Selasa, 27 Mac 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Calon Favourite Anwar <b>di MERBOK</b> « Gelagat Anwar

Posted: 27 Mar 2012 09:07 AM PDT

Mac 28, 2012 at 12:07 am

Memang ramai kawan-kawan PKR Kedah yang pelik, apalah yang Anwar/Kak Wan/Azmin sayang sangat kepada seorang calon di Merbok ini. Semua dilayan. Apa sahaja peruntukan khas akan disalurkan kepada calon ini. Setakat ini, ada sumber yang mengatakan, Anwar sudah berbelanja hampir RM200 ribu untuk seorang calon ini sahaja. Anwar mahu dia menang dan berada di Parlimen.

Anwar menganggap calon ini sebagai 'mutiara' kepada politik PKR di Kedah. Berpendidikan. Idealisme tinggi. Semangat juang. Setia kepada perjuangan. Ini semualah yang dikatakan apa yang menyebabkan Anwar menganggap calon ini MESTI menang di Merbok. Anwar tidak kisah berbelanja banyak kepada calon ini, kerana dikatakan akan berdepan dengan cabaran besar untuk mengekalkan kerusi MERBOK dalam PRU yang akan datang.

Calon ini sangat istimewa pada Anwar. Talian Anwar sentiasa terbuka buat calon PKR ini. Tak pernah Anwar tak angkat telefon atau balas sms. Apa sahaja kehendak akan dipenuhi. Malahan, ada di kalangan pimpinan PKR yang menganggap, Saiful Izham Ramli sebagai anak emas Anwar yang baru di Kedah. Nasib baik tak berwajah jambu. Kalau tidak, mereka sudah tentu mengatakan individu ini sebagai 'Saiful Bukhari ke-2′ dalam hidup Anwar.

Anwar mahu Saiful pergi jauh dalam politik. Kesetiaan Saiful kepada perjuangan Anwar memang luar biasa. Tested. Anwar memang gemar menjaga mereka yang sudah teruji mempunyai level kesetiaan yang tinggi.

Saiful dikatakan akan berdepan dengan calon 'kuat' di Merbok. Belum tahu siapa. Tapi memang banyak usaha BN untuk import orang luar – kerana di kalangan UMNO Bahagian Merbok tidak mempunyai calon yang sesuai. Tajul pernah kalah. Tak elok nak recycle. Walaupun ada usaha melobi Azmi Janggut (bekas Setiausaha Politik Tun Daim; tetapi banyak resistant kerana kredibiliti sudah jauh rosak). UMNO perlu mencari calon lain.

Saiful Izham dikatakan mempunyai akses dana istimewa di Pejabat Keadilan PUSAT. Dia boleh minta apa sahaja, asalkan untuk tujuan parti dan gerakan politik. Setakat ini memang banyak telah dibelanjakan. Khabarnya, akan lebih banyak lagi dibelanjakan untuk Saiful.

Dengan kedudukan Saiful yang istimewa pada mata Anwar – ramai Ketua Cabang/bakal calon lain merasakan ketinggalan. Mereka tidak dapat akses kepada Anwar sebagaimana Saiful Izham. Sudahnya, ramai yang merungut kecewa.

Anwar menanggung risiko tinggi apabila terlalu memberi tumpuan kepada Saiful Izham. Kemungkinan menang di Merbok memang ada. Tapi bagaimana dengan 4 lagi kawasan Parlimen yang lain? Kalau pembahagian dana tidak serata; akan timbul kekeliruan di dalam parti.

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Pilihan Raya Umum 13, Reformasi PKR, Weakest Link in PR. Tags: , , , .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan