ads

Sabtu, 11 Ogos 2012

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Gambar ikan Arapaima <b>di Baling</b>!! | balingtoday

Posted: 02 Aug 2012 11:57 AM PDT

# Mungkin berita ini dah basi, tapi just nak kongsi gambar ikan yang lebih jelas kepada u all semua!!.

# sebenarnya tidaklah pelik mana kisah ikan ini sebab ikan ini dibuang ke dalam sungai.

# Kalau hidup lain citer la..Ikan ini memang tidak sesuai hidup dalam sungai kita. Sebabnya, habis la nelayan tak dapat ikan cari rezeki sebab hari2 Arapaiman ini telah ikan kt dalam sungai!!

Ini Story asal mengenai ikan ini.

BALING- Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis Arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang,kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berada berdekatan tebing sungai sebelum dijumpai penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakkan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin,48, berkata, kemungkinan ikan gergasi yang sering dijumpai di sungai amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

Inilah Arapaima. Bukannya ikan misteri yang digembar-gemburkan.

"Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada dikalangan penduduk yang terkejut dengan kehadiran ikan bersaiz luar biasa ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan ini sebelum ini tetapi tidak pasti ikan yang terdampar ini adalah miliknya ataupun tidak.

"Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas  dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini," katanya.

Menurutya, walaupun apa pun terjadi, ikan seperti ini tidak seharusnya dibuang ke dalam sungai kerana ia akan mengakibatkan pencemaran bau.

"Saya yakin ikan ini telah mati sejak empat hari lalu berikutan baunya yang busuk. Jadi, pihak yang berkenaan tidak seharusnya membuang haiwan seperti ini di dalam sungai ini," katanya.

Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara ikan yang semakin diancam kepupusan akibat nilai harganya yang tinggi dipasaran gelap.

Keadaan itu mengakibatkan kerajaan Brazil mengharamkan penangkapan ikan ini secara komesial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik ini.

Blog Sensasi: Gulai kawah rias batang pisang laris <b>di Baling</b>

Posted: 23 Jul 2012 10:26 AM PDT

ABD. MALIK (kanan) memasak gulai kawah di gerainya sambil diperhatikan para pelanggan di Bazar Ramadan pekan Baling semalam. 

 BALING - Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di sini.

 Peniaga gulai kawah, Abd. Malik Mat Khir, 45, berkata, dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang daripada sekurang-kurangnya 10 pokok pisang setiap hari untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu. Abd. Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin, memberitahu, bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli.

 Katanya, warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik selera pembeli. Abd. Malik berkata, ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat.

 Menurutnya, sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.

 Bermula pukul 3 petang, Abd. Malik akan mula menumis bahan gulai di bazar Ramadan itu dan menjualnya seawal pukul 5 petang dengan harga RM3 sebungkus.

Love is all around: Gulai kawah rias batang pisang laris <b>di Baling</b>

Posted: 24 Jul 2012 01:57 AM PDT



ingat tak tentang Entry Aku tentang Gulai Umbut Pisang. Haaa.. hari ni kan dah keluar citer tentang tu kat
kosmo. hmmm tetiba rasa lapor gulai kawah rias batang pisang la pulak.

nak tau lebih lanjut sila ke Sini

nak kena terjah baling ke ni? ish.. tak yah kot. kat Aloq staq pun ada jual ni.

kat bazar ramadhan penang ada tak? cer citer cer citer... kalau la ada berdesuppp aku speed pergi beli.
memang sedap kalau korang nak tau. aku suka yang masak ngan tulang. manis dia tu lain sket. orang baling memang pakar ar masak gulai ni.

syh..... satu je aku nak kasi tau kat korang ni. Gulai Rias batang pisang ni, kalau masak dalam kawah memang sedap tak terhingga. kalau masak dalam periuk, sedap jugak la tapi kurenggggg sket.

Note:- walaupun banyak resipi baru di pasaran. resipi orang dodulu jugak yang menmbat lidahku.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved