Jumaat, 28 September 2012

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Dosa Kadir Syeikh Fadzir Terlalu Besar <b>Di Kulim</b>-Bandar Baru <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:08 PM PDT

Kadir Syeikh Fadzir telah berjaya membina legasi tersendiri di Kulim-Bandar Baru selepas berpuluh-puluh tahun dia menjadi Ahli Parlimen di daerah itu. Walau bagaimanapun, keadaan di Kulim-Bandar Baru tidak setanding seperti daerah jirannya, Sungai Petani sungguhpun Kulim juga terletak tidak jauh dari Butterworth dan Pulau Pinang, akses perdagangan antarabangsa menerusi lapangan terbang dan dermaga pelabuhan.

Kini, Kulim-Bandar Baru 'dijaga' oleh adik Kadir.

Walaupun Kulim sebenarnya sangat berpotensi sebagai destinasi pelaburan berikutan kewujudan Kulim Hi-Tech Park, namun selepas UMNO-BN kalah di Kedah, taman teknologi tersebut bagaikan hidup segan mati tak mahu. Banyak pelabur terpaksa membawa pelaburan masing-masing yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit ke Senai Hi-Tech Park yang baru ditubuhkan.

Ramai penyokong Kadir yang menyatakan kononnya kewujudan Kulim Hi-Tech Park itu sebenarnya adalah jasa terbesar Kadir di Kulim-Bandar Baru. Walaupun mungkin ada kebenarannya, tetapi berdasarkan beberapa faktor, sebenarnya Kulim patut jauh lebih maju berbanding sekarang, malah sepatutnya telah lama maju dan tidak hanya memiliki Kulim Hi-Tech Park semata-mata.

Kehadiran Kadir Syeikh Fadzir di pejabat Menteri Besar Kedah sewaktu demonstrasi dan penyerahan memorandum anti-Memorial Park Sungai Kob sememangnya sudah dijangka oleh banyak pihak. Malah ada suara-suara nakal yang menuduh Kadir Syeikh Fadzir sebenarnya mempunyai kepentingan secara langsung dalam Memorial Park Sungai Kob itu sungguhpun sehingga kini suara-suara nakal berkenaan gagal memberikan dan menunjukkan bukti tentang pembabitan Kadir Syeikh Fadzir dalam tanah perkuburan bukan Islam di tengah-tengah perkampungan orang Melayu itu.  

Memorial Park Sungai Kob mendapat tempat yang paling berharga dan perhatian yang sangat besar kepada PKR. PKR yang merupakan rakan kongsi PAS dalam pentadbiran negeri, sentiasa menggunakan isu kaum Cina sebagai usaha mereka untuk mengekalkan tekanan. Kadir yang merupakan antara pemimpin bekas UMNO yang kini berada dalam kem PKR, pastinya mempunyai kepentingan dalam kes ini memandangkan dia adalah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Sebenarnya, walaupun Kadir pernah menjawat jawatan Menteri sewaktu masih di dalam UMNO, tidak banyak kemajuan yang dibawanya ke Kulim-Bandar Baru. Sewaktu dia menjadi Menteri Pelancongan, Kadir tidak pernah menggerakkan sebarang usaha menarik pelancong ke daerah Kulim-Bandar Baru. Kulim-Bandar Baru tidak wujud dalam peta pelancongan, baik di Malaysia apatah lagi di dunia. Ada tidak pun, cumalah Sungai Sedim. Itu pun diusahakan oleh penduduk tempatan tanpa bantuan Kementerian Pelancongan yang diterajui oleh Kadir pada waktu itu. 

Begitu juga dengan Gunung Bongsu yang mempunyai fauna dan flora yang menarik. Gunung berkenaan tidak pernah dijadikan destinasi pelancongan. Homestay di daerah Kulim-Bandar Baru hidup segan mati tak mahu. Prasarana pelancongan di Kulim-Bandar Baru boleh dikatakan hampir tidak wujud kecuali di sekitar bandar Kulim. Itu pun sebagai back-up untuk Kulim Hi-Tech Park, bukannya untuk pelancongan.

Kononnya, Kulim-Bandar Baru sengaja tidak dimajukan walaupun mempunyai kedudukan yang sangat strategik kerana bimbangkan limpahan penduduk dari kaum Cina ke kawasan tersebut, sekaligus merencatkan peluang UMNO untuk kekal menang. Dek kerana itulah, Kulim-Bandar Baru tidak perlu dimajukan dan dikekalkan dengan suasana tradisinya. 

Itu pendapat Kadir Syeikh Fadzir suatu ketika dahulu. Sekarang, Kadir sudah berubah pendapat. Apa yang diperjuangkannya dahulu, kini menjadi bahan cercaan. Kalau dahulu dia tidak mahu Kulim-Bandar Baru mempunyai demografi yang bercampur-campur, sekarang ini Memorial Park di tengah-tengah perkampungan Melayu pun, menjadi teras perjuangannya bagi membuktikan Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang menyokong kepelbagaian kaum.

Bagi mereka yang waras, pastinya akan berasa aneh dengan sikap Kadir Syeikh Fadzir yang sangat berbeza itu. Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru itu seolah-olah melupakan dosa silamnya terhadap penduduk di Kulim-Bandar Baru yang sentiasa terkebelakang semata-mata mengikut kehendaknya untuk mengekalkan legasinya di daerah tersebut. 

Mungkinkah Memorial Park Sungai Kob akan membuka mata penduduk dan pengundi di daerah Kulim-Bandar Baru bagi memastikan mereka tidak lagi ketinggalan menerusi pemilihan wakil rakyat yang betul dan bukannya wakil rakyat yang hidup dalam nostalgia semata-mata?

Tepuk dada tanya selera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan