02 di sungai petani - Google Blog Search |
KEJADIAN HUJAN BUAH KELAPA <b>DI SUNGAI PETANI</b> [GAMBAR <b>...</b> Posted: 26 Feb 2012 08:30 PM PST ![]() SUNGAI PETANI – Dianggarkan 245 premis awam, termasuk rumah kediaman, rumah kedai, bengkel besi, kandang kambing dan lembu di sekitar Kuala Muda terjejas akibat kejadian angin kencang dan ribut petir, petang kelmarin. Antara kawasan terlibat, termasuk 13 kampung dan taman sekitar Parlimen Sungai Petani, manakala empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau. "Pintu rumah tidak boleh dibuka kerana ditolak angin kuat, pada masa sama daun dan buah kelapa jatuh bertubi-tubi menghempap bumbung rumah. "Cucu y Parames berkata, hujan lebat berterusan selama sejam mengakibatkan kerosakan beberapa barangan elektrik, termasuk televisyen dan perabot, manakala berlaku kebocoran akibat bumbung rumah diterbangkan angin. Menurutnya, bencana itu adalah kejadian pertama yang pernah dialami sejak lebih 40 tahun menetap di situ. Sementara itu, Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, K Suppiah berkata, pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 rumah terjejas di Kampung Sungkap Para, Kampung Petani Para, Kampung Jerai dan Ladang Goden. "Kita akan berbincang sekiranya ada peruntukan yang boleh dibantu Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mangsa," katanya. "Melalui bancian yang kita lakukan, ada 130 premis terjejas termasuk kandang lembu dan kambing yang turut musnah namun sehingga kini, hanya 92 mangsa berdaftar di bilik gerakan yang kita sediakan. "Turut disediakan di bilik gerakan ialah perkhidmatan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengedaran bantuan kilat berupa barangan keperluan harian yang dikendalikan Penyelaras Parlimen Sungai Petani," katanya. ![]() |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan