Khamis, 9 Jun 2011

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Pemain Bola USM FC Kemalangan <b>Di Baling</b>

Posted: 30 May 2011 05:41 PM PDT

Petang kelmarin agak kebingungan Belalang apabila melihat begitu banyak keyword yang muncul di blog Belalang mencari berita tentang kemalangan di Baling, Kedah. Belalang yang tak tahu apa-apa cuba juga mencari-cari kemalangan apa yang sedang dicari oleh pengguna internet, namun tidak temui apa-apa bahan.

Namun pagi ini terjawablah sudah rupanya kemalangan membabitkan seorang pemain bola sepak USM di jalan Kulim-Baling ini yang Belalang agak sedang dicari oleh pembaca.

Berikut adalah berita asal yang Belalang ambil dari akhbar Utusan Malaysia. Semoga keadaan mangsa, Mohd.Azizan Md. Arshad akan bertambah baik hari ini.

——————————————————————————————-

Seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan USM FC dalam saingan Liga Premier musim ini, antara mereka yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kulim-Gerik, dekat Baling, semalam.

Berikutan kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Azizan Md. Arshad, 23, kakitangan di Unit Rekod Universiti Sains Malaysia (USM) cedera parah di bahagian muka dan kepala.

Mohd. Azizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan masih tidak sedarkan diri.

Menurut Pengurus USM FC, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff, beliau dimaklumkan oleh doktor, kemungkinan berlaku gegaran pada otak Mohd. Azizan akibat hentakan pada stereng kereta yang dipandunya.

"Saya harap keadaan dia akan pulih sepenuhnya dan tiada sebarang komplikasi pada otak sebab Mohd. Azizan seorang pemain pertahanan yang baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lagi artikel Menarik Yang Berkaitan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan