Rabu, 26 September 2012

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Kemalangandi lebuh raya <b>Changlun</b>-Kuala <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 03:02 AM PDT

image (5)

ARAU – Seorang remaja maut di tempat kejadian bila motosikal yang ditunggang bersama rakannya dirempuh sebuah kereta dari arah Changlun-Kuala Perlis, tengah hari semalam…..

Kejadian yang berlaku di lebuh raya Changlun-Kuala Perlis kira-kira jam 1 tengah hari itu mengakibatkan mangsa yang maut dikenali Zarul Sobirin, 14, dan rakannya, Fazli Hisham, 14, cedera parah.
Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali Abdul, 50-an, berkata, ketika itu, mangsa yang cuba keluar dari simpang Kampung Banat menuju ke seberang jalan itu dilanggar kereta terbabit sehingga menyebabkan mangsa yang maut tercampak di bahu jalan manakala Fazli terjatuh di atas jalan.
Katanya, kedua-dua remaja terbabit dikatakan teragak-agak untuk berhenti sebelum keluar dari simpang itu dan meneruskan perjalanan mereka sehingga dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sebuah keluarga.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatanselanjutnya. Sementara itu, bapa Zarul, Sobirin Mohamad, 37, berkata, anaknya bersama rakannya itu ke rumah kawan mereka yang terletak di Kampung Banat.
Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa kemalangan itu menyebabkan dia kehilangan anaknya.

Sumber : Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan