padang tetapi tiada tindakanMPK turun padang tetapi tiada tindakan KLANG 11 April - Penduduk di Jalan Cempakasari 15, Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar mahu Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak pemaju membina longkang konkrit dengan segera bagi mengekang hakisan tanah yang berpunca daripada parit tidak dibina dengan sempurna. Timbalan Ketua Persatuan Penduduk Jalan Cempakasari 15, Mohd. Shabuddin Hasbullah, 46, berkata, penduduk kecewa kerana terpaksa menunggu begitu lama walaupun aduan sudah pun beberapa bulan selepas menduduki rumah itu iaitu sejak September 2003. Katanya, pegawai dari MPK telah beberapa kali turun padang dan melihat keadaan tebing rumah yang terjejas kerana sistem perparitan yang tidak baik itu tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan longkang akan dibina. "Saya tahu MPK menjalankan kerja mereka dan datang melawat hakisan tanah akibat parit ini, namun kenapa perlu mengambil masa begitu lama masih tiada penyelesaian. "Penduduk di sini memerlukan sebuah saluran longkang yang baik bagi menggantikan parit yang telah menghakis tanah kerana kami bimbang lama-kelamaan tanah akan mendap dan mungkin mengakibatkan rumah akan roboh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Tambahnya, dia tidak mahu apabila perkara yang tidak diingini berlaku, barulah semua pihak akan ambil perhatian kerana pada ketika itu, ia sudah lambat dan tidak bermakna lagi. Sementara itu, seorang penduduk, Norliza Ismail, 35, berkata, keadaan tebing rumah yang makin terhakis membuatkan penduduk hidup dalam ketakutan. Menurutnya, pada 4 April lalu, dia terdengar bunyi letupan kecil di dapur rumahnya dan apabila diperiksa, dia mendapati lantai dapur yang di bawahnya merupakan tangki septik telah retak dan konkritnya terangkat sedikit. "Perkara ini amat membimbangkan saya terutamanya keselamatan anak-anak. Kalaulah lantai ini runtuh dan anak saya berada di sini, ia boleh membahayakan mereka," ujarnya. Dalam pada itu, Mohd. Ali Abdul Wahab, 62, pula berkata, pagar rumahnya sudah retak dan senget ke arah parit akibat hakisan yang semakin teruk. Dia berharap, pihak bertanggungjawab dapat segera menggantikan parit itu dengan longkang konkrit sebelum masalah itu semakin serius dan kerosakan yang lebih teruk berlaku. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Skrin LED di Dataran Merdeka Posted: Skrin LED di Dataran MerdekaSkrin LED di Dataran Merdeka Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB kota@utusangroup.com.my
|
Ahmad Fuad Ismail menekan butang pada alat kawalan jauh sebagai simbolik perasmian skrin LED baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
KUALA LUMPUR 11 April - Skrin besar di Dataran Merdeka yang sudah berusia 10 tahun kini digantikan dengan skrin baru berteknologi LED yang memberikan paparan imej yang lebih terang, jelas dan berdefinisi tinggi. Skrin berteknologi tinggi bernilai RM8.7 juta dari Korea Selatan itu berukuran berukuran 11.777 meter x 6.653 meter dengan kadaran format digital 16:9. Skrin itu akan beroperasi sepenuhnya setiap hari mulai Jumaat ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 pagi. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, penggantian skrin itu dilaksanakan secara perjanjian enam tahun dengan opsyen tambahan empat tahun antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan syarikat dari Korea, Optica Fibre Technologies MSC Sdn. Bhd. Menurutnya, DBKL tidak mengeluarkan sebarang kos untuk tujuan penggantian itu kerana semua kos termasuk pembekalan, penyelenggaraan, pengendalian dan operasi akan dibiayai sepenuhnya oleh Optica Fibre Technologies. "Namun, syarikat itu diberi hak penjanaan pendapatan menerusi tajaan serta pengiklanan sama ada menerusi paparan pada skrin atau binaan skrin tersebut," katanya selepas melancarkan skrin terbaru itu baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik dan Pengarah Urusan Optica Fibre Technologies, John Kim. Ahmad Fuad memberitahu, DBKL akan memperoleh 40 peratus daripada keuntungan bersih pendapatan iklan dengan pulangan minimum sebanyak RM110,000 setahun dan had masa siaran sebanyak 30 peratus atau enam jam sehari. Ujarnya, DBKL akan menggunakan masa siaran itu untuk menayangkan kempen-kempen, promosi pelancongan Kuala Lumpur, makluman aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan untuk warga kota. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 12 Apr 2011 09:57 AM PDT Pengganti Taib sudah ada Posted: 11 Apr 2011 02:20 PM PDT MukaDepan NAJIB dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Lingga, Semoi Peri bersama pemimpin BN dan melaungkan 1Malaysia ketika membuat tinjauan mesra di Bandar Sri Aman, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor Persefahaman umum nama ketua menteri pastikan peralihan kuasa negeri lancar: PMSRI AMAN: Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah mencapai persefahaman berhubung calon pengganti Ketua Menteri Sarawak bagi memastikan kelancaran peralihan kuasa kepemimpinan negeri ini. Perdana Menteri berkata, mereka akan mendedahkan nama pengganti ketua menteri itu apabila tiba masanya kelak. "Kita sudah ada persefahaman... kita akan dedahkan (nama pengganti) apabila tiba masanya kelak, tapi peralihan kuasa tetap akan berlaku. "Kita tidak boleh terburu-buru membuat keputusan tanpa mengkaji implikasi kepada perubahan kepemimpinan itu. Ia memerlukan perancangan rapi supaya tidak ada masalah selepas itu, kerana kita tidak mahu parti dan kerajaan menghadapi masalah lain selepas itu," katanya selepas melawat Hospital Sri Aman di sini. Beliau yang melakukan beberapa siri tinjauan mesra ke Saratok, Beladin dan Spaoh di bahagian ini semalam, bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Taib ialah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Ditanya sama ada tindakan pembangkang menjadikan Abdul Taib sebagai sasaran, menjadi bebanan kepada kempen Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN menafikannya. "Tidak... kita ada hubungan baik dengan negeri. Apa yang penting kita mahu memastikan peralihan kepemimpinan di Sarawak berjalan lancar," katanya. Mengenai kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini, Najib berkata, Sarawak terlalu besar dan beliau tidak boleh berada di semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Persaingan kali ini tidak macam dulu. Ia adalah persaingan lebih hebat. BN kena tingkatkan lagi usaha. Ada kawasan masih kelabu, ada kawasan sudah bertambah baik bagi BN. Macam manapun kita kena tingkatkan lagi usaha," katanya. Mengenai kempen DAP yang menggunakan pendekatan undi BN sama dengan undi Taib, Najib berkata rakyat Sarawak harus faham bahawa apa yang diperlukan ialah kerajaan negeri yang sama dengan Kerajaan Pusat. "Jika kita tak ada kerajaan negeri sama dengan Pusat, ini akan menyulitkan kerja-kerja membangunkan Sarawak dan kita tahu bahawa hanya BN boleh 'deliver'. Kita dah tunjukkan dalam masa setahun lebih kita melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sudah banyak projek luar bandar kita laksanakan di Sarawak. "Saya berazam menyelesaikan agenda pembangunan untuk negeri ini, sebab itu kita perlukan mandat rakyat," katanya. Sementara itu di MIRI; Abdul Taib memberi jaminan akan mengotakan janjinya untuk melaksanakan perubahan kepemimpinan negeri dan peralihan kuasa jika BN terus diberi kepercayaan memerintah. Katanya, pendirian itu sudah lama dipegang dan sebagai pemimpin BN, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip parti yang sentiasa menunaikan janji dan tidak sesekali memungkirinya. "Jangan cakap dulu pasal itu, kerana saya sudah ada pendirian sendiri. Jika tidak, sudah tentu saya akan terus (berterus-terang). Itu semuanya sebagai jaminan peralihan kali ini cukup licin," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Semula Taman Selera Miri di sini, petang semalam. Sementara itu, Najib ketika mengulas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guang Eng, yang masih memainkan isu injil dalam kempen mereka berkata, isu berkenaan sudah selesai dan tidak harus dibangkitkan lagi. "Kita sudah runding perkara ini dengan baik dan Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sudah diminta melakukan rundingan, dengan setiap rundingan mendapat restu saya. Ia sudah diselesaikan dengan baik dan keputusan yang kita buat, boleh dipakai secara berterusan," katanya. Kepada keyakinan pembangkang bahawa mereka akan menang besar dan sebab itu Perdana Menteri terpaksa kerap datang ke Sarawak, Najib berkata, setiap pilihan raya kecil pun dia datang, ini pula pilihan raya negeri dengan 71 kerusi dipertandingkan. 'Tentu sekali kehadiran saya diperlukan di sini, sebab itu saya kena peruntukan masa untuk turun ke Sarawak," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar mengaku salah tumbuk guru Posted: 11 Apr 2011 02:17 PM PDT MukaDepan KANGAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini, Khamis lalu. Pengakuan itu dibuat tertuduh berusia 14 tahun di hadapan Majistret Nur Shahida Abdul Rahim pada satu prosiding di dalam kamar. Berdasarkan pertuduhan, pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabry mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda. Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh, manakala 4 Mei depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. Mahkamah akan membuat keputusan berpandukan kepada Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana. Dalam kejadian Khamis lalu, seorang guru wanita cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar Tingkatan Dua di Bukit Keteri. Kejadian berlaku selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di perkarangan sekolah. Sementara itu, pertuduhan ke atas seorang warden asrama yang menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, di sebuah sekolah agama persendirian, di sini, yang dijadual dilakukan di Mahkamah Majistret 1, di sini, semalam ditangguhkan. Ia dibuat untuk memberi laluan kepada polis mengemas kini kertas siasatan kes terbabit yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah turut membenarkan tempoh tahanan reman ke atas suspek, 26, yang berakhir semalam dilanjutkan selama empat hari lagi sehingga 15 April ini. Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, berikutan pendarahan dalam otak atau 'hypoxic seculae' dipercayai akibat dibelasah guru lelaki terbabit kerana disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian 31 Mac lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan