ads

Rabu, 3 Ogos 2011

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

June 26, 2011

Terbaru, lima anggota AMK Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih.

KUBANG PASU: Tindakan keras polis yang menahan rakyat dari memakai baju kuning termasuk t-shirt Bersih 2.0, membuktikan kezaliman Umno yang memperalatkan pihak berkuasa itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Umno Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak takut himpunan Bersih 9 Julai ini kerana ia merupakan himpunan aman menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," kata ketua umum PKR di sini semalam lapor keadilandaily.

Ketua pembangkang di parlimen itu mengulas tindakan polis yang giat menangkap orang ramai yang memakai t-shirt Bersih 2.0.

Sebelum itu beliau merasmikan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Cabang Kubang Pasu..

Ditahan di Klang Parade

Terbaru, lima anggota AMK Kapar ditahan polis sewaktu bersiar-siar di pusat membeli belah Klang Parade petang tadi, dengan memakai t-shirt Bersih. Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin pula ditahan malam semalam atas 'kesalahan' sama.

KeadilanDaily juga difahamkan, kira-kira 30 orang ditahan di balai polis Kepala Batas atas perbuatan itu – berdasarkan catatan twitter.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan tindakan polis merampas t-shirt Bersih 2.0 itu sebagai bukti keganasan dan kezaliman berterusan pimpinan Umno BN.

"Di Malaysia ini, betapa ganas dan zalimnya pimpinan Umno. Sampai kita pakai baju kuning jual baju Bersih pun dianggap kesalahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga emas lumpuh nyaris rentung dalam kebakaran <b>di Kubang Pasu</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2011 10:11 PM PDT

Seorang warga emas yang lumpuh seluruh anggota badan kerana angin ahmar nyaris rentung dalam satu kebakaran membabitkan dua buah rumah papan di Kubang Pasu, pagi tadi.

Ketika kejadian pada 8.30 pagi itu, Bidah Salleh, 85, tinggal bersendirian kerana anaknya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di sini keluar bekerja.

Jiran Bidah yang juga mangsa kebakaran, Mohd Yusri Rosdi, 22, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada rumah Bidah sebelum merebak ke rumah neneknya yang terletak bersebelahan.

"Masa kejadian itu saya tengah tidur, tetapi tiba-tiba dikejutkan jeritan api. Saya terus berlari menyelamatkan diri dan ketika itu saya nampak rumah makcik Bidah sedang dijilat api dan penduduk kampung mengusung makcik Bidah
keluar," katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Yusri berkata beliau dan enam lagi ahli keluarganya termasuk datuk, nenek, emak saudara dan sepupu juga sempat menyelamatkan diri dan kini mereka tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Wan Hassan Wan Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya seramai 39 anggota, empat jentera membabitkan Balai Kota Baharu, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu dalam tempoh 20 minit.

"Kawasan Kubang Pasu merupakan kawasan berisiko tinggi kebakaran kerana kebanyakan rumah di kawasan itu adalah rumah setinggan dan separa kekal, bagaimanapun dengan kepantasan pihak kita berjaya menyelamatkan tiga buah rumah berhampiran daripada turut hangus.

"Maklumat awal mendapati kebakaran bermula dari rumah seorang mangsa yang bernama Bidah sebelum merebak ke sebuah lagi rumah berhampiran. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya di tempat kejadian.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved