di negeri kedah - Google Blog Search |
Sejarah Pengurusan Wakaf <b>Di Negeri Kedah</b> | Majlis Agama Islam <b>...</b> Posted: 27 Mar 2012 05:53 PM PDT Pengurusan Wakaf Sebelum Tanah Melayu Merdeka Sebelum Tanah Melayu merdeka Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan Ordinan Agama Islam dan pada masa itu negeri Kedah telah berada di bawah pengaruh British. Tiada undang-undang khusus mengenai wakaf diwujudkan. Pentadbiran Agama Islam dilaksanakan melalui Majmag Masyaih Islam di mana Syeikul Islam dilantik oleh Sultan sebagai mengetuai urusan pentadbiran Islam dan dilantik seorang Khadi Besar sebagai pegawai khusus untuk mentadbir hal ehwal agama Islam. Tanah-tanah wakaf telah ditadbir urus mengikut keminiti masyarakat setempat di mana Imam atau penghulu masjid-masjid menguruskan harta-harta wakaf masjid dan perkuburan Islam. Bagi tanah-tanah wakaf yang bukan untuk tujuan umum nazir khas telah dilantik oleh pewakaf untuk menguruskan harta wakaf mengikut tujuan dan kehendak pewakaf. Walaubagaimanapun pada masa itu pejabat-pejabat tanah telah memainkan peranan sebagai pendaftar harta wakaf di mana harta-harta wakaf didaftarkan sebagai tanah reserve kerajaan. Di bawah pengaruh pentadbiran British tanah-tanah wakaf disenaraikan di dalam tanah RC (reserve Certificate), tanah-tanah wakaf didaftar dan diletakkan nombor RC, lot, syarat tanah seperti tapak masjid, tanah perkuburan orang Islam, tapak sekolah agama dan lain-lain di samping dinyatakan pemegang hakmilik seperti Khadhi Besar, Imam Masjid, Penghulu Masjid dan lain-lain. Pendaftaran wakaf ini dilaksanakan sehingga Tanah Melayu merdeka dan Enakman Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah diwujudkan. Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah Undang-undang khusus wakaf di Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1962 serentak dengan penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9. tahun 1962. Di dalam enakmen tersebut telah memperuntukan bahawa harta-harta wakaf terserah milik dan terletakhak kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kedah. Enakmen ini ditubuhkan selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 di mana hal ehwal Agama Islam diserahkan kepada kuasa negeri iaitu Sultan sebagai pemerintah. Sehinggalah tahun 2008 kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9. tahun 1962 bagi tujuan penambahbaikan dan penyeragaman Undang-undang di antara negeri-negeri di Malaysia. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 Pengurusan wakaf di Negeri Kedah dilaksanakan berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 seksyen 52 : Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal :- (a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas; Dan seksyen 53 : Semua harta yang tertakluk kepada seksyen 52 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak, atau pindah milik, dan dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr am atau amanah yang menyentuh harta itu. Dengan pengwujudan Enakmen ini semua harta-harta wakaf tak alih seperti tanah, rumah, bangunan dan lain-lain yang mempunyai dokumen hakmilik didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Pentadbiran Majlis melalui Bahagian wakaf dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir serta membangunkan harta-harta wakaf di negeri Kedah mengikut tujuan wakaf yang telah ditetapkan dan selaras dengan hukum syarak. | |
BLOG KEDAH: <b>di negeri kedah</b> - Google Blog Search Posted: 26 Mar 2012 12:00 AM PDT URL Sumber Asal :-
|
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan