ads

Khamis, 23 Februari 2012

02 di sik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


Ibnu Solih: Musafir <b>Di Sik</b>

Posted: 27 Jan 2012 05:50 PM PST

Bertolak dari maktab pada pukul 12pm tengah hari. Minta bantuan Munir nak pegi Medan Gopeng. Agak kelam kabut jugak sebab tiket pukul 1pm. Alhamdulillah sampai jugak kat medan gopeng akhirnya. Rasa berdebar di hati sebab rasa tak sabar nak jelajah Sik, Kedah. Dalam fikiran dah macam-macam benda yang difikir. Agak-agaknya camna la keadaan kat sana ye. Tapi apa pun keadaannya, aku xdak masalah. Baik suasana kampung ka, orang susah ka. Semua aku boleh terima sebab aku jugak bukan orang berada. Asal dari kampung jugak.
Setelah lama termenung jauh, aku dah sedia nak bertolak ke Kedah. Dalam tiket, bas jalan pukul 1pm. Tapi alih2 bas lambat sampai. Tgk2, pukul 1.30pm baru nak jalan. Ingatkan xdak dah bas. Hehe. Yg aku x sangka, ada jugak budak maktab yang balik sama dengan aku. Tuh yang terkejut tuh masa Ezzah panggil nama aku. Rupanya dia pun nak balik Sungai Petani. Syukur alhamdulillah, ada juga kwn nak balik SP. Kena pulak naik bas yang sama.
Lama jugak perjalanan menuju ke SP. Tidoq je sepanjang perjalanan. Hehe. Alih2, bas singgah sebentar kat Parit Buntar. Sempat jenguk kat kawasan Munir. Pastuh sambung perjalanan ke SP. Dah dekat pukul 5pm lebih, akhirnya masok jugak ke negeri Kedah yang terkenal dengan gelaran negeri Jelapang Padi. Masa tengok sawah padi terbentang luas, dalam hati memang dah tak terkata-kata. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu. Sesuatu yang aku tak pernah bayangkan. Rugi sungguh kalau aku batalkan rancangan aku nak pegi Sik, Kedah.
Bila dah sampai kat Terminal SP, kena naik terus bas Mara Liner nak pegi Sik. Ingat nak pegi Sik dari Terminal SP dekat je. Rupanya dekat sejam jugak. Fuhh, puas jugak aku berdiri sebab ramai penumpang masa tuh. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat jugak duduk sebab ada penumpang turun kat tepi jalan. Sungguh aku tak sangka. Rupanya beberapa orang senior aku pun balik Sik jugak. Ya Allah, dalam hati ini rasa bersyukur sangat. Sentiasa ada teman walau ke mana pon. Xdak la rasa takot sangat. Tambah-tambah lagi mereka memang nak balik Sik pon. So, kami turun kat terminal yang sama.
Dekat pukul 7pm, aku pun sampailah kat Terminal Sik. Sampai-sampai ja, kawan aku tuh dah tunggu kat situ. Cop nama dia. Hehe. Em, pastuh kami naik motor terus balik kat rumah mak angkat dia. Seronok sangat sebab kawasan kampung yang sangat mendamaikan jiwa. Tak terlintas di minda pon adanya kawasan kampung camni. Fuhh, memang best giler. Dah sampai terus jumpa dengan keluarga mak angkat Cop. Baik orangnya. Pastuh, terus siap-siap mandi. Solat kemudian makan. Kemudian, macam biasa la, terus tidoq sebab letih sangat. Tapi takpa la sebab jauh perjalanan luas pemandangan, luas lagi pengalaman.

Hari ni aku bangun lewat. Segan jugak sebab hari pertama kat rumah orang dah bangun lewat. Awal pagi lagi mak angkat Cop dah kena pegi Alor Setar sebab ada appointment kat hospital katanya. So, tinggal aku dengan Cop, kwn dia tuh dan adik kawan dia tuh. Kami bertiga je kat rumah.
Hari ni xdak yang special sangat sebab tak jalan pegi mana2 pon. Duduk kat rumah je. Tapi xdak la bosan sangat sebab ada masa sembang2 dengan Cop. So, dapat la mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Cuma waktu petang tuh aku dan Cop pegi cabut ubi keledek kat kebun Tok. Tok ni kirannya nenek kepada Cop. Tapi kat sini panggil Tok. Susah juga nak paham loghat bahasa Tok. Paham sikit2 je la. Selebihnya aku Cuma mampu tersenyum sebab tak paham. Hehe.
Dah selesai cabut ubi keledek, Cop bawa jalan2 keliling kawasan kampung. Memang seronok sangat. Dapat tengok rumah orang-orang kampung. Lupa pulak, tangah hari sempat pegi kenduri kat rumah sebelah. Fuhh, sedap masakan mereka. Kenyang perut. Masa petang tuh sempat jugak jenguk kawasan penternakan udang. Sawah padi pon ada terbentang luas. Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu. Aku rasanya antara insan yang sangat bertuah. Syukur sangat2.
Balik dari jalan2, terus balik rumah. Siap2 mandi kemudian solat. Terlupa pulak yang aku ni kan musafir. So, boleh la buat solat jamak. Untung sangat. Hehe. Ada sedikit gambar2 yang sempat aku ambik. Ni hah.
 Ni gambar Tok tengah korek ubi keledek

Seperti biasa, bangun pagi. Hari ni bangun agak awal daripada biasa. Pastuh kena jemput sarapan pagi. Makan goreng pisang dan cucur ubi keledek. Kalau kat sini, cucur tuh mereka panggil Cik Mek Molek. Best juga nama cucur tuh.
Dekat tengah hari, aku, Cop, Along, Mak Cik dan adik Along yang bongsu bertolak menuju ke rumah Mak Lang. Tak sangka pulak hari ni nak jalan-jalan. Cuaca agak terik jugak. Fuhh, panas membara. Rasa hangus je kulit ni. Jauh jugak perjalanan nak pegi rumah Mak Lang. Siap lalu pusat bandar kat Sungai Petani. Kemudian, lalu kawasan Parit Panjang.
Setelah sampai kat rumah Mak Lang, kami dijamu hidangan makan tengah hari. Makanan ala kadar je tapi sedap hingga menjilat jari. Sedap sungguh masakan Mak Lang. Selepas selesai menjamu selera, rehat sebentar. Ingatkan nak tidoq, tapi rasa tak selesa pulak sebab kat rumah orang. Segan pun ada, malu pun ada. Dah puas berehat, kami meneruskan perjalanan nak jalan-jalan sekitar yang termampu je. Jauh jugak perjalanan. Kami singgah kat kawasan Tanjung Dawai. Dekat dengan Pantai Merdeka. Ramai sungguh manusia di sana. Sesak sangat. Sampai susah nak cari parking.
Ada beberapa gambar yang sempat diambik sepanjang berada di pantai tuh. Tapi xdak la banyak sangat. Sekadar gambar kenangan. Kemudian, kami pun balik la semula ke rumah. Jauh lagi perjalanan. Nak tak nak kena la redah je. Seronok sangat hari ni sebab banyak tempat aku lawati. Luas sungguh bumi ciptaan Tuhan ni. Bersyukur sangat. Sebelum balik sempat lagi singgah kat pasar raya. Beli makanan ringan sikit.
Ni pulak gambar aku ngan abang Long Cop 
Tu diaa Cop ngan abang Longnya

Hari dah lewat dah. Terus je la balik rumah sebab tak larat dah nak singgah mana-mana tempat. Sewaktu nak sampai kat rumah, tiba-tiba ada pulak orang kampung tengah berkumpul kat tepi jalan. Mula-mula ingatkan ada kemalangan ke, pergaduhan ke. Tanya punya tanya, rupanya ada pasangan kena 'tangkap basah'. Pulok dah. Tak tau la nak habaq lagu mana. Hehe. Tercakap dialek kedah pulak. Apa-apa pun, xdak la heboh sangat sebab ada jugak pihak polis kat sana. Kami pun terus la balik ke rumah dan rehat sepuas-puasnya sebab kepenatan seharian berjalan keliling Kedah.
Pagi ni bangun lewat sikit sebab dah keletihan jalan jauh semalam. Rasa macam dah keliling satu Kedah. Hehe. Selepas bangun tiba-tiba datang mood rajin. Tuh yang pergi basuh baju tuh. Kemudian, sapu bahagian halaman rumah. Pagi ni xdak perancangan nak pegi mana-mana.
Lewat juga makan tengah hari sebab lewat sarapan pagi. Dekat pukul 11am baru nak sarapan pagi. Hehe. Dah siap mandi kemudian solat. Memang tak lepas solat jamak sebab aku kan musafir. Rugi la kalau tak manfaatkan ilmu yang lama dah dipelajari. Dekat pukul 2pm kami pun makan tengah hari.
Cop ajak sekali pergi hantar Along kat terminal Sungai Petani. Along dah habis cuti dah. Apa lagi, tak nak la lepaskan peluang yang ada. Walaupun dah 3 kali sampai kat terminal tuh. Dah sampai kat terminal, Along terus naik bas Plus Liner. Mungkin ada jugak sedikit kesedihan keluarganya terutamanya mak dia sebab Along kan anak sulung. Apa pon, kena la lepaskan juga sebab anak sulung ni pasti akan dapat membantu keluarganya untuk menjadi lebih senang pada masa hadapan. InsyaAllah.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Ingatkan nak balik rumah terus, rupanya singgah berehat sebentar kat Taman Burung. Ingatkan banyak la burungnya, rupanya hanya tempat untuk berekreasi. Lagi banyak orang dating kat taman tuh. Fuhh, sakit mata memandang. Apa pon, aku tak pandang sangat sebab niat aku hanyalah ingin mencari pengalaman sambil meluaskan pemandangan di bumi ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa ini.
Selepas itu, kami ke kawasan paya bakau yang di dalamnya dah terbina arkib yang menyimpan beberapa cerita sejarah tentang Kedah. Dengar khabar, ianya baru dibina. Patut la aku nampak macam bangunan baru sahaja. Pemandangan kat hujung paya bakau tuh yang membuat aku tenang dan damai. Seronok berada di situ.
Ada pulak haiwan ni kat Taman Burung. Hehe 
Semuanya agak keletihan. Jadi, kami pun balik la semula ke rumah. Lagi pula, dah tak tau nak pergi mana. Sebelum tuh, lupa nak cerita peristiwa yang berlaku hari ini. Sebelum pargi hantar Along kat terminal tadi, tiba-tiba ada seorang wanita yang agak berusia terjatuh daripada motor dekat simpang jalan. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi mungkin wanita tuh mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Simpati sangat kat dia.

Sampai sahaja kat rumah, kami tak dapat nak masuk rumah sebab semua pintu berkunci. Masa tuh, ayah Along jalan tak tau pergi mana. Kami pun sembang-sembang la kat luar rumah. Banyak juga story yang kami cerita. Alih-alih, adik Along yang mereka panggil Angah tuh dapat buka pintu dari arah belakang. Syukur alhamdulillah. Masuk rumah terus mandi dan bersiap-siap nak makan malam. Tiba-tiba ada pulak adik mak Along datang melawat. Riuh juga rumah oleh adik-adik sepupu Along tuh. Tapi sekejap sahaja, mereka pun balik ke rumah. Dah sunyi balik. Masa untuk tidoq.
Pagi ni bangun-bangun je dah kena jamu dengan cekodok. Kalau kat sini panggil cucur kodok. Memang seronok la sebab hari-hari sarapan pagi yang menyelerakan. Fuhh, tak lekang dengan makanan. Hehe. Hari ni rancang nak pegi mandi kat Lata Celak. Tak sabar rasanya.
Patut la sunyi je rumah ni. Rupanya adik Along yang tahun 4 tuh dah start sekolah. Kemudian tunggu adik Along tuh balik dari sekolah terus jalan pegi Lata Celak. Sepanjang perjalanan, dalam minda asyik fikir tentang tempat tuh je. Apa agaknya yang ada di sana. Sampai-sampai je dah dengar bunyi air terjun. Rasa tak sabar nak berendam kat dalam air terjun tuh.
Sebelum tuh, kami sempat menjamu selera sebab tengah hari tadi tak makan lagi. Lapar jugak perut masa tuh. Apa lagi, sekali makan memang kaw2 la. Maklumla, ada ayam panggang. Memang selera sangat. Sedap hingga tak terkata. Tu diaa. Selesai makan kami berehat sebentar. Selepas itu, apa lagi, terus terjun pegi mandi. Memang senang hati masa tuh. Masa tuh aku memang mandi puas-puas sebab dah lama tak berendam kat air sesejuk itu. Maklumla, air bukit kan.
Cop ngan ibu angkatnya tgh hidupkan api 
Potong jangan x potong. Hehe 
Ni la kawasan sekitar Lata Celak 
Eh2, tidoq la tuh. Haha 
Dah puas mandi kami teruskan perjalanan. Singgah sebentar kat rumah Tok Along sebelah ayah dia. Tak sangka pulak dekat2 situ je. Kami pun dijamu dengan biskut dan teh serta kopi. Kemudian, Tok suruh pegi cabut ubi kayu buat dibawa pulang ke rumah. Apa lagi, siap menyangkul dengan cangkul. Memang keringat membasahi badan dan muka la masa tuh. Selesai semua, kami pun terus la balik ke rumah. Masing-masing dalam keletihan. Sepanjang perjalanan, Cop lalu kawasan yang agak sunyi dan menyeramkan. Rasa macam pengembaraan kat dalam hutan je sebab memang kawasan yang Cop lalu tuh agak sunyi dan jarang nak nampak rumah orang-orang kampung.

Tapi syukur la alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah. Apa pon, hari ni memang enjoy dan seronok. Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang perjalanan. Ada peluang aku pasti datang lagi sebab rasa macam tak cukup je duduk seminggu. Lagi pula, masa cepat sangat berlalu. Rasa macam baru je datang. Padahal dah lama dah dari hari sabtu yang lalu. Apa pon, terima kasih buat keluarga angkat Cop yang sangat baik hati. Gembira dapat beramah mesra dengan keluarga yang camni. Masa untuk tidoq. Zzz.
Tak terasa sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik inilah malam terakhir aku berada di bumi Sik. Esok petang nak balik semula ke Ipoh. Rasa sayu pulak hati ni. Ye la, banyak sungguh kenangan kat sini. Apa pon, pengalaman sepanjang berada di sini membuatkan aku lebih bersemangat menempuh alam perguruan. Semoga aku bisa menjadi seorang guru yang bertauliah.
Pagi ni bangun agak lewat jugak. Mungkin sebab semalam tidoq lewat sikit sebab tengah sibuk menyembang dengan Cop dan mak angkatnya. Bangun-bangun je macam biasa la. Pasti ada sarapan pagi yang menyelerakan. Kena jamu dengan goreng pisang. Tiba-tiba datang pulak Tok. Keadaan menjadi lebih seronok dengan lagak dan gaya pertuturan Tok yang agak kelakar dan menyenangkan hati. Seronok sungguh kami menyembang kat luar rumah.
Dekat tengah hari Cop ajak pergi kenduri kat kampung sebelah. Tak jauh jugak dari rumah ni. Apa lagi, memang tak lepas peluang la. Nak makan sepuasnya. Tambahan pula aku lebih suka tengok suasana kenduri ni. Dapat tengok lagak setiap manusia yang berada di sana. Sampai-sampai je terus makan. Maklumla, perut pun dah mula berkeroncong dah masa tuh. Hehe. Lebih seronok lagi bila makan sambil ada dendangan lagu daripada orang kampung. Pelbagai jenis lagu depa pandai nyanyi. Fuhh, memang seronok sangat.
Balik dari kenduri, masing-masing rasa mengantuk. Alih-alih, tetidoq pulak sampai ke petang. Dekat pukul 5pm lebih Cop ajak jalan pergi Gulau. Kawasan tempat asal dia. Tapi xdak la nak singgah rumah dia sebab dia ada konflik sikit dengan ahli keluarga dia. Apa-apa pon, aku sebagai sahabat tetap faham keadaan dia. Cuma ada masanya, aku bagi nasihat kat dia supaya jangan lupa jenguk orang tua dia tuh.
Singgah sebentar kat Ladang Anggur. Tak sangka ada ladang anggur kat sana. Ladang anggur terbesar di Asia Tenggara pulak tuh. Kami pun terus masuk kat dalam. Alih-alih kena bayar pulak. Tapi masa tuh Cop belanja tiket masuk. Aku pulak smpat juga beli anggur yang dijual. Mahal jugak. Ingat manis rupanya masam-masam manis. Hehe.
Rasa macam nak petik je 
Perggh! dh mcm model anggur aku tgk. Haha 
Geram nak petik? Tgk dulu gambar kat bwh ni 
Gambar dr bawah plak ye 
Kawasan taman kat ladang tuh 
Rupanya ladang tuh dekat tasik. Mmg cantik!
Selesai meneroka Ladang Anggur kami meneruskan perjalanan menjelajah perkampungan Gulau. Gulau xdak apa-apa yang menarik. Ladang Anggur tuh je yang jadi tarikan. Sempat juga singgah di jeti yang berdekatan. Kemudian, kami pun balik la semula ke rumah. Sebab pukul 11pm Cop nak bawa pergi mandi kat kolam air panas Ulu Lengong. Fuhh, seram jugak sebab malam ni kan malam jumaat. Arrrggghhh! Apa pon, kami redah je la. Pengalaman tuh yang penting. Taktau la bila lagi ada masa nak pergi sini.

Sempat singgah kat rumah Tok. Nak bagitau yang esok aku nak balik dah. Teringat pulak nenek kat kampung. Apa la agaknya khabar nenek. Rindu sangat-sangat. Gelagat Tok memang buat aku tak kering gusi. Senang je hati ni kalau ada dengan Tok. Apatah lagi, aku ni memang mudah mesra dengan orang tua-tua ni. Apa pon, semua pengalaman ni aku takkan pernah lupa. Sebuah keluarga yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Baik susah mahupun senang, keluarga sentiasa berada di hati. Itulah keluarga yang sejati. Pelbagai ragam dapat aku telusuri satu persatu. Semoga ukhuwah kami berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Amiin ya Rabb.
Inilah hari terakhir aku berada di Sik, Kedah. Tapi sebelum berangkat pulang, aku sempat tangkap gambar tau. Hua3. Ni hah, tengok kat bawah.
Sedihnya nak tinggalkan kome 
Aku ngan mak angkat Cop 
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Moga2 kepada yang baca ni terhibur. Yang paling penting, ukhuwah KITA berkekalan ke akhir hayat. Assalamualaikum.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved