02 di langkawi - Google Blog Search |
Kedah akan terima pelaburan RM500 juta <b>di Langkawi</b> Posted: 10 Feb 2012 04:44 PM PST KUAH, 8 Februari 2012 – "Jika pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan di Langkawi maka Kedah akan menerima pelaburan sebanyak RM500 juta," kata YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan IPTA Kerajaan Negeri kepada 25 pelajar dari seluruh Pulau Langkawi di Pokok Asam. Beliau yang juga Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga berkata, pelaburan-pelaburan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRajaUstaz Azizan Abdul Razak. Tambahnya lagi, di bawah Perbadanan Kedah Berhad, kerajaan negeri akan mengadakan majlis pecah tanah bagi membina sebuah hotel dan ianya bertujuan memperhebatkan lagi pelancongan di Langkawi. "Selain itu, kerajaan negeri akan membangunkan sebuah lagi hotel di sekitar Pulau Temoyong. Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, maka kita akan merealisasikan projek tersebut serta akan mengurangkan lagi masalah birokrasi yang sering dihadapi oleh pelabur-pelabur untuk melabur dalam sektor pembangunan di sini. "Kerajaan negeri juga sedang melakukan pembekuan terhadap permintaan tanah yang bersekala besar dan ianya adalah bertujuan untuk menjaga keindahan pulau ini kerana jika penerokaan hutan secara besar-besaran terus berlaku ianya akan menjejaskan alam semula jadi pulau ini," terangnya. Kata Dato'Ir Phahrolrazi lagi, sementara itu, kerajaan negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah sedang berusaha menyiapkan proses-proses yang berkaitan untuk membina rumah. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan