Rabu, 20 Julai 2011

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuliah Maghrib Bersama PMIK <b>di Pendang</b> Lake Resort - hafiz bad

Posted: 18 Jul 2011 09:01 AM PDT

Pertemuan bersama Persatuan Mahasiswa Islam Kedah (PMIK) Universiti Islam Antarabangasa Malaysia baru - baru ini mengingatkan kembali sejarah dan kenangan indah sewaktu saya dan rakan-rakan memimpin persatuan ini. Sekarang, semua rakan-rakan yang menaungi persatuan sudah bertebaran di serata bumi Kedah bersama keluarga tercinta dan karier yang berjaya.

Alhamdulillah dalam undangan kali ini saya sempat berkongsi pandangan bersama rakan-rakan pimpinan tentang Signifikan Peristiwa Israk terhadap Mahasiswa terutamanya kepada barisan kepimpinan PMIK UIAM. Dalam pertemuan tersebut saya berkongsi Ibrah dan Pengajaran Israk Mikraj ini.

1. Kelajuan Tunggangan Buraq

Sekiranya kita meneliti buku tulisan Muhammad Al Ghazali Rahimahullah tentang Sirah Nabawaiyyah, beliau menyatakan dengan jelas bahawa perjalanan Israk dari Mekkah Ke Baitul Maqdis yang hanya memerlukan sehari perjalanan menuntut kepada tubuh badan yang sihat. Manakan tidak, kalau kita melihat nabi ketika itu sudah berumur 52 tahun mampu menaiki buraq yang diibaratkan sepantas kilat. Beliau berpendapat kekuatan tubuh nabi ada kaitan dengan peristiwa pembedahan dada ketika nabi masih kecil.

Aplikasi Mahasiswa: Di sini jelas bahawa nabi menuntut kita menjadi sihat, cergas dan cerdas. Sebab itu terdapat sebuah hadis shahih yang mafhumnya, "Seorang mukmin yang sihat lebih baik dan dikasihi Allah melebihi mukmin yang lemah." Cabaran ini perlu digalas oleh pimpinan PMIK yang terpaksa berjuang dalam aktiviti kemasyarakatan dan akademik. Oleh yang demikian mereka dituntut untuk menjaga kesihatan demi membawa misi dakwah yang mulia ini.

2. Islam Agama Fitrah

Menurut riwayat Ibnu Hibban, tatkala nabi selesai perjalanan malam itu, nabi telah dibawakan oleh Jibril dua minuman iaitu arak dan susu. Nabi kemudian memilih susu dan Jibril menyatakan bahawa nabi telah memilih fitrah. Di sini dapatlah kita fahami bahawa fitrah manusia yang baru sahaja lahir ke dunia hanya susu merupakan makanan yang sesuai untuk dihadam. Kita tidak pernah lagi mendengar mana-mana ibu di dunia yang menyusukan bayi dengan Milo tarik atau jus oren.

Dalam peristiwa ini, mengikut pandangan Dr Muhd Ramadhan Al Bhuti, Islam adalah satu-satunya agama yang boleh memenuhi tuntutan manusia. Nabi yang membawa ajaran Islam menunjukkan bahawa Islam adalah agama fitrah yang memenuhi tuntutan manusia. Agama ini yang bersifat syumuliyyah merangkumi semua aspek yang terdiri daripada perundangan, politik, ekonomi, kekeluargaan, kebajikan dan sebagainya.

Aplikasi Mahasiswa: Walaupun begitu, dasawarsa ini kita melihat banyak kejadian yang berlawanan dengan fitrah. Berlakunya kejadian seks songsang, seks yang meruntuhkan rumahtangga, kejadian buang bayi dan sebagainya. Secara tidak langsung, peristiwa seperti ini menuntut mahasiswa terutama PMIK menyuarakan pandangan demi Al Amru Bil Makruf Wan Nahyu Anil Mungkar. Bagaimanakah suara ini dapat disampaikan?? Melalui idealisme dan aktivisme mahasiswa yang perlu dihuraikan nanti.

[Muslimat yang komited]

 [Muslimin sanggup datang walaupun ada perlawanan bola antara Liverpool dan Malaysia]

3.Kenapa Mikraj di Baitul Maqdis dan Bukan Masjidil Haram?

Persoalan ini telah ditimbulkan oleh Muhd Al Ghazali. Jelas beliau, terdapat tiga sebab yang menyebabkan mikraj dilakukan di Baitul Maqdis:

a) Baitul Maqdis merupakan simbol sejarah agama wahyu

b) Penghormatan kepada semua nabi yang membawa agama wahyu

c) Nabi sebagai penyambung kepada peradaban silam dan masa kini dalam sudut ajaran Islam.

Aplikasi Mahasiswa: Hal ini dapat kita simpulkan melalui beberapa perkara:

1. Nabi Pemimpin Akhir Zaman

Mengikut kepada riwayat Imam Ahmad Hanbal, nabi menjadi imam kepada semua nabi ketika baginda berada dalam peristiwa ini di Baitul Maqdis. Ini jelas menunjukkan bahawa nabi merupakan pemimpin. Sebagai pemimpin nabi begitu tegas dalam kepimpinannya. Ini dapat dilihat dalam Kitab Rahiqul Makhtum karangan Sheikh Mubarakfuri yang menjelaskan apabila wujud gesaan untuk melalui Perang Uhud di luar kota Madinah maka nabi terus memakai baju perang. Kemudian datang pemuda-pemuda yang tadinya mendesak nabi berperang memohon supaya membatalkan hasrat berperang di luar kota Madinah. Nabi dengan tegas menyatakan, "Apabila seorang nabi memakai baju perang maka sekali-kali tidak akan ditanggalkan bajunya itu."

Oleh yang demikian, telah menjadi kewajipan kepada mahasiswa untuk bersifat tegas dalam setiap gerak kerja. Jangan mudah berputus asa dalam setiap keputusan kerana Allah bersama kita!

2. Role Model Terbaik

Dalam kehidupan mahasiswa, kita perlu mempunyai kalau boleh seorang model. Kita mesti mempunyai kemahuan untuk menirunya. Ini pernah diterangkan oleh Tn Haji Fadzli Yusof dalam bukunya 50 Cara Menjadi Pemimpin Berpengaruh. Bahkan terdapat ayat Quran yang mafhumNya, sesungguhnya pada rasulullah, contoh tauldan dan suri yang terbaik. Model yang terbaik ini boleh dicontohi melalui sifat rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tablgih. Penjelasan sifat ini perlu kepada penulisan yang panjang seperti yang pernah saya nukilkan dalam Akhbar Siasah edisi tahun 2009.

3. Baitul Maqdis di sisi Mahasiswa

Kalau ditanya belia yang ada hari ini di Malaysia tentang sumbangan mereka kepada perjuangan Baitul Maqdis, kemungkinan besar lidah mereka menjadi kelu. Oleh yang demikian, sebagai mahasiswa kita perlu menjadi jurubicara ummah dan mendepani isu-isu antarabangsa. Kempen sumbangan kewangan boleh dibuat di kampus, forum isu semasa Palestin perlu diteruskan, penulisan yang mengutuk Israel perlu disuburkan oleh mahasiswa. Ini merupakan antara perjuangan yang mampu kita laksanakan kerana mahasiswa tidak boleh berjuang melalui diplomasi kerajaan atau mengangkat senjata.

Inilah antara beberapa tips yang sempat saya kongsikan dalam pertemuan itu. Mudah2an input yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada Sdr Anas atas jemputan. =)

Share

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2011 12:00 AM PST

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2011 12:00 AM PST

Jalan Berpuaka <b>Di Pendang</b> Kedah | Tak Mungkin Benar

Posted: 04 Mar 2011 12:00 AM PST

Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri disitu.

Jalan itu yang dikatakan mempunyai kejadian pelik sehingga meragut banyak nyawa penggunanya termasuk lima guru silat yang maut dalam kemalangan di laluan sama, bulan lalu. Selain itu, difahamkan laluan itu sentiasa dilalui pelbagai kenderaan dan menjadi jalan utama pengguna sejak ia diturap untuk ke Langgar, Pokok Sena dan Pendang. Seorang mangsa kemalangan, Ahmad Jaafar, 47, dari Perumahan Keda Tanjung Setol turut berkongsi pengalaman di sebalik kejadian kemalangan yang berlaku pada dirinya ketika memandu lori tanah di laluan itu kira-kira awal Februari 2009.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di jalan yang sama iaitu dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya itu terbabas di tepi kawasan sawah sehingga melanggar tiga pokok besar di bahu jalan itu sehingga semua pokok itu patah.

"Kemalangan itu menyebabkan seluruh bahagian hadapan lori saya remuk teruk, namun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali masalah pada urat saraf bahagian lutut sahaja.

"Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika saya dalam perjalanan dari Tanjung Bendahara Alor Setar menuju ke Tobiar itu tidak dijangka apabila saya memandu dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dengan penuh berhati-hati dan berwaspada, namun tiba-tiba stereng lori saya dipulas kuat oleh satu 'benda' ke arah kiri jalan sehingga melanggar pokok," katanya.

Ahmad berkata, dia bergelut dengan 'benda itu' dengan mengawal stereng lorinya, namun tidak terdaya memandangkan stereng lorinya ketika itu terlalu berat.

"Selepas kejadian itu, keadaan diri saya tidak bermaya seolah-olah ada 'benda halus' yang menumpang pada diri saya apabila seluruh badan terasa berat.

"Pelbagai ubat daripada hospital dan klinik telah saya makan, namun keadaan saya tidak berubah dan menyebabkan saya pergi berubat secara tradisional kepada seorang bomoh. Namun saya dimaklumkan oleh bomoh berkenaan bahawa ada 'benda misteri' yang menumpang pada diri saya pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, dia cuba mengikut perubatan yang dilakukan secara tradisional apabila bomoh berkenaan memandikan seluruh badannya dan membawanya melepaskan 'benda halus' di jalan terbabit di mana tempat kemalangan berlaku.

Sementara itu, pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap lorinya, namun dimaklumkan keadaan lori itu tidak mengalami sebarang masalah ketika kejadian terbabit.

Selain itu, Chik Abdullah, 59, menceritakan bahawa jalan itu turut meragut nyawa dua kakaknya.

"Kakak sulung saya iaitu Pura Abdullah, 63, meninggal dunia 10 tahun lalu manakala kakak bongsu saya meninggal pada 2009 di lokasi yang sama dan cara kemalangan yang sama apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kereta dari arah belakang.

"Saya tidak menyangka nyawa dua kakak saya berakhir di jalan itu apabila mereka mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala," katanya. Mangsa sering ternampak haiwan melintas. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Alor Pudak, Yaacob Yunus, 70, mengakui bahawa jalan itu meragut banyak nyawa apabila boleh dikatakan setiap hari berlaku kemalangan.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan mangsa terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain. "Laluan ini lurus sahaja dan saya akui banyak cerita misteri yang didengari daripada penduduk kampung berhampiran laluan ini apabila mereka sering ternampak benda pelik yang menyerupai pelbagai jenis haiwan seperti kambing, kerbau dan lembu.

"Penduduk yang pernah menjadi mangsa kemalangan pernah ternampak seorang lelaki dan perempuan berpakaian jubah di laluan itu terutamanya pada tengah malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Alor Berala, Mohd Noor Awang berkata, beberapa tahun lalu penduduk sibuk menceritakan bahawa ternampak mangsa yang sudah mati berjalan di laluan itu pada awal pagi. "Isteri saya pernah nampak bayangan wanita di jalan itu sehari sebelum satu kemalangan maut di situ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan