Isnin, 23 Julai 2012

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, <b>LUNAS KEDAH</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 11:38 AM PDT


HALAU GURU WANITA BAHASA MELAYU DISEKOLAH CINA GUNA SAMSENG: Terima Kasih PAS!

Posted: 02 May 2012 06:30 PM PDT

PETALING JAYA:Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan. Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas."ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali" Inilah sikap kurang ajar dan pengecut samseng upahan terhadap seorang guru wanita yang mengajar disekolah Jenis Kebangsaan Cina .

Jika dilihat konteks perjuangan Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) mungkinkah ia ada kaitan dengan kejadian ini. ,Apa dihairankan jika Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang inikan pula seorang guru wanita. Rentak perang yang dimainkan oleh sebahagian mereka boleh membawa tafsiran dari pelbagai sudut dan tidak mendatangkan keuntungan kepada bangsa Cina secara kesuluruhanya malah dilihat mengajak kaum-kaum dinegara ini membenci antara satu sama lain.

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu. Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan " esok akan mati jika kau berdegil;dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai peneraju Kemeterian Pelajaran harus bertindak dengan segera demi kebaikan dan keselamatan semua guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar tidak tidak dilihat lemah dan lembek.

Tunggu penjelasan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dari menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atau dari dua timbalanya

Aman Central: Pas Kedah cuba berbohong?

Posted: 02 May 2012 06:21 PM PDT

ALOR SETAR 2 Mei - Dakwaan Kerajaan Pas Kedah yang menyatakan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini adalah projek swasta ternyata tidak benar apabila bukti menunjukkan pembangunannya turut melibatkan kerajaan negeri. Timbul persoalan apakah kerajaan negeri mahu berbohong atau cuba memberi jawapan mengelirukan untuk menutup kelemahannya tidak melaksanakan tender terbuka bagi projek tersebut?

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Warta Kerajaan Negeri pada 9 Jun 2011 menunjukkan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi pembinaan itu dikhaskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan agensi kerajaan negeri. "Pengerusi PKNK adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Majlis Peguam 'perkakas pembangkang', Chee Wee didesak letak jawatan

Posted: 02 May 2012 06:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei - Majlis Peguam bukan lagi sebuah badan bebas yang profesional, sebaliknya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) suruhan kepada pembangkang. Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor mendesak Presidennya, Lim Chee Wee meletak jawatan dan menyertai parti pembangkang dengan segera. Ini kerana, kata beliau, setiap kenyataan serta tindak-tanduk Majlis Peguam tidak lagi dibuat secara bebas dan objektif sebaliknya, bersifat memihak sepenuhnya kepada pembangkang. "Saya mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan sertai parti pembangkang agar lebih mudah untuk Chee Wee berdepan secara pendekatan politik. "Tindakannya memperalat Majlis Peguam untuk mengecam polis dalam isu demonstrasi ganas Bersih 3.0 bukan sahaja bersifat memihak dan tidak objektif tetapi biadab

Pertarungan Adik-Abang <b>Di</b> Parlimen Kulim-Bandar Baharu

Posted: 16 Jul 2012 08:45 PM PDT

PENULIS mendapat maklumat bahawa dalam pilihanraya umum yang akan datang Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan dicalonkan di parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang adiknya sendiri, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution.

Saifudin yang juga ahli parlimen Machang telah diputuskan akan bertanding di negeri asalnya, Kedah.

Pada yang tidak tahu, Saifudin pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas di Kedah pada tahun 2000 setelah menang pilihanraya kecil tahun tersebut mengalahkan calon MIC.  Saifudin bagaimanapun gagal mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004, termasuk tewas di parlimen Padang Serai.

Dalam sejarah pilihanraya negara kita, adik beradik bertanding dalam pilihanraya bukanlah perkara baru.  Datuk Shahril Samad (BN-Johor Bharu) dan YB Khalid Samad (PAS-Shah Alam) telah membuktikannya dalam pilihanraya umum yang lepas.

Tapi adik beradik bertanding sesama sendiri di kerusi Parlimen yang sama, itu adalah jarang-jarang berlaku.  Mungkin dulu-dulu pernah terjadi tapi setakat dalam pengetahuan penulis, ini adalah kes yang pertama.

Motif sebenar di sebalik tindakan UMNO mencalonkan Sahlan menentang adiknya sendiri di Kulim-Bandar Baharu ini agak memeningkan kepala penulis.  Dari sumber yang menyakinkan sebelum ini, Sahlan dikatakan akan bertanding tapi bukan di Kulim-Bandar Baharu sebaliknya di tempat lain, masih di Kedah juga.

Adakah UMNO cuba memecah belahkan hubungan adik beradik yang selama ini kekal baik walaupun berbeza fahaman politik?  Saifudin dan Sahlan adalah tenaga penggerak kepada Persatuan Keluarga Ismail Harun Nasution yang berfungsi memastikan keturunan bapa mereka kekal utuh walau apa pun terjadi.

Selain itu, penulis melihat peluang Saifudin untuk menang agak tipis dengan Sahlan sebagai lawannya.  Kulim-Bandar Bharu memang diketahui kubu kuat UMNO sejak sekian lama.  Tan Sri Kadir Sheikh Fadhir saja telah menjadi ahli Parlimen kawasan tersebut selama 5 penggal sebelum berundur untuk memberi peluang kepada adiknya, Datuk Aziz Sheikh Fadhir pada 2008, tetapi tewas.

Kekalahan Aziz dikaitkan dengan rasa tidak puas hati rakyat Kulim-Bandar Bharu terhadap pentadbiran Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga merupakan satu fenomena nasional sehingga menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3, kali kedua selepas 1969.

Justeru, untuk memastikan kemenangan Saifudin, penulis suka mencadangkan agar beliau dipindahkan dari bertanding kawasan yang sama dengan Sahlan di parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Saifudin mungkin boleh dipertimbangkan untuk kerusi parlimen Merbuk yang akan dikosongkan oleh penyandangnya sekarang, Datuk Rashid Din.

Lagipun, calon yang diletak dalam senarai pertimbangan di kawasan tersebut sekarang oleh PKR, Zamri Yusof, tidak sehebat mana dari segi populariti dan karisma yang diperlukan untuk menang, berbanding dengan Saifudin.

Atau mungkin PKR boleh membuat pertukaran kawasan dengan Naib Presidennya, N Surendran yang dicalonkan di kerusi Parlimen Padang Serai yang pernah ditandingi Saifudin pada 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan