02 di gurun kedah - Google Blog Search |
life@fAZlisan.com: Majlis Perkahwinan Sepupu <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b> - Part 1 Posted: 06 Jun 2010 08:51 AM PDT (Entry ini mengandungi byk foto yg akan memakan masa anda utk menunggu loading sepenuhnya..) Benda ni mula² plan nak pegi. Kemudian last minit mak kata tak jadi pergi. Tetiba lagi last minit call kata jadi plak nak pegi. Kalau tak, sure aku dah balik kampung, pastu rumah xde orang..hahaha. Nampaknya telah masuk 4 orang sepupu aku telah melangsungkan perkahwinan utk tahun ini. Woaah!! Majlis ini berlangsung di tempat perempuan di Kg. Paya Mengkuang berhampiran dgn Gurun. Perjalanan ke Gurun bermula sejak hari sabtu, di saat cuti sekolah baru saja bermula. Maka mmg teramat sesaklah segala perhentian R&R sepanjang highway, terutamanya di Tapah. Selalunya kalau time cuti aku balik ke 'kota', tapi kali ini menghala ke utara, jadi turut sama merasai kesesakan itu. Keseluruhan membabitkan lebih kurang 9 biji kereta, tp bukan semua pergi bersama. Keadaan menjadi semakin 'parah' ketika menghampiri Juru. Stuck kat jam utk beberapa kilometer, tp mujur trafik masih berjalan. Rupanya yg jam dilorong sebelah sbb ada kemalangan maut, tp yg sebelah ni jam teruk bagai sbb org slow down nak tgk. Damn! Kena plak bertambah angin, bengang bila ada byk driver² yg bodoh lagi bangang yg akai mcm letak kat kaki buat pijak² ek. Woi mangkuk sekalian, dah tau jam cubalah beri kerjasama supaya tak potong line di lorong kecemasan. Akai xde ka? Dibuatnya ada motor atau kereta rosak, makin teruklah jam..Bangang! Nak je aku amik gambar mangkuk² satu dan bagi kat JPJ. Dgn EOS aku sure korang xleh nak kata apa. Mcm sial je..Low class betul mentaliti. Aku ni mmg mudah naik angin kalau stuck kat jam, lg tgk diorg muka mcm jamban dok nak potong line. Huh! Mujurlah bapaku menggunakan Touch n Go, lancar sikit perjalanan. Pihak perempuan telah menyediakan 2 buah rumah homestay utk menginap semalaman, berdekatan dgn Perwaja Steel. Tempat ini boleh dikatakan agak terpinggir sikit, tapi rumah yg disediakan mmg bole tahan. Tp aku tetap tidur kat luar di atas kerusi je..hehe. Sesuatu yg menyeronokan tentang perjalanan ini ialah peluang utk seluruh keluarga pakcik dan makcik utk berkumpul beramai². Rajin adik beradik mak aku utk berkumpul mcm ni. Mmg happening betul. Aku harap kemeriahan ini akan berterusan juga ketika perkahwinan aku nanti. Dan utk sekian kalinya, inilah satu² nya saat seluruh keluarga berkumpul menikmati makan malam bersama di restoren. Sememangnya peluang yg jarang² sekali ada ni. Aku sedia maklum yg Kedah merupakan pengeluar padi utama di Malaysia. Lgpun ini bukan kali pertama aku mengunjungi negeri ini. Tp keindahan sawah padinya mmg menarik hati aku. Mgkin kalau ada masa nanti, aku akan berhenti di sini, menikmati keindahannya dan mengabdikan gambar² menarik melalui EOS aku ini. Oops, tp utk ke rumah pengantin tak seindahnya yg aku angankan.Perjalanan dr homestay ke rumah pengantin adalah dgn melalui ceruk² kebun getah. Ingatkan belakang rumah ada sawah padi. Ampes! Majlis perkahwinan berjalan dgn lancar. Kami disajikan dgn makanan yg enak² dan aturcara majlis yg agak meriah juga. Tp nak tergelak juga bila pakcik² dan makcik² dibahasakan sebgai Long, Angah, Andak, Itam, Alang dan sebagainya ketika dipanggil utk menepung tawar. Kami ni jawa senang je panggil wak² je..hehe. P/S: Tahukah anda bahawa penulis diwakili oleh elemen 'Api'? Sekadar pemerhatian melalui kajian metafizik je.. :p |
You are subscribed to email updates from di gurun kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan