Selasa, 14 Februari 2012

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:20 AM PST

URL Sumber Asal :-

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) – Buat <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Feb:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk  melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri. -harakahdaily

Keputusan pilihanraya umum P.12 Jerai, Kedah pada 8 mac 2008

Ustaz Mohd Firdaus Jaafar memperolehi 26,510 undi berbanding Datuk Paduka Badruddin Amiruldin memperolehi hanya 24,211 undi. Mohd firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2299.

Dari sumber yang boleh dipercayai  dari Umno Bahagian Jerai, hangat dan hampir pasti Umno bahagian Jerai akan meletakkan tokoh agama iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Umno bahagian Jerai dikatakan menyetujui langkah PM Najib untuk menurunkan calon BOLEH MENANG untuk merampas kembali kerusi Parlimen Jerai yang buat kedua kalinya ditawan oleh Pas. Calon Pas ustaz Nasharudin Mat Isa memenanginya buat pertama kali bagi Pas pada pilihanraya umum ke 10 pada 1999 mengalahkan Dato' Paduka Badruddin Amiruldin.

 Petikan dari abushahid.wordpress.com

Share

Full content generated by Get Full RSS.

JOM JALAN-JALAN...: GUNUNG <b>JERAI</b>, <b>KEDAH</b> : Gunung yang <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 08:31 PM PST

Macam-macam cerita mistik tentang Gunung Jerai yang tidak berbanjaran ni.Dengar cerita kat sini tempat orang mencari batu permata dan batu lumut secara mistik.Pastu daripada cerita orang-orang tua, Gunung Jerai ni adalah tempat buangan banyak jin-jin daripada bomoh-bomoh...Itu sebabnya, pegawai perhutanan bagitau kat kami sebelum mendaki kena jaga mulut, jangan sombong, jangan ambil benda-benda pelik sepanjang perjalanan dan jalan secara berkumpulan...

Gambar di atas : Lokasi Titi Hayun (tempat memulakan mendaki)
Sebenarnya mudah je nak pergi Gunung Jerai. Ikut Highway PLUS Utara Selatan. Kemudian exit Gurun dan ikut je papan tanda Gunung Jerai atau Regency Resort Gunung Jerai. Daripada highway lagi kita boleh nampak gunung yang tersergam indah. Disebabkan kami nak daki gunung maka kami kena naik di Titi Hayun. Untuk ke sana kena masuk Guar Cempedak dan pastu tanya la orang.Gunung Jerai juga dipanggil Puncak Jerai, dulu dipanggil Pulau Serai, setinggi 1,217 meter, sempadan antara Kuala Muda dan Yan
Menurut cerita Pegawai Hutan yang menguruskan pendakian kami, pada zaman dulu, kedudukan Gunung Jerai adalah sangat strategik sebagai panduan pelayar untuk berdagang di negeri Kedah. Ada cerita mistik dikaitkan dengan Gunung Jerai iatu Raja Bersiong la yang sebenarnya membuka kawasan penempatan di Gunung Jerai. Ntah betul ntah tidak....Diceritakan di sini ada batu besar seperti sebuah kapal milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja cuba nak labuhkan kapalnya di Gunung Jerai. Memang susah nak percaya.....

Setelah hampir 4 jam bersama-sama 40 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, akhirnya berjaya gak sampai kat atas. Pendakiannya tak la mencabar sangat. Mula-mula naik lebih 1000 anak tangga, pastu ikut jalan curam sikit, pastu ada jalan landai sikit, pastu sampai. Boleh tahan gak letih sebab tak 'training' sebelum tu....

Gambar di bawah : Di sini la tempat kami berkhemah. Di sini ada sebuah rumah besar dengan 2 bilik, ada pentas terbuka, ada swimming pool herba, airnya datang daripada gunung cuma hitam la sikit, dikatakan ada unsur herba daripada akar-akar kayu. Bagus untuk menyembuhkan sakit berkaitan kulit.Surau pun ada begitu juga toilet.Kira semua 'complete' la bagi tujuan perkhemahan. Cuma yang sedikit menakutkan, menurut Pegawai Perhutanan, di kawasan ini adalah pusat penempatan bunian. So kena berhati-hati la sebab dah 10 orang hilang di Gunung Jerai yang tidak dijumpai hingga sekarang.

Gambar di bawah : Pemandangan dari tapak khemah.menarik..menenangkan tengok sawah terbentang luas.
Gambar di bawah : Tak sangka atas Gunung Jerai ni ada Muzium Perhutanan. Semuanya berkaitan pameran alam semulajadi. Yang paling menarik perhatian saya ialah burung cenderawasih yang telah diawet

 Hari seterusnya kami berjalan pergi ke tempat yang dikatakan bersejarah iaitu Telaga Tok Sheikh dan Padang Tok Sheikh. Ceritanya cukup menarik... Ini cerita pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).Ketika itu, Sultan Kedah ke-9 bernama Maharaja Derbar Raja merupakan seorang hindu. Diceritakan datang seorang alim dari negeri Shahir, Yaman bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri ke negeri Kedah dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Beliau mengadap Sultan Kedah untuk berdakwah dan dengan izin Allah, sultan memeluk Islam dan menggantikan nama beliau sebagai Sultan Muzaffar Shah. Sultan pun melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat sultan. Pada suatu hari, Sultan bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia di Tanah Arab. Sheikh menjawab 'Menara' bagi tujuan melaungkan azan. Maka, Sultan Muzaffar menitahkan agar dibuat Menara di puncak Gunung Jerai bagi tujuan azan dan memperingati pertukaran nama sultan dan negeri. Ketika menara tersebut sedang dalam pembinaan, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan mewasiatkan agar beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Padang Tok Sheikh hingga sekarang.
TELAGA AIR TOK SHEIKH....Air yang cukup jernih dan boleh diminum....
Memang meletihkan naik ke puncak gunung Jerai semata-mata nak tengok lokasi Padang Tok Sheikh..Lebih sejam gak...sakit kaki dibuatnya...

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Menarik <b>di</b> Gunung <b>Jerai</b> | MyMekar.com

Posted: 26 Nov 2011 08:10 AM PST

Assalammualaikum….

SABAN hari mengharungi kesesakan lalu lintas ke pejabat boleh membuat seseorang sesak nafas. Sesekali, tentu timbul keinginan untuk lari daripada hiruk pikuk kota, keluar kota mencari ketenangan, terutama di hujung minggu.

Sempena cuti sekolah ini, apakata kawan-kawan membuat pertimbangan untuk bercuti ( dalam negara jer) bersama anak-anak ke sebuah pusat peranginan di atas puncak bukit iaitu di Gunung Jerai, Kedah.

Baru-baru ni saya berpeluang sekali lagi ke Gunung Jerai dan ini merupakan kali ke-2 saya ke sana.  Kali pertama pergi sana sekitar bulan Febuari lepas. Jadi artikel kali ni saya tak nak berceloteh panjang cuma lebih kepada berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang 1 hari berada di Gunung Jerai. Untuk info-info lain tentang gunung jerai, bolehlah kawan-kawan klik Teruja ke Gunung Jerai dan Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai  iaitu artikel yang pernah saya tulis suatu ketika dulu.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Canon EOS 1000D :-

Pemandangan yang damai dan sedikit berkabus  di sekitar Regency Jerai Hills Resort (RJHR). Masa saya pegi kali ni cuacanya amatlah sejuk. Menggigil segala tulang dalam badan nih :D

macam rumah banglo tapi ada 4 unit bilik di teratak yang tersergam indah ini

Deluxe Room yang cukup selesa buat kami. Harga bilik (termasuk tax) tak sampai RM200. Murahkan..! Sebab dapat special rate dari kawan.

SubhanaAllah..luasnya bumi ciptaan tuhan. Dari atas puncak, kita dapat lihat sebahagian Negeri Kedah yang memiliki sawah padi luas terbentang dan lautan nan membiru

Dengan paras ketinggian 986 M dari aras laut

Ladang penanaman orkid yang baru beberapa bulan dibuka. Tak banyak lagi bunga yang tumbuh semasa saya pegi baru-baru ni

antara gambar terbaik yang mampu saya hasilkan. okeyla tahap amatur spti saya :wink:

Dan yang paling saya suka…….Tengok tu…geram sungguh dengan bunga2 di sini yang hidup subur dan berkembang mekar. terasa nak bawa balik utk tanam kat rumah :mrgreen:

Ada banyak lagi gambar tapi saya nak stop di sini ! Banyak sangat gambar boleh membuatkan loading blog ni jadi berat. Kang tak pasal-pasal pulak kena top-up bandwidth untuk bulan ni yang tinggal beberapa hari lagi. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan