Khamis, 9 Jun 2011

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Terapi Medan Elektrostatik <b>di Padang Serai</b> di Rumah Abg Chob | Abg <b>...</b>

Posted: 15 May 2011 07:30 AM PDT

pusat rawatan terapi medan elektrostatik

pusat rawatan terapi medan elektrostatik di padang serai

Salam Sejahtera semua pengunjung blog aku khususnya yang berada di sekitar Kedah, Penang dan Perak. Baru2 ini isteri aku terserempak dengan seorang makcik lewat 60an ketika mak cik tersebut sedang tunggu bas.  Isteri aku yg peramah ni pun bertanyalah.. "makcik nak balek mana" niatnya kalau mak cik ni tinggal berdekatan bolehlah dia  tumpangkan kancilnya. "Panggil makcik Mak Pah jer….mak cik nak balek Tasek Gelugor"…mak oi jauhnya makcik ni datang naik bas ke Pekan Padang Serai. Isteriku tanya lagi "makcik mai rumah sapa?" ingatkan dia saja2 mai ziarah adik beradik kat padang serai. "dak aihhh…makcik mai berubat…tu kat tempat depa dok buat pakai mesin karan tuh…" Huh? mesin karan? Apa ke bendanya makcik ni cakap…main karan2 pulak…silap2 kena short karan…arwah dengan ayat tu  tak  pasai…

mesin terapi elektrostatik

mesin terapi elektrostatik Dr Health 9000

"Ni nak habak bagi… dulu makcik mula2 mai, anak makcik kena tulong mai hantak naik keta, makcik x leh jalan…macam orang lumpoh dah..". mak Pah mula buka cerita. "Lepaih 10 hari dok ulang mai, makcik dah boleh jalan sendiri pakai tongkat. Dah dekat sebulan dah makcik dok ulang mai ni…laa ni alhamdulillah boleh mai sendiri naik bas dah.. tongkat pun dah simpan kat rumah" begitu bersemangat Mak Pah bercerita. Keikhlasan jelas terpancar dari wajahnya yang bersih. "oh… baguih no? isteriku mengiyakan. "Dah tu sampai bila Mak Pah nak kena ulang mai kat sini?" isteriku berseloroh. "kalau nak ikutkan makcik dah tak payah mai dah sebab dah pulih dah. tapi dah depa bagi free sekali mai setengah jam jadi makcik mai la… tambang bas baru siggit jer..Nak beli sendiri tak mampu lagi cik oii.. mahal menatang tu! heh heh!" mak pah gelak campur sengeh menampakkan giginya yang berbaki beberapa batang.Kebetulan bas CityLiner no 52 ke Butterworth pun sampai…isteriku sempat bersalaman dengan mak Pah sebelum bas beredar laju meninggalkan isteriku terpinga2 keran tak sempat bertanyakan di mana tempat yang dimaksudkan mak Pah tadi.

Isteriku yang curious (teringin nak tahu sangat) terus meronda sekitar pekan padang serai dengan kancilnya sambil matanya liar memerhatikan kalau2 ada papan tanda yang tertulis "Renjatan Letrik" atau "Rawatan Karan" atau apa saja yang mungkin berkaitan dengan elektrik tapi tak berjumpa. Tetapi dia perhatikan ramai orang berkumpul di hadapan sebuah premis. Kebanyakannya sudah separuh umur. Papan tanda kedai tu tertulis Pusat Penjagaan Kesihatan Olympics. "Mungkin inilah agaknya tempat yang dimaksudkan Mak Pah." isteriku cuba menelah dalam hati. Dia hanya perhatikan gelagat orang ramai yang duduk dengan penuh sabar seperti menunggu giliran mengambil ubat di klinik gomen. Tidak lama kemudian kelihatan sekumpulan pakcik2 dan  makcik2 keluar beramai2 dari dalam bangunan tersebut. Tersengeh2 sambil masing memegang sebotol air minum. "Apa hal pula dengan orang2 ni semua? masing2 bawa sebotol air?" bertambah satu lagi soalan dalam kepala isteriku.

Sementara itu, sekumpulan yang menunggu di luar premis tadi sudah tak ada lagi. Semuanya sedang berduyun-duyun masuk ke dalam. Melihatkan keadaan sudah lengang, isteriku pun ambil kesempatan menghampiri premis tersebut dan bertanya dengan seorang yang in-charge kat situ. Memang sah! inilah tempat yang dimaksudkan. Apa lagi isteriku mulalah mewawancara pekerja tadi dan terbongkarlah banyak rahsia besar yang selama ini tidak diketahui ramai termasuklah aku sendiri.;)

Kebetulan isteriku ada pernah pengadu sakit lengoh2 badan dan sendi. Maklumlah suri rumah sepenuh masa yang sepanjang tahun tak pernah kenal cuti atau MC. Menyusu baby lagi tuh… memang patut pun dia concern sangat dengan rawatan pemulihan kecergasan badan. Apatah lagi melalui  kaedah in-house tanpa perlu keluar berjogging. Nak berjogging malu pulak katanya.
Besoknya isteriku terus mencuri peluang "try" mesin Terapi Medan Elektrostatik secara percuma. Dapatlah FREE setengah jam…. Tapi tak apa jugaklah sebab jaraknya dari rumah aku hanya 5 minit berjalan kaki sahaja. Hari2 pun boleh ulang alik. Bayangkan Mak Pah yang dah lebih sebulan terpaksa bersusah payah datang naik bas dari Pekan Tasek Gelugor, Butterworth tiap2 hari. Hanya untuk dapat pakej FREE 1/2 jam!

Nak dijadikan cerita… Isteriku naik syoklah pulak dengan rawatan ini. Bukan main becok mulut dia setiap kali balek dari mendapat rawatan percuma . Dapatlah setengah jam sehari. Mana boleh lama2 sebab ramai yang mananti giliran. Setiap kali balek rawatan dia mulalah cerita kisah2 real yang dia dengar dari mulut pak cik dan mak cik yang turut datang mendapat rawatan. Semakin hari semakin bersemangat dia. Dalam ghairah dia bercerita tentang keberkesanan
mesin terapi tersebut, aku dapat rasakan seperti ada satu mesej dia cuba sampaikan kepadaku. Hmm…aku faham….. sapa tak sayang bini oi! sapa tak suka tengok bini sihat oi!.

Dipendekkan citer, selang seminggu kemudian aku tunaikanlah hajat dia. Kini sebuah mesin Electrostatic Field Therapy
EFT berjenama Dr Health 9000 sudah siap dipasang kat rumah aku. Aku tempah 5 pad-aktif pelapek bontot. Kini bukan saja isteriku dapat menjalani rawatan berterusan dari keselesaan rumah, malah aku juga boleh tumpang sekaki. Fulamak!!! jangan sembang lebih la beb! Selepas seminggu menjalani rawatan berterusan, aku sendiri dapat rasakan satu perubahan yang ketara. Kalau kebelakangan ini (sejak mencecah usia 50 tahun ni) setiap malam aku sering bangun untuk kebilik air kini aku dapat tidur dengan selesa sepanjang malam. Sungguh luarbiasa!! Kalau selama ini aku buat keputusan membeli mesin tersebut hanya bersandarkan rekomen dari isteriku semata-mata, rupanya keputusan tersebut sangat tepat dan sangat berbalo2….

Atas semangat ingin berkongsi kebaikan, maka aku naikkan satu signboard kat depan rumah aku dengan tujuan mewar-warkan kepada orang ramai yang tinggal di sekitar taman perumahan tempat tinggal aku. Pakat2lah mai mencuba. Mai lah nak duduk 3 jam pun tak apa. Nak mai tiap-tiap hari pun x apa. tapi aku caj sikit la untuk cover duit TNB. Satu jam aku caj RM4 saja. Alahai… duit sentel tembakau pun lebih dari tu… Bukan aku nak meniaga sangat pun… Kalau tak mampu jugak, tak payah bayar. Aku kira amal jariah saja. Kalau mampu bayarlah, jangan nak ambil kesempatan pulak… he he.

MESIN TERAPI MEDAN ELEKTROSTATIK – DR HEALTH 9000

Bertindak melalui 3 cara, iaitu :-
1) Membersihkan Saluran Darah
2) Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
3) Menyelaraskan Sistem Saraf Tak Terkawal

Rawatan bagi pelbagai penyakit.. termasuklah:-
Kencing Manis, Lumpuh, Tulang Rapuh, Darah Tinggi, Gout, Susah Tidur, Batu Karang, Asma, Sakit Sendi, Sakit Jantung, Selaput Mata, Angin Ahmar, Sembelit, Bisa Tulang, Penyakit Kulit, Sakit Kepala/Pening. Ini sebahagiannya saja.

Alamat lokasi :-
No. 531, Jalan Serai Setia 2, Taman Serai Setia, Padang Serai (Belakang SMK Dato' Lela Pahlawan)



Lokasi:
No. 531, Jalan Serai Setia 2,
Taman Serai Setia
09400 Padang Serai
Kedah DA


Waktu Rawatan :-
10.00 pagi – 10.00 mlm

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi isteri aku di talian 04-4039153
atau call aku pun boleh juga: Abg Chob – (H/P) : 017-4769953

Orang yang tidak dibenarkan menggunakan mesin terapi ini ialah :-
1) Orang hamil
2) Menghidapi kanser yang telah disahkan oleh doktor
3) Menggunakan bateri di dalam badan

Yang selain dari 3 kategori di atas, anda memang selamat dan sangat disyorkan untuk mendapat rawatan Terapi Medan Elektrostatik. Jangan tunggu sehingga terlewat……

Cubalah tengok testimoni2 yang real punyer…..

Testimoni Dr Health 9000

Klik di sini untuk lihat lebih banyak testimoni

Share on Facebook Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan