Selasa, 17 April 2012

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2012 01:24 AM PDT

URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: 34 rumah <b>di Pendang</b> dilanda banjir lumpur

Posted: 13 Apr 2012 04:49 PM PDT

PENDANG -- Sebanyak 34 rumah di empat kampung di Mukim Air Putih dekat sini dilanda banjir lumpur sedalam 0.2 meter awal hari ini.

Empat kampung yang terlibat dalam banjir lumpur itu ialah Kampung Kilang Kechil (lima rumah), Kampung Lanjut Binjal (12), Lorong Haji Daud, Air Putih (dua) dan Kampung Air Putih (15).

Talib Arifin, 70, yang tinggal di Kampung Kilang Kechil berkata hujan lebat pada pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi ini menyebabkan air bukit di kawasan kuari tanah itu mengalir deras secara tiba-tiba dan masuk ke dalam rumahnya dan jiran yang lain.

"Masa kejadian saya dan isteri Azizah Md Rejab, 64, sedang tidur. Apabila tersedar, kami dapati air sudah mula masuk ke dalam bilik...air naik secara mendadak dan kami tak sempat menyelamatkan barang-barang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Talib yang tinggal berdua sahaja bersama isterinya, berkata kawasan rumahnya dan jiran yang terlalu rendah menyebabkan kerap berlaku banjir kilat tetapi ini banjir lumpur ini yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.


Sepasang warga emas Che Wa Endut, 72, dan suaminya Hamid Din, 74, yang hanya tinggal berdua di rumah mereka pula sedih kerana banjir lumpur itu merosakkan barangan persiapan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

"Dah tiga kali banjir lumpur ni. Mak cik dah tua dan tak mampu lagi untuk cuci rumah dan barangan yang terkena lumpur," katanya.

Tinjauan mendapati mangsa yang terlibat sibuk mencuci rumah mereka yang diselaputi lumpur dan membasuh barangan yang masih boleh digunakan seawal pukul 8 pagi ini.

Sementara itu lapan rumah di Kampung Belakang Sekolah Bukit Jenun dan lima rumah di Kampung Bukit Jenun dekat sini ditemggelami air sedalam 0.2 meter kira-kira pukul 2 pagi ini.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pendang Mohd Izzuddin Inus Meah berkata pihaknya telah mengarahkan 20 anggota melakukan kerja-kerja membersih rumah yang dilanda banjir lumpur bermula seawal pukul 8  pagi ini. -- Bernama

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 01:09 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Shafie Nor: Mangsa ribut <b>di Pendang</b> dapat bantuan baiki rumah rosak

Posted: 08 Apr 2012 06:33 AM PDT

PENDANG, AHAD, 08 April, 2012: 40 sukarelawan dari pelbagai agensi bergotong royong memperbaiki 10 rumah di beberapa kampung di sini yang rosak selepas dipukul ribut pada 26 Mac lalu. 
Bantuan bagi memperbaiki bumbung rosak sebanyak RM10,000 kepada keluarga terbabit disalurkan oleh Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) dan Bank Rakyat.

Kerja gotong-royong itu dilakukan sukarekawan daripada Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Belia Negeri Kedah.

Setiausaha YPKPK, Mohd Nazri Sulaiman, berkata bantuan itu diberikan kerana keluarga terbabit tidak mampu untuk memperbaiki semula rumah mereka selepas kebanyakan rumah itu rosak di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok besar. 
"Program gotong royong ini kita jalankan selama dua minggu iaitu bermula Isnin lalu bagi membolehkan semua rumah terpilih dapat siap selewat-lewatnya Khamis depan," katanya ketika ditemui selepas melawat rumah rosak di Kampung Batu 15 1/5 di sini. 
Nazri berkata, antara kampung yang terlibat adalah Kampung Batu 15 1/5 dan Batu 16 Pendang dan Kampung Lubuk Reba, Paya Mat Insun dekat sini. 
Turut hadir pada majlis gotong royong berkenaan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pendang, Zulhan Othman.
Sementara itu, seorang mangsa ribut Hasan Endut, 86, berkata beliau amat berterima kasih kepada YPKPK dan Bank Rakyat kerana turun padang bagi membantu membaiki semula rumahnya yang rosak di bahagian ruang tengah dan dapur akibat ditimpa pokok. 
Katanya, dengan keadaannya yang uzur, dia tidak mampu untuk mencari wang bagi membaik pulih rumah miliknya yang berusia 50 tahun itu. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan