Rabu, 26 September 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


<b>Jitra</b> dilanda banjir teruk | Darulaman &#39;Dot&#39; My

Posted: 09 Sep 2012 05:09 PM PDT


JITRA – Seramai 68 keluarga Kampung Muhibah mula berasa resah setelah rumah mereka dinaiki air setinggi lebih satu meter dalam kejadian hujan lebat kira-kira 2.30 petang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Muhibah, Kalidas Munusami, 47 berkata, tidak sampai 30 minit hujan lebat, air sudah mula naik sehingga ke paras dada.

Katanya, kejadian banjir kilat hari ini (semalam) merupakan paling teruk dalam tahun ini dan boleh membahayakan nyawa kanak-kanak serta orang ramai.

"Kita minta Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tampil tolong atasi masalah banjir ini seberapa cepat yang boleh.

"Kita percaya banjir ini adalah berpunca daripada sistem perparitan utama di jalan Jitra menghala Alor Setar di mana ia menempatkan lorong perparitan yang sempit sejak zaman jajahan Jepun.

"Sistem perparitan di Kampung Muhibah tiada masalah, cuma sistem perparitan di jalan utama sahaja yang menjadi punca utama banjir kerana saluran air lambat mengalir," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kalidas berkata, akibat kejadian itu, kebanyakan peralatan elektrik dan perabot dalam rumah mengalami kerosakanan. Bagaimanapun, nilai kerosakan belum diketahui.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, beberapa jalan utama di sekitar Jitra bergerak perlahan akibat air takungan dari sistem perparitan yang melimpah di atas jalan raya yang menyebabkan berlakunya banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan