ads

Khamis, 21 Julai 2011

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


1800 TERIMA NETBOOK 1MALAYSIA <b>DI SUNGAI PETANI</b> ~ Portal UMNO Kedah

Posted: 21 Jun 2011 01:23 AM PDT

Seramai 1,800 pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen Sungai Petani menerima Netbook 1Malaysia pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani pada 19 Jun, anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Lebih 10 daripada 15 kawasan parlimen di Kedah telah menganjurkan majlis penyerahan Netbook berkenaan.

Ahmad Bashah mahu ibu bapa memastikan anak mereka mengunakan netbook itu sebaik mungkin bagi mendalami ilmu pengetahuan.

"Saya juga berharap tidak ada yang menjual netbook yang disumbangkan oleh kerajaan itu. Saya difahamkan SKMM akan mengadakan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan tidak ada yang menjual netbook itu," katanya semasa berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, menyediakan 1 juta Netbook untuk diedarkan di seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan yang begitu besar kerana ia perihatin kepada keperluan para pelajar untuk mempunyai Netbook bagi membolehkan mereka menggunakan dalam pelajaran dan mendapat ilmu pengetahuan.

"Inilah kebajikan yang kerajaan pusat lakukan dan terbukti Kerajaan Pusat bukan hanya bercakap tentang kebajikan tetapi mampu melaksanakannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved