02 di changlun - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: 02 <b>di changlun</b> - Google Blog Search Posted: 07 Jun 2011 11:08 PM PDT 3 Januari 1942 Di Singapura Di Fort Canning, Percival dan perancang-perancangnya mula mencurigai keupayaan pihak British mempertahankan kedudukan di Kuala Kubu Baru khususnya dengan pengesahan bahawa satu pasukan Jepun telah mendarat di Sungai Bernam dari arah laut. Penggunaan jalan laut oleh pihak Jepun untuk melangkau barisan pertahanan Tentera British membawa dimensi baru kepada strategi keseluruhan pertahanan Tanah Melayu. Percival membuat keputusan untuk meninggalkan bandar Kuantan. Askar-askar di Kuantan diarahkan berundur ke Maran di cabang jalan ke Jerantut.
Di Maran Pasukan Jepun melancarkan serangan hebat ke atas pasukan barisan belakang (rearguard) yang melindungi pengunduran. Tentera Jepun berjaya membuat serang hendap ke atas Batalion 2/12 Rejimen Frontier Force; hanya 40 orang sahaja terselamat dari pasukan tersebut. Pegawai pemerintah batalion tersebut Lt. Kol. A. B. Cumming dianugerahkan pingat Victoria Cross kerana keberanian yang ditunjukkan semasa pertempuran. Di Labuan Tentera Jepun tiba di Labuan pada 1 Januari 1942, tidak sampai sebulan selepas memasuki Malaya di Kota Bharu. Mereka mengambil alih kuasa ke atas pulau ini secara rasmi pada 3 Januari 1942 tanpa sebarang tentangan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di changlun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan