Khamis, 21 Julai 2011

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


BERKUBURNYA SYIAR ISLAM <b>DI NEGERI KEDAH</b> HANYA KERANA DAP ~ SUNGAI <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2011 06:23 PM PDT

MB Kedah hari ini mengaku kesilapannya dalam menyiarkan sinar Islam di negeri Kedah. Sejak Pas mengambilalih pemerintahan daripada BN banyak ideologi politik yang memecah-belahkan masyarakat Melayu-Islam. Dalam pemerintahan Pas, mereka suka mencipta perpecahan itu yang dimanifestasikan oleh sikap "kami lebih Islam daripada hangpa semua" itu cukup menzahirkan bahawa ideologi politik adalah punca perpecahan.


Semuanya kerana agenda politik sebuah parti pembangkang yang mengunjurkan bahawa slogan mereka "Membangun Bersama Islam" adalah jawapan mutakhir kepada kepimpinan negeri danPersekutuan yang mereka sifatkan "taghut", "zalim" dan "tidak Islam".

Akhirnya mereka "menghukum" umat Islam yang tidak sealiran ideologi politik dengan mereka sebagai kafir lantaran sebuah ucapan seorang pemimpin dari Terengganu pada pertengahan tahun 1980-an. Hukuman itu belum dibatalkan sehingga ke hari ini hanya kerana "parti yang satu lagi" itubekerjasama dengan parti-parti politik bukan Melayu dan bukan-Islam dan mendaulatkanPerlembagaan yang dituduh sebagai "potong dan tampal" daripada legasi penjajah British.

Maka, Perlembagaan itu disifatkan sebagai bukanlah Islamik sedangkan di dalamnya termaktub Islamsebagai agama rasmi Persekutuan. Justeru, pemerintahan negara ini bukanlah Islamik walaupun ditadbir oleh enam orang Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika itu terdengar juga ungkapan-ungkapan di Kedah seperti "kalau kami la perintah Malaysia ni,kita ni nanti jadi Negara Islam, insya-Allah"; "tunggulah nanti naik la Negara Islam di Malaysia" dan"tertubuhlah Negara Islam sesudah Subuh di Malaysia ni bila kami menang (pilihan raya umum)nanti".

Ketika itu mereka seringkali melaungkan slogan "Membangun Bersama Islam" dan "Daulah Islamiah Adalah Matlamat Kami". Slogan baru sejak beberapa tahun ini adalah "Kepimpinan Ulama" namun inipun mungkin akan dijenamakan semula dek kehadiran golongan profesional di pucuk pimpinan partiitu.

Namun apakah sudah terjadi hanya dengan sekali teguran, sergahan dan arahan dari parti DAP daripada parti sekutu yang bukan Islam yang tidak pun dilakukan secara berdepan? Apakah akan terencatnya agenda Islam di Kedah?

Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Kerajaan Negeri Kedah yang kini memegang kuasa dan yangmencorakkan pentadbiran - sama ada secara Islam seperti mana asas perjuangan parti merekaselama ini ataupun ke arah lain yang belum dipastikan.

Apakah yang ingin ditegakkan di Negeri Kedah - agenda Islam atau agenda politik? 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan