ads

Khamis, 23 Februari 2012

02 di padang serai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


AHMAD BASHAH SAMPAI BANTUAN RIBUT <b>DI PADANG SERAI</b>

Posted: 03 Feb 2012 08:22 PM PST

Kerajaan Pusat semalam menghulurkan sumbangan antara RM300 hingga RM1,000 kepada 57 keluarga mangsa kejadian ribut yang berlaku di sekitar Sungai Kob dekat sini pada Selasa lalu.

Sumbangan tersebut diberi dua hari selepas kejadian yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam membantu golongan memerlukan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Kerajaan Pusat sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Bila ada kes penduduk ditimpa kesusahan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil ke hadapan untuk membantu. Malah, bantuan diberi tanpa mengambil kira latar belakang atau fahaman politik mangsa-mangsa terlibat.

"Ini jelas menunjukkan bahawa perkara yang digerakkan kita benar-benar menepati konsep kerajaan berkebajikan. Kita tunaikan jani dan bukan omong kosong seperti pembangkang," katanya pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Taman Mutiara, Sungai Kob dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang Selalu lalu, lebih 50 rumah penduduk rosak dengan sebahagian besar bumbung diterbangkan angin.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu Ketua UMNO Cawangan Taman Mutiara, Raja Zainal Abidin Raja Mohd. Hashim berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana menghulurkan bantuan bagi meringankan beban semua mangsa ribut itu.

"Walaupun sumbangan diberi tidak sebesar mana tetapi ia tentu menggembirakan hari setiap penerima," katanya.

Seorang mangsa, Rohayu Md. Desa, 32, berkata, bantuan itu akan digunakan untuk memperbaiki kerosakan rumah dan membeli perkakas dapur.

Mohamad Dahar Yusoff, 40, pula berkata, dia dan keluarga kini mampu tidur lena kerana kerajaan sudi menghulurkan bantuan memperbaiki rumahnya yang rosak teruk.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved