Rabu, 20 Julai 2011

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


ASMAR PUNYA BLOG: MEMANCING <b>DI TANJUNG DAWAI</b>

Posted: 08 Jul 2011 12:00 AM PDT

Inilah kisah aku.....

Semasa kecil seingat akulah waktu itu dalam sekolah rendah darjah 4 , aku selalu ikut tok wan gi mancing .. itu tok wan sebelah mak ...nama dia tok wan Hashim Puteh, sebab kalau tok wan sebelah abah jauh sangat nuh kat Batang Berjuntai Selangor dia duduk..Ok berbalik pada cerita memancing ni..aku ni dah la female nak jugak la ikut gi memancing, biasa nyer kita orang (saya , tok wan dan kawan tok wan) gi memancing kat Tanjung Dawai, tempat ni terletak di Kedah boleh kata pendalaman gak la..bolehlah datang kalau nak jalan-jalan tempat ni biasa gak kena tsunami suatu masa dulu.

Pagi tu aku dan tok wan sampai kat Tanjung Dawai dalam kul 7.00 .. gumbiranyer hati ini bila mendengar deruan ombak dan melihat kehijauan lautan yang terbentang indah..tapi kat depan tu nampak Pantai Merdeka ..kalau tengok kat tepi nampak Pulau Bidan tapi nun jauh di sana ler...persiapan untuk memancing telah siap...jeng...jeng...jeng....yes dah boleh mancing, aku cakuk umpan kalau korang nak tau umpan yang aku pakai ialah jeng222 umpun-umpun lah, sesiapa yg geli gan umpun2 ini memang tak leh memancing lah tapi leh gak kalau nak guna udang atau sotong, ikan pun leh. Pancing di baling...biasanya kita mancing atas pelantar nelayan so kalau nelayan balik dari laut kita orang kena lah beralah..cam tu lah kalau mancing kat tempat orang.


Kat sini biasanya hanya terdapat ikan gelama, ikan duri kalau lempar pancing jauh-jauh sikit leh la dapat ikan ketuka atau ikan pari. Kalau memancing ni memang tak ingat masa..kalau sampai time solat kita orang pergi kat surau yang berhampiran. Biasa nyer la kan kita habis memancing lewat malam kalau balik tu letih terus tidur tapi kalau tak salin baju gan mandi dulu mesti tidur tak lena punyalah sebab ada makhluk dari laut ikut balik sama, pernah aku kena. Tapi lain kalilah aku pasai aku di usik selepas balik dari memancing yer..

Cam tu lah hobi aku pantang cuti aku dan tok wan mesti gi memancing memang release tension wa cakap lu. Sampai sini dulu lah cerita ni boleh kata hebat gak la dari aku ni..bila2 aku nak cerita kisah aku memancing naik bot pulak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan