Sabtu, 22 September 2012

02 di lunas kedah - Google Blog Search

02 di lunas kedah - Google Blog Search


DAP LAKNAT MAHU KERUSI TAMBAHAN <b>DI KEDAH</b>...SEDIKIT DEMI

Posted: 21 Sep 2012 09:30 PM PDT

Cadangan DAP Kedah untuk menambah kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) wajar dipertimbangkan Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan, pihak DAP Kebangsaan menyokong cadangan yang dibangkitkan pimpinan parti peringkat Negeri tersebut yang telah mengemukakan tuntutan 2 kerusi Parlimen iaitu di Alor Setar dan Padang Serai dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. 
BOODOHH NYA KALAU DIBERIKAN KEPADA DAP LAKNAT NI UNTUK MENGUASAI KEDAH....ADAKAH DAP TIDAK PERCAYAI PKR ATAU PAS LAGI?SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAP UNTUK MENGUASAI NEGERI KEDAH......JANGAN BIARKAN DAP LAKNAT INI....MEROSAKKAN BUMI MALAYSIA INI.

DAP ADA HAK TAMBAH KERUSI <b>DI KEDAH</b> | WIRA KENYALANG <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 09:00 PM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP Kedah wajar diperuntukan kerusi Parlimen dan DUN yang lebih berbanding PAS dan PKR. Dalam mesyuarat DAP Pusat, perwakilan bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua (2) kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam (6) Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.  
DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU-12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU-13. Ini terpulanglah kepada PKR dan PAS dalam mengurangkan kerusi mereka di Kedah.
Jika PKR dan PAS mahu melihat Pakatan Pembangkang terus berkuasa dan mempertahankan Kedah, sewajarnya PKR dan PAS harus mengikuti pelan yang dicadangkan DAP. Ini kerana ketika ini DAP merupakan sebuah parti yang sangat kuat berbanding PKR dan PAS.
Keputusan DAP itu pastinya membuatkan pemimpin PKR dan PAS tidak berpuashati. Jika ini berlaku, perkara ini boleh dibawa terus ke pemimpin tertinggi di peringkat Pusat untuk dibincangkan. Lim Guan Eng percaya perbincangan itu akan menyebelahi mereka memandangkan PAS dan PKR hanyalah alat dan kuda hitam DAP.
Di peringkat Pusat, PKR dan PAS tidak dapat membuat sebarang keputusan memandangkan DAP mempunyai kuasa mutlak. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang akan memihak kepada DAP dalam apa cara sekalipun demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Jika keputusan DAP itu boleh membuatkan Pakatan Pembangkang terus mempertahankan Kedah dan memenangkan Pakatan Pembangkang, nescaya Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah biarpun DAP diberikan banyak kuasa.
Dalam apa cara sekalipun, DAP mahukan lebih banyak kerusi dan ini memperlihatkan kekuasaan mereka dalam Pakatan Pembangkang. Seperti mana yang mereka perlihatkan ke atas Pulau Pinang dan Selangor, DAP kini mahu memperluaskan kuasanya di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Jika DAP berhajat besar, adakah PAS dan PKR akan bersetuju menerima keputusan DAP itu? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada PAS dan PKR dalam menjawab persoalan yang dilontarkan Lim Guang Eng dan DAP. 

Guan Eng: DAP <b>Kedah</b> wajar dapat tambahan kerusi

Posted: 21 Sep 2012 03:15 PM PDT

(Sinar Harian) - DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas. 

"DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam. 

Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak. 

"Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR," katanya. 

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu. 

"Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini," katanya. 

Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit. 

"Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.

 


busy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan