02 di baling - Google Blog Search |
MERBOK TIMES: Mak Cik Rohea <b>di Baling</b> tunggu Azeez balik dari <b>...</b> Posted: 07 Sep 2011 02:39 PM PDT BALING - Seorang penduduk Kampung Tanjung Pari, Rohea Mat Saman teringin untuk memiliki kediaman sendiri berikutan keadaan rumah tinggalan arwah ayahnya semakin usang dan mereput. Rohea yang hanya bekerja kampung itu berkata, terdapat beberapa bahagian di rumah itu tidak dapat digunakan berikutan keadaan lantai yang reput dan membahayakan. "Kalau saya nak naik ke rumah, saya perlu naik secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Anak saya sendiri pun tidak berani untuk naik ke bahagian atas rumah ini berikutan keadaan lantai yang tidak kukuh. "Disebabkan itu, bahagian atas rumah ini terpaksa ditopang dengan buluh untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Namun begitu, buluh ini tidak akan bertahan lama. Jadi, saya perlu berhati-hati setiap kali ingin melalui kawasan atas ini," katanya. Rohea berkata, dia telah membuat permohonan rumah kepada pihak sewajarnya namun tiada maklum balas diberikan sehingga kini. "Dah banyak permohonan yang saya buat, namun, tiada hasil yang positif. Kini, saya dan malas untuk minta apa-apa lagi," katanya yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Menurutnya. ramai yang bersimpati melihat keadaannya, namun dia dia terpaksa meneruskan kehidupannya di rumah pusaka itu. "Sebelum anak saya saya balik ke rumah ini, saya hanya tinggal seorang diri di sini. Macam-macam dugaan yang saya terima. Saya hampir pernah menjadi mangsa apabila seekor ular tedung selar masuk ke rumah ini. "Nasib baik ada jiran-jiran, merekalah yang membantu mengeluarkan ular itu. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi kepada saya," katanya kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, Rohea berkata, keadaan rumahnya yang agak jauh dari jalan besar juga memberikan kesan kepada kepadanya. "Saya harap, jalan yang menghala ke rumah saya ini diturap ataupun dibesarkan. Ini dapat memastikan kenderaan dapat masuk ke rumah saya. Namun, sekarang hanya sebuah motosikal yang mampu menggunakan jalan ini. "Saya telah bertanya mengenai status jalan di sini, namun, gagal, kerana ada yang mengatakan jalan di sini mempunyai pemiliknya dan ada yang berkata milik Jabatan Pengaliran dan Saliran. saya jadi buntu dan tidak tahu nak buat apa," katanya. Katanya, dia amat berterima kasih sekiranya ada pemimpin setempat yang sudi membantunya untuk mendapatkan kediaman baru ini. (Sumber Sinar Harian) |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan