Sabtu, 11 Ogos 2012

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Tolonglah Biarkan Mat Sabu Bertanding <b>Di Pendang</b>…! | MYKMU <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2012 12:36 PM PDT

July 29, 2012   ·   4 Comments

mat sabu

Sebelum ini saya ada menulis mengenai "komunis" yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang. Siapa lagi "komunis" itu kalau bukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang mempunyai "agenda tersembunyi" di Kedah…

Baru-baru ini portal pro-pembangkang, Malaysiakini, mengesahkan kesahihan maklumat yang saya sampaikan mengenai wujudnya pihak yang cuba mencantas Mat Sabu dari menjadi calon Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti.

Namun sebagaimana yang didakwa portal itu, dikatakan bahawa usaha mencantas Mat Sabu itu telah gagal dan PAS di kawasan itu telah menetapkan bahawa mereka mahu Timbalan Presiden PAS itu bertanding di Parlimen Pendang, Kedah.

Justeru itu secara tidak langsung, laporan tersebut juga mengesahkan bahawa ada pihak yang berpengaruh di dalam PAS Kedah yang enggan membenarkan suami kepada dua orang "Normah" itu masuk ke Kedah.

Persoalannya, siapakah gerangan yang mahu mencantas "komunis alaf baru" itu?

Menurut sumber dalaman yang saya peroleh baru-baru ini, pihak yang dikatakan cuba mencantas Mat Sabu dari masuk bertanding di Kedah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri iaitu Datuk Seri Azizan Razak.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Azizan Razak sememangnya tidak sebulu dengan Mat Sabu dan sekiranya Timbalan Presiden PAS itu tercalon di negeri Kedah, maka ia sudah tentu akan berlaku "perang saudara" di dalam PAS Kedah.

Selain itu, dikatakan bahawa tujuan Mat Sabu untuk tercalon di Kedah adalah untuk melemahkan kuasa Azizan Razak yang kini begitu dibenci oleh ramai pemimpin-pemimpin PAS negeri yang gagal memonopoli projek-projek kerajaan negeri tersebut.

Dia khabarnya merupakan dalang di sebalik komplot menjatuhkan Azizan Razak dan menyerahkan negeri itu di bawah penguasaan "suku kaum" Anwarinas yang semakin bermaharajalela "menerajang" golongan pro-ulama PAS di Kedah.

Menariknya, Mahfuz semalam menegaskan bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang usaha untuk mencantas Mat Sabu dari menjadi calon di Pendang dan menafikan sebarang pergolakan dalaman di dalam PAS Kedah.

Pada saya, terdapat dua kemungkinan dari kenyataan Naib Presiden PAS itu.

Pertamanya, takkanlah dia nak mengaku bahawa ada usaha untuk mencantas "boss" yang menjadi "batu loncatan" untuknya bertanding di peringkat DUN dan Parlimen serentak pada PRU ke-13 nanti?

Keduanya, nampak sangat Mahfuz jarang-jarang pulang ke Kedah mengambil tahu hal ehwal Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya. Kalau Mahfuz selalu balik ke kawasan dan bercampur dengan orang-orang PAS Kedah, sudah tentu dia tahu betapa teruknya partinya dilanda "ribut taufan"!

Atau, mungkin juga Mahfuz tahu mengenai kemelut PAS Kedah yang sedang bergoncang panas, tapi sengaja dia sembunyikan dari media. Dia fikir rakyat Kedah bodoh sepertinya yang tidak tahu perkembangan politik dalaman PAS?

Saya sebenarnya sangat berminat untuk melihat Mat Sabu bertanding di Pendang. Kalau boleh, saya teringin sangat melihat calon luar yang bertopengkan "komunis" itu tumbang ditewaskan oleh seorang calon "underdog" UMNO/BN di Kedah.

Yang lebih menarik, saya mendapat maklumat bahawa Mat Sabu sengaja dicalonkan oleh PAS Pendang bagi "membunuh" Timbalan Presiden PAS yang cuba campur tangan dalam hal ehwal PAS Kedah itu.

Khabarnya, hanya segelintir saja yang mahu Mat Sabu bertanding di Pendang dan dikatakan bahawa lebih separuh dari golongan pro-ulama PAS Pendang yang berpengaruh di bawah "Tok Guru" Hj Rahim menolak Timbalan Presiden PAS itu sepenuhnya.

Kita sama-sama nantikan sama ada Mat Sabu akan tercalon di Pendang atau tidak. Dan kita sama-sama lihat sama ada suami kepada "dua orang Normah" ini akan berjaya menjajah kubu kuat bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadhil Noor atau tidak…

By


1 MALAYSIA: Usaha &#39;cantas&#39; Mat Sabu <b>di Pendang</b> gagal

Posted: 27 Jul 2012 05:30 PM PDT

Mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang tidak disenangi pemimpin tertentu di negeri itu.

NONEBagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.
Sumber yang rapat dengan PAS kawasan Pendang berkata, Dr Hayati diuar-uarkan sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbirannya di Kedah.

Menurut sumber itu lagi, mereka juga mahu DUN Tokai kekal untuk Exco negeri, Datuk Mohamad Taulan Rasul yang juga yang dipertua PAS kawasan Pendang. Desas-desus sebelum ini menyatakan Mohamad Taulan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching with flagsSumber PAS Pendang pula berkata keputusan memilih Mohamad bertanding di Pendang disokong oleh majoriti daripada 157 cawangan dalam kawasan tersebut. Kerusi Parlimen Pendang pernah diwakili mantan presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Bagaimanapun, sumber PAS Pendang itu mendakwa usaha untuk 'menggagalkan' peluang Mohamad Sabu bertanding di kerusi Parlimen Pendang itu dikatakan "terhenti" apabila PAS kawasan tersebut sekali lagi memutuskan dengan menegaskan mereka tetap dengan keputusan memilih timbalan presiden PAS tersebut.

Menurut sumber itu lagi, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan susulan wujudnya satu 'surat' yang didakwanya memohon kepimpinan PAS kawasan bersetuju bagi mengekalkan Dr Hayati dan Mohamad Taulan untuk pertimbangan Pusat.

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabuBagaimanapun, sumber berkenaan berkata pihaknya enggan memanjangkan isu berhubung kandungan surat tersebut, apatah lagi ia dilakukan tanpa merujuk kepada kawasan terlebih dahulu.

"Kami tak ambil berat pun. Kami tak mahu timbulkan (isu) pasal surat ini. Kita masih berpegang dengan keputusan kita. Dengan surat ini (pun), tidak tergugat keputusan asal kami," katanya.

Malah, sumber turut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyediakan surat itu.

Sumber yang rapat dengan PAS Pendang pula mendakwa, usaha golongan terbabit untuk mencantas Mohamad - selain menimbulkan banyak persoalan - turut dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS negeri dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN).

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kedah yang tidak mahu namanya disebut pula enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut, sebaliknya menegaskan kepimpinan PAS Kedah "tidak menolak" Mohamad.

NONE"PAS Kedah tak menolak Abang Mat," katanya ketika menghubungi Malaysiakini, Jumaat lalu.

Malaysiakini juga dimaklumkan ada di kalangan penyokong Mohamad pula tidak senang kerana mendakwa JPN sedang rancak mengatur senarai calon PAS yang bakal bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut mereka, bidang tugas JPN memang berkaitan dengan pengurusan jentera pilihan raya tetapi bukan hingga ke peringkat menentukan calon, kerana itu adalah tugas badan perhubungan negeri.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Senator Mohd Yusof Husin enggan mengulas dakwaan bahawa badan itu mencantas Mohamad dan mengatur calon untuk bertanding di negeri itu.

Mengulas berhubung prestasi Dr Hayati di parlimen itu, Mohd Yusof berkata beliau "tidak mempunyai apa-apa masalah" dengan gerak kerja ahli perubatan itu.

"Calon parlimen yang ada sekarang ini adalah calon yang terbaik. Bagi saya dia tidak ada apa-apa masalah. Beliau menjalankan tugas dengan cemerlang," katanya.

Mengenai faktor penolakan Mohamad Sabu, sumber yang rapat dengan PAS Pendang mendakwa ia ada kaitan dengan usaha mengekang 'pengaruh' Mohamad 'berkembang', khususnya di Kedah, lebih-lebih lagi di kawasan itu yang dianggap "berpendirian bebas dan tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak".

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersMalah, dakwa sumber itu, kebimbangan pengaruh Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad turut menjadi sebab mengapa beliau ditolak memandangkan terdapat tokoh agamawan PAS yang dikaitkan dengan fahaman itu, turut menetap di Pendang.

Ada juga pihak, kata sumber-sumber tersebut, yang turut mengaitkan penyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penolakan Mohamad itu kerana sebelum ini, Mohamad merupakan antara pemimpin PAS yang bertegas mahu Azizan berundur.

Mengulas berhubung usaha tersebut, Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan kepimpinan PAS pusat masih belum memuktamadkan kerusi mana yang bakal ditandinginya.

"Saya pun belum buat pendirian untuk bertanding di mana... (Atau) mungkin juga saya akan bertanding di Pekan," katanya berseloroh sambil menganggap usaha itu sebagai perkara "biasa" dalam politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan